30.12.18

KREDIBILITI PENULIS ATAU AHLI POLITIK

fungsi utama propaganda, walau apa pun yg tuan mahu cakap, tidak berubah; iaitu to create or to destroy image, menaikan imej sasaran, atau menjahanamkan imej sasaran.

sasaran utama tentu lah orang awam atau massa. ini terdiri dari kawan kita [blue], musuh kita [red], fence sitters [orang yg tiada pendirian atau tak sokong mana-mana] dan sympathisers [yg kesihan kat mana-mana orang: contohnya kesihan kpd pendatang / pelarian].


bila sasaran utama 'di racun pemikiran' mereka; mereka akan berubah sikap. sikap A ke B. tapi 'hard core' susah mahu ubah. cor tanya orang2 tua yg sokong parti X, buat apa pun dia tidak akan ubah pemikirannya. di sebuah negeri, ada yg hingga sanggup cerai beraidan pecah saudara mara.

Shovel warna warni pun sudah cukup bahagia!

mereka....pembuat propaganda tidak kira apa kesannya [kesan negatif] kpd mangsa itu. kesan emosi, kekeluargaan, rumah tangga, nama baik, pendapatan, perniagaan, prestasi....Janji, matlamat mereka tercapai.

cerita itu tidak perlu pengesahan. tidak kira benar, fitnah, tipu atau rekaan.

pembuat propaganda ini merancang dgn teliti supaya propaganda itu tidak counter productive. sebab jika terlebih...orang akan hilang kepercayaan.

BAGAIMANA Islam buat tugas propaganda ini? dengan cara buat sukan neka, berpesta, bersuka ria, seluar ketat, pertandingan menyanyi muda hingga tua, tipu rakyat, curi duit rakyat, kotorkan masjid, tak bayar hutang tekun dan mara, tikam dari belakang, lepak2 sembang di masjid.... 


jadi... propaganda barat dan propaganda Islam berbeza caranya. Orang Islam boleh naikkan imej dia sendiri atau musnahkan imej dia sendiri. Tidak perlu kita bercakap tentang sahabat, tentang zaman keagungan dulu2. Kita hanya perlu cakap tentang hari ini. Sebab hari ini akan menentukan besuk lusa tulat dan tungging.

Baju puteri

صلى الله عليه وسلم

TRENDY....kita selalu terikut-ikut. Tidak salah asal ia baik. Tunjukkanlah yang baik kerana anda sedang buat tugas propaganda kpd muslimin dan muslimat. Kita semua ingin masuk syurga ingin jadi baik ingin berjaya...tetapi contoh yang ada sekeliling kita membawa kita ke laut. Jika pemimpin dan pendakwah serta raja dan sultan ingin ke laut, kita akan bawa anak isteri suami kita ke syurga.

wallahualam. 



1.11.18

LPKT BAB 3

BAB 3 PENEMUAN DAN ANALISA

Dalam borang markah, hanya PENILAIAN, HASIL ANALISIS DAN RUMUSAN yang ada markah. Fokus yg ini sahaja, tapi pastikan tulisan kita mantap!

Saya akan tumpu kepada metodologi kualitatif sebagai cth untuk pos ini; iaitu LPKT BAB 3.

CONTOH Perenggan pembukaan bagi Bab 3 sebelum kita terang lanjut penilaian, hasil analisis dan rumusan adalah seperti berikut.

Semua data (maklum balas informan) telah di kumpul dan kategori mengikut tema tertentu. Tema utama ialah punca masalah, cadangan, dan maklumat lain. Seramai 5 orang informan telah di temubual secara santai menggunakan soalan terbuka (bermula dengan apa dan mengapa, dan cadangan tuan...). Kaedah ini memberi kebebasan kepada informan bercerita pengalaman mereka tanpa ada had seperti mana-mana soal selidik. Hasil analisis mendapati, organisasi ini tidak menghadapi masalah kritikal dan ia telah di perbaiki dengan mengubah pendekatan pengurusan dan kepimpinan.


PENILAIAN

Di dalam tiga masalah yang di bentangkan di Bab 1, iaitu masalah sikap pekerja, masalah SOP yang tidak kemaskini dan masalah disiplin pekerja; telah di selidik dan di dapati ia berpunca dari semua pihak yang berkenaan. Pengurus dan Penyelia kurang tegas manakala pekerja tidak berpuashati dengan suasana kerja.

Masalah yang dinyatakan hanya masalah sampingan yang timbul dari perkara di atas. Oleh itu, semua masalah di atas boleh di atasi dengan membaiki suasana kerja dan kempimpinan yang lebih tegas. 

ini adalah penilaian yg paling ringkas yg calon boleh buat.

HASIL ANALISIS

Hok ni, remeh sikit.... dalam kajian kualitatif ada beberapa sumber maklumat atau data.... pemerhatian, dokumentasi, temubual, dan perbincangan (mungkin ada lagi). Dari setiap satu, kita tulis apa maklumat/data yg kita telah perolehi.

Cth:

Dari aspek pemerhatian, berikut ialah maklumat yang releven.....

seterusnya dari semua sumber
dari temubual
punca masalah. dari beberapa informan, mereka mengatakan......
cadangan. mereka mencadang.....

kalau malas, boleh jer di gabungkan semua maklumat. tak salah pun, asal kita bentangkan semua maklumat


RUMUSAN

ringkaskan semua di atas... DAN paling penting, dapat tak jawapan kepada semua masalah? DAN objektif semua tercapai tak? Kalau belum... sila reka ayat2 yg manis untuk cerita masalah dan objektif OK

nah siap BAB 3

 
TIPS TAMBAHAN 
Hasil apa? Jumpa (ketemuan) apa?

Jumpa masalah sebenar. Cth: penemuan - mmg betul anggota cuai jalankan tugas. Lagi? rupa2nya sebab arahan kejap itu kejap ini. mengapa jadi begini? sebab tiada SOP, tiada tertulis di mana2, tugas pegawai dan PPT Kanan tentang cctv, tentang lampu. Lagi jumpa apa? PTT Kanan pun jarang menyelia anak buah mereka.

Hasil?

Tguk balik  objektif spesifik kajian/projek kita. Ada tidak objektif kat situ yg terjawab atau tercapai.



Kat sini saya nak ulangkaji.... lihat slide JPK Cyberjaya ini; ada OBJEKTIF UMUM dan OBJEKTIF KHUSUS. Obj Umum ialah nama tajuk LPKT kita sendiri. Bagaimana nak capai objektif umum? Dengan mengadakan objektif khusus, atau lebih tepatnya, objektif spesifik.

Cth: Obj umum saya mahu masuk syurga. Bagaimana?
  • Taat (akur) perintah Allah dan jauhi larangan Allah.
  • Buat baik kpd semua orang.
  • Sentiasa mencari ilmu hingga akhir hayat (iqra')
Cth obj di atas tiada kena mengena dgn tulisan saya kat sini, sekadar mahu tunjuk cara menulis obj saja.

Jika saya yg buat LPKT, utk elak tidak meraban atau jatuh ke laut dalam... saya fokus kpd objektif saya. Cth: Objektif pertama ialah untuk kenal pasti punca masalah.

Di sini saya senaraikan segala punca masalah yg berlaku:
  • SOP tidak kemaskini, 
  • PTT Kanan jarang selia, 
  • Anggota pun ramai yg sikap sambil lewa sebab mahu di selia baru nak buat kerja, 
  • alat pun tak cukup, dan mcm2 lagi.

Nak bg cantik, saya buat rajah begini (cth saja).



Ringkasnya, dalam Bab 3 saya bentangkan apa yg saya sudah jumpa dalam kajian ini, dan saya fokus pembentangan ini yg berkaitan dgn obj saya saja. Obj ini berjaya atau tidak saya capai.

Saya sudah tahu semua perkara yg saya mahu tahu, di Bab 4 saya buat cadangan yang berkaitan dgn Bab 3 ini. 



Selamat Berjaya

dua tiga hari lepas, sempena PRN 6 buah negeri akan dtg pada 12 Ogos 2023 ini, boss Berjaya di kaitkan dengan bekas MB Selangor. Kita tidak tahu apa cerita sebenar. Harap2 kjaan TEGAS dgn pemberi dan penerima rasuah.

4.9.18

RPEL PERHEBAT - YG IDEAL


Tahniah kpd mereka yg nak menjerumus ke dalam RPEL. Progrem ini ialah progrem untuk diplomakan mereka yang berpengalaman dlm bidang masing-masing.

Bagi seorang anggota tentera, semua layak sertai bidang sekuriti. Apa kelas buat bidang ini! Nanti sat... dalam apa2 kerjaya kat Msia ni, asal ada Diploma ja sudah kira OK.

Ada minah tu, ada ijazah kimia, tp kerja kat bank. Itu satu contoh. Ada sorang tu Dr perubatan, tapi jd PM sampai dua kali. Bagaimanapun, tahniah kerana berminat hendak tingkat taraf diri.

Sebenarnya PERHEBAT masa ini ada 32 bidang yg tuan puan boleh pileh. Masak, masaj, event management, logistik, admin, body guard, teknikal, scuba..mcm2 ada. Asal boleh buktikan tuan ada pengalaman tersebut melalui sijil dll, PERHEBAT akan benarkan.

.. sambung balik...Bila sudah terjerumus, lihat keliling dan kemudian muhasabah diri. Kak long boleh buat, tak kan aku tak boleh.

Nawaitu kena betul, kerana ia akan menumbang kpd kejayaan. Pendekatan saya mudah. Ngajar cara mudah. Cara awam terjun paracut. Tiga hari kursus, sudah boleh terjun.

LPKT atau kertas kerja yg kita perlu buat ada 4 Bab. Target saya, 4 hari sudah boleh siap. Ada orang sebulan pun belum tentu siap. Syaratnya, kena fokus. Kena hadir kelas maya.. google meet. 

Kena membaca. Baca kat mana? Kat sini lah. Ada banyak nota dan panduan yg saya sudah tulis. Rajin2 lah cari.

Tujuan dapatkan sijil:

  • cari kerja 
  • tunjuk kat anak-anak / kawan2
  • ikut ikut orang
  • naik pkt
  • naik gaji.... tapi semua tertakluk kpd rezeki masing2 yer..


Bila lulus, tuan puan akan dapat Diploma yg di iktiraf oleh kjaan, badan berkanun dan swasta. Mau langsung lanjut hingga universiti pun boleh guna.

MASALAH biasa tentera ni ialah tak biasa buat kertas kerja. Cari kemian, limau nipis, rendam dalam air. Minum. Kami cikgu2 yg budiman ini, insyaAllah dgn izin Allah akan cuba bantu tuan puan.

PROSES seterusnya akan saya info dlm kelas maya. Bila masuk kelas maya mesti nampak OK, nampak sado. Perut besar tidak apa, kami tak nampak. Kena nampak bijak dan pandai, walaupun gitu-gitu je. 

Selamat Berjaya

NOOR MOHAMAD 019 275 0075

Klik sini:


2.9.18

BBDH 4103 HRD ASSIGNMENT 2018



jika perlu bantuan untuk buat assignment sila emel saya noormohamad0075@gmail.com

REQUIREMENT

Select an organisation and explore the implementation of career development program by human resource department. Analyse the processes involved in career planning. Assess the career planning using SWOT analysis and give suggestions on ways for better career planning implementation.

1. Select an organization.
2. Explain briefly what is HRD.
3. Then explain also what is career planning.
4. Most importantly,  making  assessment  and  analysis of career planning using SWOT analysis method.

-->
Saya ulang balik rubriks dlm soalan. Kita perlu penuhi semua keperluan ini untuk dpt markah tinggi.

Huraian yang jelas dan lengkap mengenai organisasi meliputi nama, jenis perniagaan, visi dan misi, jenis pekerja-pekerja dan saiz pekerja.

mahu skor, buat spt di atas. mudah utk dpt markah free. ikut jer.

Kajian eksploratori tentang aplikasi perancangan kerjaya dlm organisasi


Kajian eksploratori melalui temuduga atau soal-selidik adalah komprehensif dan meliputi tiga (3)  proses-proses yang terlibat dalam perancangan kerjaya. 

maksudnya, tuan kena study betul2 atau secara komprehensif [menyeluruh] bagaimana career planning di laksanakan di organisasi ini.

jgn tinggal 3 proses yg jelas ada dlm buku.

Analisis terhadap proses-proses yang terlibat dalam perancangan kerjaya.

Proses-proses dianalisis secara jelas dan sistematik. Contoh-contoh diberikan mencukupi untuk menyokong analisis. 

proses apa? 3 proses di atas tu lah.

Menilai program perancangan kerjaya menggunakan analisis SWOT

Program dianalisis secara jelas dan sistematik. Contoh-contoh diberikan mencukupi untuk menyokong analisis.

Jika di fahami betul perancangan kerjaya adalah tanggungjawab individu dan bukan syarikat. ini adalah soalan tricky sedikit. Oleh itu, sila tanya dengan tutor, atau dapatkan kepastian mereka, adakah SWOT analysis ini untuk individu atau oleh syarikat.

jika bagi individu, maknanya ini adalah perancangan kerjaya anda sendiri. jika anda boleh buat SWOT analysis untuk diri sendiri, anda akan dpt markah tinggi. ini mcm hadiah percuma atau markah percuma.

SWOT analysis adalah strength, weaknesses, opportunity dan threats. faham betul2 apa maksud setiap ayat ini. jika kurang faham, boleh wassap saya. selepas dua atau tiga orang bertanya, saya boleh kongsi isu anda dlm blog ini.  

Pengesyoran kepada organisasi untuk penambah-baikan dalam pembangunan perancangan kerjaya. 

3 pengesyoran yang sesuai dengan justifikasi yang jelas.



Rumusan (Menekankan akan kepentingan proses perancangan kerjaya, perkembangan terkini perancangan kerjaya dan pengesyoran).



Ringkasan yang komprehensif dan meliputi 3 daripada bidang yang disebut

assignment ini mudah dan ringkas asal tuan ikut betul2 rubriks di atas. karangan tuan mesti akur kpd tulisan warna biru di atas.


JGN ciplak, jgn copy n paste. semua tutor...sekali baca sudah tahu tuan ciplak atau tidak. ATAU memajukan kertas orang lain dgn hanya tukar tarikh dan nama!



SATU LAGI TIPS penting ialah, lihat contoh jawapan di belakang buku tuan, ada banyak fakta yg anda boleh guna untuk tugasan ini. ia satu lagi markah percuma.

bersambung...