Assalam Tuan Puan
Pada awal 2017, PERHEBAT dan Kementerian Sumber Manusia telah tandatangan MOU di mana veteren berpencen dan tidak berpencen serta anggota yg masih berkhidmat yg sudah dekat pencen diberi Penilaian Khas atas Pengalaman Terdahulu - yg lulus di beri DKM [Diploma Kerajaan Malaysia].
Pada awal 2017, PERHEBAT dan Kementerian Sumber Manusia telah tandatangan MOU di mana veteren berpencen dan tidak berpencen serta anggota yg masih berkhidmat yg sudah dekat pencen diberi Penilaian Khas atas Pengalaman Terdahulu - yg lulus di beri DKM [Diploma Kerajaan Malaysia].
[MACAM TU LAH LEBIH KURANGNYA DLM BAHASA KASAR SAYA]
Berita Berkaitan Berita Berkaitan - Utusan Malaysia
Tujuan KEMENTAH perkenal DKM ialah supaya pegawai dan anggota tentera bersara dengan sijil yang di iktiraf oleh badan kjaan dan industri. Sebab sijil askar tak laku. Peliknya DKM hanya tiket untuk masuk kerja kerana selepas itu depa iktiraf pula segala kemahiran kita.
Semasa maulidul rasul depa cari bekas askar untuk ajar kawad. Begitulah ceritanya.
Ada sorang kawan kita tugas sebagai penguasa dengan berbekalkan DKM, tetapi kemudian di serap dalam kumpulan tambur (band) sebab dia sijil dan kemahiran dalam bidang muzik.
Kesimpulannya, ambil lah peluang ini sebaik mungkin. Ada sorang Drum Major di Pulau Pinang lanjutkan pelajaran hingga peringkat Sarjana (Master) dengan berbekalkan DKM. Maknanya semua orang boleh asal ada kemahuan.
Jangan seperti ada kemahuan untuk isteri dua, tapi takut kat bini tua!
Proses. Tuan Puan kena dengar dan patuh cakap dan arahan Pembimbing. Kedua, jangan malu atau segan untuk bertanya samada melalui whatsapp atau telefon terus.
Buat persiapan yang lengkap; ada NOSS, faham NOSS, faham CU dan lain-lain. Paling penting baca segala panduan dan peraturan supaya bila tarikh penilaian Tuan Puan melakukannya dgn penuh keyakinan.
info di bawah akan di batal dan di ganti... MAAF
2.
Sediakan
Laporan Projek
3.
Baca
semua CO dan COCU di Tahap 2, 3 dan 4.
4. Counseling
[bimbingan] maya. Akan dibuat satu wasap gp di mana semua peserta akan jadi
ahli. Ahli kena maklum admin jika ada orang yang tidak masuk wasap gp. Semua
kemuskilan, pertanyaan dan info akan dikongsi. Paling penting tarikh dan masa
interview. Selain itu, peserta kena buat framework atau deraf ringkas dan di
emel kepada pembimbing untuk pembetulan sebelum ia dikira final.
5.
Hadir
Temuduga
a. Semasa temuduga, tuan akan
ditanya kemahiran di Tahap 2 dan Tenguk nasib...ada juga soalan2 dari Tahap
4. PENTING. Ada benda kita tiada pengalaman....tapi penal mengharap kita sudah
baca nota kita.
b. Tuan perlu buat persembahan [presentation] atas Laporan Projek Kemahiran Terdahulu [LPKT] guna power points. [bawa thumb drive]
c. Jika gagal [kemungkinan] diberi peluang buat semula esok harinya.
d. Jika lulus, kertas kerja akan ditandatangan dan tuan akan ‘bind’ ikut peraturan yang ditetapkan
b. Tuan perlu buat persembahan [presentation] atas Laporan Projek Kemahiran Terdahulu [LPKT] guna power points. [bawa thumb drive]
c. Jika gagal [kemungkinan] diberi peluang buat semula esok harinya.
d. Jika lulus, kertas kerja akan ditandatangan dan tuan akan ‘bind’ ikut peraturan yang ditetapkan
Terkini! Kertas kerja OK, tapi bila
bab interview ada yang kantoi [gagal]. Tuan tuan kena baca semua nota dan
faham. Orang tua mcm kita tidak perlu ingat, tapi kena lebih faham. Contoh bab
ronda; kita hanya perlu ingat sebelum, semasa dan selepas. Isinya? Pandai2 lah.
ISU BUAT LAPORAN [kertas kerja]
6.
Buat
laporan tidak susah tapi kena usaha. Fikirkan kawan-kawan kita di KL [PTT
Kanan] tidak ada yang gagal. Jika kurang, diberi peluang buat semula esoknya.
a. Cuma 15 ke 20 muka surat.
Isinya betul-betul 5 muka surat sahaja. Itu pengalaman saya, bukan temberang.
b. Paling banyak yang dibenar
ialah 30 muka surat.
7.
Apa
nak lapor?
Saya cuma boleh cerita bab
Keselamatan sebab itu tumpuan saya.
a. Bab Operasi Keselamatan
b. Bab Buat SOP
c. Bab Senjata Api
d. Bab Latihan
e. Bab Pengurusan Anggota
f. Bab Tugas Mengiring VIP
8.
Kandungan
setiap bab tu bagaimana? Akan diceritakan dalam kelas
PORTFOLIO
Setiap calon WAJIB sediakan
satu portfolio. Portfolio ni ialah resume dan cv tentang diri kita.
Selamat
Berjaya!
P/S. Nota ini masih
sedang di bina dan dikemaskini setiap hari!