29.10.26

CORAK PERANG TERKINI: ADAKAH ATM SUDAH BERSEDIA

Hakikatnya Amerika dan Israel akhirnya kalah juga dengan Iran.  Pendekatan perang hari ini terlalu holistik; darat laut udara, teknologi canggih, tapi kos yang rendah  dan rakyat sedia untuk sama-sama anagkat senjata. 

Jika berperang - musuh yang berada dalam negara wajib dihapuskan. Awal nya ramai perisik MOSSAD di tangkap. Rakyat Thailand dan India yg sama-sama berperang bersama IDF berjaya balik ke nagara masing2. Baru semua sedar ada sokongan dua negara ini terhadap "genocidal state". Perisikan kita juga mungkin sudah tahu siapa perisik dari luar negara dan rakyat tempatan yang bersubahat.    

12.10.26

PENGALAMAN VIVA VOCE

Nervousness. Melayu kata..gelabah. Tapi bila masuk jer ke dalam tu - betul-betul sesuatu yang di luar dugaan. Maka betul lah apa yang SV saya kata. Dalam proses mencapai tiga huruf ni - iaitu hurud PhD di hujung nama; examiner lah orang yang paling bijak dan pandai. Kata SV kita yang bijaksana tu... depa (examiners) tak tenguk atau dengar pun presentation kita. Sebab depa dah baca tesis kita - dan dah siap dgn keputusannya. Gagal atau Lulus. Lulus pun dgn correction kecik, atau sederhana. Kalau major correction - serupa lah dgn buat semula.

IKLAN PENDEK: Free PERCUMA - Google Meet TAJUK:  Penulisan Research Proposal - 15 Nov 2026 9.00 - 11.00 mlm . Sertai TELEGRAM  https://t.me/+rZTWDyKgoAw1MGZI

11.10.26

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA SEBENAR

Pandangan di sini mungkin kurang tepat, tetapi itu lah persepsi nya. Pembangunan Sumber Manusia atau HRD adalah satu aspek penting dlm skop tugas dan tanggungjawab Jabatan HR di mana semua staf sesebuah organisasi di semua peringkat sepatutnya terlatih mengikut jawatan dan level masing-masing. Kompeten!

Kompeten = cekap, punya kebolehan, pengetahuan, dan kemahiran bagi  seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas atau pekerjaan dengan cekap dan jayanya (efficient and effective)

Malangnya masih byk Jab HR sendiri terdiri dari mereka yg tidak terlatih (academically) dlm HR dan khususnya HRD. Sebab apa? Sebab bos fikir dia sesuai tugas di Jab HR. Sesuai bagaimana? Itu kena tanya bos.