Saturday, October 24, 2020

1. TIPS NAK MULAKAN PhD

BUAT PhD: SUSAH SANGAT KE, ATAU KITA YANG BELUM JUMPA JALAN?

Perkongsian pengalaman seorang pelajar PhD yang sudah melepasi usia 60 tahun.

Umur saya sudah melepasi 60 tahun. Alhamdulillah, tesis PhD saya sudah siap, malah sesi viva voce pada Oktober 2026 juga telah selesai. Keputusannya, hanya perlu membuat minor corrections.

Syukur kepada Allah SWT.

Cuma ada satu perkara yang masih membuatkan saya pening kepala, iaitu senarai rujukan (references). Nampak macam perkara kecil, tetapi apabila tesis sudah siap, barulah terasa betapa rumitnya hendak menyemak semula satu demi satu.

Nanti saya ceritakan.

Sebelum itu, izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman sepanjang perjalanan menyiapkan PhD ini. Mungkin ada manfaatnya kepada mereka yang sedang merancang untuk menyambung pengajian, khususnya sahabat-sahabat yang sudah berusia seperti saya.

1. Pada Mulanya, PhD Ini Memang Terasa Susah

Bagi saya, cabaran membuat PhD bukan hanya berkaitan dengan ilmu penyelidikan atau penulisan tesis. Ada juga cabaran lain yang perlu dihadapi, termasuk urusan pentadbiran, birokrasi dan pengurusan masa.

Apabila usia sudah meningkat, tenaga pun tidaklah seperti dahulu. Ada masanya cepat letih. Hendak membaca berjam-jam pun perlu mengikut kemampuan diri.

Saya pernah melalui pengalaman apabila penyelia (supervisor atau SV) belum dapat disediakan sepanjang semester pertama pengajian. Akibatnya, semester tersebut berlalu tanpa kemajuan penyelidikan seperti yang saya harapkan, sedangkan yuran pengajian sudah pun dibayar.

Apabila saya mengemukakan perkara tersebut, jawapan yang diterima lebih kurang begini: "Itulah cabaran membuat PhD, Tuan."

Saya faham bahawa setiap pengajian mempunyai cabarannya. Namun, pada pandangan saya, cabaran akademik dan kelemahan pengurusan ialah dua perkara yang berbeza.

Pelajar memang perlu bersedia menghadapi kesukaran dalam penyelidikan. Pada masa yang sama, institusi juga mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan bimbingan dan sokongan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, saya anggap pengalaman tersebut sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

2. Masalah Sebenar: Kita Tidak Nampak Jalan

Pada peringkat awal, saya sebenarnya kurang jelas tentang perjalanan pengajian PhD.

Apa yang perlu dibuat dahulu? Bagaimana hendak menyediakan proposal? Apa hubungan antara Bab 1, Bab 2 dan Bab 3? Bagaimana hendak membangunkan metodologi? Dan akhirnya, bagaimana hendak menghasilkan tesis yang memenuhi kehendak akademik?

Banyak persoalan, tetapi jawapannya tidak semestinya mudah diperoleh.

Saya pernah mengikuti beberapa program dan sesi pembelajaran. Ada yang membantu, tetapi ada juga yang menyebabkan saya semakin keliru. Kadangkala, sebelum menghadiri kelas, kita rasa sudah faham sedikit. Selepas kelas, yang sedikit itu pun hilang!

Saya juga berpendapat bahawa sesetengah program terlalu menumpukan kepada penyampaian maklumat, sedangkan pelajar sebenarnya memerlukan panduan praktikal tentang bagaimana hendak melaksanakan penyelidikan.

Akibatnya, ada pelajar yang sudah beberapa semester belajar tetapi masih belum dapat menyiapkan bab-bab awal tesis. Ada sorang Prof ckp, doing PhD is a lonely journey. Memang betul, tapi kalau nak berkawan, baik kwn dgn  u-tube berkaitan PhD. Tapi kena fokus - nak tahu beza kuali dgn kuanti - cari dlm u-tube. Ada byk pandangan dan pendekatan - tp sangat bermanfaat. Nak tau pasal analysis data, cara presentation, cara buat problem statement, semua ada dlm u-tube.

Mahu cari ilmu berbayar di kalangan bekas ahli akedemik - saya cadang cari dr Mushin. Ini lah yg terbaik. Kelas dia di depan masjid bulat di Sek 14, PJ. Dia siap sarapan dan lunch. Waktu solat lelaki semua pergi msjd. Kelas 2 hari Sabtu dan Ahad, ada hotel bajet 5 minit dari kelas. Pelajar sejauh Brunei, Kelantan, Kedah, Johor sanggup dtg. 

Sebab saya sendiri dah masuk byk kelas begini - hampir semua tidak bermanfaat. Kecuali Dr Mushin ini.

Hala Tuju. Saya ambil masa untuk mencari pendekatan yang sesuai. Setelah melalui beberapa pengalaman pengajian, barulah saya mula melihat hala tuju yang lebih jelas.

Alhamdulillah, selepas memperoleh bimbingan yang sesuai, saya berjaya siapkan tesis dalam tempoh kira-kira satu tahun.

Pengajaran paling penting bagi saya ialah kita bukan sahaja perlu rajin belajar, tetapi perlu memahami apa yang sedang kita lakukan dan mengapa kita melakukannya. Panduan utama saya - faham apa fungsi setiap Chapter, hubungan antara Chapter, ciri2 atau sifat2 setiap Chapter.

lagi satu.., bahasa penulisan. Level Master dan PhD, bahasa penulisan adalah penerengan dan analitikal. Bukan deskriptif. 

---xxx---

Penjelasan dari graf: “Graf ini menunjukkan bahawa majoriti penduduk kampung tidak mengutamakan kehidupan yang mewah.”

Ayat Penerangan (Explanatory)

“Graf ini menunjukkan bahawa majoriti penduduk kampung tidak mengutamakan kehidupan yang mewah. Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh gaya hidup sederhana, keutamaan terhadap keperluan asas dan nilai kehidupan masyarakat setempat.”

3. Ayat Analitikal (Analytical)

“Dapatan ini menunjukkan bahawa kemewahan bukanlah keutamaan utama bagi majoriti penduduk kampung. Hal ini mencadangkan bahawa kesejahteraan hidup mungkin lebih berkait dengan kecukupan keperluan asas, kestabilan ekonomi dan kepuasan hidup berbanding pemilikan harta atau barangan mewah.”

Perbezaan paling mudah untuk kita ingat:

  • Deskriptif: Apa yang berlaku?

  • Penerangan: Mengapa perkara itu mungkin berlaku?

  • Analitikal: Apakah makna dan implikasi perkara tersebut?

Nota penting: Tanpa data tambahan, sebab dan tafsiran dalam ayat penerangan serta analitikal hanyalah kemungkinan yang perlu disokong oleh bukti.

Dalam penulisan tesis PhD, ayat deskriptif tetap diperlukan untuk melaporkan dapatan.  Namun, analisis yang baik perlu bergerak lebih jauh daripada sekadar menerangkan apa yang ditunjukkan oleh graf.

                                                             ---xxx---

3. Bagaimana Saya Mula Menemui Jalan

Salah satu pengalaman yang banyak membantu saya ialah mengikuti bimbingan Dr. Mushin Ismail. Saya mengenali pendekatan beliau melalui kelas dan perkongsian mengenai penyediaan tesis. Apa yang menarik perhatian saya ialah cara beliau menerangkan proses penyelidikan menggunakan bahasa yang mudah difahami, dengan susunan yang jelas dan praktikal.

Dalam kelas intensif selama dua hari, peserta dibimbing memahami struktur dan menyediakan rangka awal Bab 1, Bab 2 dan Bab 3. Serius, bukan main-main!

Tetapi jangan salah faham. Ini tidak bermaksud tesis PhD yang lengkap dan berkualiti boleh disiapkan dalam masa dua hari. Apa yang saya maksudkan ialah peserta dapat memahami hubungan antara bab, mengenal pasti perkara yang perlu ditulis dan menyediakan asas awal penulisan dengan lebih tersusun.

Bagi saya, inilah perkara yang sangat penting.

Sebelum itu, saya melihat bab-bab tesis seolah-olah berdiri secara berasingan. Selepas memahami proses tersebut, barulah saya nampak bahawa setiap bab mempunyai fungsi dan saling berkaitan.

Saya tidak mengatakan bahawa pendekatan ini satu-satunya cara yang betul. Setiap pelajar mempunyai keperluan dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Namun, bagi saya sendiri, pendekatan tersebut banyak membantu menjelaskan perkara yang sebelum ini kelihatan rumit.

4. Sebelum Mendaftar PhD, Fikirkan Tajuk Dahulu

Saya ingin berkongsi satu pandangan. Kalau boleh, fikirkan bidang dan tajuk penyelidikan sebelum mendaftar untuk mengikuti pengajian PhD.

Tidak semestinya tajuk itu sudah muktamad. Tajuk masih boleh diperhalusi selepas berbincang dengan penyelia. Tetapi sekurang-kurangnya kita sudah mempunyai gambaran tentang perkara yang hendak dikaji.

Pada pandangan saya, antara pilihan yang baik ialah memilih bidang yang mempunyai hubungan dengan pengalaman kerja, kepakaran atau minat kita.

Mengapa? Kerana kita sudah mempunyai pengetahuan asas tentang bidang tersebut. Kita juga lebih mudah memahami isu sebenar yang berlaku di lapangan.

Saya sendiri sudah bersara daripada perkhidmatan tentera. Oleh itu, saya memilih bidang penyelidikan yang berkaitan dengan persediaan persaraan anggota infantri Tentera Darat Malaysia. Tajuk ini dekat dengan pengalaman dan pengetahuan saya.

Walaupun begitu, pengalaman sahaja tidak mencukupi. Penyelidikan PhD tetap memerlukan pembacaan literatur, metodologi yang sesuai, pengumpulan data, analisis dan hujah akademik yang boleh dipertahankan. Dan sebagai seorang practitioner, saya guna bahasa santai tetapi diterima oleh akademik. Sebab kalau tulis ikut cara akademik khususnya bahasa Inggeris, memang keliru lah pembaca nanti.

Pengalaman membantu kita memahami konteks. Penyelidikan pula membantu kita mengkaji sesuatu masalah secara sistematik.

5. Empat Fasa Perjalanan PhD

Bagi memudahkan pemahaman, saya bahagikan perjalanan PhD kepada empat fasa utama.

FASA 1: Persediaan dan Permohonan

Sebelum memohon, buat sedikit penyelidikan tentang universiti yang hendak dipilih.

Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:

  • Jumlah yuran dan kaedah pembayaran.

  • Syarat kemasukan dan tempoh pengajian.

  • Kesesuaian fakulti dengan bidang penyelidikan.

  • Ketersediaan dan kepakaran penyelia.

  • Keperluan penerbitan dan prosedur akademik.

  • Bentuk sokongan yang diberikan kepada pelajar penyelidikan.

Jangan hanya melihat kepada yuran atau kemudahan pendaftaran. Bagi saya, kualiti penyeliaan dan kejelasan proses pengajian jauh lebih penting daripada kemudahan untuk mendaftar.

Sebaik-baiknya, sediakan juga cadangan penyelidikan awal atau research proposal. Panjangnya bergantung pada keperluan universiti. Sebagai persediaan, sekitar 10 hingga 15 muka surat boleh dijadikan panduan awal.

Proposal tersebut tidak semestinya sempurna. Yang penting, kita sudah dapat menjelaskan masalah yang hendak dikaji, objektif kajian dan pendekatan penyelidikan yang dicadangkan.

FASA 2: Pendaftaran dan Sesi Suai Kenal

Apabila sudah diterima masuk, daftarlah dahulu, abang-abang dan kakak-kakak sekalian. Biasanya akan ada sesi taklimat, pengenalan kepada peraturan pengajian dan urusan berkaitan penyeliaan. Ada juga pelbagai buku, kursus dan bahan pembelajaran yang ditawarkan. Nasihat saya, jangan terlalu cepat membeli semuanya. Kenal pasti dahulu apa yang benar-benar diperlukan. Dan dalam dunia maya ini, ada byk buku boleh di dapati dgn percuma, dan download la akan ia.

Kemudian, berkenalanlah dengan penyelia utama dan penyelia bersama, jika dilantik. Bincangkan tajuk, skop, hala tuju kajian dan jangkaan kemajuan penyelidikan. Selepas itu, barulah kita masuk ke gelanggang sebenar. Orang tentera mungkin kata, masuk kawasan operasi! Cuma kali ini senjatanya bukan senapang, tetapi komputer, jurnal, buku dan secawan kopi.

Lupa na bagi tahu, zaman sekarang Mendeley dah tak laku. Kerana terlampau AI yg ada dlm pasaran. Kat shoppee pun ada.

FASA 3: Menyediakan Bab 1 hingga Bab 3

Fasa ini amat penting kerana tiga bab awal membentuk asas kepada keseluruhan penyelidikan.

Secara ringkas:

Bab 1 — Introduction

Menjelaskan apakah masalah yang hendak dikaji, mengapa masalah tersebut penting, apakah objektif kajian dan persoalan yang ingin dijawab.

Bab 2 — Literature Review

Membincangkan apa yang sudah diketahui melalui kajian terdahulu, apa yang masih belum difahami dengan mencukupi dan bagaimana literatur membantu membina asas kajian kita.

Bab 3 — Research Methodology

Menjelaskan bagaimana kajian akan dilaksanakan, mengapa pendekatan tersebut dipilih, bagaimana data dikumpulkan dan bagaimana data akan dianalisis.

Ketiga-tiga bab ini perlu mempunyai hubungan yang jelas.

Setelah disediakan mengikut keperluan institusi, pelajar biasanya perlu melalui sesi pembentangan dan pertahanan cadangan penyelidikan, yang sering disebut sebagai Defence of Research Proposal (DRP).

Bagi saya, jika kita benar-benar memahami tiga bab ini, perjalanan seterusnya akan menjadi lebih terarah.

FASA 4: Melaksanakan Kajian, Menyiapkan Tesis dan Viva Voce

Selepas proposal diluluskan dan kelulusan berkaitan diperoleh, pelajar boleh meneruskan proses pengumpulan serta analisis data.

Kemudian, hasil kajian ditulis, dibincangkan dan dihubungkan semula dengan objektif, persoalan kajian serta literatur.

Akhirnya, tesis disediakan untuk pemeriksaan dan sesi viva voce.

Tempoh keseluruhan pengajian mungkin mengambil masa tiga hingga lima tahun, atau lebih, bergantung kepada program, universiti, kemajuan penyelidikan dan keadaan pelajar.

Bagi saya, perkara paling penting bukan semata-mata hendak menyiapkan PhD dengan cepat.

Yang lebih penting ialah menyiapkan penyelidikan dengan betul, memahami hasil kajian sendiri dan mampu mempertahankannya.

6. Memahami Penyelidikan, Bukan Sekadar Menulis Tesis

Satu perkara yang saya pelajari ialah pada peringkat pascasiswazah, khususnya PhD, kita tidak boleh hanya menerangkan sesuatu konsep atau teori.

Kita perlu bergerak lebih jauh.

Kita perlu membandingkan, menganalisis, menilai secara kritikal dan menjelaskan bagaimana sesuatu pengetahuan berkaitan dengan masalah penyelidikan kita.

Di sinilah pentingnya memahami hubungan antara setiap bab.

Sebagai contoh, jika Bab 1 mengenal pasti masalah, Bab 2 perlu membantu menjelaskan masalah tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Kemudian Bab 3 menentukan bagaimana kita hendak menyiasat masalah itu.

Bab 4 pula membentangkan dapatan kajian, manakala Bab 5 membincangkan makna dapatan tersebut dan sumbangannya.

Apabila hubungan ini difahami, tesis tidak lagi kelihatan seperti lima bab yang berasingan.

Sebaliknya, ia menjadi satu perjalanan penyelidikan yang tersusun.

Satu lagi perkara yang perlu difahami ialah perbezaan antara pendekatan quantitative dan qualitative. Kedua-duanya mempunyai asas, tujuan dan kaedah tersendiri.

Saya sendiri menumpukan kepada penyelidikan kualitatif. Oleh itu, perkongsian saya lebih banyak berdasarkan pengalaman menggunakan pendekatan tersebut.

Saya juga bercadang untuk mengikuti kelas kuantitatif Dr. Mushin pada masa akan datang, sekurang-kurangnya untuk menambah pengetahuan.

Belajar ini tidak ada tarikh tamatnya.

7. Masalah yang Saya Tidak Sangka: Senarai Rujukan!

Sekarang kita kembali kepada perkara yang saya sebut pada awal tadi.

References!

Selepas berbulan-bulan menulis, membaca, menyemak dan membetulkan tesis, akhirnya saya berhadapan pula dengan senarai rujukan yang agak bercelaru.

Orang kata, sudah sampai ke garisan penamat.

Rupa-rupanya masih ada satu lagi bukit yang perlu didaki!

Masalahnya begini.

Sepanjang proses penulisan tesis, kita sentiasa membuat pembetulan. Ada perenggan ditambah, ada yang dipinda dan ada juga yang dibuang terus.

Apabila perenggan dibuang, kadangkala rujukan yang berkaitan masih tertinggal dalam senarai rujukan.

Ada pula citation dalam teks, tetapi sumbernya tidak terdapat dalam senarai rujukan.

Kadangkala nama penulis atau tahun penerbitan tidak sepadan.

Inilah yang menyebabkan kerja menyemak rujukan menjadi rumit apabila tesis sudah terlalu panjang.

Akhirnya, saya mengambil pendekatan menyusun senarai rujukan sementara selepas setiap bab untuk memudahkan pemeriksaan.

Dengan cara ini, saya boleh menyemak tiga perkara:

  1. Setiap citation dalam teks mesti mempunyai sumber yang sepadan dalam senarai rujukan.

  2. Setiap sumber dalam senarai rujukan mestilah benar-benar digunakan dalam penulisan, kecuali jika institusi menetapkan format bibliografi yang berbeza.

  3. Maklumat sumber seperti nama penulis, tahun, tajuk, jurnal dan DOI mestilah tepat.

Selepas selesai menyemak setiap bab, barulah semua rujukan digabungkan menjadi satu senarai lengkap mengikut format universiti.

Nasihat saya kepada mereka yang baru memulakan tesis:

Jangan tunggu sehingga Bab 5 siap baru hendak menyemak semua rujukan.

Buatlah pemeriksaan secara berperingkat.

Jika boleh, gunakan perisian pengurusan rujukan seperti Zotero atau Mendeley sejak awal. Ia boleh membantu mengurangkan kesilapan dan memudahkan penyusunan rujukan.

Bagaimana dengan ChatGPT dan DeepSeek?

Saya juga menggunakan ChatGPT dan DeepSeek sebagai alat bantuan sepanjang proses penulisan dan semakan.

Berdasarkan pengalaman saya, DeepSeek agak membantu untuk sesetengah tugasan mencari dan menyusun maklumat rujukan. ChatGPT juga banyak membantu, khususnya dalam memahami konsep, memperkemas ayat dan menyusun hujah.

Namun, ada satu perkara yang sangat penting.

Jangan menerima sesuatu rujukan yang diberikan oleh AI tanpa membuat pengesahan.

Semak sumber asal, nama penulis, tahun penerbitan, tajuk artikel dan DOI melalui laman penerbit atau pangkalan data yang boleh dipercayai.

AI boleh membantu mempercepatkan kerja, tetapi tanggungjawab terhadap ketepatan tesis tetap berada pada penyelidik.

8. Belajar Daripada Pengalaman Orang Lain

Saya ingin mencadangkan satu perkara kepada mereka yang sedang merancang untuk menyambung pengajian PhD.

Sebelum mendaftar, cuba ikuti dahulu webinar atau kelas pengenalan percuma yang menerangkan keseluruhan proses penyelidikan.

Antara yang pernah membantu saya ialah sesi perkongsian Dr. Mushin Ismail.

Beliau pernah mengendalikan sesi pengenalan melalui Google Meet yang berlangsung lebih dua jam.

Melalui sesi seperti ini, kita berpeluang memahami gambaran keseluruhan perjalanan PhD sebelum membuat keputusan yang melibatkan masa, tenaga dan wang ringgit.

Saya tidak berniat untuk mengatakan bahawa semua orang mesti belajar dengan beliau.

Sudah tentu terdapat ramai lagi pensyarah, penyelia dan pembimbing yang berpengalaman.

Saya hanya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri kerana pendekatan beliau sesuai dengan cara saya belajar.

Ada orang mudah memahami penjelasan yang bersifat teoritikal. Ada pula, seperti saya, lebih mudah memahami sesuatu apabila diberikan contoh dan diterangkan secara praktikal.

Yang penting, carilah bimbingan yang sesuai dengan keperluan masing-masing.

9. Penutup: PhD Bukan Sekadar Gelaran

Setelah melalui perjalanan ini, saya semakin memahami bahawa PhD bukan sekadar menghasilkan tesis yang tebal atau memperoleh gelaran doktor.

Ia merupakan satu proses belajar berfikir, menyelidik, menilai bukti, membina hujah dan menghasilkan pengetahuan yang mempunyai manfaat.

Pada usia saya sekarang, kejayaan menyelesaikan viva voce merupakan satu nikmat yang sangat saya syukuri.

Namun, saya juga sedar bahawa masih banyak perkara yang belum saya ketahui.

Kepada sahabat-sahabat yang sedang berjuang menyiapkan tesis, jangan terlalu cepat berputus asa.

Jika masih keliru, cari bimbingan. Jika tidak faham, bertanyalah. Jika tersilap, perbetulkan.

Dan jika sudah beberapa semester tetapi masih belum nampak jalan, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula pendekatan pembelajaran kita.

Kadangkala masalahnya bukan kerana kita tidak mampu berjalan jauh, tetapi kerana kita belum menemui peta yang sesuai.

Akhir sekali, saya akan berkongsi maklumat mengenai sumber pembelajaran, kelas dan saluran untuk mendapatkan penerangan lanjut, khususnya bagi mereka yang ingin memahami proses penyediaan tesis secara praktikal.

Bukanlah niat saya untuk berkempen bagi pihak sesiapa.

Saya sekadar berkongsi jalan yang pernah saya lalui, dengan harapan orang lain tidak perlu mengulangi kesilapan yang sama.

Maklumlah, apabila umur sudah melepasi 60 tahun, kita tidak mahu lagi terlalu lama sesat mencari jalan.

Kalau boleh, biarlah masa yang masih ada digunakan untuk menambah ilmu dan memberi manfaat kepada orang lain.

Sekadar perkongsian pengalaman peribadi. Semoga bermanfaat.


Belanja. Pada peringkat PhD, jika lulus, kita dikategorikan sebagai certified researcher. Itu saja. Jangan dok perasan. Tapi bezanya, orang yang ada PhD ini kerap lebih dihormati. Maka buatlah tesis dengan kajian yang mendalam, supaya setidak-tidaknya kita pakar dalam tajuk tesis kita itu.

Kedua — kita boleh terangkan kepada orang tentang metodologi kualitatif dengan berkesan sebab kita sendiri guna method ini. Jangan kata, "Aku dah lupa." Nanti malu dengan abang dan kakak semua. Ini kalau kita buat kajian kualitatif.


Korban. Tadi tajuk belanja, sekarang tajuk korban. Maksudnya: sedia berkorban untuk berbelanja. Jangan kedekut kerana ilmu. Kedua, berkorban sedikit, kemudian lulus dengan cepat. Pernah ada pelajar terabang dari Terengganu dan Sarawak semata-mata untuk hadir ke kelas Dr. Mushin.

Bagi saya yang rambut dah kelabu ini, entah berapa kali saya hadir kelas beliau — di PJ, Pulau Pinang, Kuching, Putrajaya. Semuanya bermula dengan kelas percuma.

Lebih baik lagi cara Dr. Mushin ini... kita boleh jumpa beliau bila-bila, tapi buat temujanji dulu. Beliau akan ajar dan guide hingga selesai — daripada buat tesis, menghadapi DRP, buat artikel, sehinggalah menghadapi viva. Banyak panduan yang beliau akan kongsi.

Bayaran — kira ciput (murah) berbanding dengan yang lain. Kadar lulus tinggi. Ramai yang sudah berjaya menyandang gelaran Dr. di depan nama mereka.


Tips 2: Bidang Apa?

Prof. Serba Tahu (pembaca Majalah Gila-Gila pasti kenal!) selalu pesan:
Pilihlah bidang yang kita suka, yang kita sedang buat, atau yang kita memang nak buat — asalkan memenuhi beberapa kriteria penting.

Pertama, pastikan kita mudah mendapatkan data.

Kedua, pilih sesuatu yang dekat dengan diri kita — perkara yang kita biasa buat, pernah buat, atau ada pengalaman. Ini akan memudahkan proses menulis dan berhujah.
Contohnya: kalau kita seorang pembuat sabun basuh, maka buatlah topik berkaitan sabun — pasaran sabun, persaingan, cabaran memulakan perniagaan sabun, masa depan industri sabun buatan kecil, dan macam-macam lagi.

Ketiga, isu harian pun boleh dijadikan kajian — asalkan kita kreatif dan mampu "menangkap mata" pembaca serta penyelia.

Kesilapan biasa? Ramai pelajar memilih tajuk yang sudah basi, terutama mereka dalam bidang pendidikan (ampun). Tajuknya berlegar pada tema yang sama berulang-ulang, tanpa sudut pandang baharu.

Padahal, banyak isu besar dalam pendidikan yang jarang disentuh. Contohnya:

  • Mengapa ibu bapa hari ini meletakkan hampir semua tanggungjawab mengajar dan mendidik kepada guru?

  • Apakah kesan negatif campur tangan politik dalam dasar pendidikan negara?

  • Atau, apakah impak sebenar kewujudan PIBG terhadap sikap dan perangai murid-murid?

Kalau ada yang buat kajian-kajian begini… saya sendiri pun teringin sangat nak baca tesis atau artikel itu.


Metodologi?

Di Malaysia, majoriti — atau 99.99% kalau nak hiperbola sikit — memang cenderung memilih kajian kuantitatif. Saya pula sebaliknya: saya lebih suka kualitatif.

Bukan apa… saya memang tak mesra dengan graf, statistik, formula dan segala macam nombor yang buat kepala saya serabut. Lagi pula, banyak dapatan kajian kuantitatif akhirnya hanya menyimpulkan perkara-perkara umum seperti, “kecantikan seorang wanita bergantung kepada mata yang memandang.” Ada juga yang lebih ‘gah’ sedikit — siap kata formula tersebut boleh diaplikasikan ke sana ke sini.

Dan disebabkan itulah… jujurnya, saya memang cepat rasa bosan membaca tesis-tesis yang begitu.

Sebaliknya, saya lebih seronok membaca isu-isu sosial. Contohnya:

  • Mengapa masalah dadah di negara kita seolah-olah tiada penghujung?

  • Mengapa ada ahli politik gemar memainkan sentimen perpecahan antara kaum?

  • Mengapa ada segelintir pemimpin yang sanggup mempertahankan ahlinya yang melakukan kesalahan jenayah seperti menceroboh tanah kerajaan?

Dan pelbagai isu sosial lain yang jauh lebih ‘hidup’, lebih dekat dengan realiti.


“Training yang bukan training”

  • Keutamaan yang tersasar antara terpelajar dengan terdidik di institusi pengajian tinggi di Malaysia: satu kajian kes.

  • Agenda sebenar ahli politik Malaysia: satu kajian kes — ini tajuk yang tiada data.

Cuma masalahnya — tajuk-tajuk begini memang sukar dijadikan kajian. Bukan kerana ia tidak penting, tetapi kerana:

  • Hampir tiada pihak yang sanggup membantu,

  • Data sensitif dan sukar diperoleh,

  • Universiti pun biasanya tidak berani menerima tajuk yang terlalu “panas” kerana risiko politik dan dasar.

Kadang-kadang saya fikir… sayang juga. Banyak isu masyarakat kita yang sangat penting untuk dikaji secara mendalam, tetapi tidak ramai berani menyentuhnya.


Tiba-tiba saya terfikir...

Tentang evolusi pemikiran rakyat marhaen — sebagaimana yang sedang berlaku di New York dalam bulan November 2025, di mana pendatang dari Uganda yang beragama Islam boleh mendapat undi majoriti dalam merebut jawatan Datuk Bandar New York.

  • Mengapa pendirian rakyat berubah?

  • Adakah ia akan menular ke Malaysia, seperti mana Arab Spring dahulu?

Terjumpa nota ini.., sila klik Qualitative Research Design


Persiapan Mental

Dalam dunia PhD hari ini, ada beberapa "senjata rahsia" yang memang wajib ada:

Mendeley, Google Translate, ChatGPT, Google Scholar, Grammarly, QuillBot, dan Consensus — semua ini sangat membantu. Tanpa alat-alat ini, memang boleh "tewas mental". Tapi bila sudah ada, kita pun kena belajar menggunakannya dengan betul supaya ia benar-benar menjadi penyelamat, bukan menyusahkan.

Selepas itu, saya cadangkan masuk kelas seorang Dr. (PhD) yang saya jumpa di Facebook atau Telegram — tak ingat tepatnya. Beliau mengajar dengan cara yang sangat praktikal, tepat dengan keperluan pelajar yang sering keliru dan buntu. Yuran pula sangat berpatutan — bak kata orang sekarang: rahmah dan madani. Selalunya beliau mulakan dengan kelas percuma dulu, jadi pelajar boleh rasa sendiri cara pengajaran beliau.

Yang menariknya, Dr. ini sanggup mengajar di mana-mana negeri asalkan cukup pelajar untuk menampung kos perjalanan — minyak, tol, hotel, dan makan.

Saya sendiri, bersama beberapa rakan lain, banyak belajar daripada beliau. Dari Johor hingga ke Pulau Pinang. Sekali tu di Kuching. Dua hari bersama beliau, terus siap Chapter 1 hingga 3. Sedangkan sebelum itu, sudah tiga semester saya masih terkial-kial dan terhegeh-hegeh tanpa hala tuju yang jelas.


Cari Tajuk Tesis

Saya memang datang daripada bidang latihan (training) — dan minat saya pada training memang luar biasa. Jadi secara natural, saya pilih tajuk yang berkaitan dengan training.

Tambahan pula, saya bekas tentera. Pada akhir khidmat saya dalam tentera, saya memang bertugas di bahagian training. Maka sasaran saya sudah jelas: veteran tentera. Training bagaimana yang akan membantu mereka bersedia menghadapi persaraan.

Selepas berbincang dengan adik saya, muncul satu tajuk yang sangat ringkas, tapi cukup kuat. Daripada tajuk itu sahaja, kajian saya sudah berada dalam kategori basic research, dan metodologi yang paling sesuai sudah tentu kualitatif. Jika applied research, maka metodologi kajiannya lebih kepada kuantitatif.

Namun, bila penyelia saya (SV) melihat tajuk tersebut buat pertama kali, beliau terus menegur dengan penuh hikmah. Katanya:

"Oleh kerana tajuk itu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia, awak akan berhadapan dengan isu dokumen berdarjah (classified documents) yang boleh menyukarkan proses menyiapkan tesis."

Beliau mencadangkan supaya saya fokus kepada PERHEBAT sahaja — lebih selamat, lebih mudah dapat data, dan lebih jelas ruang penyelidikan.

Penyelia saya memang hebat. Sekali pandang tajuk sahaja, terus keluar nasihat bernas yang menyelamatkan saya daripada banyak masalah kemudian hari.


Proses Cari Tajuk

Perbezaan antara orang akademik dan orang industri dalam mencari tajuk memang ketara.

Dalam kursus research skills yang saya hadiri, mereka tekankan bahawa kita mesti membaca banyak artikel dalam bidang yang kita minat, kemudian mengenal pasti apa yang dipanggil "gap". Dari situlah kita tahu tajuk yang sesuai. Baru kemudian saya tahu bahawa wujud juga istilah theoretical gap, practical gap, dan macam-macam gap lagi. Pergi sahaja ke Google Scholar dan cari "types of research gaps", atau cari tulisan Miller — memang lengkap penerangannya.

Menurut ahli akademik, gap ialah perkara yang orang belum kaji dan kita mahu kaji.

Tapi bagi kami orang industri — gap itu muncul setiap hari. Ia adalah kelemahan, kekurangan, atau sesuatu yang kerajaan atau organisasi terlepas pandang. Sebab itu, kalau nak buat kajian tentang "mengapa di seluruh dunia terutama pemimpin politik, suami takut isteri", pun boleh — sekadar contoh ya.

Macam mana nak kenal pasti gap?

Cara paling mudah: fikir sahaja apa yang belum orang buat, atau faktor yang belum orang pertimbangkan. Itu sahaja.

Kalau kajian sudah dibuat di India, China, AS atau Australia tetapi belum dibuat di Malaysia — itu pun gap juga (geographical gap).

Masalahnya saya ni… kalau membaca, maksimum 20 minit saja saya boleh bertahan. Itu salah satu alasan orang industri tak suka membaca untuk cari gap.


Sebenarnya, bagi kami rakyat marhaen, orang industri, atau orang yang sudah lama bekerja — kita sudah pun nampak masalahnya. Kita tahu apa yang sedang berlaku atau apa yang sudah lama bermasalah.

Dari situ, kita fikir pula: apa objektif kajian atau cara untuk menyelesaikan masalah itu?

Adakah kita mahu:

  • menyiasat punca masalah?

  • memperkenalkan satu solusi atau model?

  • mengenal pasti faktor-faktor penyebab perpecahan?

  • menambah baik dasar, sistem atau kelemahan proses?

Ada satu ketika, Perdana Menteri bertanya kepada seorang pegawai kanan: "Kenapa isu air di Sabah bertahun-tahun tidak selesai?"

Jawapannya mudah: campur tangan politik.

Itulah perbezaan kami dengan ahli akademik — sebelum buat kajian pun, selalunya kita sudah tahu jawapan.


Sebab itu saya selalu kata:
Tugas anda sekarang ialah menyesuaikan jawapan yang memang sudah jelas itu ke dalam bentuk sebuah tesis.OBJEKTIF → TAJUK KAJIAN?
Bila kita sudah tahu objektif, sebenarnya di situlah tajuk kajian kita.
Contoh mudah:
Orang kampung saya nampaknya tidak bersatu, tidak sehaluan, wujud kelompok politik, kelompok ‘orang ada duit’, ada juga yang pentingkan diri. Semua ini menyukarkan usaha memajukan kampung.
Ini boleh menjadi pernyataan masalah. Walaupun mungkin ia hanya persepsi, ia tetap satu isu yang boleh dikaji — cuma kita kena berhati-hati.
Selepas itu kita fikir:
Apa saya nak buat supaya mereka bersatu?
Di sini objektif sudah mula jelas.
Maka tajuk boleh jadi:
“Penyatuan Penduduk Kampung XXX”
Atau lebih sedap:
“Pembangunan Pendekatan (Formula) Penyatuan Penduduk Kampung”
Dalam bahasa Inggeris:
Developing an Approach for Uniting Rural Villagers
Ini bermakna, seorang yang berpengalaman, sekali dia tenguk tajuk tesis, dia sudah tahu, jenis research, dan metodologi research.
Pendek, padat, dan jelas. Tak perlu berangan nak buat tajuk bombastik bertaraf Nobel. Tujuan kita ialah lulus PhD, bukan glamor.
TETAPI... kadang-kadang SV (pensyarah) akan komen: “tajuk kamu ni tak nampak macam tajuk PhD”.
Minta saja cadangan mereka — biasanya mereka pun tak beri jawapan tepat. Dari situ mulalah rasa nak putus asa… kan?


Chapter 1: Apa wajib ada?
Saya ulang sekali lagi: JANGAN cari tajuk dulu. JANGAN pening dulu fikir tajuk. Mula dengan penyataan masalah.
Banyak sangat! Saya memang minat kajian sosial. Rasulullah SAW pun sangat dekat dengan isu masyarakat.
Dari situ, kita sudah mula berfikir: “Kalau aku jadi kerajaan, apa aku nak buat?”
Nah — itulah objektif.

Tentang kelas Dr. Muhsin
Kalau jumpa kelas sejam RM80 yg bukan dari Dr Mushin, fikir elok-elok. Saya pernah pergi kursus SLR di Shah Alam, datang all the way dari Ipoh, tiada apa faedah pun yg saya dapat. 

Contoh kes: kawan nak buat kajian autism
Saya pernah jumpa seorang kawan yang nak buat kajian tentang autism. Saya tanya, “Senang tak nak dapat data?” Dia jawab, “Susah.”
Saya cadangkan idea lain seperti: “Bagaimana mengawal demam denggi di kawasan X.”
Senang kan? Ada novelty di situ. Bila penilai tanya: “What is the novelty of your research?” Jawapan dia ada dalam Significance of the Study.
Contoh novelty: “Penduduk Kampung Pucuk Pinang Merah berjaya menghapuskan demam denggi!” Itu memang "contribution to new knowledge".

  • Buat yang mudah dan logik
  • Sesuaikan sedikit:
  • “Creating awareness among elderly villagers on how to reduce the spread of dengue.”
  • Baru mudah. Baru doable. Tapi tajuk tesis boleh bunyi macam gempak:
  • Sebenarnya, tuan puan sudah pun tahu jawapan bagi tesis tuan puan.
  • Dalam tajuk yang baik, sudah terserlah tiga perkara:
  • Objektif — “developing”
  • Isu — unity among villagers

Metodologi — kualitatif (perkataan “developing” biasanya merujuk exploratory / model development)
Pernyataan Masalah – orang kampung tidak bersatu
Isu – perpaduan komuniti
Objektif – membangunkan formula/pendekatan penyatuan penduduk kampung

     Siap!


Kompius?  Confuse.  Memang patut pun. Sebab nanti bila kita dah ada PhD, apa sahaja yang kita cakap dan tulis akan buat orang keliru—masa tu barulah matlamat seorang PhD atau profesor tercapai. Hehe.

Sebab itu selepas habis kuliah di lecture theatre bersama seorang profesor, kita selalunya masuk pula kelas tutor. Bukan apa… sebab memang kita tak faham apa sebenarnya yang profesor tu ajar!

Walau bagaimana pun, saya harap kawan-kawan dapat membaca dan memahami mesej saya tentang cara mencari tajuk dan menulis Chapter 1 — perlahan-lahan, sikit demi sikit.

Cari masalah dahulu, dan fikir bagaimana kita mahu menyelesaikan masalah itu. Dari situ, barulah kita nampak objektif, nampak isu, dan akhirnya baru tahu apa tajuk yang sesuai.

Masalah boleh datang dari pelbagai peringkat:

  • negara,
  • negeri,
  • daerah,
  • kampung,
  • komuniti,
  • keluarga,
  • sekolah,
  • pekebun kecil,
  • peniaga pasar malam,
  • pemandu Grab,
  • penghantar makanan Foodpanda,
  • pelajar universiti…

Saya sendiri dulu memang tak tahu apa-apa. Bila dah terjerumus dalam PhD, tak boleh patah balik dah. Pertama sebab malu, kedua duit sudah keluar, ketiga masa, keempat tenaga dan usaha. Sebab itu saya tak mahu semua itu sia-sia. Cita-cita pun tinggi, kan.

TETAPI pada hari ini, kita boleh fikirkan apa kerusingan kita dan terus ja tanya pendapat ChatGPT atau mana2 AI. Mulakan dgn ayat ini: Saya teringin menyertai program PhD tapi tiada idea bagaimana hendak bermula. Saya berminat dalam bidang....., saya selalu terfikir mengapa sistem demokrasi hari ini seperti di manupilasi sehingga mereka yang tidak layak terpilih menjadi menteri dan lain2... (ini ayat saya, jangan tiru ayat yang bermula 'saya selalu'...)

Sebelum buat PhD, saya cadangkan cari Dr. Hj. Mohd Muhsin bin Ismail. Beliau selalu buat kelas asas PhD secara percuma, kadang-kadang sampai 3 jam. Lepas itu baru ada bayaran. Ramai penyelia PhD sendiri yang rekomen pelajar pergi belajar dengan beliau.

Saya terus cakap: “Baik jangan ambik tajuk ni. Nanti tak siap.”

Tapi jangan buat kajian denggi betul-betul—boleh makan 5 tahun sebab kena tengok data sebelum, semasa, dan selepas.

The Level of Dengue Fever Awareness Among Elderly Residents in Kampung XXX

Nampak akademik, tetapi sebenarnya sederhana, boleh siap, dan ada nilai ilmu. Mahu bagi tajuk kita terangkat pun, boleh minta nasihat ChatGPT. Mudah jer..."abang, rujuk kepada tajuk saya ini,  sila beri beberapa tajuk yang sama tapi sesuai dengan level postgraduate. SV di negara saya suka tajuk yang bombastic".


MULA MENULIS

Pendahuluan (Introduction)

Saya pernah menulis hampir 30 muka surat untuk bahagian Pendahuluan, tetapi tetap rasa kelabu. Akhirnya saya tanya mentor saya. Penyelia saya memang terbaik — beliau memperkenalkan sistem mentor–mentee: yang senior bantu yang baru, yang sudah faham tolong yang masih konfius.

Saya sebenarnya keliru kerana saya tak tahu beza antara Introduction, Background of Study, dan Problem Statement. Bila penyelia terangkan, baru saya faham:

  • Problem Statement ialah bahagian yang menceritakan perkara-perkara negatif, isu-isu, kelemahan, jurang, dan segala benda tak selesai yang berlaku di tempat kajian kita — contohnya kampung saya.

  • Isu perpecahan, hasrat kerajaan tak tercapai, masyarakat miskin tak dibantu, politik masjid, ketidakbersatuan — banyak rupanya masalah di kampung saya.

Di sini saya nak kongsi cara membina Problem Statement yang senang ikut.


1. Mulakan dengan Visi (keadaan ideal)

Tulis dahulu ayat gambaran keadaan yang sepatutnya berlaku.
Contoh:

“Dalam sebuah kampung yang penduduknya bersatu, suasana harmoni dapat diwujudkan. Keadaan ini mampu menghasilkan pelbagai impak positif kepada pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan keluarga.”

Inilah visi — keadaan ideal jika masalah tidak wujud.


2. Masukkan ayat “Tetapi…!”

Sekarang kita senaraikan semua yang negatif.
Gunakan ayat -ve.
Ini memang wajib dalam Problem Statement.

Contohnya:
“Tetapi realitinya, penduduk kampung XXX berhadapan dengan pelbagai isu seperti perpecahan politik, kurang kerjasama, sikap individualistik, dan kelemahan penglibatan komuniti.”

Senaraikan semua masalah.
Ini bukan umpat — ini akademik.
Tapi tetap hati-hati ya, jangan sampai fitnah orang kampung sendiri.
Referensi mesti ada… jangan syok sendiri.


2.1. Jelaskan kesan (If this problem continues…)

“Jika keadaan ini berterusan, hubungan masyarakat akan semakin renggang, inisiatif kerajaan gagal mencapai sasaran, dan pembangunan kampung menjadi perlahan.”


3. Tulis ayat “Cara menyelesaikan masalah”

Contohnya:
“Sebagai salah satu usaha penyelesaian, satu kajian kualitatif diperlukan untuk memahami nilai, sikap, pegangan politik atau sosial penduduk kampung ini.”

Ayat ini ialah jambatan antara masalah → tujuan kajian.


Background of Study pula?

Tulislah perkara umum tentang:

  • hasrat kerajaan,

  • isu sosial,

  • kemiskinan,

  • jurang pendidikan di luar bandar,

  • politik komuniti,

  • kejayaan mana-mana kampung lain,

  • kampung yang tidak berjaya,

  • faktor kemajuan komuniti.

Tapi jangan dedahkan solusi sebenar — simpan untuk bab Recommendation.


Novelti PhD? PhD tidak semestinya rumit. Novelti bukan perlu cipta roket atau teori baharu. Novelti boleh jadi:

“Masalah kecil yang semua orang tahu, tetapi tiada siapa mahu selesaikan.”

Contoh:

  • masalah dadah,

  • rasuah kecil-kecilan,

  • politik kampung,

  • perpecahan masjid,

  • masalah air,

  • masalah mentaliti —
    semua orang tahu, tapi tak buat apa-apa.

Tugas PhD ialah membuktikan apa yang orang selalu cakap itu benar, dengan data dan metodologi. Simple, tetapi powerful.


Tentang rujukan (Uma Sekaran, Creswell, Merriam, Yin…)

Saya pernah tanya seorang profesor: “Kenapa kami asyik kena guna buku Uma Sekaran, Creswell, Merriam atau Yin? Kan ada ramai lagi penulis metodologi?”

Jawapannya mudah: “Mereka ini guru metodologi. Industri standard.”
Saya terus akur. Kita pelajar… ikutlah sistem yang selamat.


Tentang software

Sebelum mula:

  1. Buat satu email khas untuk PhD saja.

  2. Daftar Mendeley, Google Scholar, Grammarly.

  3. Jangan campur dengan email kerja — nanti berterabur.

  4. Grammarly mahal, beli di Shopee murah.

Saya ada kawan pakai email mamat12345@gmail.com. Password pun tamam4321.
Janji ingat.


Rahsia Kejayaan Saya (betul-betul membantu) - 

1. Jumpa Dr Azinuddin di PERHEBAT

Beliau baru siap PhD masa tu, dan beliau bagi saya motivasi, tunjuk tesis-tesis rujukan, lukiskan rajah hubungan antara tajuk → problem → objektif → isu.
Masa tu baru nampak sikit jalan. 

2. Pn Wan Azmin (PERHEBAT)

Salah seorang yang paling banyak bantu saya. Orang kampung saya pula tu — tidak hairanlah “cenge”, tapi sangat friendly, sangat resourceful.

3. Adik saya & Penyelia saya

Dua orang ni memang padu. Saya tak boleh nak kejar tahap depa, tapi depa banyak tolong bagi idea dan semangat.

Akhirnya saya sedar: Setiap orang ada keajaiban yang Allah beri. Yang penting sabar, usaha dan jangan putus asa.


NASIHAT IKHLAS UNTUK KAWAN2 YANG NAK JOIN PROGRAM PhD

Pertama sekali… pastikan nak teroka bidang apa, nak buat tajuk apa.
Ramai orang daftar dulu, baru nak fikir tajuk. JANGAN begitu sebab ramai juga hingga Sem 2 dok asyik bermain dgn apa nak buat, tajuk apa yang sesuai. pada masa tu sahabat akan rasa tertinggal dan panic. SEBAB.... bila nak daftar dalam Program PhD, Universiti dah suruh buat simple proposal dan tajuk tesis kita. Separuh jalan, nak tukar tajuk pulak. Nah di sinilah kita perlu cari Dr. Mushin. 

Berguru awal sebelum mendaftar. Lagi pun akan ada pula yg tersilap pilih universiti.

Sebelum daftar, pastikan sekurang-kurangnya:

  • tahu bidang apa nak buat,

  • tahu masalah apa nak kaji,

  • tahu data dari mana,

  • tahu objektif apa nak capai.

Kalau tak pasti… tunggu dulu. Jangan bazir masa, duit, dan tenaga.


Belajar daripada orang lambat — itu lebih berharga daripada belajar daripada orang laju

Pergilah tanya orang yang tak berapa laju buat PhD.
Yang slow-motion.
Yang sem 4 baru siap Chapter 1.
Yang sem 6 baru jumpa tajuk.

Kenapa?
Sebab depa akan bagitahu punca sebenar kenapa lambat.
Punca atau masalah inilah yang kita kena elakkan.

Orang laju memang bagus — tapi depa sendiri pun tak tau macam mana depa laju.
Sama macam orang kurus yang kata:
“Ala… makan macam biasa ja.” Padahal genetik, bukan disiplin. 


Contoh pengalaman saya sendiri

Saya sebulan lepas daftar baru nak berkenalan dengan Mendeley.
Guna sekejap… dia hang pula.
Bulan seterusnya baru tahu apa itu Grammarly.
Lepas tu baru faham beza basic research dan applied research.
Problem statement pula… memang keliru habis.

Inilah sebabnya saya kata: buat PhD bukan masuk kelas — tapi spt masuk hutan. Kena tahu guna kompas dulu.

Sekarang lebih mudah sikit sebab ada “Pak Chat” (ChatGPT). Cuma hati-hati — kadang dia bagi rujukan kelentong.
Lepas tu dia minta maaf.
Comel lah tu. 😆


Cari guru yang betul — bukan guru yang popular

Kalau nak buat kuantitatif, cari betul-betul tok guru dalam bidang itu.
Kalau nak buat kualitatif, cari tok guru kualitatif.

Saya sendiri hanya percaya dua orang:

  • Prof Zainuddin Awang — raja kuantitatif Malaysia.

  • Prof Rosmimah — ratu kualitatif.

Dua-dua ini ajar dari hati, bukan dari slide.

Kalau dapat belajar dengan mereka, banyak masalah selesai awal.

Ada juga 'cikgu' yg bagus dlm hal kualitatif di you-tube.... Dr Kriukow. ada masa dia ckp jgn baca banyak2. Dan saya pun dpt tahu, kita perlu baca abstract je pun dan mencukupi/memadai. mana ada masa nak byk kesemua penulisan. Mahu bijak lagi, suruh PakChat buat summary dari abstract tadi.


Isu besar bagi ramai pelajar: Supervisor

Ini realiti — Ramai orang menangis sebab supervisor macam-macam feel:

  • ada yang garang,

  • ada yang hilang,

  • ada yang suka tukar arahan 3 kali sehari,

  • ada yang “ghosting” student,

  • ada yang suruh cari tajuk sendiri lepas tu komen “tak kuat”.

Ada yang sampai cari tok bomoh, mandi bunga, dan “siup” muka sendiri.
Hehe. Bukan semua SV teruk. Ramai juga yang baik, cuma kita kena kenal ragam dulu.

Di UiTM saya pernah berhubung dgn Prof Dr Syafinar......mmg sangat profesional!

Contoh kes: Kawan saya ni…

Sudah masuk semester 3, masih ubah tajuk tesis. Tukar… tukar lagi… tukar lagi… Akhirnya tak bergerak.. Sebab apa? Sebab daftar dulu, baru cari tajuk. Itulah punca bencana.


SIARAN ULANGAN KEPADA YANG  NAK CAPAI GELARAN “Dr.”

Pertama sekali, sebelum terjun ke dunia PhD, masuklah kelas Dr. Hj. Mohd Mushin dulu. Cari saja beliau di Facebook. Minta dia buat taklimat percuma untuk tuan puan yang:

  • berminat nak buat PhD,

  • terpaksa buat PhD,

  • atau baru nak “rasa-rasa” dulu sama ada mampu atau tidak.

Lagi ramai join, lagi bagus. Sebab lepas dengar taklimat dia, barulah kita boleh bandingkan dengan taklimat PhD di universiti masing-masing.

Biasanya bila dengar taklimat universiti, lecturer akan mula dengan:

  • “When I was a student…”

  • “My SV dulu macam ni…”

  • “You must read a lot of articles…”

  • “You must identify gaps…”

  • “You must create a matrix…”

Lama-lama kita pun mabuk. Mabuk betul. Macam nak muntah metodologi.

Tapi hakikatnya…

PhD sebenarnya mudah dan simple.

Tak ada apa nak takut. Semua orang boleh buat — yang penting faham cara main dia.

Come join the bandwagon, katanya. Tapi jangan join langsung… Selagi belum ada tajuk yang mantap, yang telah dapat sokongan padu daripada kawan-kawan yang tengah buat PhD.

Kalau tidak, nanti jadi macam saya — daftar dulu, baru cari tajuk. Habis lingkup seminggu.

Sekarang, kalau nak mula:  Cari Dr. MOHD MUSHIN di Facebook, Instagram, Telegram, TikTok, atau type di Google pun akan keluar muka dia — mana-mana saja.

Masuk kelas PERCUMA on-line dia dulu. Beliau akan kongsi gambaran yg jelas dan tiada komitmen apa-apa. Ramai sudah yg telah berjaya. 

Akhir kata

SELAMAT BERJAYA

PS: kandungan penulisan saya ini byk di perolehi dari ilmu perkongsian Dr Mushin juga. 



WEBINAR PERCUMA | 6 JUN 2026 | SABTU

9.15 malam - 11.15 malam - Google Meet - https://meet.google.com/kkx-ojtw-jwp

Maklumat lanjut di Telegram: CERIA RESEARCH PROPOSAL

https://t.me/+rZTWDyKgoAw1MGZl