Monday, February 8, 2021

PAPER RPEL

 


Assalamualaikum

Saya ingin share cara buat LPKT, iaitu cara buat kertas kerja Level 4. Tak kira apa bidang yang tuan sedang atau rancang nak buat.

Mula2, sediakan carta CU (competency unit depan mata). Sambil baca nota ini, sambil-sambil tenguk CU. Baca dan faham CU tuan2 sebelum mula nak buat LPKT. Ni saya bagi contoh CU.


Cara pertama buat LPKT; simpan semua toyol. Jangan guna sebab saya belum pernah jumpa LPKT yang elok dan betul kecuali di sini. Kenapa saya cakap begitu? Kalau tak percaya buat cara ini. 

Ini CU untuk LOGISTIC. Ada 7 CU. Pengurusan Perhubungan Pelanggan Logistik, Pengurusan Sumber Logistik, Pengurusan Edaran Cargo, Pengurusan Inventori, Pengurusan Keselamatan dan Keselamatan Kesihatan Gudang dan lain-lain.

Pilih lah CU mana yang tuan ada pengalaman, dan kemudian nak tulis. INGATAN! Pilih yang tuan betul-betul ada pengalaman dan pengetahuan. DAN, pengetahuan itu mesti berasaskan juga kepada NOSS logistik ini. Bukannya logistik TESCO atau econsave. Tapi jgn terkejut, bab check stok, depa mmg cekap. Mereka suruh guna NOSS, kita guna NOSS. Dan kita kena ingat, bukan semua yg dlm NOSS tu kita pernah buat. Asal ada sipi2 atau hampir2 nak sama, sudah OK.

NOSS ini di sediakan oleh pakar logistik negara. Bukan calang orang.

OK sekarang tuan sudah buat keputusan nak buat salah satu CU di atas.

Ini tips cara buat LPKT yang logik, ringkas dan tepat. Kenapa? Sebab bukan semua orang ada pengalaman dan pengetahuan nak sediakan kertas kerja menggunakan NOSS, dan kaedah kertas kerja yang ala-ala akademik. Slo-slo faham. JIka kurang faham, bincang dgn kawan. Pastikan kwn kita tu tak kelabu jugak mcm kita.

LPKT utk level 4 ni ada 4 Bab dan saya letak sekali kandungan setiap Bab.







Tugas Pertama
. Pilih CU atau bidang yang tuan mahu buat LPKT atau kertas kerja.

Tugas Kedua. Kita terus buat Cadangan di Bab 4. Bagaimana kalau kita belum buat kertas kerja, kita nak buat cadangan?  Tidak pelik sebab ini kan LPKT. Ia ada lah satu laporan yang mesti ditulis dalam bentuk kertas kerja. 

Senaraikan apa saja cadangan tuan. Perlu ingat, ia mesti logik dan tuan pernah buat, atau ada pengalaman atau ada pengetahuan. Contoh: Dalam sesuatu projek, tuan hanya bertanggungjawab untuk atur semula semua rak dalam stor alat tulis. Mana mungkin tuan buat semua kerja, sebab masa tu, tuan hanya macai saja. Bagaimanapun, dalam sesi perbincangan di bilik mesyuarat (masa kerja dulu), tuan dapat sedikit pengetahuan bagaimana si polan itu merancang, apa masalah yang di hadapi dan bagaimana selepas perbincangan, kita dapat mengatasi masalah tersebut.

Senaraikan 3 atau 4 cadangan sahaja.

Tugas Ketiga. Kita balik ke Bab 1, iaitu bahagian Latar Belakang Masalah. Tadi kita sudah buat cadangan kan. Kalau kita telah cadangkan sesuatu, tentulah ia berasaskan sesuatu masalah, betul tak? mana boleh cadang sesuatu yang bukan masalah kita. Contoh; tuan telah cadangkan SOP perlu di kemaskini. Ini bermakna, di dalam bahagian 'latar belakang masalah', tuan kena tulis anggota stor tidak tentu arah sebab arahan yang di terima sentiasa bertukar-tukar. 

Atau; contoh yang tidak betul; tuan menyatakan masalahnya ialah tidak ada kenderaan untuk balik kg. Dalam penemuan, tuan hanya balik kg sekali setahun. Cadangan tuan - selesaikan masalah dgn beli sebuah van. Nampak mcm logik, tetapi kenapa nak beli van kalau tuan tugas di Tawau dan kg di Bahau. ... kg saya kamunting

Tugas Empat. Dari situ tuan kena ingat balik, cadangan tuan, kemaskini SOP, masalahnya di Bab 1, arahan berubah-ubah. DAN sekarang di Bab 3, bahagian penilaian atau penemuan, tuan tulis, 'arahan berubah-ubah kerana SOP tidak kemaskini'.

Sekarang saya ingin tunjukan hubungkait antara semua cerita di atas:

Lihat bagaimana setiap cerita ada kaitan di setiap bab di atas.

INGAT balik. kita mula dgn Bab 4, kemudian dari situ kita buat Bab 1 dan last sekali buat Bab 3. Kalau orang tanya, kenapa buat mcm tu, jwb kat dia, aku buat laporan, aku bukan buat kertas kerja.

Kita rehat sat, tingal sat hal kertas kerja ni. Sekarang kita masuk hal LPKT ni kualitatif atau kuantitatif. Majoriti ckp kat saya 'cikgu' dia suruh buat kuantitatif. Semua orang buat mcm tu, dia kata! Cara kualitatif tak boleh!! Ada satu hamba Allah, walaupun dah siap LPKT terpaksa di ubah balik jadi kuantitatif.

Mula-mula kita kena faham dulu apa dia benda ni. Saya cerita dulu benda asas kat sini. Paling asas! Jika betul lah kita nak buat LPKT berasaskan pengalaman terdahulu, jwb dgn ikhlas, pernah kah di pasukan atau unit kita, kita buat soal selidik dalam hal-hal begini. Contoh; nak baiki pengurusan dan pentadbiran stor alat tulis, stor pakaian, stor barang terkawal, stor senjata dan stor peluru. Atau nak buat latihan menembak, atau belayar dari Lumut ke Sandakan, atau terbang dari Subang ke Tawau, menggunakan soal selidik. Tidak kan.... habis tu bagaimana?

Jawapannya, kita buat meeting dan bincang. Kita rujuk kepada Perintah Majlis, perintah-perintah sedia ada, polisi, peraturan, SOP, minit mesyuarat, kita tanya orang lama bagaimana prosedurnya, kita tanya unit atau pasukan berdekatan, atau kapal berdekatan dan lain-lain. Nah! Itulah dia kualitatif!

Tapi ada sorang hamba Allah kata kita dlm askar penah buat soal selidik. Saya tanya masa buat projek apa? dia jawab masa dalam kursus. Habis kelas kena isi borang soal selidik. Aduss.... bang... tu bukan soal selidik projek. Itu soal selidik nak menilai penceramah jemputan.

Yang kedua, apa maksud kuantitatif? Kajian yang perlu ada  independent dan dependent variable, dalam analisa data kita akan dapat melihat hubungkait variable-variable tersebut yg mana satu yang lebih kuat atau yg lebih berpengaruh. Contoh; kita nak tahu apakah yg di katakan cantik? Ada banyak variable: ilmu, cantik, tinggi, slim, pandai, mesra, rajin solat, pandai masak dll.  Dari sini baru boleh buat soal selidik. Baru boleh tahu, apa pendapat orang tentang makna cantik kepada mereka. Dan variable mana yang paling tertonjol (maaf guna perkataan jawa).

Saya ada soalan logik di sini. KD Duyung Biru akan belayar dari Lumut ke Sandakan. Berapa hari kita perlu berlabuh di Sandakan? 1 hari, 5 hari, 3 hari.

Soalan kedua. Laluan mana yang kita patut guna? Ikut Indonesia, Ikut Filipina. Ikut Singapura.

Soalan ketiga. Pelabuhan mana kita patut singgah? Pontianak. KK. Singapura.

Kalau kita betul-betul tanya soalan di atas, dan kalau penilai tuan sama 'blur' mcm warna Charlie, tuan akan lulus. Tapi kalau nak lihat kualiti LPKT tuan, ia akan amatlah tidak berkualiti. Kualiti apanya LPKT tuan kalau laluan kapal belayar nak kena buat soal selidik!! Samalah dengan masalah di stor kita. Ada logik kah nak buat soal selidik?

Kemudian kamu tanya. Jantina. Lelaki. Perempuan. Apa kaitan belayar dengan jantina? Kenapa dan mengapa kamu nak tanya soalan itu?

SEBENARnya... Kalau cadangan, masalah dan penemuan sudah selesai dan sudah cantik, pada saya tuan kira sudah OK. Jgn fikir sangat hal kuali atau kuanti.

OBJEKTIF PROJEK
Sekarang kita nak balik ke Bab 1 nak lihat benda yg amat penting dalam menyediakan LPKT. Iaitu objektif kajian atau projek. Objektif ni mesti ada nama CU yg tuan telah pilih. Membaiki tahap pengurusan inventori stor alat tulis (CU 05).. atau Mempertingkatkan pengurusan keselamatan dan keselamatan kesihatan (CU 06)... itu adalah objektif utama.

Saya selalu lihat orang lain tulis sampai 5 objektif. Lihat contoh ini:

Objektif utama projek ini ialah: mempertingkatkan pengurusan inventori di stor pakaian dan peralatan Fakulti Kejuruteraan, KD Pelandok.

Objektif spesifik ialah:
a. Membaiki prestasi pentadbiran dan prosedur masuk keluar stok.
b. Membaiki prestasi prosedur menyusun stok dengan teratur mengikut kategori, mengasingkan barang elok, barang lebihan, barang rosak dan barang yang tidak ikut spesifikasi.

Oleh kerana itu, dan dari objektif di atas, saya tidak merewang-rewang buat projek atau kajian logistik ini. Sekali tuan lihat objektif saya, tuan sudah faham apa yg saya akan buat. SAYA ULANG; dlm pengurusan inventori stor, ada tugas kecil masuk keluar stok DAN susun stok ikut klasifikasi masing2.

Dalam keadaan biasa, mungkin selepas di buat audit atau stock check, dan selepas terima teguran, CO arahkan kita buat pembaikan seperti mana objektif di atas. 

BAB 2- metodologi.
ini bab paling susah tapi jawapan dia ada dalam google.
perenggan pertama. rekabentuk kajian. apa jadah benda ni? cari dalam google, dan copy and paste.

samalah dgn setiap perenggan lain. cumanya, kita kena kaitkan sikit kpd kajian kita. cuma kalau berpeluang masuk kelas saya, saya boleh ajar satu2.

Saya rehat dulu di sini, cerita kat bawah ni cerita lama... boleh lah kalau nak baca-baca.