Thursday, April 8, 2021

CARA MUDAH BUAT LPKT

 

Buat LPKT susah dan rumit bagi yg tidak pernah buat paper. Itu sebab usahawan  besar upah orang jer. Masalahnya, kita bukan towkay. Kita kena buat sendiri. Sambil buat sambil belajar.

ada lagi cara mudah, pakai toyol. Tapi masalahnya, kalau tuan di KD TOYOL, buat keje mcm ni, penilai smua sengeh ja dgn  KD TOYOL. Bukan sengeh kat tuan. Makna kata, tuan telah jejaskan imej baik KD. Ada tu saya baca... PENGHARGAAN semua sama.... siap bismillah.. hehehe

cara buat LPKT sendiri.

tips pertama: senaraikan cadangan. katalah  tuan nak buat tajuk pasal stor pakaian. dan tuan ada 3 cadangan.  (1) tambah rak. (2) bahagian/unit/anggota yg tugasnya demand barang perlu kenalpasti barang yg laju (fast moving items) dan yg slow keluar stor. (3) penyelia kena menyelia selalu stor.

saya letak tiga sahaja. 
sekarang kita tenguk satu-satu. 
penyelia kena selia selalu.
apakah masalah nya yang menyebabkan  kita mencadang, penyelia kena selia selalu. sebab:  (1) anggota selalu cuai (2) barang selalu di letak di tempat yang salah, dan barang2 kerap bercampur (3) rekod barang masuk/keluar tidak kemaskini dan kurang betul.

dari cerita di atas itu; kita sudah buat dua benda. BAB 4...Cadangan. dan BAB 1, Pernyataan Masalah.

Sekarang saya ayatkan masalah di atas tu.
Masalah yang kerap di hadapi di stor pasukan ini ialah stok bercampur-aduk, dan tidak berada di mana ia sepatutnya berada. Akibat dari ini, rekod di rak dan di lejer tidak kemaskini, dan tidak sama antara di lejer dan di rak. Pemerhatian awal mendapati anggota yang bertugas cuai dan tidak fokus dengan tugas mereka.  

tuan2 nampak tak, hubungkait antara masalah dan cadangan. tak susah pun.

Isu utama dlm penulisan LPKT ini ialah;  kerap berlaku.... masalah lain, cerita lain.... cadangan pun lain. mula2 kata masalah mencari pasangan hidup. last2 cadang kat mak hang, nak kawen dgn pondan.... mcm tu lah LPKT yg selalu saya tguk.

sapa kata nak buat LPKT ni susah?

TIPS GUNA TOYOL. mula2 pastikan nama pasukan mesti sama dari mula smpai habis. ada satu LPKT saya baca tentang masalah di TLDM Kuantan.. tup tup kat Bab 4... bahagian cadangan... penulis cerita pasal Markas 1 Briged. dari Laut ke Darat, dari Kuantan ke Seremban. mana boleh mcm ni. kalau nak toyol pun kena lah cerdik sikit... 

KEDUA. nak suruh saya ajar buat paper dan siap dlm masa 3 hari? mudah aje. tuan ambik cuti ramai2 selama 3 hari, dan cari tempat yg sesuai, insyaAllah kita boleh buat paper LPKT sampai siap. 3 hari sahaja, siang dan mlm. hasilnya... semua ori. tak perlu guna toyol.

ATAU, minta kelulusan CO untuk buat kursus sediakan LPKT selama 3 hari, siang dan malam. Bawak komputer; laptop atau desk top. tak tahu guna komputer? bawak sekali kerani tuan. zaman la ni... anggota biasa pun tahu guna komputer.

heran la kenapa tak tahu guna komputer kalau tuan2 hari2 guna komputer.... henfon tu kira komputer la beb! 

zaman kovid ni... nak buat kelas persendirian dgn tim saya pun boleh, buat cara google meet. satu hari satu jam! lepas Isya atau sebelum Dzohor. tapi kena bayar lah sikit modal air liur ni. kami tak caj mcm siti norhaliza... CUMA nya... ngajar cara maya ini amat kurang berkesan. Kalau boleh elakkan lah.

Cara buat LPKT sendiri ni ada tiga. Saya baru perasan yg kedua ni. Ambik LPKT orang, tiru dan baiki lebih kurang... sampai nampk ori, sampai cantek.

ada orang saya bg cth, kemudian dia share satu dunia. saya bagi satu LPKT utk dia lihat cara nak buat LPKT, bukan suruh tiru bulat2. mulai tarikh itu, haram saya tak mahu kongsi dgn sesiapa lg dah. bikin saya susah hati ja. lepas tu mcm2 orang lain fikir.

sebenarnya, apa yg saya tulis di sini dan beberapa page lain, sudah lebih dari cukup utk tuan2 dan puan2 nak tulis LPKT.  

Masa Jepun nak membangun lepas perang dunia dulu, ini lah cara yg dia buat. dia tiru mcm2 alat dari berbagai negara. sekarang dia dah pakar. rajin2 lah tuan2 buat LPKT, tapi saya OK jugak dgn cara kedua ni. kita sebut 'reverse engineering'.

JANGAN TIRU 100% sbb kami semua PP dan PPL, sekali tguk dah tahu... ia bukan ori

Hati-hati. Ada kumpulan 'kawan kawan' yg boleh bantu tuan-tuan siapkan LPKT dgn bayaran yg tidak masuk akal. pandai pandai lah tawar menawar.

Selamat Berjaya!