18.11.23

BERSARA: PERSIAPAN MENCARI KEMAHIRAN


Saya yakin ramai antara Tuan-Tuan yang menjadi ahli koperasi. Tuan tahu tak bahawa Institut Koperasi Malaysia (dulu dipanggil Maktab Koperasi) sebenarnya menyediakan berbagai-bagai kursus untuk ahli koperasi dengan yuran yang sangat rendah? Malah cawangannya pun ada di merata tempat — bukan alasan lagi kalau kata “jauh” atau “tak ada masa”. Di sini saya bagi link untuk kursus on-line atau secara maya.  Klik sini:  e-learning Institusi Koperasi

Tentu akan ada yang bertanya.... saya jawab siap-siap, pilih kursus yang tuan boleh guna untuk berniaga sendiri. Bila dah pencen nanti, teruskan jadi ahli koperasi supaya terus dapat guna kemudahan ini.

Ni ada lagi satu kursus khusus yang sedang berkhidmat. Kursus di INTAN. Pilih lah sendiri, mana suka. Klik sini:  Kursus di INTAN

Kemahiran: Dari Mana Ia Datang dan Bagaimana Ia Dibina

Minat gunting rambut? Mengapa? Modal nak mula buka kedai gunting hanya sebuah kerusi, kain cadar putih,  meja, cermin muka, dan ada letrik. Di mana? Dalam berek bujang la, mana lagi.
Mana nak asah kemahiran? Gunting rambut senang, pasang clip no 4, dan terus sagat kepala mangsa kita. Siap! 5 ringgit. TAPI yang paling susah ialah bagaimana nak buat 'slope' yang cantik. Belajar dari kawan yang sudah lama gunting rambut. Tuan buat dulu, kemudian kawan kita akan baiki sambil tunjuk cara yang betul. Lepas 5 kepala Tuan telah tobekkan, إن شاء الله pandai lah tuan buat 'slope' yang cantik. 

Kemahiran tidak datang sekaligus. Ia dibina melalui pengalaman, pemerhatian, latihan, dan kesediaan untuk belajar. Seseorang boleh memperoleh kemahiran pada tiga fasa utama kehidupan:

  1. Sebelum memasuki tentera – kemahiran asas daripada kehidupan harian, pekerjaan sementara, atau bantuan keluarga.

  2. Semasa dalam tentera – kemahiran yang diperoleh melalui latihan dan penugasan. Ada kemahiran yang:

    • diberikan oleh perkhidmatan (training wajib, kursus dalaman, penugasan jawatan), dan

    • dicari sendiri (kursus, seminar, bengkel, belajar dari senior).

    • usaha sendiri bersaam pasangan hidup atau bersama skot

  3. Selepas bersara – kemahiran baharu berdasarkan minat atau peluang dalam industri awam.

Dalam tentera, banyak kemahiran datang melalui disiplin kerja, penyelesaian masalah, pengurusan aset, kepimpinan, dan kerja berpasukan. Namun, anggota juga perlu mencari kemahiran tambahan secara aktif, terutama dalam bidang yang boleh digunakan selepas persaraan.


Sumber Kemahiran dan Pengetahuan

Langkah pertama ialah mengenal pasti di mana sumber latihan dan pengetahuan disediakan. Kerajaan sebenarnya menyediakan banyak peluang untuk anggota dan veteran mendapatkan kemahiran — sama ada secara percuma atau dengan yuran yang sangat rendah, antaranya:

  • kursus Pembangunan Modal Insan (PERHEBAT / JHEV),

  • latihan di bawah HRD Corp / MyFutureJobs,

  • program keusahawanan MARA atau TEKUN,

  • agensi pertanian seperti Jabatan Veterinar atau Jabatan Pertanian (ternakan & kebun),

  • institusi latihan TVET dan DKM / SKM.

Kemahiran itu tidak akan datang kalau kita hanya tunggu. Rezeki datang kepada yang berusaha. Kemahiran datang kepada yang mencari. Menggunakan kemudahan google [internet], ada banyak tempat yang kita boleh cari ilmu, tetapi jangan lupa, tolong pakcik jual satay atau mee goreng di pasar malam pun kira berkursus juga. Cumanya, jangan minta upah 'kerja sambil belajar', tetapi anggap lah ia sebagai sedang berkursus dengan percuma.


Senarai Pautan & Kursus

Agensi / InstitusiRingkasan KursusPautan
Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) – Pengurusan sijil kemahiran (SKM)Informasi mengenai Sistem Latihan Pusat Bertauliah & SKM. dsd.gov.my+1Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dsd.gov.my
Unit Pengambilan TVET (UP‑TVET) / Portal TVETPangkalan carian kursus TVET seluruh Malaysia — pelbagai bidang kemahiran. tvet.gov.my+1Carian Kursus TVET tvet.gov.my
Yayasan LTAT – Program untuk ATM/veteran & keluargaLatihan kemahiran, kursus up-skilling dan peluang keusahawanan untuk warga ATM / veteran. Yayasan LTAT+1Yayasan LTAT – Kemahiran Yayasan LTAT
Rural Link – Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK)Bantuan kewangan + kursus jangka pendek untuk kumpulan sasar, termasuk kebolehan berniaga/kemahiran asas. rurallink.gov.myPLKK rurallink.gov.my
Institusi/Blog senarai institusi kemahiran kerajaan & negeriSenarai institut/kelas kerajaan/kerajaan negeri yang menawarkan kursus SKM/kemahiran. blog.tvetmaster.com+1Tempat Belajar Kemahiran di Malaysia edubantu.my

Nota

  • Banyak kursus percuma atau yuran minimum — penting untuk tuan sebagai veteran memanfaatkan peluang ini.

  • Perlu semak syarat penyertaan (veteran, anak veteran, BTN, kewarganegaraan, bidang) kerana sesetengah program ada keutamaan khusus.

  • Pastikan kursus yang diambil boleh digunakan selepas bersara — pilih kemahiran yang mempunyai pasaran atau boleh dijadikan usaha sendiri.


1. Kursus Untuk Veteran / Bakal Pesara Tentera

AgensiJenis Kursus / ProgramPautan
PERHEBAT (Program Peralihan)Kursus kemahiran selepas perkhidmatan: keusahawanan, teknikal, pertanian, HR, akaun, IT.👉 https://www.perhebat.com.my
Yayasan LTATProgram naik taraf kemahiran, keusahawanan ATM/Veteran & bantuan pembiayaan kursus.👉 https://yayasanltat.org.my/inisiatif-csr-kemahiran
JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran)Bantuan latihan semula, peluang pekerjaan & keusahawanan veteran.👉 https://veteran.mod.gov.my

2. Kursus TVET (Percuma / Yuran Rendah) – Kerajaan Persekutuan

AgensiJenis KursusPautan
JPK / DSD (Jabatan Pembangunan Kemahiran)SKM Tahap 1–5 (Automotif, Penyeliaan Keselamatan, Mekanikal, Pertanian, dll).👉 https://www.dsd.gov.my
Portal TVET Malaysia (Carian Kursus Seluruh Negara)Senarai semua institut TVET kerajaan termasuk ILP, ADTEC, JMTI, Kolej Vokasional.👉 https://www.tvet.gov.my
HRD Corp – Skill Bootcamp (Percuma)Latihan “upskilling & reskilling”: Welding, elektrik, digital marketing, food handling.👉 https://hrdcorp.gov.my/skillbootcamp
MyFutureJobs (HRD + PERKESO)Latihan TVET percuma + dijamin dapat temuduga pekerjaan.👉 https://www.myfuturejobs.gov.my
RuralLink (KPLB – Program Latihan Kemahiran & Kerjaya)Latihan untuk usahawan desa – tani, penternakan, makanan.👉 https://www.rurallink.gov.my/program-latihan-kemahiran-dan-kerjaya-plkk

3. Kursus Keusahawanan / Perniagaan

Agensi / KementerianKursus / BantuanPautan
MARA (Tunas Usahawan, kursus pendek keusahawanan & pembuatan produk)Bakery, spa, automotif, printing, bengkel teknikalhttps://www.mara.gov.my
TEKUN NasionalPembiayaan usahawan kecil (RM1,000–RM50,000).https://www.tekun.gov.my/ms
SME CorpLatihan pengurusan perniagaan & pembiayaan PMKS.https://www.smecorp.gov.my
INSKEN (Institut Keusahawanan Negara)Kursus intensif pemasaran, digital marketing, foodpreneur.https://www.insken.gov.my

4. Kolej Komuniti & Kerajaan Negeri

TempatKursusPautan
Kolej Komuniti (KPT)Kursus jangka pendek (gunting rambut, bakeri, asas komputer, elektrik).👉 https://www.jpkk.edu.my
Kementerian Pertanian / Jabatan VeterinarKursus ternakan ayam, kambing, kelulut, ikan, hidroponik.https://www.dvs.gov.my
Institut Pertanian / Jabatan PertanianKursus buah-buahan, sayur, fertigasi, tanaman bernilai tinggi.http://www.doa.gov.my

5. Sumber Platform Senarai Kursus

PlatformFungsiPautan
Senarai Institusi TVET Kerajaan & Negeri (edubantu)Senarai pusat latihan kemahiran seluruh Malaysia.https://edubantu.my/tempat-belajar-kemahiran-di-malaysia
DIRECTORY Senarai institut TVETSenarai institut/kelas kemahiran kerajaan setiap negeri.https://blog.tvetmaster.com/services/tvet-courses/gov-institutes

📌 CADANGAN STRATEGI UNTUK VETERAN

Ambil kursus masa dalam perkhidmatan, bukan selepas bersara.

3 langkah:

  1. Ambil kursus (skill)

  2. Buat kerja sambilan (small experience)

  3. Bila bersara → terus jalan (independent)

Veteran bukan tiada peluang.
Ramai veteran terlepas peluang sebab tidak tahu pintunya di mana.

Sekarang tuan sudah ada pintunya.
Tinggal buka dan masuk.

PERINGATAN

Masa depan tuan (bila bersara nanti) bergantung atas diri tuan sendiri. CUMA nya jangan riak atau sombong takut tuan akan terjerumus dalam kumpulan istidraj. Kejayaan atau kegagalan usaha2 kita adalah hak Allah. Mohon jangan bangga diri jika berjaya atau salahkan orang jika gagal. Walaupun banyak agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu rakyat yang memerlukan, mereka juga ada kelemahan - keputusan di buat oleh Putrajaya. Gunakan segala kemudahan yang ada sebaik mungkin. Berusahalah dengan kawan yg ada minat yang sama bersama-sama. Jangan berusaha sendirian. Kerana bila dgn kawan, kita lebih yakin diri.





17.10.23

TAJUK LPKT


Kita dah masuk ke era AI (Articial Intelligent), nak buat apa pun, kita boleh guna komputer. Saya guna ChatGPT.

Bukan saja nak cari tajuk LPKT, nak buat seluruh LPKT pun kita boleh minta tolong AI ini.

INI CARA LAMA...

ini idea baru...

kita ada CU yg mudah untuk fikir tajuk LPKT

1. CU Staff Management. kat sini ada recruitment, ada training, ada prosedur disiplin, ada training, ada isu kebajikan. dari sini saja, mcm2 tajuk kita boleh fikirkan

2. CU Senjata Api. sini fokus dia ialah SOP senjata api, ambil atau keluarkan senjata, penggunaan senjata, dan serah senjata. Kemudian ada aspek setor senjata.

 


Tajuk LPKT akan datang sendiri selepas anda fikirkan tentang masalah (PENYATAAN MASALAH), dan yang kita perlu atau mahu selesaikan. 

Masalah murid sekolah hari lebih biadap dari zaman kita. Jadi? Kita nak selesaikan masalah ini kan. Maka tajuk LPKT yang sesuai ialah 'penyelesaian masalah disiplin murid sekolah kebangsaan...."

Ada juga kita di beri tugas atau projek tertentu. Kita harus lihat tugasan ini sebagai satu masalah atau cabaran. Maka tajuk kita ialah; 'pengurusan majlis hari keluarga pasukan....." Sebab untuk mengurus hari keluarga ada bermacam perkara yang perlu di selesaikan.

Lagi apa.....? Anggota kurang mahir? Tajuk kita.. 'mempertingkat kemahiran anggota dalam tugas meronda keselamatan sekolah...'

isunya ialah..... bagi kita yg pertama kali nak buat LPKT ini, nak cari tajuk pun sudah jadi satu bebanan yg menyebabkan kita hilang semangat, dan terus give-up... mmm tak payah lah nak susah2.

Satu lagi cara utk cari tajuk ialah; lihat dulu CU. 

Cara buat LPKT dari mula. Senaraikan dulu apa cadangan anda. Tapi sebelum nak cadang, tentu saya akan tanya, nak buat cerita apa? Atau apa yg anda sdg fikirkan? 

Kita boleh fikir berbagai isu yg sdg berlaku di peringkat kita. Kebersihan kem. Kebersihan dan kekemasan berek bujang. Sikap anggota baru. Kemahiran anggota baru dan lama. Pengetahuan mereka. Perangai mereka. Ampun..saya fikir yg negatif saja. Tapi saya selalu dgr hal ini di kalangan anda. Sikap anggota yg bertugas di Pintu Utama kem. Atau masalah keselamatan di Pintu Utama. Di Setor Senjata. Di Pejabat, dll.

Apa yg saya tulis ni, semuanya jatuh dalam perenggan PENYATAAN MASALAH.  Dari masalah ini, kita sudah boleh buat CADANGAN. Boleh fikirkan OBJEKTIF kajian dan mcm2 lagi.

Kalau saya guna AI, saya akan tulis semua masalah yg saya nampak, dan kemudian saya minta AI tulis 5 cadangan untuk baiki keadaan ini.

Kemudian saya minta AI tulis 3 tajuk yg sesuai. Udah tu, saya pilih satu tajuk yg ngam.

Dari sini, anda sudah tahu sikit2, bagaimana nak guna AI utk siapkan LPKT.

Selamat Berjaya


bersambung...


10.8.23

LPKT tips mudah faham

TOLONG BACA hingga akhir. mcm mudah tapi bagi orang lain... LPKT tu apa ya?

LPKT ada dua jenis atau dua format.... untuk DKM dan DLKM. bezanya sebab ada bab yang bertajuk Kajian Literatur. itu saja.

tips pertama. L maksudnya LAPORAN. jadi... LPKT ialah laporan. BUKAN satu kajian baru. ia menceritakan barang lepas.

TIPS KEDUA. kajian!  ada juga yg tanya.... projek tu apa pulak? saya bagi satu analogi.... projek perumahan. boleh bayangkan tak dlm projek perumahan ni ada byk aktiviti. OK... saya sebagai bos besar bagi projek ini, tugaskan tuan buat satu kajian. kajian mcm mana nak kurangkan kemalangan semasa buat projek perumahan ini. harap tuan faham beza projek dgn kajian. Ya! Dlm satu projek, ada byk aktiviti, dan bagi setiap aktiviti, ia bermula dgn kajian. 

jenis LPKT. kita fokus kpd format DKM dulu. kedua, berasaskan cara membuat kajian.... pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantitatif. BEZA BESAR; kuantitatif ada borang soal selidik, manakala kualitatif guna temuduga cara soalan terbuka. Apa beza soalan tertutup dan terbuka. Soalan tertutup... sila jawab ya atau tidak. Atau pilih A, B, C, atau D. Soalan terbuka.... apa akah pendapat tuan dengan REFORMASI yang Hj Baghil maksudkan?

Jadinya... kajian kuantitatif guna soalan tertutup, manakala kajian kualitatif, guna soalan terbuka.

METODOLOGI KUANTITATIF

Penemuan dan analisis yang kita tulis di BAB 3 beri tumpuan kepada angka dan statistik. Tujuan angka atau % akan beri gambaran setuju, tidak setuju dan lain-lainnya. Orang Malaysia suka tguk gambar, maka dia nak tguk pie chart, bar chart dan lain-lain, TETAPI tidak salah jika mahu buat jadual atau  kotak-kotak dan tulis ja... berapa % setuju dan berapa % tidak setuju.

Di bawah nanti ada contoh Jadual 1. Punca Kelemahan Keseluruhan

Ini boleh di buat untuk ganti pie chart, bar chart dan chart-chart lain.

Yang penting ialah 'Analisis' nya, pandai-pandailah menggoreng. Jika bagi saya, 75% setuju,  5% tidak setuju, dan 20% berada di tengah-tengah. Maka tuan goreng lah apa yang patut.

Cara mendapatkan data. Guna borang soal selidik.

Bilangan sampel. Ratus atau puluh atau semua populasi. Contohnya; anak buah Tuan ada 15 orang; kalau semua isi borang soal selidik, bermakna 100% responden telah isi borang soal selidik.

kesimpulannya.... kena bijak. Mahu buat sesuatu, bilangan responden yg di perlukan pun kena bijak dari awal.

METODOLOGI KUALITATIF

Ini pula beri tumpuan kepada pengalaman, perasaan, dan pandangan. Saya boleh katakan, majoriti peserta tidak mahu aktiviti ini di jalankan, tetapi pihak minoriti lebih berkuasa untuk buat keputusan, dan dengan sebab atau alasan yang sangat kukuh. Jadi? Sesuatu aktiviti di teruskan, walau hanya minoriti yang setuju! Bagaimana minoriti boleh ada kuasa? Tguk keadaan politik negara kita hari ini. Yang minoriti telah bergabung dan memerintah negara! 

Analisisnya atau sebabnya ialah dengan alasan-alasan yang sangat kukuh.

Cara mendapatkan data. Pemerhatian, penelitian dokumen dan soal-jawab.

Bilangan peserta atau informan. 3 hingga 5 orang pun sudah OK.

SESI jual ubat jap

jika boleh, buatlah LPKT pendekatan KUALIATIF iaitu cara temubual. ini adalah cara paling tepat, paling mudah. tiada carta pai (pie chart), tiada geraf, tiada borang soal selidik.

Bila di Bab 3, iaitu penemuan dan analisis, kita hanya paparkan rajah 7 di bawah ini.

    • TIPS KE TIGA

Tips ini sangat penting! Ramai PPT PPg dan PPL sangat keliru. Dan mangsanya ialah calon. PPT dan PPg tugas dia ngajar atau bimbing. PPL menilai. Selalunya, mereka ini bimbing, atau ajar atau nilai ikut kefahaman dia sendiri. Itu sebab ia selalu jadi masalah.

Sebenarnya, JPK ada keluarkan panduan yang sangat jelas. Tuan2 boleh lihat panduan menulis LPKT. Kemudian tenguk juga BORANG PEMARKAHAN.

Dalam panduan menulis, dan dalam borang pemarkahan bagi BAB 1, tidak ada perenggan LIMITASI KAJIAN/PROJEK. Ada PPT, PPg dan PPL akan tanya.... "Mana limitasi kamu?" Sila jawab begini.."Dalam panduan menulis LPKT dan dalam borang pemarkahan... tidak ada encik, kalau saya tulis pun tiada markah di situ".

Dan begitu juga dalam BAB 2, 3 dan 4. Sila lihat atau teliti panduan menulis dan pemarkahan.

Tips seterusnya. Tips 4. Jika kita lihat borang pemarkahan bagi BAB 3, tidak ada satu ayat pun, yang suruh beri markah atas pie chart, bar chart, dan lain-lain. Oleh itu, jangan susahkan diri dengan pie chart dan se angkatan denganya. 

Beri persembahan dalam bentuk rajah-rajah di bawah. Semua rajah ini ada dalam microsoft words.

CONTOH MEMAHAMI KONSEP PENULISAN LPKT/LPKC

CONTOH PENULISAN LPKT/LPKC

Katalah tajuk LPKT [LPKC] saya ialah 

MEMPERTINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN BALAI PENGAWAL KEM KUKUSAN, TAWAU, SABAH.

BAB 1

Perenggan pertama Bab 1 (Pengenalan): Perenggan ini jelaskan sikit tentang fungsi Balai Pengawal serta pentingnya Balai Pengawal ini, dan kemudian (paling utama) sedikit tentang isu tajuk LPKT [LPKC] kita di mana dalam borang pemarkahan ia di sebut sebagai Latar Belakang. 

Cth: Balai Pengawal Kem Kukusan berperanan sebagai pusat kawalan utama yang memastikan keselamatan kem sepanjanag masa (24 jam). Fungsinya memantau keluar-masuk, menyaring pelawat, melapor ancaman, dan memastikan ketenteraman kawasan terpelihara. Anggota yang bertugas di lokasi ini perlu prihatin, proaktif dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan risiko keselamatan. Namun kejadian serangan sebuah Balai Pengawal dalam setahun lepas di mana dua anggota di tembak mati oleh seorang anggota yang di bawah pengaruh dadah memberi pengajaran bahawa ancaman keselamatan boleh berlaku pada bila-bila masa.

Penyataan Masalah: Masalah utama di Balai Pengawal ialah [1] kawalan keluar masuk yang lemah, termasuk kenderaan tentera luar masuk tanpa makluman Markas; [2] anggota bujang keluar kem menggunakan butiran orang lain; [3] serta rekod keselamatan dan laporan rondaan tidak diisi atau dikemas kini dengan betul semasa pemeriksaan mengejut Pegawai Bertugas.

Objektif Kajian. Objektif utama kajian ini ialah mempertingkat keberkesanan keselamatan Balai Pengawal Kem Kukusan, Tawau. Objektif khususnya ialah: (1) mengenal pasti punca masalah, (2) menyenaraikan pandangan serta cadangan penyelesaian, dan (3) mencadangkan langkah peningkatan keselamatan yang praktikal dan berkesan.

Panduan menulis objektif LPKT/LPKC; [1] rujuk kepada slaid di bawah, ada objektif umum dan khusus (saya tidak syiok-syiok reka) [2] objektif umum ini sebiji dari tajuk LPKT/LPKC saya...ubah sikit ja. Baca atau lihat semula tajuk LPKT ini,  Tetapi... [3] objektif khusus ialah.... bagaimana? mahu capai objektif umum. Lihat dan baca semula 3 objektif khusus di atas untuk memahaminya.

Baca betul2 objektif yg tertulis dlm slaid ini yg disediakan oleh JPK sendiri.  Terdapat objektif umum dan objektif khusus.


Jika tuan dapat memahami cth penulisan LPKT / LPKC di atas, tuan telah berjaya memahami pemikiran saya, dan pemikiran penulis satu kertas kajian. Dulu masa berkhidmat, ini di sebut sebagai writing a service paper.  Seterusnya, bagi siapkan Bab 1 ini, semuanya kacang. 

SELESAI SUDA PENULISAN BAB 1...

nanti saya akan beri cth penulisan Bab 2, termasuk 'mengapa'.... 

 

isu mengapa! Mengapa anggota tentera zaman dulu pakai puttees pada kasut mereka? Lihat MP kita di zaman 70an dulu... amat segak! Sebutan yg betul ialah patis. Awalnya tentera pakai ankle boot, iaitu setinggi buku lali sahaja. Semasa bergerak atau berlari atas permukaan yang tidak rata, ramai yang cedera kerena terpelecok. Maka tentera di wajibkan pakai patis. Patis yg anggota MP ni pakai panjangnya lebih 3 kaki. Mereka akan gulung dgn rapi dan penghujung patis itu ada kain nipis tapi kuat & warna putih. Hari ini patis masih di guna, tetapi sekadar hiasan atau meneruskan tradisi. Ada juga Pengawal Keselamatan yg pakai patis ini. Ini sekadar pengetahuan untuk tuan2 sahaja.
Kedua ialah Sam Browne. Tuan2 boleh lihat Sam Browne RSM di buat dari kulit manakala Kpl punya warna putih. Itu tak penting. Isu nya mengapa? Jelas nampak di sini, jika tidak pakai Sam Browne, talipinggang Kpl tersebut akan senget sikit ke bawah kerana ada pistol. Apa lagi kalau askar zaman dulu gantung pedang. Itu lah asal Sam Browne di perkenal. Dulu masa operasi kita lihat tentera zaman dulu pakai Sam Browne kiri kanan. Hari ini kita pakai braces. Sam Browne RSM sekadar tradisi saja. 
Dalam Rajah 7, (kat atas ni) prestasi tugas pekerja di pengaruh oleh dua aspek yang di gambarkan. Tidak ada pun 'masalah pekerja tidak atau kurang terlatih', atau mempunyai 'sikap yang tidak elok'. (nampak tak bagaimana kita buat analisa?)

Yang saya utarakan ialah.... realiti. Nasihat saya jangan ikut sangat dengan nasihat si kitol. Ikut saja rasa hati kita sendiri.

Contoh: segelintir murid-murid sekarang kurang ajar (biadab). Kalau sopan pun, dia jadi malas bila nak minta tolong bersihkan bilik darjah. Puncanya? Kita sendiri pun dah tahu..... guru-guru tiada kuasa nak marah murih-murih. kedua.... guru-guru pun mula bersikap...'lantak ko lah'.....



Dan di dalam BAB 3, markah di beri kepada PENEMUAN atau DAPATAN, dan ANALISA. Usaha lah sendiri bagaimana mahu buat analisa atas semua dapatan kita. Tidak kira dari keputusan sola selidik atau dari temubual.

TIPS 5 Slaid power point. TOLONG sangat BUAT dan serahkan slaid kepada Penilai atau PPL dalam bentuk hitam putih. Tidak perlu warna warni kerana susah untuk di maju kpd JPK. Slaid hitam putih sudah mula di gunakan oleh orang lain dalam persembahan begini.

TIPS AKHIR tolong jangan guna toyol, atau LPKT orang terdahulu. Saya belajar dari orang lama, suruh calon baiki LPKT, jika tidak mahu,  sukarlah kita untuk tolong. .

jika ada isu yg tuan ingin pencerahan, sila whatsapp atau call saya 019 275 0075. Jgn lah rasa gundah-gulana. Jika tidak pun, wajib whatsapp dulu, kenalkan diri dan info saya apa hajat tuan, kemudian baru call. Gumbira lah saya utk jawab call, sbb ini zaman scammer. Takut mahu angkat call... 

terima kasih

MINTA BANTUAN.. sekali tuan klik kat iklan sebelah ni, saya dapat 1 sen.  

Klik tulisan biru kat bawah ini untuk bacaan seterus nya.

KLIK sini utk info lanjut: TIPS GUNA AI

PANDUAN MENULIS LPKT

27.7.23

LPKT BAB 2 METODOLOGI KAJIAN



Slide JPK

Bab 2 bagi DKM ialah METODOLOGI KAJIAN

Bab ini ada sikit keliru beza antara slaid rekaan JPK ini dan agihan markah. Agihan markah fokus kepada [1] 'proses kajian' dan [2] pelan pelaksanaan yang dicermin dalam bentuk Gantt Chart.

Ini boleh bermakna penulis bebas untuk menerangkan proses kajian atau proses aktiviti beliau. Cumanya, kita perlu ambil kandungan slaid ini sabagai rujukan apa yang dimaksud dengan METODOLOGI KAJIAN.

Markah lulus minimum untuk Penilaian Latihan Kemahiran dan Pengetahuan (LPKT) bergantung kepada bahagian penilaian. Markah lulus minimum untuk penulisan ialah 40 markah, manakala untuk pembentangan adalah 10 markah. 


Bab 2 ini kita mula dgn melihat perkara yg di nilai, iaitu kotak 1.4 di atas. Hanya, proses kerja dan Perancangan Kerja (Gantt Chart). Amat berbeza dgn 1.2 di mana setiap perenggan dalam Bab 1 ada markah. Ini bermakna, penulis diberi kebebasan untuk menjelaskan proses kerja beliau. Tidak ada yg salah atau betul kecuali logik. Cumanya baik kita guna slaid JPK sebagai panduan untuk tulis Bab ini. DAN..... baik juga; kerana JPK memberikan satu contoh format penulisan seperti tesis atau akademik bagi Bab 2 ini. Dan saya rasa slide JPK di atas terlalu akademik untuk bakal calun boleh hadham dan ia lebih bersifat kuantitatif. Namun begitu, rajah di bawah, rasanya lebih mudah untuk difahami.


Rujuk rajah ini, saya terjemah sikit: [1] Rekabentuk Kajian [2] Metodologi Kajian [3] Strategi Persampelan [4] Metod Mengumpul Data, dan [5] Analisas Data. Saya abaikan no 6 sbb ia terlalu akademik.

[1] Saya fokus kepada case study atau kajian kes, sebab saya akan tumpu ke atas Balai Pengawal sahaja. 

[2] Metodologi? Saya akan adaptasi metodologi kualitatif sebab saya mahu faham persepsi (pandangan), pengalaman dan pengetahuan mereka yang terlibat 

[3] Sampling... dlm kualitatif, mereka yang terlibat di sebut sebagai participant manakala dalam kuantitatif di sebut sebagai responden.

[4] Metod kumpulan data: saya akan merujuk kepada bahan bertulis seperti minit mesyuarat, arahan, SOP, atau PMAT, dan kedua dengan pemerhatian dan ketiga dengan temuduga terbeuka

[5] Saya akan analisa data menggunakan analisa tematik, dan

[6] Saya akan sediakan Carta Gantt.

Tuan rujuk balik kpd borang penilaian dan pemarkahan, markah akan diberi selain dari carta gantt, markah juga diberi kpd proses kerja. Semua perenggan 1 hingga 5 di atas itu ialah proses kerja!

Awal tadi, saya tulis, apa yg terpampang pd slaid dan borang markah, ada kekeliruan. Kini, jika tuan lihat balik slaid dan rajah yg saya ambil dari internet, ianya seakan sama. Slaid dan Rajah menerangkan proses kerja. 

CONTOH PENULISAN BAB 2

 

BAB 2 METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Kajian ini dilaksanakan sebagai satu kajian kes (case study) yang memberi tumpuan khusus kepada aspek perkhidmatan keselamatan di Balai Pengawal Kem Kukusan, Tawau. Pendekatan kajian kes dipilih kerana ia membolehkan penyelidik meneliti situasi sebenar di lokasi tersebut secara lebih mendalam, terutamanya berkaitan isu keselamatan yang telah dikenal pasti. Balai Pengawal merupakan komponen penting dalam sistem keselamatan kem kerana ia berfungsi sebagai kawalan akses utama (primary access control point) bagi pergerakan masuk dan keluar (entry and exit) semua anggota, pelawat dan kenderaan.

Dengan fokus ini, kajian memberi penekanan kepada pengalaman, rutin dan cabaran sebenar anggota yang bertugas di lokasi ini, termasuk aspek pematuhan prosedur, rekod keselamatan, dan keberkesanan tindakan anggota dalam menjalankan tanggungjawab mereka selama 24 jam sehari.


Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif kerana pendekatan ini membolehkan penyelidik memahami persepsi, pengalaman, dan pengetahuan anggota yang terlibat secara langsung dengan operasi harian Balai Pengawal. Kaedah kualitatif dipilih kerana keselamatan adalah isu yang melibatkan tingkah laku, pemahaman prosedur, budaya kerja, serta tahap kesedaran anggota terhadap SOP yang ditetapkan. Melalui pendekatan ini, maklumat yang lebih mendalam dapat diperoleh, dan data yang dikumpulkan memberi gambaran sebenar mengenai masalah keselamatan yang berlaku.


Persampelan

Kajian ini menggunakan teknik purposive sampling, iaitu pemilihan peserta secara sengaja berdasarkan tugas, pengalaman dan keterlibatan mereka di Balai Pengawal. Dalam kajian kualitatif, peserta dirujuk sebagai participants, kerana mereka berkongsi pengalaman secara langsung dan bukan bertindak sebagai responden kaji selidik.

Peserta kajian terdiri daripada:

  • Sarjan Provos dan anggota Regimental Police (RP) yang bertugas dari jam 0700 hingga 1800;

  • Anggota infantri (riflemen) yang bertugas dari jam 1800 hingga 0700;

  • Anggota yang pernah bertugas di lokasi ini;

  • Pegawai Bertugas; dan

  • Battalion Orderly Sergeant (BOS).

Kesemua individu ini dipilih kerana mereka mempunyai pengetahuan langsung mengenai rutin operasi, masalah yang wujud, serta keberkesanan pelaksanaan SOP di Balai Pengawal.


Kaedah Pengumpulan Data

Data dikumpulkan melalui tiga kaedah utama:

a. Dokumentasi – merujuk bahan bertulis seperti minit mesyuarat, arahan kawalan keselamatan, SOP, dan PMAT yang berkaitan dengan operasi Balai Pengawal.
b. Pemerhatian (Observation) – penyelidik melakukan pemerhatian di lokasi bertugas untuk melihat sendiri amalan kerja, prosedur kawalan akses, rekod keselamatan, dan interaksi anggota.
c. Temu bual terbuka (Open-ended Interviews) – digunakan untuk mendapatkan pandangan mendalam daripada peserta mengenai masalah, kekangan dan cadangan penambahbaikan.

Pendekatan kombinasi ini memastikan data yang diperoleh adalah menyeluruh dan mencerminkan realiti operasi sebenar.


Kaedah Analisis Data

Data dianalisis menggunakan tematic analysis, satu kaedah yang mengenal pasti tema, corak dan kategori utama daripada maklumat yang dikumpulkan. Melalui analisis tematik, penyelidik dapat mengorganisasi isu-isu yang dikenal pasti, mengenal pasti punca masalah, serta merumus cadangan penambahbaikan berdasarkan maklumat konkrit yang dikemukakan oleh peserta.

Carta Alir Proses Kajian



Sangat penting untuk penulisan menerangkan setiap kotak di atas.Data dianalisis menggu

Carta Gantt

Seterusnya wajib penulis menyediakan carta gantt sekurangnya berasaskan carta alir di atas dan menggariskan tempuh kajian tersebut di laksanakan.

Rumusan Bab 2

tulis di sini ringkasan tentang Bab 2.

penerangan serta contoh bagi Bab 2 ini menggunakan metodologi kualitatif boleh diguna sebagai panduan atau rujukan, dan bukan sebagai TOYOL. Saya tidak bertanggungjawab jika ada calun yang meniru bulat-bulat.

sekian...