28.12.25

Solat Yang Betul

SOLAT YANG BETUL YANG DAPAT MARKAH TINGGI

Saya bukan ostad tapi saya tahu sikit-sikit. Kata Rasulullah, kongsi ilmu yg bermanfaat, ingatkan atau nasihat 'walau sedikit' atau 'walaupun dgn satu ayat'.... ntah mana satu. Tapi yg saya ingat, kita kena kongsi ilmu. DAN jika saya silap, atau salah, mohon kongsi dengan saya dgn merujuk pd sumber yg betul.

SOLAT... ia bukan benda main-main. Ibarat mahu jumpa Sultan yg kita amat sanjung. Tentunya kita teruja, kita buat persiapan, hingga ada yang sanggup beli baju dan kasut baru. Gunting rambut bagai.... Ini pulak kita nak bertemu Allah. Kita datang Istana awal. Betul2 awal punya.

Tapi bila mahu bertemu Allah, apa persiapan kita? Gitu-gitu jer kan. Salah? Tapi saya rasa saya betul!

SOLAT tu sesi berkomunikasi dengan Allah. Mahu sembang, dan setidaknya mahu minta tolong. Bila kita jumpa bos lama... kita tanya atau sapa apa khabar? En nampak sehat sekarang? Wah... kereta En pun cantik!

SOLAT atau sesi bertemu Allah? Kita mula dgn memuji iaitu Allahuakbar! Sekejap lepas itu kita baca Doa Iftitah dan Al Fatehah. Dalam Fatehah ada elemen memuji, berikrar dan memohon. Puji ( اَلْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعالَمِينَ ) [ segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam], ikrar (pada mu kami sembah dan pada mu kami minta pertolongan). Memohon (tunjukkanlah kami jln yg lurus)... ada banyak lagi info dari Surah Al Fatehah saja!

SOLAT... kita tahu kita wajib solat. Kita yg dtg ke masjid. Kita mahu bertemu Allah. Baru mula nak bersembang dgn Allah, baru mula dgn takbir.... pemikiran kita sudah melayang! Mcm biadab pulak saya ni.... bila mula nak bersembang saya dok fikir perkara lain. Ironi nya saya pergi mesjid nak bertemu Allah. Tapi bila dah bertemu - saya buat hal pulak.

SOLAT itu meliputi perbuatan atau pergerakan badan yg betul, dgn lisan dan dgn jiwa (mungkin roh). Apa cerita jika nak bersembang dgn Allah, tapi hati dan roh meraban merata. Kita tahu Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Maka pastinya Allah tahu luar dan dalam diri kita. Tak payah lah nak beralasan.

Berusahalah supaya solat kita itu dihargai atau disanjung, dan beroleh markah yg tinggi. Mahu tahu markah solat tuan selepas setiap kali selesai solat berjemaah? Mudah. Tanya lah diri sendiri... dari 10.... berapa markah solat aku berhak dapat?

Kriteria markah: Bergerak dari rumah/tempat kerja dan sampai sebelum masuk waktu. Berpakaian yg sesuai. Telah berwudhu. Masuk masjd, solat sunat masuk msjd di saf depan. Lepas azan, solat sunat........ 

Cuba selidik rahsia roko', faham erti dan makdud bacaannya... sama juga dgn setiap pergerakan lain dlm solat.

Bayangkan kita perlu rokok' atau sujud kepada Sultan. Rendah dan hina sungguh diri kita ini. Nah! begitu lah hubungan kita dgn Allah. Kita kan hamba Allah. Mahu ckp apa lagi. Dan kita patut berterima kasih atas segala pemberianNya. 

Masa rokok', bayangkan lah Allah ada depan kita. Begitu juga masa sujud. Dan Allah Maha Pengampun. Maka minta lah ampun. 

Tuan tahu apa yg Tuan baca semasa duduk antara dua sujud? Ringkasnya kita minta ampun.... dan di hujungnya kita minta kepada Allah maafkanlah kita. 

Kusyu

ada beberapa teknik dan cara

Siap awal, sambil berdoa dalam hati... doa lah apa pun

Mandi dan wudhu dengan betul dan sempurna. 

mandi (jika berpeluang) untuk buang kotoran, kebusukan badan... wudhu lagi sikit atas... basuh muka atau kepala sambil berdoa ampunkan pemikiran, mata, telinga dan mulut. Semua itu ada di kepala. Sambil basuh tiap satu sambil mohon keampunan...

Nah.... ini fasa pertama nak bertemu Allah

Sampai dan nak masuk masjid.... penuh rendah diri penuh hormat.... diam2 tidak bising tidak gurau senda.... masuk jer terus solat sunat masjid. Ini tempuh masa nak jumpa Allah. Masuk rumah Allah terus solat. Bila azan (panggilan solat) kita beri perhatian. Habis azan solat sunat lagi. Qamat.... masa ini kita dah berada di saf depan. Berdiri dan niat.... Imam sebut jer Allahuakbar, kita terus jer ikut. Jgn jd spt orang lain... hegeh2, sembang2 lg, dll.... 

bersambung..... 



  



18.12.25

VETERAN: USAHA SENDIRI ATAU PERTOLONGAN ALLAH

Dalam Al-Quran Surah Ghafir ayat 40 Allah berfirman....

“Berserulah kepada-Ku, niscaya Aku akan menjawab kamu.” Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina”

Mempunyai keyakinan pada diri sendiri adalah perlu untuk mencapai apa sahaja yang kita usahakan, tetapi mempercayai hanya keupayaan kita untuk menyelesaikan sesuatu adalah berbahaya. Semua perkara berlaku melalui Allah dan yang penting, kita memohon pertolongan dan petunjuk-Nya dalam apa jua yang kita lakukan.

Dalam Surah Baqarah ayat 186 Allah berfirman,

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka mendapat petunjuk."

Rabbi habli hukman dua yang akan kita kupas hari ini adalah Surah Ash-Shua'ara Ayat 83, memohon agar Allah menempatkan kita di kalangan orang-orang yang soleh dan dikurniakan kepada kita ilmu dan hikmah agar kita dapat membuat penilaian yang baik. Doa ini juga di amalkan untuk mudah ingat dan hafal.

Mahu jadi veteran yang berjaya? Pertama sekali, apa maksud berjaya atau berjaya mcm mana yg Tuan ingin capai? Berjaya pada saya dan pada orang lain berbeza. Dan berjaya pada pandangan diri sendiri pun berubah-ubah. Ada orang mahu makin lama makin kaya. Ada orang makin lama, makin dia mahu dekat dengan Allah. Ringkasnya sebagai muslim, kita patut bercita-cita berjaya di alam yang terakhir nanti; iaitu alam akhirat.

Mahu kaya mcm sahabat Rasulullah SAW, saudara Othman. Kebun kurma dia kekal hingga hari ini di Madinah. Pahala dia tidak henti2 hingga hari ini. Tuan Guru Nik Aziz juga kaya sebab tidak gila harta. Duit gaji beliau juga di potong sana sini. Sebagai orang biasa mcm semua Veteran, infaq tiap hari di tabung masjid, isi tabung skot untuk di guna oleh skot yg perlukan bantuan pun kira mcm amal jariah juga.

Kesimpulannya, berjaya pada saya ialah hidup yang sederhana, sentiasa sedeqah wang ringgit atau tenaga, maupun senyum sekali pun. Itu dikira mengembirakan hati orang. Dan jangan lupa solat berjuma'ah di masjid khususnya waktu Subuh dan Isya.

Berjaya dunia juga, wahai veteran dan bakal veteran semua, ialah hidup sebagai pesara yang sifar hutang. Pencennya bersih. Rancang dan cuba capai status ini. Pertama akan kerja sampai pencen. Kedua, bila pencen nanti, tinggal hutang rumah sahaja.

Bab rumah ni, saya banyak mencadang tuan2 beli tanah, kemudian buat sendiri rumah tu. Jika tuan beli rumah teres, harga dia dekat 5 kali ganda rumah yg dibuat sendiri. Rumah teres - tn tanggung tiang letrik, jln raya, parit, pagar, potong rumput, pokok.... kalau rumah sendiri atas tanah sendiri, tn tak perlu tanggung semua tu.

Bab rumah juga... beli tanah awal-awal lagi, iaitu semasa mula berkhidmat.

Berbalik kpd veteran yang berjaya, hidup tanpa hutang dan pencen bersih. Jika berhemah, boleh hidup sederhana. Dan jika mahu pendapatan tambahan, masak dan jual nasi lemak, gunting rambut atau potong rumput pun, sudah cukup.

Wallahu'alam.  


8.12.25

KESIHATAN VETERAN

Sedih dan simpati lihat kawan yang baru bersara, sakit, tersadai dan ada yg terus meninggal dunia... استغفرالله العظيم 

JAGA BADAN LEPAS BERSARA

Saya ingin menasihatkan dan pada masa yang sama mengingatkan diri sendiri serta semua veteran tentera dan bakal veteran: jangan ambil mudah soal kesihatan lepas bersara.

Kalau kita perhatikan, kesihatan boleh dijaga dengan dua perkara asas sahaja:

Pertama – jaga makan. Kedua – sentiasa bergerak (exercise dalam erti kata sebenar). Kita dulu aktif. Bila tiba-tiba berehat gaban - badan kita terus saja akan mula sakit.

Exercise itu tak semestinya pakai kasut mahal, jam Garmin, seluar ketat atau masuk gym. Cara tidak rasmi pun boleh:

  • Parking kereta jauh sikit
  • Berkebun
  • Mengemas rumah
  • Basuh kereta sendiri
  • Potong rumput (yang ini bonus — berpeluh satu badan)

Apa saja yang buat kita bergerak dan keluar peluh, itu sudah dikira latihan jasmani versi veteran.

MASALAH SEBENAR BERMULA SELEPAS “MERDEKA”

Semasa berkhidmat dulu:

  • Ada PT
  • Ada kawad
  • Ada latihan
  • Ada sukan
  • Ada arahan (walaupun menggerutu 😅)

Lepas bersara? Kita dapat kemerdekaan sepenuhnya.

Tiada lagi:

  • “Semua ke padang sekarang!”
  • “Warm up dulu!”
  • “Ulang lagi!”

Akhirnya apa jadi? Kita rehat tanpa had, makan ikut nafsu, dan badan mula jadi manja. Perut pun mula buat tuntutan wilayah: “Ini kawasan aku sekarang.”

PENYAKIT PUN MULA DATANG BERPASUKAN

Bila makan tak terkawal dan badan kurang bergerak, badan akan beri kita beberapa pilihan penyakit (pilih satu, dua atau pakej kombo):

  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Sakit buah pinggang
  • Sakit lutut
  • Dan yang paling tak sempat minta izin — stroke

Ia boleh datang asing-asing, atau serentak macam unit khas. Dan masa itu, duit simpanan, pencen, insurans — semua jadi nombor dua.

INI BUKAN ISU KUAT ATAU LEMAH

Ramai veteran berkata:

“Dulu aku kuat…”

Betul. Kita memang kuat dulu. Tapi umur tak peduli pangkat, wings atau pasukan.

Ini bukan soal ego. Ini soal nak hidup sihat, berdikari dan bermaruah.


INGAT SATU BENDA (INI PALING PENTING)

✅ Kesihatan lebih penting daripada wang.

Wang boleh dicari.
Pencen boleh ditunggu.
Tapi kesihatan bila rosak, susah nak undur.


NASIHAT ABANG KEPADA ABANG

Tak perlu jadi atlet. Tak perlu jadi komando balik.

Cukup:

  • Jaga apa masuk mulut
  • Jangan bagi badan ‘berkarat’
  • Bergerak setiap hari, walau sedikit

Misi baru veteran selepas bersara bukan lagi serang musuh, tetapi menjaga badan sendiri.

Dan percayalah — ini misi paling susah, tapi paling penting.

4.12.25

SKM: SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

🌟 Diploma Kerajaan Malaysia - DKM :  Bukan Sekadar Dapat Sijil, Tapi Dapat Ilmu!

Kalau tuan-tuan berusaha untuk dapatkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau SKM Tahap 4 melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, kos keseluruhan yang sebenar cuma lebih kurang RM1,100 sahaja.
Ya betul, tiada kos tersembunyi, bukan sampai RM1,500 ke RM2,000 macam sesetengah tempat.

Kenapa Kos Rendah?

✅ Tuan tak perlu hadir ke pusat latihan untuk penilaian SKM 2, 3 atau 4.
✅ Tak perlu ambil cuti, tak perlu keluar duit untuk minyak, tol, makan, atau hotel.
✅ Pegawai Pembimbing yang dilantik JPK akan datang ke tempat yang tuan sendiri tetapkan, ikut tarikh yang tuan selesa.
✅ Selepas itu, Pegawai Penilai pula akan datang buat penilaian rasmi.
✅ Kawan-kawan kita ada yang buat penilaian terus dari dalam kem pun ada.

Yang paling best...
❌ Tak perlu tali leher.
❌ Tak perlu formal sangat.
✅ Makan kat kantin pun cukup. Yang penting, isi tersampaikan dan ilmu melekat.


📞 Bagaimana Nak Mula?

Hubungi saya [019 275 0075] untuk maklumat lanjut. Kalau ada lebih dari 10 orang nak dengar taklimat, insyaAllah kami datang secara sukarela.

Kami akan beri:

  • Taklimat ringkas

  • Link rasmi MySPIKE (portal JPK)

  • Bantuan isi borang & pendaftaran dalam sistem


📚 Apa Itu NOSS?

Tuan perlu bayar RM20 kepada JPK untuk beli dokumen panduan tugasan (dipanggil NOSS).
Nak jimat? Kongsi 5 orang – baru RM4 seorang. Jimat, tapi tetap sah.


🔍 Macam Mana Prosesnya?

  1. Kami bantu tuan kumpul semua bukti kerja – sijil, surat lantikan, surat naik pangkat, SOP, tugasan harian, gambar.

  2. Kami bantu susun ikut kronologi.

  3. Kami bantu isi dan susun portfolio ikut standard JPK.

  4. Baru daftar rasmi – bayar RM300 kepada JPK, bukan kepada kami.

Lepas daftar, tuan ada 3 bulan untuk bersedia. Tapi muslihatnya...
👉 Sebelum daftar, kita dah siap semua!


Apa yang kami dapat?

Kami dapat elaun rasmi dari JPK – termasuk elaun bimbingan, tol, makan, dan minyak.
Tuan lulus atau tidak, kami tetap dibayar.
TAPI… sebab ini amanah Allah SWT, kami akan usaha sampai tuan lulus insyaAllah.


📌 Jangan Dapat Diploma Tapi Kelabu

Kami tak nak tuan jadi macam ramai orang – dapat diploma, tapi tak faham apa-apa.
Sebab itu dalam program kami, kami ajar betul-betul.

Kalau tuan mohon DKM Sekuriti, kami akan terangkan:

  • Apa beza jaga kem, hospital, hotel, bank, estet, sekolah, lapangan terbang?

  • Bagaimana susun tugas anggota?

  • Macam mana sediakan laporan dan urus tuntutan?

  • Etika kerja, dan cara urus staf bawahan


📘 Pengenalan SKM

  • SKM 2 – untuk pelaksana (macai)

  • SKM 3 – untuk penyelia

  • SKM 4 (DKM) – untuk pegawai atau pengurus

  • Diiktiraf oleh MQA, boleh terus mohon masuk universiti ke peringkat Sarjana jika ada DKM.


💼 Peluang Lepas Dapat DKM?

Kerajaan, GLC, syarikat swasta – Tabung Haji, Felda, TNB, universiti – semua cari yang ada pengalaman dan kelulusan.

Budak kolej ada diploma tapi tak ada pengalaman.
Veteran macam tuan, pengalaman segunung – baris, kawad, tugasan kritikal. Itu aset besar!


❗ Tapi… Kalau Nak Ilmu, Tunjuk Minat!

Kami sedia mengajar. Tapi kalau masuk kelas pen pun tak bawa, muka paksa rela…
susahlah kami nak kongsi ilmu.


💬 Penutup

RPEL (Recognition of Prior Experiential Learning) ini banyak versi di luar sana – ada sampai caj ribu-ribu.
Apa yang kami kongsi ni, betul-betul yuran rasmi kepada JPK sahaja.
Kami tak minta durian pulut, ikan bakar, atau teh tarik pun – cukup sekadar tuan ikhlas nak belajar.


🗺️ Ringkasan Proses:

  1. Dapat penerangan →

  2. Kumpul dokumen →

  3. Isi borang →

  4. Bayar RM300 kepada JPK →

  5. Dinilai dalam 3 bulan →

  6. Dapat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)


PERANGKAP LAJU! kat sana tu, bila tuan dah dapat Diploma, bagi kebanyakan orang, kurang yakin untuk mohon kerja. kat sini... kat kita ni, kami akan ajar tuan dlm bidang yg tuan mohon.

Cth, jika tuan menyertai bidang keselamatan atau sekuriti. Tuan akan di dedahkan apa sekuriti itu sebenarnya. sekuriti kem hosp kedai emas hotel bank estet perumahan sekolah kilang pelabuhan lapangan terbang; semuanya berbeza. Majoriti tidak faham keadaan ini. Depa ingat semuanya sama.

Sebagai eksekutif atau pegawai atau pengurus keselamatan; tuan tahu susun atur penugasan anggota, keperluan kekuatan anggota, peralatan, pentadbiran dan pengurusan manusia, proses tindakan disiplin, tuntutan lebih masa dan mcm2 lagi. Kami ajar dan kami akan beri nota tambahan.

kami tidak mahu tuan peroleh Diploma Kemahiran Malaysia, tetapi kelabu.

Saya kongsi sikit info asas tentang SKM [sijil kemahiran Msia] ini. pertama, ia ada tahap. Mcm UPSR PMR SPM dan STP. Level dua utk macai, Level tiga utk Penyelia, dan level 4 untuk Pegawai hingga Pengurus. SKM 2, SKM 3 dan SKM 4. SKM 4 juga di panggil DKM. Ada setengah bidang, ada SKM 1.

SKM ini di iktiraf juga oleh MQA iaitu badan kjaan yg mengiktiraf segala sijil dlm Msia. Jika tuan ada DKM, terus boleh mohon masuk universiti ke peringkat Sarjana. Dgn DKM ini, mudahlah nak kerja mana-mana pun.

Saya nak promosi sikit DKM Sekuriti. Pluang pekerjaan; kerajaan, badan berkanun dan swsta. Gaji? Level Diploma. Pluang lebih besar... universiti, Tabung Haji, TNB, Felda.... sbb apa? Sebab tuan2 dah ada pengalaman kerja aspek sekuriti [pakai uniform pun smart, baris dan kawad, garang/tegas (orang awam ni penakut), bila2 boleh jd jurulatih]. Lagi satu.... budak2 yang keluar universiti atau kolej dgn Diploma Sekuriti tidak ada pengalaman kerja mcm tuan. Lagi satu; tiga tahun depa belajar di kolej tu, hanya 6 bulan di dedahkan dgn sekuriti.

cuma... kalau tuan ingin belajar, kami dgn berbesar hati sedia mengajar. kalau penuh semangat tapi masuk kelas, pen dan buku nota pun tiada, pas tu buat2 muka paksa-rela, susah sikit lah kami nak kongsi ilmu.

RPEL ini punya banyak isu.... dari percuma hingga ke ribu-riban....ringgit. Apa yg saya telah tulis kat atas tu, betul-betul yuran yg tuan perlu bayar kpd JPK sahaja. Kami tidak mahu durian pulut, atau ikan bakar. Teh tarik kat mamak pun sudah lebih dari cukup.

kat bawah ni aliran atau proses utk dapatkan DKM. Kita pilih yg bawah sekali iaitu calun terus ke JPK. Tiada birokrasi, tiada kos tersembunyi. Kecepatan. Kalau rajin dan bersungguh-sungguh, 3 bulan sudah boleh dapat Diploma.

Sila klik pada link di bawah untuk maklumat lanjut. 

INFO TAMBAHAN

Klik yg ini...MYSPIKE lepas tu lihat pada bahagian bawah, dan klik pada Pendaftaran Pengguna. Isi saja maklumat yang di kehendaki. Nah!! Tuan sudah di tahap pertama untuk berusaha untuk mendapatkan DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA. Jgn risau.... percuma semuanya sehingga lah kita daftar lagi sekali untuk buat sijil atau diploma ini.

klik  INFO PENTING bagi urusan terus dengan JPK. ada mcm2 di sini, penerangan ringkas dan mantap

NASIHAT. Ada Diploma tetapi tiada ilmu tak guna jugak. Ada ilmu tapi tiada sijil lagi tak guna. Askar ni kan... semua nak senang. Tapi kena ingat juga; bukan senang nak senang. Cari lah ilmu walaupun sedikit, asal istiqomah (berterusan). Klik sini:  ilmu dan maklumat ilmu am

Bersara: Persiapan Menyeluruh

tolong baca sampai habis....

Makna Sebenar Kesiapsiagaan Bersara: Perspektif Tingkah Laku, Struktur dan Institusi

Perbincangan tentang kesiapsiagaan bersara sering dibataskan kepada aspek literasi kewangan, iaitu keyakinan bahawa pengetahuan tentang pengurusan kewangan mencukupi untuk menjamin kehidupan persaraan yang stabil. Walaupun literasi kewangan memang penting, penyelidikan kontemporari dalam bidang ekonomi tingkah laku dan dasar sosial menunjukkan bahawa ia tidak memadai sebagai faktor tunggal yang menentukan kesejahteraan selepas bersara. Kajian empirikal jelas menunjukkan bahawa individu yang mahir dalam kewangan sekalipun boleh menghadapi tekanan ekonomi pada usia tua akibat ketidakkonsistenan tingkah laku, tabiat berbelanja secara impulsif, personaliti yang tidak stabil, atau ketiadaan disiplin jangka panjang. Dengan kata lain, kefahaman tentang wang tidak semestinya membawa kepada keupayaan kewangan yang mapan.

Kelly (1956) pernah menyatakan bahawa persediaan bersara sebenarnya bermula sebaik sahaja seseorang menerima gaji pertamanya. Secara teori tingkah laku, ini logik kerana tabiat awal akan memberi kesan kumulatif sepanjang hidup. Namun dari sudut psikologi perkembangan dan realiti sosial, harapan sedemikian tidak mengambil kira keadaan sebenar. Golongan muda lazimnya menganggap gaji pertama sebagai tanda kejayaan dan kemerdekaan diri, lalu mereka meraihnya sebagai peristiwa penting dalam kehidupan. Tingkah laku ini bukan mencerminkan kejahilan kewangan, tetapi lebih kepada norma budaya, keperluan emosi dan tuntutan sosial. Justeru, perancangan persaraan bukan sekadar proses ekonomi, tetapi merupakan gabungan elemen psikologi, budaya, gaya hidup dan situasi sosial.

Dalam perspektif yang lebih luas, kesiapsiagaan bersara sangat berkait rapat dengan sikap, tabiat, cara berfikir dan pembelajaran antara generasi. Di Malaysia, pemerhatian sosial sering mengaitkan sesetengah komuniti – seperti masyarakat Cina dan Jawa – dengan nilai berjimat cermat, kesabaran, serta orientasi jangka panjang. Walaupun generalisasi ini tidak boleh diaplikasikan kepada semua, ia mencerminkan peranan modal budaya dan nilai keluarga dalam membentuk tingkah laku kewangan. Individu yang membesar dengan nilai sebegini lazimnya lebih bersedia menghadapi persaraan kerana mereka telah membina tabiat kewangan yang konsisten sejak usia muda.

Kejayaan persaraan pula tidak semestinya diukur melalui jumlah kekayaan. Sebaliknya, ia dilihat melalui kualiti hidup, kestabilan kewangan, rasa cukup, dan ketiadaan kebimbangan ekonomi yang berpanjangan. Ramai pesara yang hidup selesa bukan kerana mereka kaya raya, tetapi kerana mereka mewujudkan pelbagai sumber pendapatan kecil, menjalankan perniagaan keluarga, atau memiliki aset sederhana yang dibina semasa tempoh bekerja. Banyak usaha kecil sebegini pula dikekalkan atau dikembangkan oleh anak-anak mereka, menunjukkan pentingnya kesinambungan ekonomi antara generasi.


Had Intervensi Kerajaan dan Kekangan Struktur

Di banyak negara maju dan membangun, kerajaan telah menubuhkan pelbagai kementerian dan institusi—ada yang wujud sejak puluhan tahun lalu—dengan tujuan mengurangkan kemiskinan dan membantu rakyat menyiapkan diri untuk usia persaraan. Walau bagaimanapun, keberkesanan sebenar program-program ini sering tidak mencapai sasaran. Pelbagai latihan, seminar dan kursus telah dijalankan, tetapi impaknya tidak menyeluruh. Ada peserta yang tidak dapat mengaplikasikan ilmu kerana jurang antara latihan dan realiti pasaran, ada yang kembali kepada tabiat lama, dan ada yang terhalang oleh kelemahan struktur ekonomi seperti inflasi, kenaikan kos sara hidup dan kekurangan peluang pekerjaan.

Dalam konteks Malaysia, usaha kerajaan sering berhadapan dengan cabaran yang lebih kompleks. Kehadiran kartel pasaran yang menguasai rantaian bekalan—secara tidak rasmi dikenali sebagai “sembilan naga”—telah lama dikenal pasti oleh penganalisis dan agensi penguatkuasaan. Keadaan ini menyerupai penguasaan pasaran terancang, dan dalam sesetengah keadaan sejajar dengan ciri-ciri jenayah terancang. Dominasi kartel menyebabkan harga melambung dan akses kepada peluang ekonomi menjadi semakin sempit. Akibatnya, walaupun individu telah menyimpan dan merancang secara berhemah, kuasa beli mereka tetap terhakis.

Di samping itu, keberkesanan program kerajaan sering terhalang kerana latihan sahaja tidak mencukupi. Sering kali peserta ditinggalkan tanpa bimbingan susulan (post-training support), tanpa akses pasaran, tanpa mentor, dan tanpa sokongan pentadbiran yang mudah dicapai. Jika pusat latihan, pejabat perkhidmatan atau agensi bantuan terletak jauh dari komuniti yang ingin dibantu, ia memberi gambaran bahawa usaha membasmi kemiskinan tidak benar-benar menyeluruh. Kesungguhan kerajaan hanya terserlah apabila pejabat, pegawai dan sokongan perkhidmatan diletakkan hampir dengan sasaran, mudah dilawati, bersifat berterusan dan bukan bermusim. Di indonesia, pejabat universiti mereka ada di seluruh negara termasuk pekan kecil - seorang staf sudah memadai. Pejabat pula ala pondok / kedai gunting sahaja. Yg penting...membantu!

Maka tidak hairanlah jika ramai individu akhirnya terpaksa berusaha sendiri, membina kemahiran, menambah pendapatan kecil-kecilan, atau membuka usaha mikro sebagai jalan keluar daripada tekanan ekonomi.


Kesiapsiagaan Bersara sebagai Konsep Multidimensional

Kesiapsiagaan bersara perlu difahami sebagai konsep multidimensional yang merangkumi lebih daripada sekadar wang. Kesihatan adalah komponen yang kritikal, kerana keadaan fizikal sememangnya akan merosot apabila usia meningkat. Beban kos perubatan pula boleh menjadi faktor yang menjejaskan simpanan persaraan. Di samping itu, persediaan psikologi turut memainkan peranan penting, termasuk menyesuaikan diri dengan identiti baru selepas bekerja, menangani kesunyian sosial, dan menerima perubahan gaya hidup.

Selain itu, perancangan keluarga juga mempunyai implikasi terhadap persaraan. Kajian menemui bahawa individu yang berkahwin dan membina keluarga lebih awal cenderung merancang kehidupan dengan lebih tersusun—termasuk membeli rumah lebih awal, menyelesaikan hutang lebih awal, dan memasuki usia persaraan dengan komitmen kewangan yang minimum. Pasangan suami isteri lazimnya berkongsi pandangan jauh, membuat keputusan bersama dan saling menyokong dalam perancangan jangka panjang.

Oleh itu, kesiapsiagaan bersara bukan sekadar kemampuan menyimpan wang secara berdisiplin, tetapi merangkumi gaya hidup, kesihatan, struktur keluarga, nilai budaya, sokongan institusi, dan keadaan ekonomi makro. Individu perlu berusaha secara aktif, namun pada masa yang sama kerajaan juga bertanggungjawab menyediakan sokongan yang konsisten, mudah dicapai dan benar-benar memberi kesan. Hanya melalui pendekatan yang menyeluruh—yang menggabungkan faktor tingkah laku, struktur ekonomi dan sokongan institusi—barulah sesebuah masyarakat dapat meningkatkan kesejahteraan warga emas dan memastikan persaraan yang bermaruah untuk semua.

Sebagai kesimpulan, masih ramai individu yang menilai persediaan persaraan hanya daripada sudut kewangan semata-mata. Mereka gagal melihat bahawa terdapat pelbagai faktor lain yang jauh lebih penting daripada jumlah wang yang dimiliki. Dalam masa yang sama, kecenderungan kepada gaya hidup materialistik menyebabkan sesetengah individu lupa – atau akhirnya menyesal – bahawa rumah yang terlalu besar, kenderaan yang banyak atau berprestij, serta harta yang melampau sebenarnya menuntut kos penyelenggaraan yang tinggi dan berterusan. Hakikatnya, sebuah rumah bersaiz sederhana sudah lebih daripada mencukupi bagi pasangan yang meningkat usia, manakala kesihatan yang baiklah yang menjadi penentu utama kepada kehidupan persaraan yang selesa dan memuaskan. Kesemua ini menuntut perancangan jangka panjang, visi masa depan yang jelas, serta kesedaran untuk berusaha sendiri sejak awal usia bekerja tanpa mengharap bantuan luar sepenuhnya. Dan juga kepada Maha Pencipta sepanjang masa.

PERINGATAN

Masa depan tuan (bila bersara nanti) bergantung atas diri tuan sendiri. CUMA nya jangan riak atau sombong takut tuan akan terjerumus dalam kumpulan istidraj. Kejayaan atau kegagalan usaha2 kita adalah hak Allah. Mohon jangan bangga diri jika berjaya atau salahkan orang jika gagal. Walaupun banyak agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu rakyat yang memerlukan, mereka juga ada kelemahan - keputusan di buat oleh Putrajaya. Gunakan segala kemudahan yang ada sebaik mungkin. Berusahalah dengan kawan yg ada minat yang sama bersama-sama. Jangan berusaha sendirian. Kerana bila dgn kawan, kita lebih yakin diri.

KERETA

Maaf tertinggal isu penting ini pulak. Semasa atau sebelum bersara, guna lah kereta kategori 'serba-guna'. Jalan-jalan boleh, isi kelapa, ikan, durian pun boleh. Sambil balik kampung, bawak sekali ke kem durian atau petai. Maknanya duit minyak pergi balik di tampung dengan hasil jualan.

Ramai askar tidak fikir tentang bahana guna kereta yang canggih. Bergaya? Memang la, tiada bangkangan. Saya guna kereta yang boleh buat 6 ke 8 orang sebab anak 5 orang. Sekejap je, anak-anak dah besar. Pernah la saya muatkan buah cempedak dan berniaga di Gombak. Petai di Ampang. Jual murah-murah jer.