Thursday, December 18, 2025

VETERAN: USAHA SENDIRI ATAU PERTOLONGAN ALLAH

Dalam Al-Quran Surah Ghafir ayat 40 Allah berfirman....

“Berserulah kepada-Ku, niscaya Aku akan menjawab kamu.” Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina”

Mempunyai keyakinan pada diri sendiri adalah perlu untuk mencapai apa sahaja yang kita usahakan, tetapi mempercayai hanya keupayaan kita untuk menyelesaikan sesuatu adalah berbahaya. Semua perkara berlaku melalui Allah dan yang penting, kita memohon pertolongan dan petunjuk-Nya dalam apa jua yang kita lakukan.

Dalam Surah Baqarah ayat 186 Allah berfirman,

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat, Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka mendapat petunjuk."

Rabbi habli hukman dua yang akan kita kupas hari ini adalah Surah Ash-Shua'ara Ayat 83, memohon agar Allah menempatkan kita di kalangan orang-orang yang soleh dan dikurniakan kepada kita ilmu dan hikmah agar kita dapat membuat penilaian yang baik. Doa ini juga di amalkan untuk mudah ingat dan hafal.

Mahu jadi veteran yang berjaya? Pertama sekali, apa maksud berjaya atau berjaya mcm mana yg Tuan ingin capai? Berjaya pada saya dan pada orang lain berbeza. Dan berjaya pada pandangan diri sendiri pun berubah-ubah. Ada orang mahu makin lama makin kaya. Ada orang makin lama, makin dia mahu dekat dengan Allah. Ringkasnya sebagai muslim, kita patut bercita-cita berjaya di alam yang terakhir nanti; iaitu alam akhirat.

Mahu kaya mcm sahabat Rasulullah SAW, saudara Othman. Kebun kurma dia kekal hingga hari ini di Madinah. Pahala dia tidak henti2 hingga hari ini. Tuan Guru Nik Aziz juga kaya sebab tidak gila harta. Duit gaji beliau juga di potong sana sini. Sebagai orang biasa mcm semua Veteran, infaq tiap hari di tabung masjid, isi tabung skot untuk di guna oleh skot yg perlukan bantuan pun kira mcm amal jariah juga.

Kesimpulannya, berjaya pada saya ialah hidup yang sederhana, sentiasa sedeqah wang ringgit atau tenaga, maupun senyum sekali pun. Itu dikira mengembirakan hati orang. Dan jangan lupa solat berjuma'ah di masjid khususnya waktu Subuh dan Isya.

Berjaya dunia juga, wahai veteran dan bakal veteran semua, ialah hidup sebagai pesara yang sifar hutang. Pencennya bersih. Rancang dan cuba capai status ini. Pertama akan kerja sampai pencen. Kedua, bila pencen nanti, tinggal hutang rumah sahaja.

Bab rumah ni, saya banyak mencadang tuan2 beli tanah, kemudian buat sendiri rumah tu. Jika tuan beli rumah teres, harga dia dekat 5 kali ganda rumah yg dibuat sendiri. Rumah teres - tn tanggung tiang letrik, jln raya, parit, pagar, potong rumput, pokok.... kalau rumah sendiri atas tanah sendiri, tn tak perlu tanggung semua tu.

Bab rumah juga... beli tanah awal-awal lagi, iaitu semasa mula berkhidmat.

Berbalik kpd veteran yang berjaya, hidup tanpa hutang dan pencen bersih. Jika berhemah, boleh hidup sederhana. Dan jika mahu pendapatan tambahan, masak dan jual nasi lemak, gunting rambut atau potong rumput pun, sudah cukup.

Wallahu'alam.