14.11.15

Lebuhraya Karak KM 52.5 Nov 2015

Kjaan Msia [menteri dan bos bos] tak habis2 nak nafikan balak bukan penyebab tanah runtuh ke lebuhraya ini. Kalau kita tenguk foto kat bawah ini pun kita boleh nampak.

kalau dapat tenguk rakaman dron oleh astro awani, akan ternampak trek tanah merah kat hujung sungai. Bila nampak trek itu, dron astro pun patah balik. pandai betul dron tu.

saya mohon sesiapa yg ada dron, pergilah siasat sendiri sebab kjaan Msia tak ada dron. Kalau naik helikopter boleh lah. Tapi, nanti rakyat tau pulak. Takpa lah, kita diam2 dan nafikan jer lah. rakyat Msia ni cerdik, bijak dan pandai, tapi senang jer nak gula-gulakan mereka ini. ...."kita akan tubuhkan satu badan penyiasat yg bebas. mereka akan bagi laporan dalam masa 24 bulan" he he he. itu lah skrip depa...


Kalau bomoh 1 Msia boleh bantu, bagus jugak kan.

1.11.15

Kursus Bakal Pesara

Ramai orang buat kursus bakal pesara. Isunya siapa yg mengajar? Pesara atau bukan pesara? Bolehkah orang bujang mengajar cara hidup orang berkahwin atau orang belum pernah ke Mekah mengajar cara umrah atau haji? Boleh? tentulah boleh sebab mereka hanya ajar teori sahaja.

Kursus ini sesuai untuk yg mereka yang akan bersara 10 atau 15 tahun lagi. Kalau yg dah hampir2 hendak bersara, ia seperti kursus motivasi dan kaunseling saja jadinya. So, saya mohon ketua jabatan lihat semula keadaan ini.

Bagi kursus yg last minute, modul kursus banyak memberi fokus kpd persiapan yg last minute tu. bab kesihatan, kerja sukarelawan, bab kehidupan pesara, sosial dan masjid.

Tetapi jika 10 atau 15 tahun sebelum itu, kita boleh ajar perancangan yg lebih mantap. Macam2 benda yg boleh dikongsi.

Tapi ingat yer....ada orang jadi kaya selepas umur 6o tahun. Maknanya kalau kursus last minute pun boleh juga kalau terpaksa.

Colonel Sanders didn’t come up with the secret recipe until he was 50 years old


Ray Kroc didn’t found the McDonald’s corporation until he was 52

Kursus yg sesuai selama 2 hari sahaja sebab semua tajuk boleh dibincang dan dibahas. Tidak akan habis.  Lagi pun yg hadir semua otai belaka. Lagi byk bebel lagi kuat tidor. 

Saya tak mengajar prosedur besara serta dokumen2 yg perlu sebelum bersara kerana JPA akan pastikan semuanya lengkap sebelum kita terima pencen. Bahagian Pencen akan bantu sepenuhnya, jangan risau.

Yg perlu diajar ialah keseluruhan kehidupan seorang pesara. Bagaimana menghadapi kehidupan yg amat berbeza dari sekarang. Bagaimana kita akan rasa sunyi sebab kawan2 sudah hilang, dan menghadapi pelbagai masalah. Dan bagaimana menghadapi keadaan kita diketawakan oleh bekas kawan2.


Bagaimana menjaga kesihatan, berniaga kecil-kecilan, dan macam2 lagi. Nak tinggal di KL, di rumah anak, di kg....semua kena plan. Yg pentingnya bagaimana hendak berdikari, dan kuat mental. Ada orang bila sudah bersara, terus selekeh. Ada yg sebuk lagi hendak cari makan. Ada yg relek dgn cucu. Semuanya tidak salah. Semuanya betul.

Apa kemudahan orang bersara yg disediakan oleh kjaan?
perubatan-  http://www.jpapencen.gov.my/kemudahan_perubatan.html
kad pesara - http://www.jpapencen.gov.my/kad_pesara.html
http://cuepacs.blogspot.my/2014/04/portal-untuk-kemudahan-pesara-kerajaan.html

Dengan kad pesara anda boleh guna khidmat KTMB separuh harga, setengah hotel bagi diskaun, EPF dan setengah bank ada laluan/lorong khas pesara....macam-macam lagi.

Sila hubungi saya untuk mengadakan kursus bakal pesara di tempat anda. 019 275 0075 noor mohamad ATAU noormohamad0075@gmail.com


29.10.15

Interfaith Discussion

According to the majority, all religion is the same. But mind you, they are not.

Many fall under blind faith. Blind!

In the time of technology, logical discussion, or whatever you may want to call, we need to understand our religion with logic. Logic is given priority in every discussion. legal political economy geography science.....but religion! Is religion logic or you just do like your parents used to do. You never question them?

Look at religion from the logical approach. Open your mind.

Logically speaking, all religion is NOT the same. O people of the book, please read and understand your holy book and make comparison with others. If it is not logical, then why do you say all religion is the same. They are not.

If it is not logic, and you keep on believing it, it is call blind faith. Do we still have people blindly obeying what our older generation do. Then he himself is not logical.

Word of Caution. A person may have an Islamic or a Christian name, but that does not indicate his religion. AND a person may be recorded as a Muslim, but he may not be a true Muslim. Therefore an act of a person or group do not reflect his or their religion. 

Killing of innocent people in Hiroshima, Nagasaki, Vietnam, Cambodia, Myanmar, Bosnia, Tasmania, Palestine and elsewhere do not reflex his or her religion. 

If it does, which group of people from which religion that killed the most number of innocent people [statistically]? From the 12th century if you want to check.

Period. Logically speaking all religion is not the same.

P/S. This is just one aspect of day and night that we may want to ponder. Just to prove that all religion is not the same.
http://www.quranictopics.com/tp3ch3e-Signs-of-Allah-in-creation-of-Day-and-Night.html


27.10.15

kedai komputer UIA

powerjack laptop saya rosak. atas semangat "LOW YAT", saya berusaha mencari kedai komputer orang Islam dan/atau orang Melayu. kedai terdekat, 15km dari rumah saya iaitu di UIA Gombak.

dlm website mereka ada seorang budak nama Wan. lokasi kedai mereka di asrama Ali di UIA. usahalah saya bersama anak mencari kedainya.

pada 26 Okt 2015, letak je komputer dan bagitau apa rosaknya; terus je cakap 180 ringgit. Kenapa mahal sangat, sebab dot dot dot. Takkan mahal sangat. Sekali kami buka terus kami buat servis dan cuci, katanya. Boleh siap besuk. malam encik. Kenapa. Sebab barang dari Damansara....repernya kejap je, 15 minit je. OK, besuk malam saya datang.

tepat 8 malam saya sampai. wan kata tutup 8 malam, tapi kalau ada barang nak ambil, kami tutup 9 mlm. saya tanya berapa lama lagi. 10 minit katanya. kemudian Wan tanya sorang budak yg nampak lebih muda yg sebuk main game. Dia buat tak tau je.

saya tunggu dekat sampai 9 mlm. Pada 8.30 mlm saya nampak seorang budak masuk bawa beg. Tapi wan dok layan dua orang wanita yg agak berumur. lepas agak lama wan kata kat perempuan itu, datang besuk. 9 mlm Wan kata laptop abang dah siap. Rupa2nya, 8.30 tadi laptop saya dah sampai.

saya tguk dan nampak laptop tu sangat kotor. saya tanya kenapa tak cuci. budak yg 'sekor' tu kata takda tulis pun kat kertas tu. saya fikir takkan saya pulak yg nak tulis. itu keje korang. lalu saya kata baik awak buang notis2 kat dinding tu yg tertulis ALLAH NAMPAK.... Kenapa bang. Sebab wan janji nak cuci, wan kata kalau buka jer laptop, kami akan servis dan cuci. 

saya bayar 180 ringgit dan ingatkan mereka buang perkataan "Allah melihat..." sebab kamu semua tidak jujur. bil saya tercatit masa 20.54.09

PEMERHATIAN saya. Budak Wan tu mmg perlu diajar supaya tidak kurang ajar. apabila saya tanya langsung tak jawab. Bila saya tunggu lama langsung tak beritahu apa2. Bila laptop sampai tak beritahu tetapi layan pelanggan lain, walaupun ada ramai staf pada waktu itu. tak boleh nak delegate ke. nak serah jer pun!

kata nak tukar powerjack, tapi apa yg tertulis ialah "repair" jer. 

CADANGAN. Pihak UIA kena buat survey di kalangan pengguna, apa pendapat mereka tentang slogan OK...menggembirakan pengguna laptop sejak 2008 lagi! Pada saya mereka tidak ubah mcm peniaga di LOW YAT kerana kos repair powerjack selama 15 minit saja berjumlah 180 ringgit!  UIA kena senaraikan harga repair laptop sebagaimana cafe kena tetapkan harga mee goreng, nasi goreng, sirap dll. Jika tidak OK Computer akan terus hisap darah pelajar dan pengguna lain.

sorang staf kata minta maaf bang, saya jawab tak payahlah minta maaf sebelum kamu buang perkataan Allah melihat... di setiap dinding kamu. Mereka [OK Computer] sebenarnya tidak jujur dan stafnya biadap. kedai bangsa lain caj 200 rgt. OK computer caj 180 rgt, tapi tak berbaloi dgn kurang ajarnya, penipuannya dan mempermain dgn nama Allah.

susah betul berurusan dgn orang/sykt "islam" mcm ni

Cara Menurunkan Harga Rumah

RUMAH UNTUK RAKYAT: ANTARA KEPERLUAN, KEUNTUNGAN DAN PEMBANGUNAN

Matlamat dasar perumahan negara sepatutnya mudah: memastikan rakyat mampu memiliki atau menyewa rumah pada harga berpatutan. Matlamat ini memerlukan kepimpinan yang jujur, ikhlas dan benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat.

Namun, apabila pembangunan terlalu bergantung kepada pemaju swasta, persoalannya ialah sejauh mana kerajaan mampu mengimbangi keuntungan pemaju dengan kemampuan pembeli?

Lihatlah pengalaman China yang berdepan masalah lebihan bekalan hartanah, projek terbengkalai dan kediaman kosong. Kita juga pernah menyaksikan masalah pembangunan perumahan di Bukit Beruntung. Walaupun keadaan kedua-duanya berbeza, pengajarannya sama: pembangunan rumah mesti berdasarkan keperluan sebenar, bukan semata-mata keuntungan dan spekulasi.

China is facing a massive structural crisis involving an estimated 65 million to 90 million vacant or unfinished housing units, creating widespread "ghost cities" and abandoned luxury or residential developments. [1, 2, 3, 4]

Berikut beberapa cadangan untuk renungan.

1. Kawal Pemilikan Rumah dan Tanah

Kerajaan wajar mengkaji had pemilikan rumah dan tanah kediaman, khususnya di kawasan bandar yang mempunyai permintaan tinggi. Keutamaan sepatutnya diberikan kepada mereka yang belum memiliki kediaman.

Kaedah pelaksanaannya memerlukan penelitian supaya adil kepada semua pihak dan tidak menjejaskan keperluan pasaran sewaan.

Tanah tidak bertambah, sedangkan penduduk dan keperluan perumahan terus meningkat.

2. Tanah Kurniaan: Antara Hak dan Tanggungjawab

Tanah kediaman yang dikurniakan kerajaan sepatutnya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

Jika penerima sudah mempunyai rumah atau tanah lain, apakah asas kelayakannya? Mengapa pula ada tanah kurniaan yang dibiarkan kosong bertahun-tahun?

Kerajaan perlu menyemak kelayakan penerima dan menguatkuasakan syarat pembangunan tanah, termasuk tindakan pelucuthakan apabila dibenarkan undang-undang.

Tanah kurniaan untuk kediaman sepatutnya menjadi tempat tinggal, bukannya sekadar aset simpanan.

3. Pembangunan Bandar: Siapa Mendapat Manfaat?

Pembangunan semula tanah kerajaan perlu dinilai dari sudut kepentingan awam, bukan semata-mata nilai komersial.

Apabila pejabat kerajaan dan penduduk asal dipindahkan, kerajaan mungkin menanggung kos premis baharu, manakala sekolah, masjid dan perniagaan setempat kehilangan pengguna.

Perubahan ini juga boleh menyebabkan kawasan bandar semakin sukar didiami oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Pembangunan yang baik bukan sekadar membina bangunan, tetapi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Merujuk kepada Dasar Perpaduan Negara, bukan kah tuan-tuan para perancang patut terfikir untuk memastikan taburan penduduk di kawasan bandar terdiri dari berbagai kaum dengan % yang  sama rata.

Persoalannya, siapakah yang paling mendapat manfaat daripada pembangunan tersebut?

4. Perbanyakkan Rumah Sewa dan Kuarters Kerajaan

Kerajaan perlu menilai keadaan kuarters guru, kastam, polis dan bangunan kediaman awam yang tidak digunakan atau memerlukan pembaikan.

Mengapa tidak diwujudkan peruntukan khas untuk membaik pulih kediaman yang sesuai dan menyewakannya kepada kakitangan kerajaan atau rakyat yang memerlukan?

Tanah kerajaan yang sesuai juga boleh dibangunkan sebagai kawasan perumahan sewa yang tersusun, lengkap dengan prasana asas kedai, surau, dan taman permainan.

Ramai rakyat sudah memiliki rumah di kampung tetapi terpaksa bekerja di bandar atau negeri lain. Mereka tetap memerlukan rumah sewa yang berpatutan.

Tidak semua rakyat perlu membeli rumah kedua. Ada yang hanya memerlukan tempat tinggal yang selesa berhampiran tempat kerja.

Pengurusan dan pemilihan penyewa mestilah telus bagi mengelakkan penyalahgunaan.

5. Kerajaan Perlu Membina Sendiri Rumah Mampu Milik

Kerajaan tidak sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada pemaju swasta.

Agensi pembangunan negeri, JKR dan badan berkaitan boleh memainkan peranan lebih besar dalam pembinaan rumah mampu milik.

Jika tanah kerajaan dapat disediakan pada kos rendah, bukankah harga jualan juga sepatutnya lebih berpatutan?

Perbadanan kemajuan negeri perlu mengutamakan matlamat sosial, bukan mengejar keuntungan seperti pemaju komersial.

Kerajaan juga boleh meneroka kerjasama dengan koperasi yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh bagi membiayai pembangunan perumahan rakyat.

Rumah mampu milik mesti benar-benar mampu dibeli, bukan sekadar mampu dinamakan demikian.

6. Kawal Penukaran Status Tanah Pertanian dan Hutan Simpan

Kerajaan wajar mempertimbangkan moratorium terhadap penukaran tanah pertanian strategik dan hutan simpan untuk pembangunan komersial sementara kajian menyeluruh dijalankan.

Tanah pertanian penting untuk keselamatan makanan, manakala hutan simpan melindungi alam sekitar dan kawasan tadahan air.

Perubahan pembangunan di sekitar KLIA, misalnya, menimbulkan persoalan tentang pemilikan tanah, kelulusan dan kepentingan awam.

Kelulusan terdahulu wajar disemak, dan tindakan sewajarnya diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.

Jangan sampai pembangunan hari ini mengorbankan kepentingan generasi akan datang.

7. Bertindak Tegas terhadap Pencerobohan Tanah Kerajaan

Pencerobohan tanah kerajaan di tepi lebuh raya, sungai dan kawasan hutan perlu ditangani secara konsisten.

Bagi aktiviti komersial seperti bengkel, kawasan penyimpanan barang dan tempat letak kereta, kerajaan boleh mempertimbangkan penalti RM500 hingga RM1,000 sehari, tertakluk kepada undang-undang.

Pengusaha kebun kecil untuk kegunaan sendiri boleh diberikan pertimbangan khas, manakala pertanian komersial tanpa kebenaran boleh dikenakan penalti sehingga RM500 sehari.

Pembayaran penalti bukan lesen untuk terus menceroboh tanah kerajaan.

Tanah awam tidak sepatutnya digunakan untuk keuntungan peribadi tanpa kebenaran dan tanggungjawab yang sewajarnya.

PENUTUP: ANTARA CADANGAN DAN KEMAHUAN POLITIK

Saya percaya ramai pegawai kerajaan, daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), Pegawai Daerah dan pengarah jabatan hingga kakitangan sokongan, memahami kepentingan pengurusan tanah yang telus dan berkesan.

Persoalannya, adakah kita mempunyai kesungguhan politik dan pentadbiran untuk melaksanakan perubahan, terutama apabila melibatkan kepentingan pihak yang berpengaruh?

Kepada kakitangan kerajaan yang mempunyai maklumat tentang rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa, gunakanlah saluran pelaporan yang sah dan selamat. Maklumat yang disokong bukti boleh membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

Pendedahan kepada umum pula hendaklah dibuat secara bertanggungjawab agar tidak menjejaskan siasatan, keselamatan pemberi maklumat atau hak pihak yang belum dibuktikan bersalah.

Akhirnya, persoalan utama bukan sama ada kita mampu membangunkan lebih banyak rumah, tetapi sama ada kita benar-benar mahu memastikan rakyat mendapat manfaat daripadanya, dan elak masalah perumahan yang sedang berlaku di China.


25.10.15

bajet 2016 gaji kakitangan awam

saya tenguk dlm you tube pasal manusia....katanya dia benci 'average'. suka lepak, suka buang masa, menunggu, shopping, ......Saya sedang berusaha dan berdoa tidak termasuk dlm kumpulan average.

berbalik kpd bajet...kita rakyat Malaysia semua mungkin termasuk dlm kumpulan average. Tunggu lihat dan bersyukur dgn apa yg ada. Taknak fikir apa yg sepatutnya dlm bajet itu demi masa depan negara.

fokus utama semua kakitangan awam ialah gaji dan bonus. kedua tentang apa2 lagi yg kita dapat. pekerja swasta pun dapat juga gaji minima. 

kita sepatutnya jgn jadi orang yg mudah ditipu dgn gaji atau 'pendidikan'. apa guna gaji kalau harga barang akan naik besuk dan lusa. apa guna pendidikan jika kerja yg sesuai dgn nya tak dapat. JIKA ya, maka kita gagal melihat gambaran yg lebih luas, yg lebih penting. KITA PERLU LIHAT jangka panjang, demi masa depan anak cucu kita. dapat berapa? ala...500 jer! dapatnya bila? aaahhh bulan Jun atau Julai tahun depan!

pemerintah [tidak kira parti] sepatutnya rancang dengan menyeluruh. jujurlah kpd rakyat yg memileh kamu. jujur kpd Allah. 

beritahu apa  pelan atau agenda asal ini.


kos pendidikan tinggi ditanggung oleh pelajar melalui ptptn. sampai bila ini akan berlaku?

merancang kewangan bukan melihat dari mana duit datang dan di mana duit dibelanjakan.

rancang bajet melihat Malaysia untuk jangka panjang. meliputi semua bidang. jika tidak kita asyik ubah sana ubah sini. lihat balik RANCANGAN MALAYSIA objektif bajet dulu, strategi untuk setiap kementerian.

masuk PM baru kita ubah, menteri baru, setiausaha baru, pengarah baru, pengerusi baru. sampai bila kita akan jadi macam ini. duit dah banyak habis. kita asyik tukar plan.

wahai rakyat average, lihatlah semua ini dgn hati yg terbuka. 

lagi pelik ialah, benda yg baru dicakap beberapa tahun dulu oleh PM yg sama pun dah tak pakai. lihat dasar  kesederhanaan. PM yg kata, bukan saya. apa yg sederhananya kita hari ini? cuba lihat sekeliling.

negara ini sangat kaya, tapi trlampau byk bazir hingga miskin bandar tambah banyak. langkah kurangkan masalah penduduk bandar khasnya amat kecil atau langsung tidak signifikan.

Prinsip bajet pula, seperti langsung tidak merujuk kpd al quran. al quran itu perintah Allah. Allah buat kita, maka Allah tahu apa yg kita tidak ketahui.

GST akan dikaji semula... kata menteri awal dulu. sampai hari ini belum dikaji. semua rakyat termasuk yg miskin kena GST, cukai. Jika kita sudah termasuk dlm miskin bandar, iaitu orang miskin, kenapa perlu bayar cukai. saya beli paku dan minyak tanah di kedai hardware, kena GST. Adakah paku dan minyak tanah untuk orang kaya saja? 

tol. hakikatnya kjaan t-jwb untuk buat jalan. tetapi menyusahkan rakyat. bila nak kaji perjanjian yg berat sebelah itu. parti pemerintah persekutuan dan selangor yg ada keuntungan kata ia wajar. sedihnya dengar. sampai bila ia akan berterusan

sederhana dlm berbelanja tidak disebut. maknanya majlis perasmian, majlis expo, dan segala macam majlis akan diteruskan. byk peruntukan dikurangkan....baguslah. 

presiden luar negara buat lawatan kadar sederhana, diam2 melawat. Msia pula dgn rombongannya termasuk pasangan. ada pula 'side activities' untuk isteri, makan malam dan macam2. stop lah!

makanya....kita terus membazir. kjaan tidak tunjuk contoh untuk berjimat dan keadaan ini akan berterusan. takut bila tak cukup duit, buat cukai baru.



Masalah perumahan tidak diusaha untuk diselesaikan dgn jujur dan ikhlas. Developer terus buat untung. Mereka monopoli setiap inci lokasi yg bernilai tinggi. Setiap kjaan negeri ada kuasa atas tanah mereka! Negeri BN atau bukan BN tetap sama. Hanya di Kelantan boleh dibangga sikit walaupun bukan 100%. Kenapa kjaan tidak buat 'rumah murah' macam dulu dan bagi rakyat duduk. Di KL kenapa tak buat flat untuk rakyat sewa smpai mati, suruh mereka beli rumah di kg sebab mereka akan pencen di kg. PRIMA atau sebulu dgn nya di luar kemampuan majoriti rakyat.



penguatkuasaan. Ikut hati aku, lori balak semua mesti ada GPS. TERMASUK setiap lori kelapa sawit. Di Sabah, pengusaha ladang sawit sykt besar sudah berpuloh tahun meneroka secara haram dan bersihkan segala balak di sana. kemudian tanam sawit secara haram. Kjaan tidak ada helikopter dan satelit untuk periksa? jgn buat lawak kpd rakyat marhain. suruh satelit amerika buat, bayar kpd mereka. sekali eksesais sudah cukup. dakwa sykt sawit dan balak bersungguh2. rampas semua harta syarikat mereka dan ahli lembaga dan pemegang share! ada berani? berani cakap jer lah kot!

kesimpulan...jika rancangan dilakukan dgn penuh agenda tersembunyi, serta prinsip yg bertentangan dgn al quran, tidak kira parti A atau B, maka hasilnya tetap sama....hancus!

rakyat akan terus tertipu dgn kenaikan gajinya...itu saja. 

pendidikan tanggung sendiri dgn ppttn nya. tiada cadangan nak ubah. harga rumah tidak diusaha untuk diturunkan. pemilikan tanah tidak mahu dikawal mulai sekarang untuk diberi cara 'adil' kpd semua rakyat atau utk hentikan monopoli. ubah status tanah pertanian kpd perumahan tidak dikawal. pembangunan melampau [bukan sederhana] diteruskan. kemasukan pendatang asing serta pemilikan perniagaan serta rumah haram dan tanah haram oleh mereka tidak difkirkan langsung demi rakyat sendiri. rakyat diberi latihan teknikal tetapi kerja diberi kpd pendatang asing atau tidak ada peluang kerja tidak difikirkan.

makanya...bertambah celaru jadinya negara yang pernah dipertahan oleh pasukan keselamatan dgn nyawa mereka, isteri menjadi janda, anak menjadi yatim. kakitangan kjaan dulu berusaha bersungguh2 untuk negara semua sia2 saja. pengorbanan orang dulu semua jadi taik. jadi taik kerana ahli politik yg gila.

hanya yg ada anak yg besar atau faham masalah ini akan sedar betapa teruknya bajet begini demi masa depan anak2 kita dan negara kita dan bangsa kita. saya seru kawan2 lihat segala tindak laku kjaan dgn teliti. jgn telan semuanya bulat2. lihat kes kecil bekalan baju korporat di tempat kerja pun sudah cukup benci dan meluat rasanya. apa lagi peruntukan yg juta2 ringgit tu. segalanya ada agenda tersembunyi.

janganlah tertipu dgn kenaikan gaji yg sedikit itu. kalau rancangan pembangunan dan ekonomi dibuat dgn teliti dan menyeluruh, gaji tidak naik pun akan tidak timbulkan masalah. ini kerana kuasa membeli boleh ditingkatkan. 


bulan depan dan seterusnya, kuasa membeli kita akan menurun. terpaksa naik motorsikal dan anak terpaksa hantar kampung. inilah yg sebenarnya keadaan kita.



jika saya ada kuasa, saya akan beri keutamaan kpd perkara berikut:

hancurkan dadah 100%. siapa saja yg ada kaitan, tidak kira menteri, tan sri atau dato, 100% harta mereka dan yg berkaitan dirampas, dirobohkan, dan dijadikan rumah flet untuk rakyat.


akaun semua perniagaan, dan akaun bank semua ahli perniagaan, diodit oleh kerajaan. sykt odit banyak yg tidak boleh dipercayai.


segala tanah rizab melayu, dirampas semula.


semua badan yg kutip zakat diodit 100%. semua duit dlm bank MESTI dibelanjakan dgn berhemah dan dihabiskan. bukan kumpul nak buat gunung.


semua graduan mesti diberi kerja 100%. jika tidak, kjaan dan universiti yg tanggung. siapa suruh perkenal kursus yg tidak berguna kemudian paksa orang belajar kursus yg mereka tidak mahu.


semua ahli parti politik dan kakitangan kjaan yg ada lebih dari 1 rumah kos rendah, dibuang kerja dan tinggalkan 1 rumah saja. ini supaya sikap tamak dan tidak jujur terhakis.


klinik kjaan untuk rakyat tempatan sahaja. buat satu kaunter atau satu bilek rawatan untuk pendatang asing dan kenakan mereka kos sebenar.


semua yayasan dan semua parti politik diodit 100%.


tentera polis dan semua kementerian jabatan MESTI guna kenderaan tempatann dan jepun 100%. tahu kah anda tentera kena sewa kenderaan dari sykt yg bernama...

semua majlis perasmian dihapuskan 100%


klinik dan hospital di kampung dibesarkan. hospital baru, sekolah berasrama penuh bina di kampung sahaja. adakah anda sedar semua sekolah yg hebat ada di bandar? cuba fikir siapa yg berada di bandar pada zaman penjajah. orang Melayu? siapa yg menasihat penjajah supaya buat sekolah yg hebat2 tu di bandar? anda tahu bukan melayu kan....mcm tu lah kita ditipu...sampai hari ini




sila baca juga pandangan penulis ini. 
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/38080-bajet-2016-ini-puncanya-kerajaan-laksana-gst

23.10.15

Bagaimana Mereka Menilai Pekerja

Saya mengajar topik ini di universiti, jadinya perbincangan ini berpandukan buku teks dan pemerhatian saya sendiri. Buku teks universiti dan sekolah dihasilkan dari kajian oleh beribu2 pakar. Ia bukan rekaan semata2.

Bos kita menilai kita atas 3 perkara sahaja. Ambil borang penilaian prestasi dan lihat. Kita dinilai [1] kerja kita [2] perangai, dan [3] sikap.

Kerja Kita atau prestasi atau kecemerlangan kerja kita. Tepat mengikut masa yg ditetapkan dan isi kandungannya atau keperluannya. Itu sahaja yg bos hendak. Kalau dia suruh buat surat, besuknya baru nak bagi dan isinya tidak mengikut kehendaknya....susahlah woit. Buat minit mesyuarat pun tak tahu....lagi susah. Cekap dan berilmu. Di dalam penilaian 'kerja' ini terdapat unsur-unsur perangai dan sikap. Oleh itu jika satu isu dapat markah rendah, semua pun akan rendah.

Perangai Kita. Kebersihan, kekemasan, disiplin, tidak bazir masa, tidak busuk, tidak merokok, riang, tidak moody, tidak baran, datang awal, balik lewat, Malas. Kepimpinan pun satu perangai juga. Sentiasa ke depan untuk memimpin itu adalah kepimpinan.

Sikap.  Sikap itu apa? Sikap ialah tindak balas kita. Jika disuruh atau jika lihat sesuatu keadaan di depan mata kita ambil tindakan atau tak ambil pot. Kerjasama ialah sikap. Bila disuruh atau terlihat sesuatu keadaan, dgn segera membantu. Selepas mesyuarat ok jer nak kemaskan bilek mesyuarat. Selepas setiap majlis dia akan bantu. Membantu pelanggan atau sesiapa saja no problem.

RAHSIA BESAR. Ada tiga benda besar di atas. Jika saya beri peratus, lebih kurang 33% setiap satu. Jumlahnya 99% dan kita gundarkan jadi 100%. Ramai tidak sedar, 66% dari jumlah penilaian itu adalah perangai dan sikap kita. Penilaian atas kerja kita hanya 33% sahaja.

Tidak hairan jika bos suka dgn orang begini berbanding yg hanya tahu kerja sahaja. Masalah orang yg tahu kerja sahaja ialah mereka selalu berperangai dan bersikap negatif. Apa kata mereka...ini bukan kerja aku!

Sebenarnya kalau perangai dan sikap sudah tidak betul, kerja pun sudah tidak betul.

Hantar surat bukan tugas saya, tetapi memberi kerjasama kpd bos untuk hantar surat yg penting dari jabatan saya untuk kebaikan jabatan jugak. Beri kerjasama itu adalah sikap.

Dan tidak hairan jika kita kata dia sama2 masuk kerja di sini, akademik pun sama, kerja pun biasa biasa saja, TAPI mcm mana dia boleh naik pangkat dulu.

Jawapannya ialah perangai dan sikap dia lebih disukai oleh pengurusan dan diperlukan oleh pengurusan serta syarikat atau pun jabatan.

Kita dinilai 24 jam. Ada masanya bos hanya ingat sesuatu insiden yg dia tidak akan lupa. Malangnya ia boleh beri kesan positif atau negatif terhadap kita. Ia disebut sebagai 'critical incident factor'. Kalau ia negatif, usaha lah supaya anda tidak lagi bekerja dibawah beliau. Kadang2 negatif itu atas sebab yg tidak boleh dielakkan atau bos kita mmg 'tak betul'.

Lihat rajah di bawah, hanya no 1, 4 dan 7 yg ada kaitan dgn kerja.
Yg di bawah ini pula, dlm bahasa inggeris, hanya no 1 dan 3. No 8 dan 9 ada kaitan juga.


Ringkasnya, kita dinilai secara 100% ke atas diri kita merangkumi semua aspek. Mahu atau tidak, inilah hakikatnya. Maka perbetulkanlah perangai dan sikap kita terlebih dahulu. Simpan ego dan prinsip hidup kita dengan berhati-hati. Jika bos kita lebih muda, hormatlah seadanya. Saya tahu ini susah. Tetapi itu rezeki dia dan rezeki kita. Hari ini Allah tetapkan kita akan bekerja dengan si polan. Inilah dugaan Allah yg di luar dari pemikiran kita.

Dan ingat, Allah tidak akan uji kita dengan ujian yg kita tidak boleh lulus.

21.10.15

Van Jenazah Terbakar

Learning: We can and should learn from past experience and example.

Jika semua staf kerajaan [dari Putrajaya ke Batu Kurau] membaca PERINTAH AM, maka LEMBAGA PENYIASATAN akan terus dilaksanakan tanpa banyak soal lagi. Read....staf kjaan...bukan ahli politik!

Ini adalah HARTA KERAJAAN. Semua orang dari KSN, KSU, Pengarah dan Ketua Jabatan berkenaan bertanggungjawab di atas AMANAH yang diberikan ataupun 'diminta' . Mmg ramai juga yg minta pangkat walaupun ramai lagi yg lebih sesuai dan layak dari dia.

Tujuan penyiasatan adalah untuk mengesahkan punca kejadian. Adakah terdapat unsur kecuaian dan unsur-unsur lain. 

TETAPI kita boleh beranggapan pada hari ini [22 Oktober 2015], penyiasatan ini kemungkinan besar tidak akan diambil. Terlalu banyak kejadian mengapa kita boleh merumuskan seperti ini. Kalau ia pun, mcm masuk selamba land jer lah. Kesimpulannya nanti 'itu tuhan alah ponya kuasa, saya mana tau'. Maka semua bos akan terlepas soal pasal t/jwb mereka di akhirat nanti.

Kerajaan memperkenal Hari Q, Hari Produktiviti, ISO, 5S dan bermacam-macam lagi. Tetapi tahap kerja serta budaya mereka semakin merosot. Ketua-Ketua asyik hadir majlis pelancaran, lawatan luar negara, dan bermacam majlis rasmi.

Jika orang INTAN dan PTD baca dan menghayati PERINTAH AM dengan sepenuh jiwa, semua di atas itu tidak perlu.

Jika 'mereka' semua ada masa, pergilah tenguk Arkib Negara, lihat bagaimana orang2 dulu selenggara fail dan dokumen mereka. Hari ini.....nak cari fail pun tak jumpa. Kalau nak cari dokumen sampai kiamatlah jawabnya.

Lihat lah nanti. 

ia akan jadi mcm pegawai kastam dan imigresen jer pun....dah rasuah baik-baik punya, dah bawa masuk segala mcm masalah kpd negara...mereka hanya ditukar ke tempat lain. itu jer lah orang gomen buat.

Kesimpulannya...jgn kita asyik salahkan ahli politik 



Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (Janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).                                              An Anfal 27

mujur yg terbakar adalah harta masjid bt kurau. Tapi mengikut suara kuda dari bank yg selalu menyumbang van jenazah. "Sudahlah kami sumbang van, nak suruh kami tanggung selenggaraan pulak"....kita semua patut takjub dgn AJK masjid mcm ni. tidak diketahui van ini sumbangan siapa pulak.

sekadar bacaan. BANGSA PALING PENAKUT.....
http://ibnuwafi.blogspot.my/2012/06/bangsa-yang-paling-lemah-penakut-di.html

20.10.15

Pengawal Keselamatan Yang Berkualiti

Bukan sahaja pengawal, mana-mana staf pun sama. Susah nak dapat yg berkualiti [pandangan bos]. Kpd orang bawah pulak, bos sekarang tak mcm dulu. Tapi masuk bos baru...itulah ayat mereka juga, "baik bos dulu, lagi bagus". Wallahualam.

Hendak cari pengawal yg berkualiti.
[1] guna pengawal sendiri, jgn guna sykt keselamatan. bayarnya mahal, apa yg pengawal itu dpt hanya ciput. pengawal sendiri ambil cara kontrak. contract for service. maknanya dia bukan staf kita. ringkasnya, tidak perlu bayar epf, socso, epf dll. buat contract betul-betul. kelebihannya; kalau kita bayar 1500, 100% dia punya.

[2] pengurusan dan pentadbiran. kerja biar 8 jam sahaja. jgn lebih. kita sediakan walkie talkie. kita cek buku log setiap hari. kita sediakan satu fon dan top up 10 rgt setiap minggu. sediakan bilek persalinan, lockers, pentry dan segala perkara asas. cek kebersihan setiap hari. tegas dgn perjanjian. bagi bonus dll ganjaran supaya mereka terikat.

[3] jumpa bincang dan mesyuarat tidak rasmi selalu.

[4] ada sykt yg baik dan ada polis yg baik boleh tolong check no IC pengawal ini samada dia ada kes atau tidak. jgn ambil pengawal yg sedang bekerja di mana-mana, mereka akan tidur. cuba cari bekas askar yg dah bersara dan tidak cakap banyak. pesara tentera sangat bagus dan ada juga yg bermasalah. masalahnya ialah byk cakap dan ego. walaupun di KL, masih ramai pesara tentera yg berkualiti. umur? contract for service mana ada had umur!

[5] pengawal sambilan. kita harus ingat...pengawal perlu off day. mereka juga sakit dan ada hal lain. pada waktu begini kita perlu ada pengawal sambilan. perlu juga pertimbang untuk ada spare yg terdiri dari kerani dari mana2 organisasi. buat je iklan kat mesjid, insyaAllah ramai akan call.

[6] PENTING. sign kontrak sebagai tugas am. bukan sebagai pengawal keselamatan. a guard and a security guard has vast different. jika kita sign kontrak dgn individu sebagai tugas am; dia boleh buat tugas pembersih, angkat barang, penolong itu dan ini dan macam2. termasuk jaga gate. dia tugas apa? tugas daftar pelawat dan membantu pelawat. macam receptionist. itu jawapan kita.

mau bantuan seterusnya sila hubungi saya.  saya bersedia membantu setakat yg mampu. whatsapp 0192750075.




15.10.15

CARA MEMBAZIR DUIT NEGARA [RAKYAT]

seperti depa kata, susah nak masuk neraka sebab kena belanja duit, korbankan masa dan tenaga. nak bazir duit negara pun mcm tu jugak. 

beberapa hari lagi akan ada HARI PENGGUNA kat KL. sebenarnya setiap hari pun hari pengguna; HARI pengguna kena kencing. dikencing oleh semua pihak yg kuat kencing. peniaga seronok kencing pengguna sbb dpt 'sokongan' depa. sokongan selamba badak. tadi di radio 24 dia kata ada 21 ribu laporan dari pengguna tahun ni. so what? buat apa laporan kalau kamu tak atasi masalah. tol naik, harga minyak naik, harga rumah naik....pergilah atasi masalah ini. ini lah kes membuat untung berlipat ganda namanya. semua sykt konsesi lebuh raya dikawal oleh gomen dan ditubuhkan oleh gomen. jadinya pihak berkuasa ni pegi lah ambik tindakan terhadap gomen ni. atau gomen yg peka sendiri mau fikir la!

minyak tanah [minyak api / kerosene] ditampal label turpentine dan dijual dgn harga 4.50 sebotol kecil. nak kena lapor ke? tak caya pergilah kat semua kedai barang keras [hardware]. letihlah nak lapor dgn cara rasmi tiap kali. mcm satu organisasi tu selalu cakap..."kami tidak boleh ambil apa-apa tindakan kerana kami tidak terima apa-apa laporan". he he he.

modal buat boxer hanya 1.50 jual 12.00 hingga 25.00. lepas ni aku pakai napkin yg diperbuat dari kain pelikat terpakai lah nampaknya! macam seluar afdlin shauki tu.

buat hari pengguna, paling banyak pun akan membelanjakan 5 ribu ringgit jer pun. BETUL KE? betul.....TAK PERCAYA pergi tanya mereka yg bersusah payah merancang atau tanya mereka yg meluluskannya.

sewa basement dataran merdeka, buat banner, mesyuarat, makan malam, makan tengahari, buat t shirt, buat baju korporat, banner, buku cenderamata, sewa hotel, panggil artis, panggil menteri & vip dan bayar OT orang dbkl. mungkin jimat kos sebab beberapa 'ekor lembu' dipaksa-rela sponsor.

itu belum ambil kira masa untuk merancang, meninjau, mesyuarat dan menggunakan berbagai agensi dgn 'percuma'. Percuma? percuma apanya wei! OT staf sapa bayar, kereta guna air sg gombak ke? staf makan rumput ke? duit sapa? duit negara! duit ni dtg dari mana? sumbangan rakyat dan hasil negara kan.




ringkasnya; hari itu, hari ini, majlis itu, majlis ini.....semuanya LANGKAH PEMBAZIRAN yg sudah lama diamalkan oleh depa tu dan depa ni. semua depa pun sama ja. 

penyokong depa tu dan depa ni mmg sokong pembaziran.

YANG SAYA PALING HAIRAN ialah, semua majlis tu dihadiri oleh muslimin dan muslimat [majoriti]. dan vip [kaki kipas] yg sama. masa bila depa dok buat keja kat opis? asyik hadir majlis ja! sebenarnya vip ini semuanya dah meluat dgn majlis-majlis rasmi ini. tapi adalah jugak yg ambil peluang mengipas dan mengular..[lesen besar tu]

minggu lepas buat citrawarna 2015 di dataran merdeka. mcm tu jugaklah. potong jari kita semua kalau 10% pengunjung yg datang tu yg bukan muslimin dan muslimat. 0.001% pun tak sampai kan. ini semua untuk muslimin dan muslimat jer. 

dah kalau pemimpin Islam sendiri yg nak melekakan muslimin dan muslimat, lebih baik dihapuskan terus kerja yg tidak berfaedah dan membazir ini.

buat je acara budaya percuma di area KLCC pada waktu malam. dah tentu pelancung dan pelbagai kaum ada kat situ. 2 kali sebulan. suruh lembu buat pentas tetap. gabung semua kaum atau asing2kan. tak perlu perasmian, tak perlu ucapan perasmian yg mcm separuh nyawa tu.

cara pembaziran kedua ialah dgn menubuhkan itu dan ini. kita akan menubuhkan.....! mereka akan memastikan......HABUK PUN TARAK! betul tak? coba lihat organisasi yg berkuasa di jalan raya....ada berapa banyak agensi? agensi ni dok bergaduh satu sama lain, kuasa yg bertindan, akhirnya sorang pun tak kisah. cuba tenguk isu tanah runtuh, isu pendatang asing, dan isu pencerobohan di tanah tinggi, isu yahudi, isu tanah rizab melayu, isu balak, isu gaji minima, isu amah indonesia, isu halal haram, tak termasuk lagi kertas tisu yg sekali lap melekat - lekat kat mulut. contoh terbaik ialah INDUSTRI BOLASEPAK NEGARA, ntah sapa yg berkuasa, siapa yg merancang, yg mentadbir, yg mengurus....semuanya tak betul. kalau betul sudah tentu kita terus maju sebab dulu kita lebih kuat dari KOREA! 

by the way...what happen to watch towers along plus hi-way. bukankah ini arahan bapak-bapak yg ada kuasa tempuh hari?

agenda tersembunyi. itulah punca segala masalah kita hari ini. tidak amanah pun satu hal jugak. ia sebenarnya timbul selepas ada agenda tersembunyi. paling utama ialah depa semua tak takut Allah. period.

akhir sekali semua dok cerita pasal PM kita. cuba tenguk jabatan dan kementerian, maktab kita, bank kita, dan universiti kita. semua pun sama kan! mungkin lebih teruk lagi dari isu 1mdb. 

amalan 'majlis perasmian', soft launch, hard launch sudah jadi budaya yg amat tebal dlm negara yg 'kaya' ini. kalau tak buat, tak boleh. tanya tok pengulu, cikgu besar, ketua cawangan, ketua bahagian dan termasuk juga mat kipidap dan imam masjid.

jom bazir duit. pembaziran tu amalan rakyat Malaysia khususnya muslimin dan muslimat. syetan pun heran dan takjub....orang Melayu lebih hebat dari depa. he he he.

marilah kita semua berusaha dan berdoa kelaku pembaziran dan aktiviti serta projek yg tidak berfaedah dikikis di kalangan pemimpin2 kita khususnya yg berugama Islam dan yg mengamalkan ajaran Al Quran. 

Kita juga berdoa agar khatib utarakan contoh2 ini dgn terbuka, tak perlulah nak berlapik lapik lagi dah. amin.

kita terikut2 zikir selepas solat yg diamalkan oleh nenek moyang kita. jom tguk sunnah Rasul dlm bab ini. slow2 kita ubah & cara Rasul, sebab kita sayang dia. Lepas itu buat kajian sendiri berasaskan hadith2 yg soheh.
http://togetherlearning.blogspot.my/2015/07/zikir-rasulullah-selepas-solat.html

4.9.15

Sayang Ibu

Saya pernah hadir satu majlis kiaimulail yg panjang. 10 malam hingga subuh. tapi ada break la! Ustaz ni nak ajar supaya sayang Allah, tapi dia 'bawa' kami melalui 'sayang ibu'.

Bagi saya ia amat memberi kesan, sebab bapa saya telah tiada pada masa itu.

Beliau mulakan dengan ...Ya Allah kesihanilah ayah ku yg keseorangan di dalam kubur Ya Allah. Panas Ya Allah.....Gelap Ya Allah.....Ayah ku tidak sihat Ya Allah....Ayah ku tidak dapat lagi untuk menyembah mu Ya Allah. Aku tidak sempat membantu ayah ku semasa hidup Ya Allah. Ampunkan lah aku Ya Allah. Ampunkah lah ayah ku ya Allah.

BUNYINYA tidak logik kan [bukan semua].....tapi hebat kan!

Apa itu sayang? Apabila saya sayang seseorang saya cuba buat segalanya yg mampu untuk ambil hatinya [jika belum kawin], saya jaga dia, saya belai dia, bagi makan, beli rumah, kereta [sudah kawin]. Adakah sayang itu cakap saja? Tidak kan? Ia dicerminkan melalui perbuatan yg disukai dan pada masa yang sama tidak menyakitkan hati.

Yang ini berat sikit. Ada muslihah nya sikit.

Sayang Allah. Sayang ini susah sikit sebab kita tidak nampak Allah. Termasuklah segala bukti yg ada di dunia ini [ dlm quran jelas...bagi bukti pun 'dia' tidak akan 'nampak']. Bagaimana kita hendak serapkan nilai sayang kpd Allah kpd anak murid kita. Sebab apa yg mereka lihat sekelilingnya amat bertentangan! Rokok bahaya....tapi ramai yg merokok. Tutup aurat....95% artis tidak tutup aurat dan diagungkan. Bunuh dosa besar. Mencuri dosa. Tipu pun dosa. Tapi apa yg mereka lihat di rumah, di kejiranan, di surau. Sebab di surau pun bilal, tok imam dan kariahnya merokok! 

1. kita guna ibu kita. sapa sayang ibu? sebab apa kita sayang ibu? bila besar nanti siapa nak tolong ibu? nak bagi duit tak kepada ibu? mengapa? bagi duit saja cukup tak untuk balas jasa ibu? mengapa? bila kita sudah besar, ibu akan tua, betul tak? dan macam-macam lagi

2. besar nanti nak jadi apa? mengapa? [ini unsur tidak langsung suruh rajin belajar..] kalau kamu kerja 'kuli' tentu gaji kamu kecil. kalau gaji kecil boleh tak kamu tolong ibu kamu?

3. kalau kamu tidak kaya, bagaimana kamu hendak bagi duit kepada ibu. jawapan yg baik. kalau saya susah pun saya tetap jaga ibu. ibu saya tidak kaya pun boleh jaga saya. [Rasul kata orang miskin pun boleh sedeqah. bagaimana? dgn berzikir]

4. oleh itu, kita kena dengar nasihat ibu. sayang ibu dengan dengar nasihat. apa nasihat ibu. pergi mandi. dah buat kerja rumah tak...kata ibu. belajar rajin2, kata ibu. 

5. agenda UTAMA saya. sebenarnya saya mahu orang Islam kerja kuat, dan walaupun kita susah dan tidak kaya....kita tetap bersyukur mcm ibu kita.

saya yakin guru2 dan ibu bapa boleh buat bermacam cara yg secara tidak langsungnya penerima [murid dan anak] akan rajin, tidak merokok, tidak merempit dll kerana sayang kpd ibu bapa, abang adek, kakak. secara tidak langsung akan taat kpd Allah.

ini contoh ringkas yg saya boleh fikirkan. Kita lihat kpd sayang Allah pulak.

dlm al Quran kita disuruh jadi adil, penyayang, kasih dll. Jika dilihat dgn nama-nama Allah, ada sedikit persamaan. Kesimpulannya ringkas. saya suka bersih dan kemas, partner saya pun sama. dia bangun awal, saya bangun lewat. dia akan bebel sampai saya sama dgn dia. begitulah dgn segala sifat lain. mahu disamakan. bila semua sudah hampir sama....maka bukti sayang itu wujud. Maka jika ikut semua yg Allah suruh, maka disitulah buktinya kita sayang Allah. Sayang Rasul pun mcm itu jugak.
artikel ini saya tulis khas untuk sahabat saya Abu Samah, seorang guru sekolah rendah. Rajin dan peramah. Awalnya nak jadi polis...tup tup jadi cikgu. Satu profesyen yg amat menguntungkan. Lebih hebat dari setengah ahli politik yg dok menipu rakyat dgn gula2nya. Guru semua tidak ada agenda untuk meraih sokongan. Mereka cari makan. Tetapi mereka mendidik. Mereka bukan sekadar mengajar.

Sayang Allah. click sini
http://togetherlearning.blogspot.my/2015/05/rahsia-kekuatan-diri.html