4.11.14

Rosmah Mansur

Saya tidak kenal beliau, oleh itu saya TIDAK BERHAK untuk mengumpat atau memfitnah beliau. Saya tidak nampak dengan mata kepala saya apa yang beliau buat. Kalau pun saya nampak sendiri, saya tetap TIDAK BERHAK untuk dedahkan aib beliau. Dan adakah nampak beberapa minit kesalahan yang beliau lakukan bermakna beliau buat salah 24 jam?

Saya mohon semua yg aktif dok mengata orang lain supaya menghentikan perangai ini.

Yang paling penting, jika dapat berita ini, kita lihat diri kita sendiri, dan betulkan diri kita dulu.

Isu membazir dan menunjuk-nunjuk. Jangan sebuk hal orang, TAPI tenguk diri sendiri. Berapa pasang kasut kita ada. Berapa pasang kita guna. Kita ada reket badminton tapi tak main badminton. Ada ilmu tapi tak kongsi ilmu. Ada tenaga tapi tak solat. Ini semua membazir namanya.

Jom cermin diri dan betulkan diri sendiri dulu.

Semua pemimpin cuba buat yang terbaik. Itu saja yg perlu kita ingat. Kalau mereka tidak baik, siapa yang undi mereka? Saya tabik spring semua pemimpin! Saya cemburu kerana tidak terpileh jadi pemimpin. Allah pileh mereka, bukan saya. Anda pun bukan...

26.10.14

bapak jokowi

jika apa yg bapak jokowi idamkan menjadi kenyataan, Indonesia dan negara jiran akan sama-sama maju.

saya amat tertarik dgn pemikiran beliau yg simple dan realistik.

  • akan fokus kpd pengangkutan massa ie bas, lrt, mrt, monorail, dan train. kenderaan persendirian [kereta], tidak diberi fokus.
  • akan tarik subsidi petrol cara berperingkat dan divert duit untuk pertanian, usahawan kecil.
  • menteri terdiri dari ahli politik yg profesional dan teknokrat profesional.
  • akan fokus kpd pelabuhan laut dari sumatra hingga ke papua supaya kapal laut antarabngsa menggunakan fasiliti mereka. kemudian ia akan bantu industri domestik dan akan beri pluang pekerjaan
  • akan tarik banyak pelabur domestik dan antarabangsa. akan kurangkan birokrasi permit dlm masa 6 bulan, kpd one stop centre. akan simplify proses permit ini.
  • akan perkenal cukai on line.
  • akan baiki infrastruktur, jalan raya, dll
ini yg saya ingat, banyak lagi rancangan beliau.

alangkah baik jika cara ini dilakukan di Malaysia! Tahniah kepada rakyat Indonesia yang memileh beliau.

24.10.14

learning

mengikut kepercayaan orang Islam, semasa kita menunutut ilmu, malaikat akan turun menyelimut kita dan memohon berkat Allah.

mencari ilmu yg berguna dan berfaedah sangat dituntut Islam. Ilmu yg berguna yg kita tinggalkan dan dimanfaat oleh orang lain, adalah bekal untuk hari kemudian...

jom cari ilmu [knowledge]


tips tarik rezeki

orang dulu dulu ramai yg ada ilmu tarik duit, sekarang ada pula tips tarik rezeki.

[1] jgn tinggal solat sunat dhuha tiap2 hari. [2] doa minta rezeki tiap hari [3] perbanyak sedekah, walaupun dlm poket ada 5 ringgit, sedekah jer tanpa was was, pastu doa ya Alllah terima lah sedekah aku itu [4] tolong orang tak kira ugama/bangsa [5] jgn tinggal solat wajib [6] bangun awal untuk solat subuh, dan jgn tidor selepas subuh..


kebaikan/kelebihan solat sunat jenazah [1] Allah akan bagi gunung sebesar gunung Ahud [2] kalau ikut berada semasa dikebumi, dapat lagi satu gunung Uhud

elak jadi gila atau nyanyuk [1] jgn tidur selepas asar hingga waktu magrib

tips tips di atas yg saya ingat selepas membaca beberapa artikel, buku dan tenguk you tube, jika tersilap mohon betulkan.

12.10.14

RON 95

Ramai yg berucap kata kroni depa kaya-kaya belaka, takpa la kalau RON naik harga pun. Saya haram tak kenal seorang pun kroni depa. Sumpah saya tak tipu. Kalau setakat Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary tu, saya tau dia memang berusaha sungguh untuk capai tahap hari ini. Dia menyumbang kepada masyarakat bukan sikit. Kalau hampa kata dia jahat, saya tak tau lah nak kata apa maksud jahat dan apa maksud baik.

Cuma bila saya baca luahan Sakmongkol AK 47, mungkin betul juga kata dia, naikkan lah terus harga RON dengan tarik balik semua subsidi yg kjaan sedang dok bagi. Kemudian bantu semua yg betul-betul patut di bantu. TAPI kena lah adil tidak kira siapa yg depa sokong sebab duit yg nak bantu ni bukan duit kerajaan. Tuan tuan diamanahkan oleh ALLAH untuk mentadbir dan mengurus negara dengan adil.

Cuma kalau tolak itu dan ini, berapa harga minyak sebenarnya, sebab kita pengeluar minyak. Kita bukan spt negara yg tidak ada minyak. Janganlah nak banding dengan Singapura dan Siam.

Lagi satu, negara Siam tidak ada TOL. Ada orang kata ROAD TAX pun tak ada. Ada lagi.....cukai kereta pun tak semahal Malaysia. Harga kereta depa lebih murah. Harga tambang LRT di China amatlah murah. Pendidikan di Brunai macam free sampai ke university.

Kesimpulannya, buatlah apa yg patut. Tanggunglah amanah dgn jujur dan ikhlas. Itu saja kami rakyat Malaysia harap dari kerajaan yg memerintah.

Pengalaman saya bekerja dengan syarikat Al Bukhary, pada tahun 2005, beliau buat dan tanggung 13 buah masjid, sebuah pusat dialisis, rumah anak yatim, rumah orang2 tua dan macam2 lagi... adakah dia sejahat yg lain tu?

22.9.14

Tabung Haji

Jika benar TH melabur di sana kerana ambil peluang harga tanah yg jatuh merudum dan untuk bantu kembangkan Islam, saya doakan ia akan berjaya.

Tetapi jika ada agenda lain termasuk menguntungkan individu tertentu, Allah Maha Mengetahui.

Kot mana pun saya hairan kenapa tidak buat rumah di Pulau Pinang untuk orang-orang Islam, kerana orang Islam di Pulau Pinang sudah mula dipecah belah supaya mereka tidak ada suara semasa mengundi nanti. Lama kelamaaan akan hilang majoriti Melayu dalam sesuatu kawasan di pulau itu.

Ini strategi Singapura walaupun Melayu di situ hanya 10%.  Pemimpin berbangsa Melayu dalam parti politik PKR dan BN tidak nampak ke, atau buat-buat tak nampak. Dulu BN control, sekarang PKR control pulau itu. Betul lah Nik Aziz kata, ahli politik ramai yg penipu dan munafik.

TH menafikan berita ini. Macam mana pun, pokok tidak akan bergoyang jika tidak ada angin. Begitu juga halnya berita rasmi Israel....Malaysia berurusan impot expot dgn mereka bernilai berjuta ringgit. Mereka pun heran dgn kjaan Msia, kononya membantu Palestin, tetapi bersekongkol dgn Israel. 

10.9.14

Perpaduan Rakyat Malaysia

Akhirnya terbongkar bahawa rakyat Malaysia mahukan perpaduan.

Secara peribadi saya suka iklan Marina yg ada disebut, jika tidak silap saya ialah, ahli politik yang memecah belahkan rakyat.

Saya ingin menyeru kepada semua ahli politik supaya mengubah cara mereka mempengaruh rakyat kepada unsur-unsur perpaduan.

Jika ahli politik bertindak begini, semua peringkat rakyat akan ikut dengan cara yang terus terang.

Semua rakyat Malaysia terikat dengan budaya menghormati ketua, hormat guru, hormat ibu bapa dan hormat mereka yang lebiih tua. Buatlah, kami akan ikut.

Ia mesti bermula dari ahli politik dan ketua. AKAN TETAPI, setiap kita MESTI berusaha untuk penyatuan ini juga. Buat-buat baik [pretend] lama-lama ia akan jadi sifat kita. Berhenti bercakap tentang orang lain kerana setiap diri kita, setiap keluarga kita, kumpulan kita ADA KELEMAHAN sendiri.

sila baca blog di bawah. menarik!

http://detikislam.blogspot.com/2012/07/empat-karakter-manusia-dalam-al-quran.html#

http://ideologi.my/v3/modules/AMS/print.php?storyid=2

27.8.14

Menteri Besar Selangor

nasihat Tuan Guru Nik Aziz.....banyak ahli politik hipokrit dan munafik. MASYAALLAH, ini pemerhatian dan kenyataan yg amat jujur dan ikhlas.

bila sebut pasal politik, teringat saya akan perkataan OFFICE POLITICS. ini pun tidak jauh beza dengan apa yg Tuan Guru nik aziz katakan.

lambat laun kebanyakan orang akan kenal mereka ini, di dunia politik sebenar dan di syarikat atau di badan kerajaan. kaum munafik dan hipokrit ini ada di mana mana. AWAS

Secara peribadi saya amat sedih dengan apa yg berlaku di Selangor. secara amnya, saya melihat semua ahli politik yg bersetuju untuk membuang seorang MB yang jujur dan ikhlas demi rakyat Selangor. mengapa mereka berbuat begitu tidak penting, apa yg paling penting di sini ialah bagaimana mereka terlantik jadi DUN. secara demokrasi. tentulah secara demokrasi.

semua DUN mewakili rakyat, rakyat yang menyokong, tidak menyokong atau yg tidak mengundi.

prosedur disiplin terhadap MB juga menjadi tanda tanya sebagaimana yg MB sendiri tanya. jika peguam ternama masih ada, tentu beliau sendiri akan tanya secara teknikalnya.....adakah ini betul?

jika prosedur sendiri tidak sempurna, saya juga tertanya apakah agenda sebenarnya semua ini.

MB berkata, inilah harga sebuah integriti. maksudnya inilah harga kejujuran dan keihlasan. jika kita jujur dan ikhlas, maka cabaran dan rintangannya amat besar. apakan daya, SAKMONGKOL kerap menulis menghentam MB ini. saya tidak tahu mengapa sakmongkol menulis begitu? apa yg hendak ditegakkan?

hari ini SAKMONGKOL AK 47 tentulah sangat puashati dengan pencapaiannya.  sampah, jalan berlubang, pendatang asing, tanah rizab, curi pasir semua dah beres?

saya bukan menulis tentang politik, tetapi tentang jujur dan ikhlas serta rintangannya dalam dunia moden ini.

orang Melayu selalu mengalah. pada tahap tertentu saya juga setuju. nak buat apa nak berlumba lumba mengejar dunia. kejar harta dan kuasa. sampai tidak ada masa untuk hal yg berkualiti.

kita mesti dan sepatutnya hidup aman dan adil dengan semua bangsa dan ugama. itu amanah yg diberi kepada kpd kita.

apa keutamaan kita sebenarnya. ingin jual bangsa ugama dan negara?




26.7.14

PERSARAAN TIDAK PERLU PERSIAPAN

Yang Penting Ialah Perangai dan Sikap (Behaviour and Attitude)

Solusi kepada isu persaraan tentera bukan terletak pada apa yang dilakukan selepas bersara, tetapi apa yang disedari, dirancang dan dilaksanakan semasa masih berkhidmat. Tanpa kesedaran, tempoh perkhidmatan akan berlalu begitu sahaja. Tanpa perancangan, pencen akan terasa sempit. Tanpa pelaksanaan, segala rancangan hanya tinggal di atas kertas.

Proses KESEDARAN → MERANCANG → MELAKSANA bukan formula akademik, tetapi realiti hidup. Anggota yang memahami proses ini, walaupun hidup sederhana, selalunya lebih tenang dan berdikari selepas persaraan. Mereka mungkin tidak kaya, tetapi mereka tidak terdesak — dan itulah kejayaan sebenar dalam kehidupan selepas uniform ditanggalkan.

Solusi Menghadapi Persaraan Tentera: Dari Kesedaran ke Pelaksanaan

Isu kesukaran hidup selepas persaraan dalam kalangan bekas anggota tentera bukanlah perkara baharu. Namun, isu ini sering disalahfahami sebagai masalah pencen yang kecil atau kekurangan bantuan kerajaan. Hakikatnya, cabaran sebenar bermula jauh lebih awal, iaitu ketika seseorang anggota masih berkhidmat dan belum mempunyai kesedaran yang jelas tentang realiti kehidupan selepas persaraan. Oleh itu, solusi kepada isu ini perlu dilihat sebagai satu proses yang berperingkat dan berterusan, bermula dengan kesedaran, diikuti perancangan, dan akhirnya pelaksanaan.

Kesedaran merupakan titik permulaan yang paling penting dalam proses menghadapi persaraan. Seseorang anggota tentera tidak perlu berpendidikan tinggi untuk memahami satu hakikat asas: selepas bersara pada usia pertengahan 40-an, peluang untuk diterima bekerja dalam pasaran buruh terbuka adalah sangat terhad. Pada usia tersebut, majikan lazimnya lebih cenderung memilih pekerja yang lebih muda, mempunyai kemahiran teknikal yang spesifik, dan bersedia menerima gaji yang lebih rendah. Dalam konteks ini, hanya sebilangan kecil veteran tentera yang benar-benar mempunyai nilai pasaran yang tinggi, manakala sebahagian besar yang lain lebih sesuai dalam sektor tertentu seperti keselamatan, pemanduan, atau pekerjaan am.

Tanpa kesedaran ini, tempoh perkhidmatan dalam tentera sering dihabiskan dengan sikap menikmati keselesaan semasa tanpa memikirkan keperluan jangka panjang. Namun demikian, terdapat segelintir anggota yang secara tidak langsung telah bersedia lebih awal, bukan kerana mereka lebih bijak, tetapi kerana mereka lebih peka terhadap keperluan hidup. Mereka cenderung mencari pendapatan tambahan, berniaga kecil-kecilan, membaiki kenderaan, menjual makanan, atau melakukan kerja sambilan lain. Walaupun kelihatan kecil, usaha-usaha ini sebenarnya membina disiplin kewangan, kemahiran hidup, dan daya tahan ekonomi yang sangat berguna selepas persaraan. Golongan ini lazimnya hidup lebih berhemah, bersederhana, dan tidak menjadikan kekayaan sebagai matlamat utama, sebaliknya cukup dengan kehidupan yang stabil dan bermaruah.

Kesedaran sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak disusuli dengan perancangan yang realistik. Perancangan persaraan perlu bermula seawal mungkin dan berpandukan kepada kemampuan sebenar, bukan angan-angan. Antara aspek penting dalam perancangan ialah pengurusan kewangan dan gaya hidup. Anggota yang bersedia menghadapi persaraan lazimnya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, mengawal hutang, dan menyesuaikan gaya hidup dengan pendapatan sebenar. Mereka memahami bahawa kehidupan selepas persaraan memerlukan kos yang berterusan, walaupun pendapatan semakin berkurang.

Perancangan perumahan juga merupakan elemen yang sangat penting. Membeli rumah lebih awal memberi kelebihan besar kerana ia mengurangkan beban kewangan selepas bersara. Rumah bukan sekadar aset, tetapi asas kestabilan hidup. Selain itu, perancangan keluarga turut memainkan peranan penting. Pengalaman menunjukkan bahawa anggota yang berkahwin dan mempunyai pasangan yang stabil selalunya lebih teratur dalam merancang masa depan berbanding mereka yang bujang. Pasangan menjadi rakan perbincangan dan sokongan dalam membuat keputusan penting berkaitan kewangan, kerjaya, dan kehidupan selepas persaraan.

Selain itu, perancangan kemahiran juga tidak boleh diabaikan. Kemahiran yang dimaksudkan bukan semestinya bersifat akademik atau formal, tetapi kemahiran praktikal yang boleh menjana pendapatan kecil tetapi berterusan. Kemahiran sebegini memberi pilihan dan fleksibiliti kepada veteran apabila peluang pekerjaan formal semakin terhad.

Langkah terakhir dalam proses ini ialah pelaksanaan. Pelaksanaan bermaksud bertindak berdasarkan perancangan yang telah dibuat, walaupun bermula dengan langkah yang kecil. Pelaksanaan tidak seharusnya ditangguhkan sehingga bersara sepenuhnya, sebaliknya boleh dimulakan semasa masih berkhidmat. Pendapatan tambahan yang kecil, perniagaan berskala rendah, atau kerja sambilan yang konsisten semasa perkhidmatan sering menjadi sumber utama kelangsungan hidup selepas persaraan. Mereka yang berjaya menyesuaikan diri biasanya bukan kerana tindakan besar, tetapi kerana tindakan awal dan berterusan.

Kesimpulannya, solusi kepada isu persaraan tentera tidak terletak pada tindakan selepas bersara semata-mata, tetapi pada apa yang disedari, dirancang, dan dilaksanakan semasa masih berkhidmat. Proses kesedaran, perancangan, dan pelaksanaan bukan sekadar teori, tetapi realiti hidup yang telah dibuktikan oleh ramai veteran. Anggota yang memahami dan mengamalkan proses ini mungkin tidak menjadi kaya, tetapi mereka lebih bersedia, lebih tenang, dan lebih berdikari selepas persaraan. Dalam konteks ini, kejayaan sebenar bukanlah kemewahan, tetapi keupayaan untuk terus hidup dengan maruah dan kestabilan apabila uniform telah ditanggalkan.




20.7.14

MH 17 and Gaza

I like to send condolence to everybody who lost their close ones, friend, colleagues etc. I pray that you are given the strength during this hard times. I pray that God grant us peace so that no more lives are wasted without just cause.

To those who are responsible to make lives difficult, I pray God will give you guidance.

17.7.14

ISIS in Gaza

Who ever is this ISIS or IS, I think they are making an impact to everybody; Arabs and Israel alike. Again US is made as puppet to lead the strategy.

Those corrupted leaders and the terrorist state are feeling the heat already. They will come to your door step where ever you are. You cannot hide, even if you are in Amazon jungles or any parts of this world. 

Confidence level of HAMAS and IS is high. They already know their enemy. "Know" your enemy and win 1000 battles.

They have lived and survive your bombings. You have destroyed everything they own and love. Life is meaningless and only to Allah they seek peace of mind and soul.

The campaign against Vietcong is a good example. They marched more than 40km in one night, strike US bases and were gone like a ghost. They built networks of tunnel without any sophisticated equipment. They fought for reasons. Their mind is set.

Can you fight HAMAS and IS. Can you destroy every single individual and cell. No you can't.

You can highlight their atrocities in CNN and BBC and Hareetz, but it is not at par with what you have done. You've killed millions of people in the whole world. You destroy buildings, homes, and hospitals. You destroyed civilizations.

You will have to pay for it in the same way you did to them because UN is not effective.

God is fair, you all will face them sooner or later.

I pray they will be successful in returning back the land to the legally and rightful owners...people of PALESTINE.

BTW please read Surah Isra verse 4 to 7 in the Quran. Allah promise to the people of Israel and maybe it is happening now!

I dont support IS, but I hope IS will do justice to all terrorist states, ex-colonial states and their close allies.

YES [today is 4th Sept 2015] IT IS PROVEN NOW THAT ISIS OR IS is not going to save people of Palestine. I have doubts who are sponsoring them now? Arabs or Israel.


16.7.14

CDM 25

Saya sedikit pun tak salahkan perempuan tersebut. Cuba fikir kalau terjadi kepada diri tuan-tuan. tentu akan marah maksima, cuma kadar kemarahan setiap manusia berbeza.

orang yg baju merah itu pun satu hal jugak, dah kena maki hamun baru nak keluar kereta.

Yang salah adalah orang yang baju merah. Dia degil atau mungkin juga bodoh. Degil nak menyelit dlm keadaan yg sesak mungkin jugak.

paling hebat dalam negara kita ialah, bagaimana empunya syarikat kereta tersebut terus je diketahui dlm masa yg sangat singkat. adakah orang JPJ begitu mudah bagitau maklumat tersebut. Ketua Pengarah JPJ sila siasat.

kok bagaimanapun, sesiapa yg telah dgn bangganya mengedarkan isu dan foto perempuan tersebut telah bersekongkol aibkan seorang hamba Allah. eloklah beristifar banyak-banyak. Lagi dahsyat kerana ada jugak yg terus cari facebook budak tu.

memang dia bersalah, tapi kenapa kita mesti aibkan dia lagi.

Baca Al Hujurat, pendek je ayat ini. Cari tafsirnya kalau rajin.

Kemudian ada banyak kes yg melibatkan melayu dan cina selepas itu. Ia tidak menjadi viral bila melayu jadi mangsa. insan2 yg suka berkongsi isu2 sensitif sudah semakin berkurangan, alhamdulillah.

semua bangsa dlm malaysia mula berbaik. itu yg paling bagus untuk negara kecil ini.

14.7.14

KESAN POLITIK TIDAK MATANG DAN TERGESA-GESA

Amanah Kepimpinan, Agenda Peribadi dan Tanggungjawab Moral

Fenomena penyalahgunaan kuasa dan pengkhianatan amanah bukanlah isu setempat atau terhad kepada sesebuah negara. Ia berlaku di seluruh dunia dan merentasi budaya, sistem politik, serta tahap pembangunan. Justeru, permasalahan ini tidak boleh disederhanakan sebagai isu ketidakmatangan atau tindakan terburu-buru semata-mata. Dalam banyak keadaan, punca sebenar terletak pada kewujudan agenda peribadi yang mengatasi kepentingan bersama.

Apabila seseorang individu membawa agenda peribadi ke dalam apa jua peranan—sama ada dalam organisasi, parti politik, atau jawatan awam—kesannya hampir pasti bersifat merosakkan. Kuasa yang sepatutnya digunakan untuk berkhidmat bertukar menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan diri. Dalam jangka panjang, bukan sahaja individu tersebut akan kecundang, malah keluarga dan orang di sekelilingnya turut menanggung akibat. Sejarah kepimpinan menunjukkan bahawa kejatuhan jarang berlaku secara tiba-tiba; ia bermula dengan keputusan kecil yang didorong oleh kepentingan diri, lalu berkembang menjadi corak tindakan yang menzalimi orang lain.

Lebih menyedihkan, dalam keadaan sebegini, mereka yang paling hampir—rakan seperjuangan dan sahabat yang ikhlas—sering menjadi pihak yang cuba menenangkan, menasihati, dan melindungi. Namun, apabila ego dan agenda peribadi menguasai pertimbangan, rakan inilah yang akhirnya menjadi mangsa. Amanah bertukar menjadi kecurigaan, dan kesetiaan dibalas dengan tekanan atau pengkhianatan. Keadaan ini bukan sahaja merosakkan hubungan manusia, malah menghancurkan kepercayaan dalam sesebuah institusi.

Bagi mereka yang beragama Islam, peringatan terhadap amanah dan keadilan bukanlah sesuatu yang asing. Al-Qur’an menegaskan bahawa setiap tanggungjawab akan dipersoalkan dan setiap perbuatan diperhitungkan. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menetapkannya dengan adil.”
(Surah an-Nisā’, 4:58)

Ayat ini menegaskan bahawa amanah dan keadilan bukan pilihan, tetapi kewajipan moral dan spiritual. Jawatan, sama ada kecil atau besar, adalah ujian. Mereka yang menginginkan kedudukan dalam organisasi atau parti politik seharusnya sentiasa mendidik diri dengan zikir dan peringatan kepada Allah, agar hati tidak dikuasai oleh keinginan duniawi semata-mata.

Lebih jauh lagi, setiap keputusan yang dibuat oleh pemimpin mempunyai kesan langsung terhadap golongan yang tidak bersalah, khususnya rakyat biasa dan golongan miskin. Mereka ini tidak memahami selok-belok politik, tidak terlibat dalam perebutan kuasa, dan tidak mempunyai suara yang kuat. Apa yang mereka inginkan hanyalah kehidupan yang stabil, selamat, dan bermaruah. Al-Qur’an mengingatkan:

“Dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.”
(Surah al-Mā’idah, 5:8)

Ketidakadilan yang lahir daripada agenda peribadi akhirnya akan menekan golongan lemah, walaupun mereka tidak pernah menjadi sebahagian daripada konflik atau persaingan kuasa. Dalam konteks ini, menganggap rakyat sebagai tidak berpengetahuan atau mudah dimanipulasi merupakan satu bentuk keangkuhan yang berbahaya. Keangkuhan inilah yang sering menjadi tanda awal kegagalan kepimpinan.

Al-Qur’an juga memberi peringatan bahawa segala perbuatan, termasuk yang tersembunyi dan berpura-pura, tidak pernah terlepas daripada pengetahuan Allah:

“Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada.”
(Surah Ghāfir, 40:19)

Ayat ini membawa makna yang mendalam: kepimpinan tidak diukur melalui penampilan atau retorik keagamaan semata-mata, tetapi melalui keikhlasan dan kejujuran tindakan. Berpura-pura bersikap warak atau Islamik, seolah-olah Allah tidak mengetahui niat sebenar, hanya akan mempercepatkan kehancuran moral seseorang pemimpin.

Kesimpulannya, isu kepimpinan yang bermasalah bukan berpunca daripada kekurangan kebijaksanaan atau tekanan keadaan, tetapi daripada kegagalan mengawal agenda peribadi dan menundukkan ego kepada prinsip amanah. Penyelesaian jangka panjang memerlukan kesedaran rohani, keinsafan moral, dan keberanian untuk meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri. Bagi seorang Muslim, mengingati Allah dalam setiap keputusan bukan sekadar amalan ibadah, tetapi benteng utama daripada kezaliman terhadap manusia lain. Dengan kembali kepada nilai amanah, keadilan, dan ketakwaan, kepimpinan dapat menjadi sumber rahmat, bukan punca kemudaratan, kepada masyarakat dan negara.

Akhirnya, perlu difahami bahawa kepimpinan bukanlah pentas untuk membuktikan siapa paling kuat bersuara, paling licik mengatur langkah, atau paling lama bertahan dalam perebutan kuasa. Kepimpinan ialah amanah untuk melindungi mereka yang tidak mampu mempertahankan diri, serta tanggungjawab untuk memastikan keputusan yang diambil tidak memudaratkan orang lain, khususnya golongan yang lemah dan tidak bersuara. Dalam hal ini, kesedaran bahawa setiap tindakan akan dipersoalkan—bukan sahaja oleh manusia, tetapi juga oleh Allah—seharusnya menjadi benteng utama dalam membuat keputusan.

Al-Qur’an mengingatkan bahawa kekuasaan dan kedudukan bukan jaminan keselamatan, sebaliknya ujian yang berat:

“Dan janganlah engkau menyangka bahawa Allah lalai terhadap apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Dia hanya memberi penangguhan kepada mereka hingga hari yang pada waktu itu mata mereka terbelalak.”
(Surah Ibrāhīm, 14:42)

Peringatan ini bukan bertujuan menakut-nakutkan, tetapi mengajak kepada muhasabah. Kekuasaan yang digunakan tanpa rasa takut kepada Allah akan melahirkan kezaliman yang halus, tetapi kesannya mendalam dan berpanjangan. Sebaliknya, kepimpinan yang disertai dengan rasa rendah diri, kesedaran spiritual, dan keikhlasan akan meninggalkan kesan yang baik walaupun selepas seseorang itu tidak lagi memegang jawatan.

Dalam suasana dunia yang semakin bising dengan perebutan pengaruh dan agenda tersembunyi, sikap diam kerana kebijaksanaan sering disalah tafsir sebagai kelemahan. Hakikatnya, ramai insan berilmu dan profesional memilih untuk tidak bersuara kerana memahami bahawa kata-kata yang tidak berhemah boleh membawa implikasi besar kepada keharmonian masyarakat. Kebijaksanaan mereka seharusnya dilihat sebagai aset negara, bukan ancaman politik. Menghukum suara yang rasional hanya akan mempercepatkan kerosakan sistem dan menutup ruang pembetulan yang sihat.

Oleh itu, kepimpinan yang benar-benar matang ialah kepimpinan yang berani mendengar, bersedia ditegur, dan sanggup menahan diri daripada ucapan yang melukakan. Kesederhanaan dalam bertindak dan berucap bukan tanda kekalahan, tetapi tanda kekuatan jiwa. Dalam konteks ini, mengingati Allah bukan sekadar ritual peribadi, tetapi asas kepada integriti awam dan keadilan sosial.

Sebagai penutup, amanah kepimpinan tidak akan kekal selamanya, tetapi kesan kezaliman atau keadilan akan dirasai oleh generasi seterusnya. Jalan selamat bagi seorang pemimpin bukanlah dengan memperdaya manusia, tetapi dengan berlaku jujur di hadapan Allah. Dengan itulah kepimpinan akan menjadi sumber keberkatan, bukan punca perpecahan, dan kuasa akan menjadi alat khidmat, bukan senjata yang akhirnya memakan diri.

5.7.14

Reject Shop

When reject shop first came to KL, the price of items in that shop was shockingly cheap. But today the price of those rejected items are even higher than 'approved products'. I'd like to suggest for them to change the name from reject shop to something else more appropriate with its price. Maybe HIGH PRICE REJECT SHOP is more appropriate.

Last week I visited one of this shop near Danau Kota up town in the same complex with PARKSON, [FESTIVAL CITY] my reaction was, "jom keluar, harga dia mahal bedil". So we went to the xxx Factory Outlet in front of that shop, my god! one rejected t shirt is selling at RM199.00. I thought it was a mistake. Check other items and it was more than 200.00 ringgit.

I like to inform you people, visit these shops for yourselves to confirm this. I am not joking!
Malaysian government and some NGOs tell us....we as consumers have power. Yes! All we have is power rangers. Why cant NGOs pressure the government instead. Just make simple comparison with reject shop and FOS in Europe or US. Yes we will investigate! He he he.

If the name of the shop is not appropriate with the price, is it not a very simple lie?

27.2.14

Islamic Invasion

This book was written by an American who hates Islam. I don't know much about his religion therefore I don't think it is appropriate for me to comment on his religion. Vice versa I suppose [with due respect].

However there are many American Muslim in America who can and should respond to most of his allegations and 'proof' because it is written in his language.

I've seen the 'strategi kristian' in you tube by former Indonesian nun, and it is shocking how they are making move to convert all Muslim in Indonesia. She said that Muslim must study their vision and mission and use this idea to fight back.

One of the issue she said was, Jesus was formally recognised as God by human beings only in 325 AD. She said how can human beings came into consensus and agree to select one of the human being as God. She said human is human. Human can never be God. This is a word of former nun. She continue, a table is a table, it can never be its creater ie the carpenter.

Jesus's birthdate is never mention in the bible or recorded but in the same year [ 325 AD] they adopted 25 December ie the same date of Sun God. This move was made to encourage citizen of that country to become Christian. I don't say this, the former nun did. Please search further if you want detail info.

As for the Christmas tree, this tree is not found in the birthplace of Jesus. It is called evergreen. Please search for yourself how this tree come into being during Christmas.

My deduction; only former Christian can answer allegations  made by Christians against Muslim because you know them better. Better still if you are close members of the church.

By the way, more intelligent people are converting to Islam. If this 'deen' is so bad, why this is happening?

25.1.14

Perbankan Islam

Ahli perniagaan yg TIDAK percaya dengan Islam [Allah] tidak akan guna pakai perbankan islamik ini jika ia tidak menguntungkan. Ini statement paling bodoh untuk difikirkan.Maknanya apa?

Bukankah prinsip perbankan islam ini 'kebajikan'. Coba kita fikirkan dan cari di mana konsep kebajikan ini?

Kamu guna duit saya yang saya simpan, kamu buat untung berlipat ganda, lepas tu kamu bagi saya 'ciput'. kalau untung seringgit kamu bagi saya 3 sen. Staf kamu cakap kpd saya, bukankah encik bersetuju untuk simpan di sini dengan syarat begitu.

Staf kamu kata lagi.....kalau tak suka, pergilah simpan di tempat lain.

KEPALA HOTAK kamu kata saya [dlm hati saja lah]. Saya nak simpan di mana? Tugas kerajaan sediakan bank untuk rakyatnya. Kerajaan ia itu ahli politik diamanahkan oleh Allah swt untuk jaga rakyat. Sebagai orang biasa, saya tertanya, mana dia bank islam sebenarnya di negara saya ini. saya tak nampak pun.

Bank untung berbilion ringgit setiap tahun. Begitu juga insuran islam kamu. Yg saya nampak, rakyat terus diperah. Terutama yg miskin.

saya mohon orang akademik, dan ahli lembaga perbankan syariah kaji semula.

baca balik kes manusia yg dilarang tangkap ikan hari sabtu tetapi mereka pasang pukat hari jumaat dan angkat pukat pada hari ahad. mereka kata, kami tidak tangkap ikan pada hari sabtu. 

bagi setengah orang ini dikatakan inisiatif kretaif dan inovasi. bagi Allah, kamu telah membuat manipulasi. sama seperti manusia yg jadi saksi palsu. mereka ingat mereka cerdik, tetapi merekalah orang yg rugi.

jgn lah kita sama-sama menjerumuskan diri kita bersama mereka, iaitu orang yahudi yg engkar perintah Allah
 







1.1.14

Stress Management

If the source of my stress is the person next to me or very close to me

I have 2 techniques
I get rid of her by me going away for a while, if I am driving and the 'noise; is unbearable, I stop, and I get out of the car.

If the situation was very hot, I get a cup of coffee. She stay in the car and I will off my phone. Hotter than that, I take a taxi and go home. Let she drive by herself, because then she would realise driving beside her is boring.

2nd technique is get out of the house for a week or two or even longer.

This is my easiest and effective technique so far.

Ha ha ha ha, Its just a joke.