23.10.16

Masalah Orang Melayu


Sebenarnya semua bangsa di dunia ada kelemahan masing-masing. Ada orang tu pulak... suka cari salah bangsa lain. Allah jadikan manusia itu berbangsa berkaum bersuku supaya kita mengenali satu sama lain. Manusia semua sama. Yg bezakan ialah manusia itu sendiri.... konon dia lebih baik dan bangsa dia lebih baik...

Dalam al Quran (firman Allah swt), yg lebih tinggi martabatnya ialah yg paling beriman kpd Allah swt. (ini bukan ayat saya ya, maksudnya lebih kurang mcm tu)

Orang Melayu sangat hebat..... kawasan ini di sebut kepulauan Melayu. Kawasan mana? Filipina, Indonesia, Tanah Melayu, Selatan Thai dan Kambodia. Cuma sejarah kehebatan nya banyak tersorok, di simpan di luar negara dan di musnah. Masa sama, sejarah hari ini banyak di ubah dan di manipulasi.

Jika tidak, manakan orang Melayu yang pernah sembah alam keliling, dan dulunya ugama budha dan hindu, memeluk agama Islam. Hanya orang yg cerdik yang tahu nilai Islam.

DI DALAM SETIAP KOMUNITI..... peratus (%) nya hampir 80/20. 80% rakyat marhain dan 20% yg kaya2 sikit. Guna konsep Pareto Law. Ada yg jahat di kalangan 20% ini, bijak menggunakan kelemahan kumpulan marhain untuk berkuasa. Bahasa moden - eksploitasi.

Mereka bijak sehingga rakyat marhain sendiri yg fikir, mereka yang buat keputusan dan mereka ada kuasa untuk buat keputusan. Biasanya mereka pilih yg kaya, yg pandai ckp dan yg sekolah tinggi sikit... sebagai ketua atau pemimpin. Mereka tidak sedar, mereka di pengaruhi oleh uang dan tipu-daya individu yg kaya tadi.

Akhirnya, mereka yg majoriti ini (rakyat marhain) memilih individu yg licik. Yg jujur ikhlas mereka abaikan dan nafikan. Naaa.... sekarang mereka akan ckp mana ada ketua yg jujur dan ikhlas. Kalau kita pilih si polan, sudah pasti kita akan dapat tanah dan rumah kos rendah, dapat biasiswa untuk anak, dpt lesen beniaga. Sehinggakan para ustaz pun jd mangsa.... uang uang uang.

Pelik dan ajaib, oleh kerena duit berkuasa, maka orang2 yg kaya tp tidak berepa pandai, tidak punya wawasan, jadi ketua, dan mereka mula jual harta negara - hasil bumi, balak, tanah, kem askar, tanah kerajaan, tanah rizab melayu. Soalannya... siapa yg untung? Dan siapa yg rugi? Rakyat marhain peduli apa dgn semua ini... janji dia dapat tanah, rumah.... begheh.

Masalah agama, masalah anak cucu, masalah pendidikan marhain peduli apa. Sekolah tinggi tp tidak ada kerja nak buat apa? KESIMPULANnya, masih ramai yg mahu selamatkan Melayu, tetapi rakyat marhain spt tidak mahu perubahan. kata demor.... ckp senang la....





 
    

TU... jenis mcm mana Melayu mana ada masalah.

24.9.16

BBPP 1103 Assignment Sept 2016

RATIONAL DECISION MAKING PROCESS

Assalamualaikum, saya harap siswa siswi OUM dapat menyediakan tugasan yg mantap. Saya cuba bantu mengikut pengetahuan dan pengalaman serta pemahaman saya khususnya atas rubriks yg disertakan dlm assignment kita.

Rubriks ini mcm kitab paling utama.



Criteria

Wt
Excellent
Max Marks

4


Introduction on the chosen organisation.
2
Very clear introduction covering background of the organisation (name, main business activity, latest product/service launched.
8

Pengenalan kepada organisasi yang dipilih.
Pengenalan sangat jelas merangkumi latar belakang organisasi(nama, aktiviti utama perniagaan,  pelancaran produk/servis terkini.

CONTOH: Syarikat ABC ini telah ditubuhkan pada 1975, oleh Nik Najib bin Syed Mahathir dan pada mulanya ia menjual makanan bermasak di Restoran Buyung Sek 24 Shah Alam. Seterusnya ia mula berkecimpung dalam perniagaan catering, ternak ayam, pertanian, pengangkutan dan pembinaan.

Pada hari ini, syarikat ini menumpukan perniagaannya di dalam industry pembinaan walaupun perniagaan lain masih lagi diteruskan.

Apa yg saya tulis ini terlampau ringkas untuk dapat 8 markah. Sendiri mau fikir patut ke dapat 8 markah. Saya sepatutnya letakkan alamat, gambar, carta organisasi, aktivit-aktiviti, individu yg terlibat menubuhkan sykt ini dll.


Identification on the types of decision making environment.
2.5
The identification on the types of decision making environment  were comprehensive and clear.
10

Pengenalpastian terhadap jenis-jenis persekitaran pembuatan keputusan.
Pengenalpastian terhadap jenis-jenis persekitaran pembuatan keputusan adalah komprehensif  dan jelas.

Ada 3 environment yg kita perlu jelaskan. Certain conditions, uncertain conditions dan risky conditions. Ini semua dlm buku kita. Ia MUDAH sebab ia teori. Masuk dlm google dan type jer. Tiru dan paste dlm assignment kamu tapi jgn lupa tulis rujukan atau dari mana kamu ambil bende itu. Bagus juga kalau kamu kaitkan dengan syarikat yg kamu pileh.

Bagi syarikat pembinaan, apa yg certain conditions, uncertain dan risky. Bagi saya yg tiada pengalaman dlm pembinaan ini mungkin certain conditions itu termasuk, tanahnya sudah ada, duitnya sudah ada, pembelinya sudah ada, banknya sudah ada. Persoalan sekarang hendak bina rumah atau rumah kedai atau kedua2nya.

Begitulah seterusnya dgn uncertain dan risky conditions.

Jika kamu pileh hotel, kamu kena cari dlm google apakah certain, uncertain dan risky bagi industry hotel.


Analysis on the steps of making rational decision making in the chosen organisation.
3

The analysis was very clear and detailed, supported with correct example.
12

Analisis  terhadap langkah-langkah pembuatan keputusan rasional di dalam organisasi yang dipilih.
Analisis sangat jelas dan terperinci. disokong dengan contoh yang betul.

kamu kena buat apa di sini? kamu kena bagi satu isu/masalah, dan terangkan bagaimana sykt kamu selesaikan isu tersebut. ia perlu menurut proses yg ada dlm buku tu. Markahnya 12, jadi….hasil kerja kamu kena wajar dgn markah. Cari nota saya dan baca dan faham. Semua ada dlm blog ini juga.

Kamu kena bagi satu isu atau masalah. Kemudian kamu kena terangkan bagaimana syarikat itu selesaikan masalah itu menggunakan rational decision making process.

Kamu tenguk rubriks yg disertakan, saya dah warnakan merah dan biru. Tak perlu saya nak jelaskan lagi.


Discussion on how to improve decision made by the chosen organisation.
3
Very clear discussion on how to improve the decision made by the chosen organisation with 4 examples.
12

Perbincangan terhadap bagaimana untuk memperbaiki keputusan yang dibuat  di dalam organisasi dipilih.

Perbincangan sangat jelas  terhadap bagaimana untuk memperbaiki keputusan yang telah dibuat oleh organisasi yang dipilih beserta 4 contoh.

Ini soalan cepumas bagi saya. MUDAH jer. Jawapannya semua ada dlm buku. HOW TO IMPROVE DECISION MAKING. Tiru jer bulat2 dan masukan rujukan. Kalau kamu terjumpa di tempat lain dlm google, pun boleh masukkan.

Jangan lupa….12 markah.

saya bagi tips. kononnya membuat keputusan adalah secara individu. untuk atasi masalah ini ada dua. guna panduan seperti adakan kriteria hingga kpd short listing, markah, dll ATAU buat secara group. kalau nak buat secara group pulak...? lihat dlm buku kamu.



Conclusion
2
Very clear conclusion.
8

Kesimpulan
Kesimpulan sangat jelas.

Total points
12.5

50


Contoh....proses membuat keputusan ini tertakluk juga kepada tempuh masa yg pendek, ketiadaan sumber kewangan, kepakaran dan lain-lain. Oleh kerana itu, secara praktikalnya, apa yg berlaku di syarikat ada kalanya bertentangan dengan teori membuat keputusan secara rasional, namun matlamat utama; iaitu hasil dan keuntungan tetap juga tercapai.

Masih confuse???? email saya. InsyaAllah akan saya bantu.



Sebagai balasan...jika pembaca perlukan kursus keselamatan, sila hubungi saya. 019 275 0075.




terima kasih.



15.8.16

EDCM Pengawal Sendiri atau dari syarikat keselamatan?

Yang mana lebih baik?, pengawal dalaman [in house] atau swasta [out sourced].

Soalan begini kita boleh jawab begitu begitu saja. Bergantung kepada pengalaman dan pemerhatian kita.

Namun jika kita hendak buat tugasan, kita perlu cerita dulu tentang syarikat kita, apa ancaman dan risiko keselamatan, bagaiaman langkah keselamatan diuruskan dll.

Pembaca kemudian akan faham mengapa kita pileh swasta atau dalaman. Contohnya, kawalan Pejabat Pengarah Urusan. Beliau mungkin seorang bekas Menteri yang ternama. Mahukah kita guna pengawal swasta untuk jaga keselamatan Pengarah Keselamatan ini.

Ada kebaikan dan keburukan bagi setiap cara. Itu tidak dinafikan. 

Jika saya diberi ruang dan peluang, pintu utama da pejabat-pejabat yang sensitif saya mesti guna pengawal dalaman.

Jaga parking, kawal trafik, ronda pagar mungkin lebih sesuai untuk pengawal swasta. Tetapi semua bergantung kepada kehendak pengurusan, risiko, ancaman, bilangan pengawal, dan nilai harta yang dijaga.

soalan seterusnya, apa struktur organisasi jabatan keselamatan kamu.....

http://securityandsafety.blogspot.my/2016/10/beza-pengawal-sendiri-atau-swasta.html






11.7.16

ISIS dan DAESH Malaysia

Ustaz ustaz TV dan penulis khutbah Jumaat, macam ketandusan idea tentang apa yang rakyat mahu dengar dan tenguk. Atau boleh ke saya agak ia sengaja dibuat begitu. 




Kami mohon perbincangan yg berbaur intelek, bukan isu keselamatan jalan raya, dadah dan rimpit. Isu yg tuan ketengahkan hanya mencerminkan level pemikiran tuan dan juga akan mengheret muslimin ke level pemikiran dan sikap yg sama juga.

Klik sini mengapa orang tertidor masa khutbah. KHUTBAH BOSAN


Tuan tuan ustaz dan penulis khutbah seperti tidak menghormati rakyat Malaysia dengan mempersenda rakyat dgn isu khutbah dan perbincangan d TV dlm hal-hal yg sepatutnya sudah diajar di sekolah rendah dan menengah.

Betul jugak kan...kat sekolah budak-budak tu diajar hanya untuk hormat guru semasa hari guru dan cara berwuduk, itu saja. 

Tuan pernah hadir kursus kawin atau tanya anak tuan apa yg dia ajar masa kursus kawin. Ya...penceramah hanya sebuk pasal seks. Tuan tuan pernah buat soal selidek bekas peserta kursus..apa harapan mereka sebelum kursus dan pendapat mereka selepas kursus.

Rata rata ustaz baru kemudiannya muncul dan bagitahu makmum jangan tenguk TV atau baca paper. nah! di mana lagi mereka akan dapat info kalau tidak dgn ostad2 ini dan dari telefon bimbit. Kemudian masukkan unsur zuhud, unsur akhirat, dan di mana tanda tanda sudah jelas. Makanya..jom kita berjihad. 



Ini pun satu hal jugak. Sekarang tuan tuan lihat...tenguk tv jadi gila, tnguk you tube dan dengar ceramah pun sama jugak. Entah mana satu yg betul?

Dulu kita ada konsep hearts and minds. yer betul....semenjak tahun 70an mereka ahli2 politik asyik kayakan anak beranak, jual segala tanah rizab melayu [sekarang tinggal 12% sahaja] DAN SEKARANG baru nak propaganda kami serta menggunakan konsep peperangan ideologi supaya sokong semua dasar gomen, suruh percaya semua ucapan dan semua ceramah ostad serta khutbah jumaat. kalau nasi sudah jadi bubur, boleh makan lagi. 

bagaimanapun, masih belum terlambat untuk tuan tuan semua balik ke pangkal jalan. hari ini segala langkah yg tuan ambil hanya akan menimbulkan rasa benci dan meluat. akibat dari itu datanglah ostad2 SPM memukat di air yg keruh.

namun, selagi tuan semua ada agenda tersembunyi, selagi itulah semua program tuan tidak akan berjaya sepenuhnya. Sebaik baik perancangan adalah Allah! Ingat tu

saya cukup hairan. tuan tuan semua sudah cukup kaya untuk 2 atau 3 generasi akan datang, tetapi masih dok tamak lagi.

Jadi di mana ISIS dan DAESH nya? Ia berada di dalam jiwa yg keliru. Yg sedang memberontak. ia wujud kerana sebab-sebab di atas. yg terkini, dalam pertandingan memileh presiden USA, nyata bahawa USA membiayai ISIL melalui Arab Saudi.

Bagi yg keliru....nah! Jika Arab Saudi yg sama2 membiayai ISIL....apa jadahnya? Mengapa? Sebab apa? Bukan rakyat marhain.....saya sendiri pun keliru.

Ustaz-ustaz di Mesjid Negara, JAKIM, Jab Perdana Menteri & universiti dok buat apa untuk betulkan kekeliruan ini.

1.4.16

Ayam Kampung

hujung minggu ini, kalau tak ada aktiviti jom panggang ayam kampung. buat di rumah boleh, kat tepi pantai pun boleh. kalau sekali2 buat nasi ayam, nasi arab atau nasi minyak pun bagus jugak guna ayam kg.

kalau di kawasan KL PJ atau Shah Alam, insyaAllah minima 5 ekor boleh kami hantar ke rumah. 1kg baru 16 ringgit berbanding harga pasaran...caj hantar hanya 3 ringgit. bayar dulu melalui Maybank atau CIMB baru kami hantar. kena order sehari sebelum untuk kami proses, kaki hati pedal semua kami bagi sebab itu hak tuan. perut kepala bulu...kami tanam.

kami tidak jual kepada restoran kerana jumlah ayam masih sedikit. 

ayam kg kami tidak liat sebab umur sekitar 3 bulan. kalau ayam daging, tak sampai 40 hari orang sudah jual. sebab tu ayam daging hanyir sikit berbanding ayam kg.

petua lembutkan ayam liat
ayam liat biasanya 'ayam pencen' dan ayam kampung. tapi ayam liat ni amat baik kpd badan kita. mengapa? ayam matang tidak hanyir. jadinya lambat basi. lambat rosak. lebih sedap.

petuanya amat mudah, ambil daun betik tua dan muda, koyak-koyakan hingga kecil, nak potong pun boleh, kemudian campur dgn ayam yg dah siap dipotong. mcm marinate. sekitar setengah jam sahaja. JANGAN LEBIH.

ada orang masukkan panadol. ini tidak baik sebab ia sejenis bahan kimia.

kalau nak buat ayam goreng berempah, gabung marinate, daun betik dan rempah. 

bela ayam kampung. ayam kg kuat makan...non stop. masa kecil tak perlu pasang pelita atau lampu, asal tempat tidor tidak sejuk. anak ayam mesti tidur dlm kurungan bulat. kalau empat segi, depa akan rapat ke mana2 sudut dan mula pijak kepala kawan sampai mati. apa susah! guna timba atau besen jer. tapi kena lah letak surat khabar yg dikoyak2kan dulu. kat atasnya tutup sebab depa rajin lompat keluar. tak perlu air atau makanan. simpan sekitar 7 malam hingga 7 pagi. atau magrib ke subuh.

anak ayam sangat sensitif kpd 3 perkara, kebersihan, makan minum dan mesti kering.

kebersihan maknanya udara segar, tak ada taik ayam, tak panas, tak sejuk. waktu pagi terdedah kpd matahari. ada pasir nak lari-lari.

saya terpaksa lepas atas tanah yg kering waktu pagi semasa nak bersihkan reban ayam.

sangat tidak bagus ayam tidor atas pasir. paling baik ada batang-batang kayu untuk ayam bertenggek. buat macam tangga dan senget betul supaya yg bawah tidak kena berak yg atas. ayam kuat berak waktu malam.

kalau ayam dibela atas lantai jaring besi sepanjang masa pun tidak baik. mesti juga letak tempat bertenggek dari kayu di dalamnya.

ada satu reban ayam saya nampak kering. tapi ada jer ayam yg sakit. bila saya cangkul, rupa2nya bawah sikit, tanahnya lembab.

tahi ayam kering sangat baik untuk pokok cabai [cili...nama orang putih la]

sayur yg ayam kg saya paling suka ialah kobis. racik halus2 dan tabur bersama nasi. tabung kosong pun okay jugak. pasang muka tebal, pergi kutip sayur yg peniaga buang di kawasan pasar. tidak pun pakai topeng zorro.

daun lain yg dia sangat suka ragut ialah daun pokok cabai, belalai gajah dan segala macam rumput. TAPI dia suka makan pada pokok yg hidup. bukan letak atas zink atau papan. ini dia tak suka.

bagaimana nak ajar ayam makan sayur dan rumput. puasakan dia selama 2 atau 3 hari. jika tidak, nasi dan roti yang kita tabur pun dia buat pot jerr.




  






9.1.16

BBPP 1103 Assignment Jan 2016

sorry readers, it has been sometimes that I am not active writing on management subjects for OUM students. my tiny expertise is in general management and human resource management..

now, I want to start again. But I need informations from readers... what do you want me to write or anything else that you need. please email to me noormohamad0075@gmail.com

Thank You


somebody asked me. encik saya tak faham...apa teori pengurusan yg sykt saya amalkan. senang jer nak terangkan. buka buku [contoh] tenguk bahagian pengurusan birokrasi. ada tak sykt kita buat mcm tu. tentu ada kan, setidak2nya nama kita pun kerani akaun. tentulah itu tugas kita. itulah birokrasi. masalahnya, bos kita bila suruh kerja, sapa2 pun dia suruh buat tak kira apa jawatannya. NANTI bila masuk bab cadangan, kamu cadangkan supaya sykt ini mesti pegang teguh kpd pengurusan birokrasi.

KLIK untuk 

PANDUAN EXAM APRIL 2016

slide pertama yg saya paparkan bertujuan untuk nyatakan, tugasan ini sangat penting. Buat betul2. Kalau kamu dapat score, exam nanti tak lah poyo sangat. otak pun dah bebal nak ingat nota nota tu. baca muka dua, muka satu dah lupa.





SEBELUM MULA saya nak kongsi pengalaman meniru, copy and paste. Pelajar suka buat kerja ini tetapi TAK PANDAI nak adunkan dengan betul. Terlalu mudah untuk kenal kerja asli dan tiruan; sekejap bahasa rojak, sekejap lagi bahasa baku. Sekali baca atau lihat sudah tahu itu ciplak. Bukan ciplak buku, tapi ciplak kerja orang lain yg terdahulu.

Silap haribulan, markah yg diperolehi akan merudum kerana bila baca nampak cantik, tetapi sebenarnya tidak menjawab soalan.


Management Evolution

Choose one organisation that you are familiar with or able to access information on.  Describe the evolution of management theory  from the start of 19th century until the 20th century and discuss the most suitable management theory for the organisation nowadays.

Pilih satu organisasi yang anda biasa atau organisasi yang anda boleh mendapat maklumat.    Jelaskan evolusi teori pengurusan bermula dari kurun ke 19 sehingga kurun ke 20 dan bincangkan teori pengurusan yang paling sesuai untuk organisasi berkenaan.

MEMAHAMI SOALAN

pilih satu organisasi. maknanya apa apa saja. sekolah, kilang, jabatan, hospital, kompleks, pelabuhan [terminal], kongsi gelap, kementerian, kilang, syarikat, NGO atau pengakap.


Very clear introduction covering background of the company (name of the company, main business activity,  latest product/service launched .


dlm introduction tentang organisasi yg kamu pileh, rubrics ini yg dia mahu. kalau pasal organisasi tu, crita latar belakang, nama sykt, bisnes apa, dan produk/servis dia yg terkini.


makanya, sebelum mula buat assignment, baca setiap muka penerangan dan arahan serta maklumat yg diberi.


jgn lah tidak baca, kemudian wassap kat saya....encik saya tak faham ni nong ni nong.


bincang evolusi teori pengurusan dari abad 19 hingga 20. yg ini mudah dot com....ambil dari buku, dari artikel atau mana-mana buku lain.


'menjawab' keperluan ini amat mudah. ikut saja buku teks dan artikel lain yg ada di internet.


kamu akan dapati semuanya hampir sama. ada yg beri maklumat A dan ada bagi B. Semuanya tidak salah, dan kamu boleh gabung. 


Kamu lihat slide yg saya paste di bawah ini. Ada pulak integrating perspective dan emerging management issue and challenges. Dan, dlm buku teks kita kata human perspective - di sini pula tertulis behavioral perspective.


jgn kata...wa. mana satu yg betul ni. semua pun betul. macam telor, teloq, tolo, semua pun sama jer. ada lagi nama lain ker yg saya belum sebut.





artikel ini kamu boleh buat contoh macam mana nak tulis, cumanya ia fokus kpd peranan ketua.
http://www.strategicleadershipinstitute.net/news/the-historical-evolution-of-management-theory-from-1900-to-present-the-changing-role-of-leaders-in-organizations-/

Artikel berikut ini pula pun bagus juga, tetapi sila fokus kpd teori- teori yg disampaikan sahaja. Jgn terjerumus dlm dunia parti pula. Niat nak buat tugasan jer.

http://www.khairulfaizi.net/2014/06/bahagian-ketiga-mengadaptasi-teori.html

Ada banyak contoh yg kamu boleh "ciplak". Mudah jer, baca, buat nota, lepas tu buat ayat sendiri. Jangan copy and paste sebab bahasa kamu dgn dia berbeza. jika kamu copy seluruhnya, letak footnote dan rujukan. jika tidak, itu baru disebut sebagai ciplak.


The definition and explanation of manager and management was comprehensive and clear.


tiba2 dlm rubrics kamu kena terangkan manager dan management. rujuklah buku teks kamu dan encik google. cuma bagi pelajar saya sudah faham sikit....boleh guna ilmu yg saya ajar, iaitu managing atau coordinating with available and unavailable resources. rujuklah tutor kamu...tak salah. sebab saya sudah nyatakan, dalam realiti, ahli perniagaan dan kjaan jugak mengurus dgn sumber yg mereka tidak ada.


kalau tak cukup duit pinjam, terbitkan share, jv dan lain-lain. kalau tak cukup kepakaran, guna consultant. tak cukup orang....out source.


yg kedua, 'untuk mencapai objektif organisasi'. ini tidak betul, sebab setiap individu dlm organisasi juga ada objektif masing-masing. yg sepatutnya ialah untuk mencapai objektif organisasi dan individu.


apa objektif individu? pangkat, jawatan, kenaikan gaji, dll. kalau pengurus kita, pengurus besar dan pengarah ada objektif, mengapa mereka hendak ketepikan objektif orang lain? 


selain itu, apa itu manager dan management, buat sebanyak rujukan yg kamu boleh. apa maksudnya. apa peranan mereka. apa kesan mereka kpd organisasi. tapi ingat, di tempat kerja kita management memberi 2 maksud. bos bos dan pihak atasan selalu orang sebut sebagai management. "management kita kan bagus, manager kita yg kerek sikit". 


nak mudah, korek jer apa yg ada dlm buku teks kamu. kamu tidak akan salah.


ini soalan kedua yg sama penting
Pilih satu organisasi yang anda biasa atau organisasi yang anda boleh mendapat maklumat.    Jelaskan evolusi teori pengurusan bermula dari kurun ke 19 sehingga kurun ke 20 dan bincangkan teori pengurusan yang paling sesuai untuk organisasi berkenaan.

ini soalan susah sikit. tricky!

saya suka bab human perspective sebab isu ini amat luas. Ia meliputi antara lain human behaviour, needs, interaction dan group processes.


bab bureacratic management pun nampak lebih senang. lihat buku teks ms 13, siap ada list yg kamu boleh ambil untuk mencadang apa yg organisasi berkenaan boleh perbaiki.




SELINGAN. Ada student minta saya tolong....mmg saya akan tolong. Tapi janganlah suruh tolong saya buat. Plan dulu nak buat mcm mana, nak fokus apa....emel kat saya. Then saya akan guide setakat yg mampu. 

Bagi yg berada di Lembah Klang, kalau nak tdo satu malam, atau nak buat reunion, atau nak buat family day, klik si..ni.

--------

ini saya ke laut sikit [terminologi bagi bos melalut], saya ingin bagi pendekatan pengurusan dlm apa yg disebut sebagai hawthorne experiment. [sila tanya pakcik google untuk tahu lebih lanjut] dlm buku kamu pun ada yer...saya bukan reka2 ni.

dlm realitinya, saya bagi contoh. coach dan manager akan jaga pemain sampai depa betul2 hebat. sama2 susah dan sengsara hingga berjaya. semua se jiwa. bila coach atau manager kena tamat kontrek atau diberhentikan, adakah semua pemain akan sama2 mogok?


jadi setakat mana se hari se jiwa yg kita bincang di sini? boleh pakai ke teori teori ni?

--------
kamu boleh ambil jabatan telekom yg kemudian bertukar kepada TM. ada banyak perubahan berlaku di situ. di mana nak dapat maklumat? kena usaha. kalau kamu tanya saya...orang TM yg ada sekarang pun tak tahu!


sebagai pelajar baru, saya nak bagi tahu..jangan gelabah. tugasan ini mudah saja. cuma jgn cut and paste tak tentu pasal. cari kawan yg boleh dipercayai, bincang apa nak buat. tak faham tanya sifu. kemudian tulis lah cara berasingan.

tapi jangan lah miscall saya. itu 'kejam'. saya ingatkan client yg call, tup tup siswi OUM. macam nak jentik jer telinga. kalau tak return call nanti miss rezeki pulak. apa apa whatsapp atau emel pun ok dah.


tetapi saya ingin kongsi satu fakta dari orang lama spt saya sendiri. tak percaya cuba tanya ibu bapa sendiri.


apa saja perkembangan yg sedang berlaku, saya nampak seperti bertambah huru hara, semakin tidak terkawal, semakin bermasalah di segi sosial, ekonomi dan macam-macam lagi.

kalau kamu ada masa, cuba lawat arkib negara dan lihat fail dan dokumen lama. lihat bagaimana kerani zaman dulu kerja dan bandingkan dengan hasil kerja hari ini. 

zaman itu pengurusan semua macam kuku besi. melayu india cina semua strict. tak bagi muka langsung. semua orang datang kerja awal dan balik lambat. ada masalah disiplin terus kena buang kerja.


jalan raya di selenggara oleh PWD dlm bahasa melayu JKR. tetapi jalan satu Malaysia sentiasa elok. sekarang?  

isu nya yg kamu boleh rumuskan, adakah evolusi ini menuju kepada kebaikan atau sikit sikit tak baik atau ada kesan sampingan. adakah kerana kita terlalu taksub meniru cara barat, cara jepun, korea, indonesia atau mana mana saja tanpa menyesuaikan betul betul dgn cara hidup dan budaya kita.

adakah evolusi ini 'dipaksa' atau diadaptasi dgn cara semula jadi?

ringkasnya, segala cadangan kamu mesti ada sebab-sebab yg boleh diterima mengapa kamu kata begitu. Jika saya kata tidak logik, maknanya pemeriksa kata tidak logik, kamu mungkin beri contoh coca cola, ford motor, google, facebook dan lain-lain, di mana sesuatu yg tidak logik tapi jadi kenyataan. maka cadangan spt ini akan terpaksa diterima.


contohnya, 14 orang tak suka, buat sidang media, boleh buang bos. dalam keadaan lain, kena buat undi tidak percaya, kena itu dan kena ini. jadi ini contoh saya yg betul2 berlaku. pemeriksa kertas kerja saya tak boleh kata saya salah.


Dalam masa yg sama kamu boleh lihat kegagalan sykt spt Ikan Bakar Sekinchan, makro, carrefoure di Msia, sykt minyak esso dan caltex yg telah ghaib dan banyak lagi contoh. sebelum mereka ghaib, mereka telah ambil pelbagai langkah, tetapi terus gagal. maknanya, apa yg kamu ingin cadangkan mestilah sesuatu yg akan mengubah menjadi bertambah baik.


baru2 ini byk sykt buang pekerja. ini pun boleh kamu buat contoh. kalau ikut teori human oriented....ini sudah kejam. nak kurangkan rugi...buang orang. patut ke? bukan kah lebih baik kurangkan waktu kerja, atau kurangkan gaji atau elaun. kalau kurangkan waktu kerja, pekerja boleh buat part time, dan paling penting anak bini mereka tidak sama2 merana.


msia menswastakan beberapa organisasi kjaan. ini pun contoh tambahan. bab penswastaan ini adalah satu pendekatan short cut oleh kjaan yg 'menyampah' dgn kakitangannya yg lembab.


kita boleh lihat telekom melonjak selepas diswastakan. tapi lebih 20 tahun agaknya. cuma sekarang ni kita tenguk lembab semula... 


jika boleh siswa siswi OUM guna peluang buat tugasan [assignment] ini dgn cara yg holistik. jgn terikat dgn teori sahaja kerana teori barat tidak boleh diadaptasi 100% oleh kita.


kita negara berbilang kaum. kita ada budaya sendiri. beri pendapat dan cadangan kamu dgn bijak




saya boleh bantu melalui e mel sahaja kerana selalu sebuk atau whatsapp sebelum call.



jom kita belajar sunguh2 untuk jadi manusia yg berguna untuk diri sendiri, famili dan masyarakat. mana tahu anda akan jadi PM satu hari nanti.

-----
CONTOH assignment


i dont know where and how to start? Just look at the RUBRICS and try to meet all the requirement. If you just blindly comply, you will earn marks. As easy as that.



'products'. kompeni saya tak buat apa-apa products! untuk maklumat semua perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh bank disebut sebagai 'new products'. oleh itu, perkhidmatan yg syarikat kamu beri boleh dikatakan sebagai produk atau pun perkhidmatan. mana-mana pun boleh.



Sila klik di sini untuk pertanyaan terus


Good luck and pse e mail me if u need help. noor0075@oum.edu.my 

http://togetherlearning.blogspot.my/2016/01/pakej-cuti-sekolah-untuk-murid-murid-kl.html


santai -santai hujung minggu....klik URL di bawah

http://togetherlearning.blogspot.my/2016/01/lokasi-santai-dan-kursus-di-gombak.html