5.9.21

KELEBIHAN RPEL BIDANG SEKURITI

Assalam

Rasa macam berat nak share pandangan dan pengalaman saya, tapi saya terpaksa share demi industri keselamatan NegaraKu.

BERAT sebab dengan berbekalkan DKM, tugas dan tanggungjawab kita besar. Di kolej swasta orang belanja sekitar 40 ribu rgt untuk dapat Diploma. Bagi yang buat RPEL, sikit sangat. Itu pun gitu-gitu saja.

Budaya SYIOK SENDIRI. Ada sijil ni boleh syok sendiri atau dok diam-diam dalam laci. Nak tayang segan, nak minta kerja pun takut.

Sebernarnya, DKM ini sangat bernilai. Untuk dapat kerja di organisasi swasta atau kerajaan. Dengan DKM ni, bila2 masa boleh dapat Gred 27 atau 29. Cukuplah, hendak apa lagi?

Lebih bernasib baik, mereka hanya mahu anda ada Diploma. Lepas itu mereka akan tugaskan anda di tempat yg tiada kaitan dengan sekuriti. Kalau di anugerah begini... alhamdulillah.

TAPI! Ada tapinya. kueng kueng kueng. Ini lah kekangan dan masalahnya. Kerja sekuriti, tapi macam tidak tahu apa-apa tentang sekuriti. Betul tak? 

Anda tahu kah maksud sekuriti, prinsip sekuriti, penilaian keselamatan (security assessment), merancang kawalan sekuriti (security planning), membuat audit sekuriti, urus latihan sekuriti untuk orang baru, orang lama dan penyelia sekuriti. Tahu membuat penyiasatan. Tahu sediakan berbagai laporan. 

Habis bagaimana? Saya akan buat kelas sekuriti secara percuma, secara maya. Guna henfon sambil caj. 

Kelas saya hanya 1 jam dan seminggu sekali. Jika ada permintaan, saya akan buat 2 kali seminggu. MALAM sahaja, sebab masa itu releks sikit, dan peluang masuk kelas lebih besar.

Tp terlebih dulu, kasi lulus DKM dulu. Jgn risau bab ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kat luar sana tu sama saja.. ada yg pandai menggoreng bos. Bos pulak kaki bodek, maka dia pun suka lah di bodek.

Ilmu sekuriti ada banyak di mana-mana. Pentingnya, kita kena perhati. Kena selalu komen dalam hati. Kalau tnguk pak cik atau budak2 di mesin ATM dengan senjata, cuba tanya diri sendiri.... senjata dah cekah ke? Peluru baru atau peluru lama. Peluru dah tamat tempuh ke? Budak tu di kedudukan yang sesuai ke untuk bertindak atau memudahkan orang nak serang dia dulu?

Tuan buat DKM Sekuriti sebab itu yg paling mudah! TIDAK MENGAPA. Saya ada sorang kawan, lepas bersara dia sebuk buat latihan paracut untuk orang lain di Sabah. Kaya dia... Sembang2 dgn dia, dia tak pernah pun buat asas terjun di Sg Udang.

Ada juga geng yg cari makan buat kursus scuba. Sama lah kes dia nih.

Rezeki kita tidak boleh kita agak ke mana arah tuju nya. Ada yg bersara jadi imam, tok siak, bilal, pencuri dan penyamun. InsyaAllah kita semua di jalan yg Allah redhai.

Kalau rancang nak buat LPKT, hubungi saya, insyaAllah kita boleh urus.  



Kalau nak wasap saya, 0192750075. Minima 5 orang. Bawah pada itu, ampun.


PPg PERHEBAT yg Terampil

PERANAN dan TANGGUNGJAWAB PPg PERHEBAT

baca slo slo, mohon jgn bosan

Bagi calun faham, bagi mahir dan bagi lulus

Sekarang ni, ramai antara kita yang dilantik jadi Pegawai Pembimbing (PPg) datang dari pelbagai latar belakang, tetapi asal ada  DKM. Itu sebenarnya bagus, sebab menunjukkan semangat nak bantu calon LPKT. Cuma satu hal kecil — semangat tu perlu disertakan dengan kefahaman yang betul tentang apa itu NOSS, bagaimana nak tulis LPKT, dan apa sebenarnya peranan PPg.

Ramai PPg sebenarnya masih keliru dengan segala tentang konsep DKM khususnya NOSS. Bila calon datang minta tunjuk ajar, kita pun kadang-kadang buka balik kertas lama, tengok contoh orang lain, dan ubah sikit-sikit supaya nampak baru. Istilah mudahnya: “toyol akademik.”

Kita semua pernah buat silap masa belajar dulu; itu bukan isu besar. Yang penting sekarang, kita sedar peranan kita dah berubah. Sekarang, kita bukan pelajar lagi, kita pembimbing. Kalau kita sendiri kabur, calon pun ikut kabur. Akhirnya, mereka lulus pun tanpa faham apa sebenarnya yang mereka dapat. Itu yang kita nak elakkan

Jika kita lihat Borang Pemarkahan, PPL mahu lihat PROSES KAJIAN dan PELAN PELAKSANAAN (Gantt Chart)

Proses kajian ialah bagaimana kita buat kajian/projek dari mula hingga akhir. Kita kena cerita satu persatu. Dan sambil cerita, kita masukan juga sikit-sikit teori. Dalam bab ini kita sudah masukkan metodologi kajian, skala likert, responden, sampelan, analisis data dan lain-lain. Maka ini lah yg kita kena terangkan, iaitu dari segi teorinya.

Sudah menuju kepada kekelabuan-asap? Itu isu realiti kita. Apa mahu kecuh? Biasa ja tu!

Apa Sebenarnya Tugas PPg?

Sebagai PPg, kerja kita bukan sekadar semak ejaan atau format laporan.
Peranan sebenar ialah:

Tolong calon faham “roh” NOSS.  Maksudnya bukan menghafal, tapi tahu apa kemahiran yang dinilai, dan kenapa ia penting.

Bimbing calon tulis LPKT berdasarkan pengalaman sebenar.  Kalau calon pernah buat kerja yang sama, ajar dia cara kaitkan tugasan tu dengan NOSS.

Elakkan budaya salin dan tampal. Kita boleh guna contoh lama, tapi sebagai panduan — bukan bahan “copy-edit-print”.

Tegakkan integriti penilaian. Bila kita bantu calon faham dan hasilkan LPKT yang jujur, secara tak langsung kita jaga nama baik PERHEBAT dan ATM.

Naik taraf diri sendiri.  Tak salah kalau kita pun belajar balik — semak NOSS terkini, tanya Pegawai Penilai (PP), atau rujuk dokumen rasmi JPK. Lagi kita faham, lagi yakin kita mengajar.

keadaan sebenar: 

Keadaan Sebenar. Kalau nak cerita keadaan sebenar, memang ada unsur “drama Melayu 9 malam” sikit. Ramai calon kita masuk kelas LPKT dengan muka penuh semangat… tapi semangat tu biasanya bertahan sampai waktu rehat pertama je. Bila mula sebut pasal NOSS, terus ramai yang “hilang punca,” ada yang tengok muka PPg macam tengok alien turun dari bulan. Dalam hati mereka kata, “apa benda lah PC, CU, dan task ni, dulu aku kerja bukan buat semua ni pun…” Mahu senang, kita simpan ja NOSS tu.

Akhirnya, mereka pun ikut je arus — asal siap, asal lulus, janji boleh ambil gambar masa majlis penyampaian sijil. Bila kawan sebelah guna contoh lama, yang lain pun ikut salin - ubah dua tiga ayat, tukar nama, terus rasa macam karya asli. Kelas pun jadi macam ayat biasa “buat dulu, tanya kemudian!”

Yang kelakarnya, bila sampai masa penilaian dan ada yang gagal, terus keluar teori konspirasi - “Pegawai Penilai ni cerewet betul, tak mesra pelanggan!”  Padahal masalahnya bermula dari awal, sebab PPg pun kadang-kadang terpaksa meneka arah angin - calon keliru, PPg pun keliru sama. Akhirnya semua jalan sama-sama… tapi tak tahu ke mana.

Inilah sebabnya peranan PPg sangat penting. Bukan sekadar teman borak calon masa isi laporan, tapi nak pastikan mereka betul-betul faham apa yang sedang dibuat - bukan sekadar “siap dulu, faham kemudian.

OK! kita minum dulu...! take 5

Soalan Cepumas

Ni soalan yang selalu buat ramai terdiam sekejap;  apa guna ada DKM Sekuriti kalau “habuk pun tak tahu” pasal kerja sekuriti? Bukan nak perli, tapi kadang-kadang memang kelakar pun. Calon kita siap ada Diploma Sekuriti tau! Bunyi gah, tapi bila tanya tentang jadual kerja, SOP, atau laporan penugasan- terus senyum nipis macam baru kena soal siasat ringan.

Padahal dalam dunia sebenar sekuriti, bukan main banyak benda kena tahu dan buat: susun jadual bertugas, semak SOP, ambil tindakan disiplin ikut prosedur, pantau rondaan, urus situasi kecemasan, iring VIP, sampai la ke menyelia pemasangan CCTV. Tapi bila semua ni disebut, ada juga yang tanya, “kenapa banyak sangat ni, bukan ke kerja sekuriti jaga gate je?” 

Inilah realitinya - sijil boleh dapat, tapi kefahaman tu yang kena digali semula. Di sinilah peranan PPg sebenarnya sangat penting: bukan sekadar tolong calon siapkan laporan, tapi tolong mereka “nampak balik dunia sebenar sekuriti” - yg penuh tanggungjawab, bukan sekadar buka gate dan tulis log book.

Soalan cepumas. apa guna ada DKM sekuriti jika tidak tahu habuk pasal sekuriti. Calun ada Diploma Sekuriti tau! Macam-macam dia kena buat. Jadual kerja, periksa SOP, tindakan disiplin ikut prosedur, menyelia penugasan, tugas-tugas kecemasan, mengiring, menyelia pemasangan CCTV...

rajah di bawah ini sebagai hiasan ja.. RAJAH A


Dunia sebenar ketenteraan dan bidang sekuriti sebenar... termasuklah pentadbiran atau logistik..

Realiti di Sebalik Uniform

Nak cerita hal ni pun kadang-kadang boleh buat kita senyum sendiri . Dalam organisasi tentera yang besar gedabak tu, sebetulnya  masing-masing cuma tahu satu bahagian je. Kalau tugas kita di Balai Pengawal, maka dunia kita memang “gate” semata-mata. Tanya pasal keselamatan seluruh kem, terus blur — “itu kerja Pegawai Keselamatan Kem, bukan saya.”

Begitu juga yang tugas meronda. Mereka ikut jadual, jalan ikut laluan, catat masa, dan lepas tu balik pos. Cukup syarat, cukup laporan. Tapi kalau tanya kenapa laluan tu dipilih, atau apa yang perlu diperhati semasa rondaan, ramai yang garu kepala. Dalam kepala mereka, “aku jalan ikut jadual, bukan buat siasatan CSI.” 

Itulah lumrah dalam sistem yang sangat tersusun - semua orang ada peranan masing-masing, tapi akhirnya ramai hanya nampak ekor gajah dan bukan se ekor gajah, atau bukan seluruh gambar. Bila masuk dunia sivil, barulah sedar rupanya “pengawalan” tu cuma sepotong kecil daripada konsep keselamatan sebenar. Di sinilah PPg patut bantu mereka buka mata —- supaya dari satu tugas kecil yang dulu mereka buat, tetapi kritikal, sekarang boleh nampak keseluruhan sistem yang mereka sebenarnya dah jadi sebahagian penting daripadanya.

RINGKAS nya bidang sekuriti di luar sana tu berbeza mengikut organisasi masing-masing; hospital, hotel, sekolah, pelabuhan, ladang kelapa sawit, kilang makanan, kilang tayar, kilang kereta, lapangan terbang, tabung haji, tenaga nasional..... dari sini tuan sudah boleh fikir atau agak bahawa fokus atau tumpuan setiap organisasi berbeza. ini bermakna NOSS bidang sekuriti itu tidak terpakai di semua tempat. TETAPI oleh kerana kita mahukan Diploma ini, maka telan jer lah kandungan atau silibus yang tertulis di dalam NOSS ITU.

Bila kita keluar dari pagar kem, barulah kita sedar dunia sekuriti ni luas macam semesta Marvel. Setiap organisasi ada “versi keselamatan” mereka sendiri. Sekuriti hospital sibuk kawal keluar masuk pesakit dan ambulans, sekatan jalan di hotel pula penuh dengan senyuman sambil tahan kereta VIP, di sekolah jaga murid dan pintu pagar, di pelabuhan kena tahu prosedur ISPS Code, di ladang kelapa sawit jaga lori baja dan pekerja asing, di kilang makanan kena faham kebersihan dan HACCP, di kilang tayar atau kereta kena peka dengan risiko bahan kimia dan alat berat, di lapangan terbang pula siap ada piawaian ICAO dan kawalan keselamatan bertingkat, di Tabung Haji jaga jemaah dan aset, dan di TNB pula sampai kena tahu tentang keselamatan tenaga dan infrastruktur kritikal.

Nampak tak? Walaupun semua tu “sekuriti,” tapi fokus dan tumpuan dia jauh beza. Jadi bila buka NOSS Sekuriti, memanglah rasa macam “eh, ini bukan bidang aku pun!”. Tapi nak buat macam mana — nak dapat Diploma Sekuriti, kenalah telan juga silibus NOSS tu sampai habis. Ibarat makan ubat pahit: tak sedap, tapi kalau nak sihat kena juga telan. Yang penting, jangan hafal semata-mata; cuba faham sikit demi sikit, sebab walaupun kandungan NOSS tu nampak umum, asasnya tetap boleh pakai di mana-mana — asalkan kita tahu kaitkan dengan dunia sebenar yang kita kerja nanti.

GAMBARAN atau PENERANGAN di atas sebagai pengenalan dan provokasi bahawa NOSS segala bidang yang disediakan oleh JPK punya perkara lain yg tersembunyi yang setiap PPg kena faham. Kita tidak mahu calun hafal dan lulus, tetapi gementar untuk mohon isi jawatan kosong. Dunia awam bukan dunia cakap kosong. Mereka tidak ajar tidak latih, tetapi pemegang DKM dianggap tahu segalanya.

MEMAHAMI NOSS

Sebagai PPg wajib ingat semua CU bagi setiap tahap. Kemudian bagi setiap CU itu, PPg boleh explain dengan betul. itu lah guna kita buat grup whatsapp bagi bidang masing-masing dan bincang. Sehingga bagaimana nak isi borang tuntutan pun kita kena tahu, kena sedar bila nak isi, nak hantar, dan bagaimana nak isi.

Apabila PPg mengajar, semua perkara di atas kita hanya sentuh sikit-sikit sahaja. Bukan mahu mendalami. Jgn buang masa. 

yg bawah ni tiada kaitan ya....

apakah proses kajian? proses kajian adalah spt berikut:

  1. kenal-pasti masalah (pernyataan masalah)
  2. menentukan objektif
  3. memilih informan (metodologi kualitatif), responden (metodologi kuantitatif)
  4. kumpul data
  5. analisis data
  6. tafsiran data/maklumat
  7. menulis laporan  

Ini bermakna, apabila calon menerangkan rajah yg saya beri di atas tu (rajah proses kerja), buatlah penerangan rajah menggunakan juga info ini. PENING kepala? Sudah sepatutnya! Saya harap tuan puan buat slo2, atau koho2 atau alun2. Mana2 pun boleh.

Proses kajian dalam LPKT ini ialah proses dari mula hingga akhir kita buat kajian. Kalau saya silap, sila betulkan. Dalam slaid keluaran JPK, dia tak tulis PROSES KAJIAN, tetapi dia tulis PROSES PEMBUATAN. Lihat di cabutan slaid di bawah. 


slide ini mengelirukan kecuali kpd PPg yang betul-betul mahir, berilmu dan berpengalaman




kat bawah nanti saya bezakan PROSEK KAJIAN dgn PLAN PELAKSANAAN (gantt chart)

Penilai boleh tanya macam2 hal tentang Proses Kajian, dan bakal calon kena sedia untuk jawab. Bagaimanapun, Proses Kajian ini mesti selari dengan Pelan Pelaksanaan; iaitu gantt chart. Ia TIDAK SAMA 100%, tetapi sehaluan. 

carta alir . ada PPL (penilai) mahu lihat rajah seperti di bawah, iaitu format flow chart bagi dunia komputeran. kita bukan programmer. Saya suka Rajah A di atas nun. Siapa baca pun boleh faham

(Rujuk: http://togetherlearning.blogspot.com -PROSES KAJIAN BAB 2 LPKT)