Assalam
Rasa macam berat nak share pandangan dan pengalaman saya, tapi saya terpaksa share demi industri keselamatan NegaraKu.
BERAT sebab dengan berbekalkan DKM, tugas dan tanggungjawab kita besar. Di kolej swasta orang belanja sekitar 40 ribu rgt untuk dapat Diploma. Bagi yang buat RPEL, sikit sangat. Itu pun gitu-gitu saja.
Budaya SYIOK SENDIRI. Ada sijil ni boleh syok sendiri atau dok diam-diam dalam laci. Nak tayang segan, nak minta kerja pun takut.
Sebernarnya, DKM ini sangat bernilai. Untuk dapat kerja di organisasi swasta atau kerajaan. Dengan DKM ni, bila2 masa boleh dapat Gred 27 atau 29. Cukuplah, hendak apa lagi?
Lebih bernasib baik, mereka hanya mahu anda ada Diploma. Lepas itu mereka akan tugaskan anda di tempat yg tiada kaitan dengan sekuriti. Kalau di anugerah begini... alhamdulillah.
TAPI! Ada tapinya. kueng kueng kueng. Ini lah kekangan dan masalahnya. Kerja sekuriti, tapi macam tidak tahu apa-apa tentang sekuriti. Betul tak?
Anda tahu kah maksud sekuriti, prinsip sekuriti, penilaian keselamatan (security assessment), merancang kawalan sekuriti (security planning), membuat audit sekuriti, urus latihan sekuriti untuk orang baru, orang lama dan penyelia sekuriti. Tahu membuat penyiasatan. Tahu sediakan berbagai laporan.
Habis bagaimana? Saya akan buat kelas sekuriti secara percuma, secara maya. Guna henfon sambil caj.
Kelas saya hanya 1 jam dan seminggu sekali. Jika ada permintaan, saya akan buat 2 kali seminggu. MALAM sahaja, sebab masa itu releks sikit, dan peluang masuk kelas lebih besar.
Tp terlebih dulu, kasi lulus DKM dulu. Jgn risau bab ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kat luar sana tu sama saja.. ada yg pandai menggoreng bos. Bos pulak kaki bodek, maka dia pun suka lah di bodek.
Ilmu sekuriti ada banyak di mana-mana. Pentingnya, kita kena perhati. Kena selalu komen dalam hati. Kalau tnguk pak cik atau budak2 di mesin ATM dengan senjata, cuba tanya diri sendiri.... senjata dah cekah ke? Peluru baru atau peluru lama. Peluru dah tamat tempuh ke? Budak tu di kedudukan yang sesuai ke untuk bertindak atau memudahkan orang nak serang dia dulu?
Tuan buat DKM Sekuriti sebab itu yg paling mudah! TIDAK MENGAPA. Saya ada sorang kawan, lepas bersara dia sebuk buat latihan paracut untuk orang lain di Sabah. Kaya dia... Sembang2 dgn dia, dia tak pernah pun buat asas terjun di Sg Udang.
Ada juga geng yg cari makan buat kursus scuba. Sama lah kes dia nih.
Rezeki kita tidak boleh kita agak ke mana arah tuju nya. Ada yg bersara jadi imam, tok siak, bilal, pencuri dan penyamun. InsyaAllah kita semua di jalan yg Allah redhai.
Kalau rancang nak buat LPKT, hubungi saya, insyaAllah kita boleh urus.
Kalau nak wasap saya, 0192750075. Minima 5 orang. Bawah pada itu, ampun.