Friday, October 15, 2021

MENULIS LPKT

LPKT bermula dengan huruf 'L', iaitu LAPORAN. Ini bermakna dan bermaksud, ia BUKAN sebuah kajian baru, tetapi sebuah LAPORAN. Laporan bermakna sesuatu projek itu telah selesai atau pernah kita buat, atau terlibat dengannya. Bagaimanapun, apabila kita membuat sesuatu projek, ia bermula dengan kajian. Jadinya... ini ialah Laporan sebuah Kajian terdahulu... nak kata kajian itu adalah projek pun, boleh jugak

Kesilapan Besar dan BIASA, calon buat cadangan dalam LPKT sesuatu yg belum ada di tempat kerja dia. Ini bermakna, dia sedang buat kajian dan bukan buat laporan.

[1] Semasa kita buat sesuatu PROJEK, kita telah fikir, telah rancang, telah bincang, telah tinjau, telah lihat SOP, manual, surat pekeliling dan berbagai sumber lain. Apa yang kita telah buat itu, semuanya tergolong dalam apa yang boleh di sebut sebagai kajian.

Masalah yang timbul sekarang ialah, bakal calon perlu tulis semua pengalaman itu, dalam bentuk penulisan akademik. Di dalam penulisan ini, kita perlu akur kepada keperluan Bab Bab tertentu dan perenggan2 yang telah di tetapkan. LAWAK BESAR.... penilai yg datang turun dari langit pun kelabu pasal LPKT, kemudian datang nak nilai LPKT tuan2. Doa2 jer lah tuan. Ada penilai yg cakap, "awak penilai ke saya penilai". Redho jer lah. Mcm serupa ADUN kat Melaka dan Bentung pulak kan...TIPs.. bila nak mula, baca doa P Ramlee dulu...

Perasan tak kita buat kajian dengan cara [1] kat atas tu. Ada tidak di tempat kerja, semasa di tugas untuk buat sesuatu, kita guna borang soal-selidik? Cara [1] ialah cara KUALITATIF, manakala soal-selidik itu ialah KUANTITATIF.

Jika PPL (Penilai) bijak, jika ada LPKT depan dia buat cara kuantitatif, terus saja sepatutnya dia tanya betul-betul. Mudah jer soalan dia..."Betul ker ni....?"

Calun-calun ni pulak, di Bab 3, mula-mula dia letak carta pai.... berapa lelaki, berapa wanita, umur, jawatan, pangkat, bagai.... soalan seterusnya oleh PPL ialah... "Kamu nak buat apa bagi tahu demografik responden ni?". Kalau semua perempuan setuju, dan semua lelaki tidak setuju, kamu nak ikut siapa? Kamu takut bini....kan!! So... kena lah ikut pendapat perempuan! haaa haaa

itu baru mukadimah... tak mula lagi nih!! 

PILEH tajuk. memang la ia satu masalah biasa. Bab SEKURITI ni ada banyak CU. Operasi keselamatan, mengiring, pengurusan sumber manusia, senjata api.

Operasi Keselamatan: tingkatkan keselamatan, rancang keselamatan - masjid, stor, kem, pejabat, berek bujang, markas tektikal, rumah keluarga, taman perumahan, kebun, estet.

Mengiring - VIP/Panglima/Menteri, harta (letupan, senjata, peralatan logistik)

Pengurusan sumber manusia - latihan/kursus kadar, kebajikan, disiplin

Senjata Api dan Peluru - prosedur simpan keluar senjata di kem, di padang tembak, di markas tektikal. 

Kalau ikut umur tuan2, semua di atas ni, tuan2 ada pengalaman. tuan2 ni orang hebat. kalau ada Pembimbing yg baik ... lagi hebat. 3 hari boleh siap.

PENGETAHUAN saya.... dalam apa saja bidang SKM ini, mesti ada bab pengurusan sumber manusia, bab disiplin dan bab latihan. Tajuk Latihan ini boleh di guna oleh mana-mana bidang, asal kita tahu mahu ubahsuai nya.

MULA MENULIS. [1] bagi tajuk, dan [2] bagi cadangan serta [3] masalah. dari situ kita sudah tahu dan faham, logik ke tidak. Contoh. masalah, perlukan kenderaan darat untuk balik kg. tenguk2, kamu orang bujang, balik kg setahun sekali, gaji 2 ribu.... patut kah perlu ada kenderaan. kampung kat pasir mas... tugas di  Tawau!!!

Begini lah.... mula2 sekali, fikirkan CADANGAN. cth... pasukan perlu ada arahan yang jelas dan sentiasa di kemaskini MASALAH, sbb pegawai sekejap cakap mcm tu sekejap ckp mcm ni, anggota jadi keliru

Nampak tak? Tuan sudah buat cadangan dan kenyataan masalah, yang amat berkaitan utk LPKT tuan.

Teknik begini... kita boleh siapkan LPKT dgn cepat, tepat dan logik. Kebanyakkan LPKT di tulis  gitu-gitu dan ke laut. Senang? Tidak.... ia bukan senang kalau kita tidak berguru.

Sebenarnya, proses buat LPKT untuk DKM; yang susah ialah Bab 3 dan Bab 4. Bab 1 penting pada 'masalah' dan 'objektif'. Yg lain2 tu dalam Bab 1, tidak susah kerana kita hanya perlu buat ikut panduan sahaja. Begitu juga dgn Bab 2.

Selamat Berjuang. 

Klik link - tulisan biru ini utk info lanjut.  CARA MENULIS LPKT