Saturday, September 4, 2021

LPKT BAB 2

Jika kita lihat Borang Pemarkahan, PPL mahu lihat PROSES KAJIAN dan PELAN PELAKSANAAN (Gantt Chart)

Proses kajian ialah bagaimana kita buat kajian/projek dari mula hingga akhir. Kita kena cerita satu persatu. Dan sambil cerita, kita masukan juga sikit-sikit teori. Dalam bab ini kita sudah masukkan metodologi kajian, skala likert, responden, sampelan, analisis data dan lain-lain. Maka ini lah yg kita kena terangkan, iaitu dari segi teorinya.

contoh perenggan pembukaan bagi Bab 2 

Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif, iaitu mengambil kira semua maklumbalas responden dalam bentuk angka. Sangat cantik di beri markah 10 dan sangat tidak cantek markah 1. pemarkahan ini di sebut sebagai skala likert. Pendekatan kuantitatif ini lebih cepat dan lebih mudah bagi pengkaji dan juga responden. Dan seterusnya memudahkan analisis data.

Dalam kita cuba menerangkan metodologi kajian kita, lebih baik kita mulakan dengan perenggan REKA BENTUK KAJIAN KUALITATIF atau REKA BENTUK KAJIAN KUANTITATIF. Bab reka bentuk ini amat sesuai kita cerita menggunakan rajah. Mahu nota? Cari dalam google, dan klik pada image. Akan keluar berbagai rajah yang kita boleh pilih dan tiru.

Reka bentuk kajian ialah rancangan melaksanakan projek. Ia tertakluk kepada tujuan kajian, tempuh masa, kaedah kajian (samada kuali atau kuanti), teknik kumpul data, dan teknik analisis. Yer lah, itu perkara-perkara yang mempengaruh kajian kita... reka bentuk kajian tu apa dia? Kalau tenguk slaid JPK tentang membangunkan LPKT, ia tidak sentuh perkara ini dgn terperinci. Ese pun mabukKLIK rujuk rekabentuk kajianCuma pada pendapat saya, kita kena lah buat search di google scholars.

Reka bentuk kajian sangat terpengaruh dengan 'kaedah kajian' kita. Kita nak buat kaedah kualitatif atau kuantitatif. Kalau kualitatif, kita buat temu-bual, pemerhatian dan penelitian data sekunder (secondary data); iaitu dokumen bertulis spt SOP, arahan, polisi, minit mesyuarat, Akta dll. KALAU kita guna kaedah  kuantitatif, kena buat soal-selidik.

nota sampingan. Oleh kerana ini ialah LAPORAN, atau LPKT, maka sangat tipis di tempat kerja kita, setiap kali nak buat sesuatu aktiviti atau projek, bos akan suruh buat soal-selidek dulu (kuantitatif). Realitinya ia tidak pernah berlaku. Apa sebenarnya yg berlaku ialah sorang ketua di beri tugas, beliau kemudian tubuhkan JK dan dari situ mereka bergerak buat apa yg bos suruh. Kalau benda baru kpd mereka, mereka akan cari orang lama yg berpengalaman untuk minta nasihat. Temubual ini di catit dan di buat panduan. Inilah pendekatan kualitatif. Masa yg sama cari surat2 lama, minit mesyuarat, polisi dan peraturan jika ada. Ini di sebut kajian awal namanya.

penemuan atau dapatan kajian kualitatif di bentang dlm bentuk rajah. cth nya punca masalah. kemudian opsyen2 penyelesaian masalah. kemudian opsyen yang sesuai untuk penyelesaian masalah. tidak ada pie chart, bar chart bagai.

PROSES KERJA/KAJIAN

Di dalam Borang Pemarkahan, PPL mahu lihat proses kerja dan pelan pelaksanaan. Kita tumpu dulu kpd proses kerja. Di sini ramai calon bagi rajah se akan akan flow chart (carta alir), tetapi bukan flow chart. Saya mohon sangat, calon klik Insert klik smart art dan klik process dan buat begini. Senang dan mudah faham. INGATAN, saya baca dlm panduan JPK, setiap rajah mesti ada penerangan!




PELAN PELAKSANAAN

Pelan pelaksanaan wajib di cerminkan dalam bentuk Gantt Chart. Ini kehendak JPK dan patut akur. Baru ini saya nampak PPL mahu ia di persembah dalam landscape, atau melintang. Bagus juga sebab ia lebih jelas.

Oleh kerana ini ialah LAPORAN, atau LPKT, maka sangat tipis di tempat kerja kita, setiap kali nak buat sesuatu aktiviti atau projek, bos akan buat soal-selidek dulu (kuantitatif). Kononya, nak tanya pendapat kakitangan sokongan terlebih dulu. Maka tentulah, logiknya, kita buat kaedah kualitatif.


MINTA BANTUAN.. 

sekali tuan klik kat iklan sebelah ni, saya dapat 1 sen


Contoh  yg kita nak tulis dalam LPKT

Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana kajian akan di jalankan sesuai dengan keadaan semasa. Ia meliputi prosedur membuat kajian yang teratur dan mengikut susunan supaya hasil kajian ini memenuhi objektif kajian.

Reka bentuk kajian ini harus sesuai dengan metodologi; yang sesuai dengan objektif kajian, bagi mencapai matlamat kajian, dan bagi mengelakan kajian ini jadi tersasar. Reka bentuk kajian membantu bagi penyediaan strategi, dan masa yang sama jimat masa dan sumber.  

Jadinya apakah proses kajian? selepas saya rujuk beberapa bahan rujukan, proses kajian adalah spt berikut:

  1. kenal-pasti masalah (pernyataan masalah)
  2. menentukan objektif
  3. memilih informan (metodologi kualitatif), responden (metodologi kuantitatif)
  4. kumpul data
  5. analisis data
  6. tafsiran data/maklumat
  7. menulis laporan  

Ini bermakna, apabila calon menerangkan rajah yg saya beri di atas tu (rajah proses kerja), buatlah penerangan rajah menggunakan juga info ini. PENING kepala? Sudah sepatutnya! Saya harap tuan puan buat slo2, atau koho2 atau alun2. Mana2 pun boleh.

Proses kajian dalam LPKT ini ialah proses dari mula hingga akhir kita buat kajian. Kalau saya silap, sila betulkan. Dalam slaid keluaran JPK, dia tak tulis PROSES KAJIAN, tetapi dia tulis PROSES PEMBUATAN. Lihat di cabutan slaid di bawah. 


Abaikan slide ini jika keliru sebab penerangan di atas tu sudah memadai. Apa pun nanti saya akan usahakan penerangan slide ini bagi pendekatan kualitatif.


AMPUN MAAF

saya dapati slide keluaran JPK ada unsur 'budi-bicara' yang calun kena tambah dan atau abaikan. 
 

kat bawah nanti saya bezakan PROSEK KAJIAN dgn PLAN PELAKSANAAN (gantt chart)

Penilai boleh tanya macam2 hal tentang Proses Kajian, dan bakal calon kena sedia untuk jawab. Bagaimanapun, Proses Kajian ini mesti selari dengan Pelan Pelaksanaan; iaitu gantt chart. Ia TIDAK SAMA 100%, tetapi sehaluan. 

Jika calon masih buat carta alir bagi proses kerja dia, sila lihat carta alir di bawah ini sebagai panduan. Ini ialah carta alir yg standard. Buat begini dan jgn guna rupa bentuk lain.

(Rujuk: http://togetherlearning.blogspot.com -PROSES KAJIAN BAB 2 LPKT)


  1. Proses Kajian Proses kajian merujuk kepada langkah-langkah sistematis yang diambil untuk menjalankan penyelidikan atau kajian. Ia melibatkan langkah-langkah seperti menentukan masalah penyelidikan, merancang kajian, mengumpul data, menganalisis data, dan menyusun laporan hasil kajian. Proses ini bergantung kepada metodologi penyelidikan yang digunakan, samada kualitatif, kuantitatif atau mixed mode.


  2. Gantt Chart: Gantt chart adalah alat pengurusan projek yang digunakan untuk merancang, mengatur, dan memantau pelaksanaan projek. Ia adalah satu jenis carta bar yang menunjukkan jadual projek dengan menunjukkan aktiviti, tempoh masa, dan urutan tindakan.

Sekian