Rakyat sudah muak dengan ahli politik Malaysia yang sedang memandu negara ke longkang. Serupa dengan keluarga yang lepas kematian mak dan bapak... berebut harta. Last-last rumah agam di biar kosong, kebun durian di biar jadi hutan, kereta tinggal karat.
Akibatnya, anak cucu, serba miskin. Budaya ini ialah budaya orang timur, melayu cina dan lain-lain.
Budaya dengki terhadap orang yg bijak pandai. Kita ada Prof Khoo Kay Kim, Prof Di Raja Ungku Aziz. Ini contoh saja... depa bijak, tapi bangsa depa tidak mahu dengar cakap. Yg tidak mahu dengar cakap HANYA AHLI POLITIK dan penyokong tegar mereka. Di dalam setiap bangsa dan organisasi, ada individu yg bijak. Malangnya, majoriti dalam kumpulan bangsa dan organisasi itu termasuk dalam kategori 'mangkok'.
Kategori mangkok ini, ramai yg 'tidak sekolah' tetapi kaya raya. Kekayaan jadikan depa ini riak. Rasa sangat bijak dan arif segalanya. Sayangnya, ada juga yg sekolah. Kategori mangkok hanya penting diri sendiri sahaja. Cth; bangsa kita mesti memerintah sbb kita kaya. Bangsa lain semua bodoh dan malas. Ada banyak lagi elemen penting diri ini, di mana kesannya nanti.. semua bangsa, semua kaum, semua rakyat, dan negara akan jadi susah.
Akibatnya macam mana yg sedang berlaku hari ini, semua bangsa mula hijrah keluar dari Malaysia. Kebanyakan mereka ini adalah yg mampu. Kedua... towkay besar ambil kesempatan naikkan harga barang. Ketiga... jenayah, pelacuran, dadah, judi; menjadi-jadi dan tidak terkawal.
Yang mahu betulkan keadaan sudah masuk dlm kumpulan minoriti, mcm orang Islam di India. Individu yang mahu betulkan keadaan ada di pej kerajaan... mereka ini sudah muak dgn rasuah, dgn kaki bodek dan kipas yg di naikkan pangkat, dgn polisi dan peraturan yg bodoh... tapi ada untungnya kerja dlm 'organisasi bodoh'... buat apa pun bos tak kisah. Sekali sekali kipas dia sikit.... begheh!
Yang mahu betulkan keadaan di bank, di koperat kepunyaan kerajaan, di masjid, di dalam NGO; semua pun sedang kecewa. Yg sedang kerje kuat di dalam parti politik pun sikit demi sikit duduk diam-diam. Yg melalak bagi komen dalam you tube pun dah mula bosan.
PRU 14 beri keputusan yang tidak mengejutkan. umno kecundang! masuk pakatan baru... kacau bilau di buatnya. komunis di sanjung, pengganas di bebaskan, harta orang melayu di jual dan islam di hina! 5 tahun rakyat Msia di hina dan di tertawa oleh indon dan rakyat temasek. gara-gara rakyat tertipu! janji bukan main lagi... menang jer, lain jadinya.
InsyaAllah, PRU 15 tidak lama lagi... saya berdoa semua pembangkang bersatu di bawah satu bendera dan semoga kepimpinan baru di kurnia dan di anugerah hidayah untuk membawa Malaysia ke jalan yg lurus
sementara itu....Kartel daging kuda kangaroo sudah selesai ker? Belum bang.... kami sedang siasat. Kes duit juta-juta dlm ofis kat Sabah dah selesai.... tak ada sapa yg bersalah. Kes pegawai sprm curi duit dalam setor... dah selesai... hukuman dia sangat ajaib! kes kapal navy. kereta perisai tentera darat, kes sulu, ntah apa lagi masalah generasi depa akan di hadapi, SEBAB generasi mudah sekarang sebuk dgn moto besar, daki gunung, main game, glamer dgn rambut, seluar ketat senteng.... semoga Allah beri hidayah kpd semua rakyat....
Negaraku ada banyak kes orang politik dan koperat.... banyak yang bebas kecuali rakyat marhain...