Wednesday, July 28, 2021

LPKT BAB 1

BAB 1, tips & panduan

apa yg penting, yg ada markah?

PENGENALAN,  PERNYATAAN MASALAH, OBJEKTIF KAJIAN, SKOP KAJIAN, KEPENTINGAN KAJIAN Oleh itu kita cerita Perenggan ini sahaja.

PENGENALAN PROJEK / KAJIAN... 

..menceritakan tentang keseluruhan kajian kita secara am dan tidak mendalam. Cth; pada hari ini terdapat banyak pusat-pusat spa yang menawarkan berbagai perkhidmatan dan salah satu perkhidmatan ialah, khidmat mengurut. Apabila terdapat lambakan pusat begini, maka kualiti khidmat ini berbeza-beza dari aspek kualiti. Selain itu terdapat beberapa masalah lain yang menyebabkan pelanggan kurang puas hati. (saya cerita pasal pusat spa kemudian fokus kepada kualiti. perenggan bawah baru saya cerita masalahnya)

PENYATAAN MASALAH

bagi syarikat ABC, masalah yang telah di kenal pasti adalah seperti berikut:

staf kurang yakin untuk kenal masalah yang di hadapi oleh pelanggan, punca dan cara mengatasinya. 

kedua, staf tidak dapat beri nasihat yang bernas kepada pelanggan apa yang mereka perlu buat untuk elak masalah ini berulang atau memberi nasihat-nasihat am.

INGATAN! MASALAH ialah apa yang hendak di atasi atau di selesaikan. sediakan tiga masalah, yang logik, yg tidak kelakar, yang boleh di selesaikan.

berikut ialah isu yg PPL atau PPT sering hadapi, iaitu hasil kerja calon

  • pasukan menghadapi tidak cukup orang - kelakar! sbb semua tempat pun mcm tu jugak
  • alat tak cukup - lagi kelakar!
  • pekerja kurang patuh kepada kepada aspek safety - nampak la logik nya
  • cara agihan kerja menyebabkan kekeliruan dan sukar di laksana - logik

kalau dapat masalah begini, CADANGAN dia mesti mcm ni

  • pasukan hendaklah tambah orang
  • pasukan perlu tambah peralanatn

maka ini bukan lah satu masalah, tetapi satu fakta atau satu kenyataan. Ia sesuai di tulis di BAB PENEMUAN, bukan di Perenggan PENYATAAN MASALAH di BAB 1



OBJEKTIF KAJIAN

Rujuk slide JPK di atas.

sebelum kita tulis objektif kajian, kita lihat Tajuk LPKT kita. Cth. PENINGKATAN KEMAHIRAN PENGAWAL KESELAMATAN DALAM TUGAS MERONDA DI KILANG PERODUA RAWANG.

Oleh itu, objektif kajian saya...

Objektif umum kajian saya ialah untuk meningkatkan kemahiran pengawal keselamatan dalam tugas meronda....

Objektif khusus saya ialah.. 

  • kenal pasti senarai kelemahan pengawal keselamatan dalam tugas meronda
  • merancang langkah meningkatkan kemahiran

saya tambah lagi... OBJEKTIF; ialah apa yang hendak di capai

  • objektif di ambil dari TAJUK LPKT. jgn pergi fikir benda-benda lain. Jika tajuk LPKT: PENINGKATAN KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA KECIL DI PASUKAN ASKAR WATANIAH RAWANG SELANGOR. Maka  Objektif umum ialah: Untuk meningkatkan kemahiran menembak senjata kecil.... 
  • masukkan perkataan UNTUK
  • kemudian tulis lagi.... Objektif utama ini akan di capai melalui tiga objektif khusus berikut... 
  1. mengenal pasti mengapa anggota kurang mahir dalam aspek menembak 
  2. mengenal pasti teknik latihan yang sesuai.  
  3. merancang langkah pertingkat kemahiran menembak


SKOP KAJIAN kajian ini menerangkan ruang-lingkup atau had atau 'kawasan' kajian kita. nak kaji apa, di mana, libatkan siapa, cara apa, tujuan apa.... dan berapa lama (tempuh kajian)

KEPENTNGAN KAJIAN. Mengapa atau bagaimana kajian ini PENTING kepada negara negeri jabatan masyarakat pasukan dan individu.

kalau saya tak bagi cth, cari lah dalam google.

The significance of a study is its importance. It refers to the contribution(s) to and impact of the study on a research field. The significance also signals who benefits from the research findings and how

Kepentingan sesuatu kajian ialah kepentingannya. Ia merujuk kepada sumbangan dan kesan kajian terhadap bidang penyelidikan. Kepentingan juga menandakan siapa yang mendapat manfaat daripada penemuan penyelidikan dan bagaimana   

NOTA PENTING

Berikut ni ialah siaran ulangan...PENYATAAN MASALAH baik  di tulis selepas kita senaraikan apa CADANGAN kita; yg kita tulis di  BAB 4. Ini ialah tips menulis penyataan masalah sebenarnya sebab caalon selalu buat silap atau beri masalah yg tiada kaitan dgn kajian.

Kenapa jd begini? Sebab majoriti kita mmg semula jd senang mencadang dari memikirkan masalah sebenar. Cth; jika kita mencadang anggota stor perlu hadir kursus memantapkan kemahiran mereka... bila kita tanya diri kita sendiri... mengapa?

Kita sendiri boleh jawab... sebab mereka kurang cekap, tidak kenal barang, tidak teliti, perlu di selia selalu, dan mcm2. Sebenarnya, apa yg kita tulis di atas ni, iaitu jawapan kpd soalan mengapa; sebenarnya, jawapan kepada mengapa ini adalah  PENYATAAN MASALAH. yg calon terngiang2 apa yg nak di tulis dlm penyataan masalah

Ulangan lagi...Selepas penyataan masalah, kita perlu tulis OBJEKTIF KAJIAN atau OBJEKTIF PROJEK. Objektif ini ada dua bahagian yang ramai orang tidak perasan. Objektif umum atau utama dan objektif spesifik.

Bagaimana kita nak tulis objektif ini supaya tepat dan kena. Sebenarnya, ia datang dari TAJUK LPKT kita. Jika tajuk kita ialah MENINGKATKAN KESELAMATAN KEM QUETTA. Maka objektif kita adalah..

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini ialah untuk meningkatkan keselamatan Kem Quetta, dan objektif ini akan di capai melalui objektif spesifik berikut:

  • Kenalpasti punca masalah keselamatan Kem Quetta.
  • Kenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah keselamatan kem.
  • Memileh langkah paling sesuai untuk atasi masalah keselamatan kem.

LAST SEKALI.... Bab 1 dan 2 dan 3 tidak ada perenggan KESIMPULAN atau RINGKASAN atau PENUTUP ya. Yg ada ialah tulisan yang sama saja isinya, tetapi ia tidak ada tajuk khas.

Cth; Bab ini telah memberi gambaran am hala tuju kajian ini khususnya masalah, objektif, skop dan kepentingan kajian ini kepada pasukan. 

Saya harap nota di atas dapat membantu tuan puan.

Klik kat bawah ini utk bacaan seterusnya.

LPKT BAB 2

HAL-HAL SEKURITI


LPKT BAB 3