28.7.19

BERKHATAN DI SABAH




Terdapat beribu Muslimin tanpa negara (stateless citizen) tinggal di Semporna Sabah. Majoriti asnaf ini tiada pendapa- tan tetap. Anak-anak mereka tidak bersekolah, tiada pendi- dikan ugama, tidak pandai gaji, solat dan tidak berkhatan. Mereka ini amat memerlukan bantuan. Kita yang dianugerah sedikit rezeki dapatlah kiranya berkongsi rezeki dengan orang seperti mereka; fakir miskin dan se agama.


Ada beberapa NGO dari Semenanjung Tanah Melayu bergerak terus ke sini dan memberi bantuan terus kepada penduduk melalui aktiviti dan kreativiti masing-masing. Ada yang menyediakan kelas agama dan ada yang memberi bantuan perubatan secara berterusan.

Saya secara peribadi telah mengurus sesi berkhatan pada 23 dan 24 March 2019 di surau Taman Sempaul, Semporna. 3 orang Pembantu Perubatan yang terlatih dan berpengalaman berkhatan dari Ipoh telah membantu menjayakan projek pertama ini. Di Taman Sempaul, Pengerusi surau, ust Kamil telah mengetuai petugas (guru-guru) membantu hingga selesai.

Syukur alhamdulillah kerana beberapa individu telah menghulur sumbangan (infaq) dalam menjayakan projek ini. Kutipan semua ngam untuk peralatan perubatan, tiket air asia, teksi, bas, homestay, dan makan untuk 4 orang kami. Sasaran kami adalah 90 orang tetapi hanya dapat 81 orang kerana remaja yang turut berkhatan memerlukan bius (ubat tahan sakit) lebih sukatannya dari kanak-kanak.

Dari pengalaman saya, kos kasar untuk berkhatan seorang kanak-kanak di Semporna ini adalah 150 ringgit setiap orang. Sedikit sumbangan yang diterima oleh ibu bapa peserta telah diberi kepada Surau An Nur Taman Sempaul kerana mereka telah mengeluarkan pelbagai belanja urus tadbir.

Pada hujung tahun ini kami merancang Program Khatan 2.0 pada 15 dan 16 Disember 2019 di Kg Bangau Bangau, Semporna. Sasaran kami ialah 100 orang peserta. Keperluan belanja kasarnya adalah 15 ribu ringgit. Sudilah kiranya  tuan-tuan dapat menghulur sedikit wang, tidak kira sedikit mana jumlahnya bagi menjayakan projek ini.

Terima kasih.


7.7.19

RPEL SOALAN / PENILAIAN AMALI BIDANG KESELAMATAN

JIKA saya yg di minta buat soalan.......

tuan akan di uji level 2, level 3 dan level 4....sekali gus. Ini kehendak PERHEBAT dan JPK.

maknanya akan ada ayat...ANDA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN. ANDA SEBAGAI PENYELIA KESELAMATAN. dan ANDA SEBAGAI EKSEKUTIF KESELAMATAN....


soalannya mudah jer...

1. ANDA BERTUGAS UNTUK MERONDA. Apakah......
2. ANDA BERTUGAS DI POS UTAMA (gate depan). Apakah....

Itu soalan kpd Pengawal Keselamatan. Jika lihat dlm NOSS, ia terlingkup dlm SECURITY PATROLLING (DS 010 2013 C02) dan dlm PREMISE ACCESS EXIT CONTROL (DS 010 2013 C01) Dlm blogspot lain, saya dh terangkan dgn agak terperinci.

Tolong baca dan faham bahagian CU Descriptor. Ia memberi penerangan yg jelas... seorang yang TRAMPIL atau COMPETENT...mesti lah..... (tertulis di situ)

makna kata; kalau tuan penuhi apa yg dia terangkan kat situ...maka tuan telah LULUS atau TRAMPIL.. dlm RPEL, soalannya tetap sama utk semua orang sehinggalah JPK putuskan mahu tukar soalan. Isunya, tahukah tuan buat apa yg di suruh.

Tak logik kalau soalan semua sama! Beginilah, kalau anda di uji membuka dan memasang senjata dlm masa 3 minit... Bagaimana mereka hendak buat soalan lain jika itulah kemahiran asas anggota dan pegawai tentera. Nah! samalah dgn RPEL ini.. sama juga dgn ujian memandu kereta.. Ia tak akan berubah sehingga JPK mahu ubah.

MERONDA
Jika kita baca; ada taklimat (apa isinya), terima peralatan (apa alatannya, apa prosesnya) dan pergi meronda. Baca dan faham dan lihat apa perlu buat dlm setiap proses. 

Jika jumpa pagar pecah, atau kawasan telah di ceroboh, tuan hendak buat apa? Call Penyelia? Anda gagal jika tadi terlupa nak periksa walkie talkie boleh di gunakan atau tidak! Anda masuk ke dlm dewan/pejabat, tiba-tiba elektrik terputus dan gelap gulita. Anda gagal kerana fikir ronda siang tidak perlu bawa lampu suloh.

ingat! apabila kita terima senjata, perkara pertama ialah buat langkah keselamatan. cabut kelopak, cekah dan lihat dlm kurung ada peluru atau tidak. periksa juga dlm kelopak, ada peluru tak. Sebagai pengawal bila terima walkie talkie, tentulaah kena periksa boleh guna atau tidak. buat radio check. lampu suloh boleh guna atau tak? 

tips tambahan. Jika jumpa pagar pecah dll, terus call Penyelia, maklum kat dia. Kemudian cuba tutup pagar. Jika tak boleh minta bantuan sebab anda tidak boleh tinggalkan pagar pecah terbiar.

Jangan lupa, semasa meronda sentiasa lapor kpd Penyelia anda di mana. Di pos 2 pos 3 dll.

soalan cepumas. Mengapa ronda malam mesti 2 orang.

KAWAL POS DEPAN
Kawal di sini maksudnya 'control'. Bukan mengawal atau 'guarding'. Ada pelawat, ada kenderaan keluar masuk, staf keluar masuk dan barang keluar masuk. Hati2 sbb akan ada orang cuba seludup barang keluar.

ambil IC, tulis butir pelawat. kemudian serahkan IC. Minta lesen memandu kemudian baru serah Pas Keselamatan masuk kem. Dlm undang2 msia, tak boleh simpan IC orang. Kita minta IC nak tulis butir pelawat, bukan nak ambil IC. Kita cagarkan lesen memandu supaya dia serah balik Pas Keselamatan.

Kenapa tak suruh dia tulis sendiri? Sebab dia akan tulis cincai buncai... kita pun susah nak baca.

Jika orang boleh masuk keluar dgn bebas, anda gagal. Jika barang dpt di seludup keluar anda gagal. Jika anda lupa bagi pas pelawat anda gagal. Jika anda gagal catit butir pelawat dlm buka anda gagal.

Selamat Berjaya!

Jika tidak faham, sila wasap saya. 019 275 0075

Sekarang ... ANDA SEBAGAI SEORANG PENYELIA KESELAMATAN.... sila sediakan jadual ronda! bagaimana anda hendak selia pengawal utk tentukan dia tidak ponteng semasa meronda. jika ada pergaduhan di Pos Utama, apa anda akan buat?  Saya akan siasat, cari fakta dan kemudian akan mencadang kpd Pengurus saya.