Terdapat beribu
Muslimin tanpa negara (stateless citizen) tinggal di Semporna Sabah. Majoriti asnaf
ini tiada pendapa- tan tetap. Anak-anak mereka tidak bersekolah, tiada pendi- dikan
ugama, tidak pandai gaji, solat dan tidak berkhatan. Mereka ini amat
memerlukan bantuan. Kita yang dianugerah sedikit rezeki dapatlah kiranya berkongsi
rezeki dengan orang seperti mereka; fakir miskin dan se agama.
Ada beberapa NGO
dari Semenanjung Tanah Melayu bergerak terus ke sini dan memberi bantuan terus
kepada penduduk melalui aktiviti dan kreativiti masing-masing. Ada yang
menyediakan kelas agama dan ada yang memberi bantuan perubatan secara berterusan.
Saya secara peribadi
telah mengurus sesi berkhatan pada 23 dan 24 March 2019 di surau Taman Sempaul,
Semporna. 3 orang Pembantu Perubatan yang terlatih dan berpengalaman berkhatan dari
Ipoh telah membantu menjayakan projek pertama ini. Di Taman Sempaul, Pengerusi
surau, ust Kamil telah mengetuai petugas (guru-guru) membantu hingga selesai.
Syukur alhamdulillah
kerana beberapa individu telah menghulur sumbangan (infaq) dalam menjayakan
projek ini. Kutipan semua ngam untuk peralatan perubatan, tiket air asia,
teksi, bas, homestay, dan makan untuk 4 orang kami. Sasaran kami adalah 90
orang tetapi hanya dapat 81 orang kerana remaja yang turut berkhatan memerlukan
bius (ubat tahan sakit) lebih sukatannya dari kanak-kanak.
Dari pengalaman
saya, kos kasar untuk berkhatan seorang kanak-kanak di Semporna ini adalah 150
ringgit setiap orang. Sedikit sumbangan yang diterima oleh ibu bapa peserta telah
diberi kepada Surau An Nur Taman Sempaul kerana mereka telah mengeluarkan
pelbagai belanja urus tadbir.
Pada hujung tahun
ini kami merancang Program Khatan 2.0 pada 15 dan 16 Disember 2019 di Kg Bangau
Bangau, Semporna. Sasaran kami ialah 100 orang peserta. Keperluan belanja kasarnya
adalah 15 ribu ringgit. Sudilah kiranya tuan-tuan dapat menghulur
sedikit wang, tidak kira sedikit mana jumlahnya bagi menjayakan projek ini.
Terima kasih.