Thursday, August 10, 2023

LPKT tips memudahkan

tajuk mudah tapi bagi orang lain... LPKT tu apa ya?

LPKT ada dua jenis atau dua format.... untuk DKM dan DLKM. bezanya sebab ada bab yang bertajuk Kajian Literatur. itu saja.

tips pertama. L maksudnya LAPORAN. jadi... LPKT ialah laporan. BUKAN satu kajian baru. ia menceritakan barang lepas.

TIPS KEDUA. kajian!  ada juga yg tanya.... projek tu apa pulak? saya bagi satu analogi.... projek perumahan. boleh bayangkan tak dlm projek perumahan ni ada byk aktiviti. OK... saya sebagai bos besar bagi projek ini, tugaskan tuan buat satu kajian. kajian mcm mana nak kurangkan kemalangan semasa buat projek perumahan ini. harap tuan faham beza projek dgn kajian.

jenis LPKT. kita fokus kpd format DKM dulu. kedua, berasaskan cara membuat kajian.... pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantitatif. BEZA BESAR; kuantitatif ada borang soal selidik, manakala kualitatif guna temuduga cara soalan terbuka.

METODOLOGI KUANTITATIF

Penemuan dan analisis yang kita tulis di BAB 3 beri tumpuan kepada angka dan statistik. Tujuan angka atau % akan beri gambaran setuju, tidak setuju dan lain-lainnya. Orang Malaysia suka tguk gambar, maka dia nak tguk pie chart, bar chart dan lain-lain, TETAPI tidak salah jika mahu buat jadual atau  kotak-kotak dan tulis ja... berapa % setuju dan berapa % tidak setuju.

Di bawah nanti ada contoh Jadual 1. Punca Kelemahan Keseluruhan

Ini boleh di buat untuk ganti pie chart, bar chart dan chart-chart lain.

Yang penting ialah 'Analisis' nya, pandai-pandailah menggoreng. Jika bagi saya, 75% setuju,  5% tidak setuju, dan 20% berada di tengah-tengah. Maka tuan goreng lah apa yang patut.

Cara mendapatkan data. Guna borang soal selidik.

Bilangan sampel. Ratus atau puluh atau semua populasi. Contohnya; anak buah Tuan ada 15 orang; kalau semua isi borang soal selidik, bermakna 100% responden telah isi borang soal selidik.

kesimpulannya.... kena bijak. Mahu buat sesuatu, bilangan responden yg di perlukan pun kena bijak dari awal.

METODOLOGI KUALITATIF

Ini pula beri tumpuan kepada pengalaman, perasaan, dan pandangan. Saya boleh katakan, majoriti peserta tidak mahu aktiviti ini di jalankan, tetapi pihak minoriti lebih berkuasa untuk buat keputusan, dan dengan sebab atau alasan yang sangat kukuh. Jadi? Sesuatu aktiviti di teruskan, walau hanya minoriti yang setuju! Bagaimana minoriti boleh ada kuasa? Tguk keadaan politik negara kita hari ini. Yang minoriti telah bergabung dan memerintah negara! 

Analisisnya atau sebabnya ialah dengan alasan-alasan yang sangat kukuh.

Cara mendapatkan data. Pemerhatian, penelitian dokumen dan soal-jawab.

Bilangan peserta atau informan. 3 hingga 5 orang pun sudah OK.

SESI jual ubat jap

jika boleh, buatlah LPKT pendekatan KUALIATIF iaitu cara temubual. ini adalah cara paling tepat, paling mudah. tiada carta pai (pie chart), tiada geraf, tiada borang soal selidik.

Bila di Bab 3, iaitu penemuan dan analisis, kita hanya paparkan rajah 7 di bawah ini.

    • TIPS KE TIGA

Tips ini sangat penting! Ramai PPT PPg dan PPL sangat keliru. Dan mangsanya ialah calon. PPT dan PPg tugas dia ngajar atau bimbing. PPL menilai. Selalunya, mereka ini bimbing, atau ajar atau nilai ikut kefahaman dia sendiri. Itu sebab ia selalu jadi masalah.

Sebenarnya, JPK ada keluarkan panduan yang sangat jelas. Tuan2 boleh lihat panduan menulis LPKT. Kemudian tenguk juga BORANG PEMARKAHAN.

Dalam panduan menulis, dan dalam borang pemarkahan bagi BAB 1, tidak ada perenggan LIMITASI KAJIAN/PROJEK. Ada PPT, PPg dan PPL akan tanya.... "Mana limitasi kamu?" Sila jawab begini.."Dalam panduan menulis LPKT dan dalam borang pemarkahan... tidak ada encik, kalau saya tulis pun tiada markah di situ".

Dan begitu juga dalam BAB 2, 3 dan 4. Sila lihat atau teliti panduan menulis dan pemarkahan.

Tips seterusnya. Tips 4. Jika kita lihat borang pemarkahan bagi BAB 3, tidak ada satu ayat pun, yang suruh beri markah atas pie chart, bar chart, dan lain-lain. Oleh itu, jangan susahkan diri dengan pie chart dan se angkatan denganya. 

Beri persembahan dalam bentuk rajah-rajah di bawah. Semua rajah ini ada dalam microsoft words.

 

Dalam Rajah 7, (kat atas ni) prestasi tugas pekerja di pengaruh oleh dua aspek yang di gambarkan. Tidak ada pun 'masalah pekerja tidak atau kurang terlatih', atau mempunyai 'sikap yang tidak elok'. (nampak tak bagaimana kita buat analisa?)

Yang saya utarakan ialah.... realiti. Nasihat saya jangan ikut sangat dengan nasihat si kitol. Ikut saja rasa hati kita sendiri.

Contoh: segelintir murid-murid sekarang kurang ajar (biadab). Kalau sopan pun, dia jadi malas bila nak minta tolong bersihkan bilik darjah. Puncanya? Kita sendiri pun dah tahu..... guru-guru tiada kuasa nak marah murih-murih. kedua.... guru-guru pun mula bersikap...'lantak ko lah'.....



Dan di dalam BAB 3, markah di beri kepada PENEMUAN atau DAPATAN, dan ANALISA. Usaha lah sendiri bagaimana mahu buat analisa atas semua dapatan kita. Tidak kira dari keputusan sola selidik atau dari temubual.

TIPS 5 Slaid power point. TOLONG sangat BUAT dan serahkan slaid kepada Penilai atau PPL dalam bentuk hitam putih. Tidak perlu warna warni kerana susah untuk di maju kpd JPK. Slaid hitam putih sudah mula di gunakan oleh orang lain dalam persembahan begini.

TIPS AKHIR tolong jangan guna toyol, atau LPKT orang terdahulu. Saya belajar dari orang lama, suruh calon baiki LPKT, jika tidak mahu,  sukarlah kita untuk tolong. .


terima kasih

MINTA BANTUAN.. sekali tuan klik kat iklan sebelah ni, saya dapat 1 sen.  

Klik tulisan biru kat bawah ini untuk bacaan seterus nya.

PANDUAN MENULIS LPKT