Friday, November 17, 2023

RPEL

TERKINI... JPK di tahap akhir untuk perkenal FORMAT BARU menggantikan LPKT. Khabarnya kuatkuasa Januari 2024. Tapi sehingga ini masih menunggu. Setidaknya.... maklumat yg kita terima... tiada lagi calun berseorangan... minima mesti 4 orang. Lagi.... pembimbing dan penilai adalah orang yang sama... untuk elak konflik antara PPT dan PPL. Sebenarnya, pendekatan baru ini untuk jimat peruntukan kewangan yang amat terhad.. 


RPEL ini punya banyak isu.... dari percuma hingga ke ribu-riban....ringgit. Jom kita lihat bagaimana mahu dapatkan DKM dengan mudah & masa sama.. jimat.

Samada buat sendiri atau melalui institusi sendiri atau luar, saya anggap semua nya bergantung kpd diri sendiri. Ringkasnya....SENDIRI lah!

Jalannya iaitu ikut rajah di atas... samada kita mahu terus dengan JPK melalui MYSPIKE. Atau mahu melalui INSTITUSI. Mudah cerita, Jika kita terus dengan JPK, maka yurannya ciput sahaja tanpa ada tambahan sana sini, dan birokrasi bagai.

institusi ni kita anggap sebagai orang tengah ler... itu jer maksudnya

TAPI... ada tapinya. Kita, bakal calun akan hadapi dua halangan; mahu buat PORTFOLIO dan LPKT yang sempurna mengikut kehendak JPK. Di sini kita perlu berguru, dan perlu korban sikit.

DAN jika mahu korban sikit pun kita nak berkira, maka lebih baik lupakan hasrat untuk dapatkan DKM. Itu saja nasihat ikhlas saya.

Halangan pertama; sila google sendiri apa itu JPK MYSPIKE LPKT dan lain-lain.. Tak lah... banyak sudah saya tulis, semua ada dalam blog ini..

INGATAN. Jika tuan baca blog saya seterusnya, maka dgn sendirinya; terus berasa kecut. Ubatnya... klik pada info tambahan di bawah utk redakan hati tuan.

Sila klik pada link di bawah untuk maklumat lanjut. 
INFO TAMBAHAN

Klik yg ini...MYSPIKE lepas tu lihat pada bahagian bawah, dan klik pada Pendaftaran Pengguna. Isi saja maklumat yang di kehendaki. Nah!! Tuan sudah di tahap pertama untuk berusaha untuk mendapatkan DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA. Jgn risau.... percuma semuanya sehingga lah kita daftar lagi sekali untuk buat sijil atau diploma ini.

klik  INFO PENTING bagi urusan terus dengan JPK. ada mcm2 di sini, penerangan ringkas dan mantap