Monday, September 3, 2018

RPEL PERHEBAT - YG IDEAL


Tahniah kpd mereka yg nak menjerumus ke dalam RPEL. Progrem ini ialah progrem untuk diplomakan mereka yang berpengalaman dlm bidang masing-masing.

Bagi seorang anggota tentera, semua layak sertai bidang sekuriti. Apa kelas buat bidang ini! Nanti sat... dalam apa2 kerjaya kat Msia ni, asal ada Diploma ja sudah kira OK.

Ada minah tu, ada ijazah kimia, tp kerja kat bank. Itu satu contoh. Ada sorang tu Dr perubatan, tapi jd PM sampai dua kali. Bagaimanapun, tahniah kerana berminat hendak tingkat taraf diri.

Sebenarnya PERHEBAT masa ini ada 32 bidang yg tuan puan boleh pileh. Masak, masaj, event management, logistik, admin, body guard, teknikal, scuba..mcm2 ada. Asal boleh buktikan tuan ada pengalaman tersebut melalui sijil dll, PERHEBAT akan benarkan.

.. sambung balik...Bila sudah terjerumus, lihat keliling dan kemudian muhasabah diri. Kak long boleh buat, tak kan aku tak boleh.

Nawaitu kena betul, kerana ia akan menumbang kpd kejayaan. Pendekatan saya mudah. Ngajar cara mudah. Cara awam terjun paracut. Tiga hari kursus, sudah boleh terjun.

LPKT atau kertas kerja yg kita perlu buat ada 4 Bab. Target saya, 4 hari sudah boleh siap. Ada orang sebulan pun belum tentu siap. Syaratnya, kena fokus. Kena hadir kelas maya.. google meet. 

Kena membaca. Baca kat mana? Kat sini lah. Ada banyak nota dan panduan yg saya sudah tulis. Rajin2 lah cari.

Tujuan dapatkan sijil:

  • cari kerja 
  • tunjuk kat anak-anak / kawan2
  • ikut ikut orang
  • naik pkt
  • naik gaji.... tapi semua tertakluk kpd rezeki masing2 yer..


Bila lulus, tuan puan akan dapat Diploma yg di iktiraf oleh kjaan, badan berkanun dan swasta. Mau langsung lanjut hingga universiti pun boleh guna.

MASALAH biasa tentera ni ialah tak biasa buat kertas kerja. Cari kemian, limau nipis, rendam dalam air. Minum. Kami cikgu2 yg budiman ini, insyaAllah dgn izin Allah akan cuba bantu tuan puan.

PROSES seterusnya akan saya info dlm kelas maya. Bila masuk kelas maya mesti nampak OK, nampak sado. Perut besar tidak apa, kami tak nampak. Kena nampak bijak dan pandai, walaupun gitu-gitu je. 

Selamat Berjaya

NOOR MOHAMAD 019 275 0075

Klik sini: