BAB 3 PENEMUAN DAN ANALISA
Dalam borang markah, hanya PENILAIAN, HASIL ANALISIS DAN RUMUSAN yang ada markah. Fokus yg ini sahaja, tapi pastikan tulisan kita mantap!
Saya akan tumpu kepada metodologi kualitatif sebagai cth untuk pos ini; iaitu LPKT BAB 3.
CONTOH Perenggan pembukaan bagi Bab 3 sebelum kita terang lanjut penilaian, hasil analisis dan rumusan adalah seperti berikut.
Semua data (maklum balas informan) telah di kumpul dan kategori mengikut tema tertentu. Tema utama ialah punca masalah, cadangan, dan maklumat lain. Seramai 5 orang informan telah di temubual secara santai menggunakan soalan terbuka (bermula dengan apa dan mengapa, dan cadangan tuan...). Kaedah ini memberi kebebasan kepada informan bercerita pengalaman mereka tanpa ada had seperti mana-mana soal selidik. Hasil analisis mendapati, organisasi ini tidak menghadapi masalah kritikal dan ia telah di perbaiki dengan mengubah pendekatan pengurusan dan kepimpinan.
PENILAIAN
Di dalam tiga masalah yang di bentangkan di Bab 1, iaitu masalah sikap pekerja, masalah SOP yang tidak kemaskini dan masalah disiplin pekerja; telah di selidik dan di dapati ia berpunca dari semua pihak yang berkenaan. Pengurus dan Penyelia kurang tegas manakala pekerja tidak berpuashati dengan suasana kerja.
Masalah yang dinyatakan hanya masalah sampingan yang timbul dari perkara di atas. Oleh itu, semua masalah di atas boleh di atasi dengan membaiki suasana kerja dan kempimpinan yang lebih tegas.
ini adalah penilaian yg paling ringkas yg calon boleh buat.
HASIL ANALISIS
Hok ni, remeh sikit.... dalam kajian kualitatif ada beberapa sumber maklumat atau data.... pemerhatian, dokumentasi, temubual, dan perbincangan (mungkin ada lagi). Dari setiap satu, kita tulis apa maklumat/data yg kita telah perolehi.
Cth:
Dari aspek pemerhatian, berikut ialah maklumat yang releven.....
seterusnya dari semua sumber
dari temubual
punca masalah. dari beberapa informan, mereka mengatakan......
cadangan. mereka mencadang.....
kalau malas, boleh jer di gabungkan semua maklumat. tak salah pun, asal kita bentangkan semua maklumat
RUMUSAN
ringkaskan semua di atas... DAN paling penting, dapat tak jawapan kepada semua masalah? DAN objektif semua tercapai tak? Kalau belum... sila reka ayat2 yg manis untuk cerita masalah dan objektif OK
nah siap BAB 3
TIPS TAMBAHAN
Hasil apa? Jumpa (ketemuan) apa?
Jumpa masalah sebenar. Cth: penemuan - mmg betul anggota cuai jalankan tugas. Lagi? rupa2nya sebab arahan kejap itu kejap ini. mengapa jadi begini? sebab tiada SOP, tiada tertulis di mana2, tugas pegawai dan PPT Kanan tentang cctv, tentang lampu. Lagi jumpa apa? PTT Kanan pun jarang menyelia anak buah mereka.
Hasil?
Tguk balik objektif spesifik kajian/projek kita. Ada tidak objektif kat situ yg terjawab atau tercapai.
Kat sini saya nak ulangkaji.... lihat slide JPK Cyberjaya ini; ada OBJEKTIF UMUM dan OBJEKTIF KHUSUS. Obj Umum ialah nama tajuk LPKT kita sendiri. Bagaimana nak capai objektif umum? Dengan mengadakan objektif khusus, atau lebih tepatnya, objektif spesifik.
Cth: Obj umum saya mahu masuk syurga. Bagaimana?
- Taat (akur) perintah Allah dan jauhi larangan Allah.
- Buat baik kpd semua orang.
- Sentiasa mencari ilmu hingga akhir hayat (iqra')
Cth obj di atas tiada kena mengena dgn tulisan saya kat sini, sekadar mahu tunjuk cara menulis obj saja.
Jika saya yg buat LPKT, utk elak tidak meraban atau jatuh ke laut dalam... saya fokus kpd objektif saya. Cth: Objektif pertama ialah untuk kenal pasti punca masalah.
Di sini saya senaraikan segala punca masalah yg berlaku:
- SOP tidak kemaskini,
- PTT Kanan jarang selia,
- Anggota pun ramai yg sikap sambil lewa sebab mahu di selia baru nak buat kerja,
- alat pun tak cukup, dan mcm2 lagi.
Nak bg cantik, saya buat rajah begini (cth saja).
Ringkasnya, dalam Bab 3 saya bentangkan apa yg saya sudah jumpa dalam kajian ini, dan saya fokus pembentangan ini yg berkaitan dgn obj saya saja. Obj ini berjaya atau tidak saya capai.
Saya sudah tahu semua perkara yg saya mahu tahu, di Bab 4 saya buat cadangan yang berkaitan dgn Bab 3 ini.
Selamat Berjaya
dua tiga hari lepas, sempena PRN 6 buah negeri akan dtg pada 12 Ogos 2023 ini, boss Berjaya di kaitkan dengan bekas MB Selangor. Kita tidak tahu apa cerita sebenar. Harap2 kjaan TEGAS dgn pemberi dan penerima rasuah.