Sunday, December 30, 2018

KREDIBILITI PENULIS ATAU AHLI POLITIK

fungsi utama propaganda, walau apa pun yg tuan mahu cakap, tidak berubah; iaitu to create or to destroy image, menaikan imej sasaran, atau menjahanamkan imej sasaran.

sasaran utama tentu lah orang awam atau massa. ini terdiri dari kawan kita [blue], musuh kita [red], fence sitters [orang yg tiada pendirian atau tak sokong mana-mana] dan sympathisers [yg kesihan kat mana-mana orang: contohnya kesihan kpd pendatang / pelarian].


bila sasaran utama 'di racun pemikiran' mereka; mereka akan berubah sikap. sikap A ke B. tapi 'hard core' susah mahu ubah. cor tanya orang2 tua yg sokong parti X, buat apa pun dia tidak akan ubah pemikirannya. di sebuah negeri, ada yg hingga sanggup cerai beraidan pecah saudara mara.

Shovel warna warni pun sudah cukup bahagia!

mereka....pembuat propaganda tidak kira apa kesannya [kesan negatif] kpd mangsa itu. kesan emosi, kekeluargaan, rumah tangga, nama baik, pendapatan, perniagaan, prestasi....Janji, matlamat mereka tercapai.

cerita itu tidak perlu pengesahan. tidak kira benar, fitnah, tipu atau rekaan.

pembuat propaganda ini merancang dgn teliti supaya propaganda itu tidak counter productive. sebab jika terlebih...orang akan hilang kepercayaan.

BAGAIMANA Islam buat tugas propaganda ini? dengan cara buat sukan neka, berpesta, bersuka ria, seluar ketat, pertandingan menyanyi muda hingga tua, tipu rakyat, curi duit rakyat, kotorkan masjid, tak bayar hutang tekun dan mara, tikam dari belakang, lepak2 sembang di masjid.... 


jadi... propaganda barat dan propaganda Islam berbeza caranya. Orang Islam boleh naikkan imej dia sendiri atau musnahkan imej dia sendiri. Tidak perlu kita bercakap tentang sahabat, tentang zaman keagungan dulu2. Kita hanya perlu cakap tentang hari ini. Sebab hari ini akan menentukan besuk lusa tulat dan tungging.

Baju puteri

صلى الله عليه وسلم

TRENDY....kita selalu terikut-ikut. Tidak salah asal ia baik. Tunjukkanlah yang baik kerana anda sedang buat tugas propaganda kpd muslimin dan muslimat. Kita semua ingin masuk syurga ingin jadi baik ingin berjaya...tetapi contoh yang ada sekeliling kita membawa kita ke laut. Jika pemimpin dan pendakwah serta raja dan sultan ingin ke laut, kita akan bawa anak isteri suami kita ke syurga.

wallahualam.