Apa Yang Mereka Lakukan Ketika Masih Dalam Perkhidmatan?
Pernahkah tuan terfikir, kenapa ada segelintir veteran tentera hidup senang, berniaga sendiri, dihormati dan berdikari - sedangkan yang lain tu bergelut selepas tamat perkhidmatan? Bagaimanapun kita akur dan redho terdapat veteran yang tercegat jaga gate kilang! Itu semua adalah tadbir Allah SWT.
Di sini saya ingin kongsi beberapa rahsia sebenar - berdasarkan pengalaman sebenar dan pemerhatian saya sendiri bagaimana seorang anggota tentera boleh mengatur strategi dari sekarang, untuk jadi veteran yang bukan sekadar 'bersara' tetapi berjaya.
Sebelum itu! SANGAT PENTING utk veteran mcm saya kena hadham! Saya bersara pada tahun 2000, sepanjang pengalaman kerja di sana sini selepas bersara, saya dapati rata-rata.... setiap anggota tentera, tidak kira pkt, setiap veteran ATM, tidak di iktiraf oleh mereka. Apa hal pula depa nak kesian atau nak bantu veteran ATM.
SEGALA bantuan yg veteran dpt hari ini adalah atas tekanan dan gasakan veteran sendiri melalui berbagai organisasi, dan sebab politik. Mau pancing undi... itu saja! Atau mau populariti. BUKTI? Saya tidak ada bukti tertulis, tp lihat lah keliling anda. Kesimpulannya.... tuan2 sekelian, kena usaha sendiri. PMAT 1970 tulis kita boleh mohon tanah. Ada depa kisah. Veteran di penjara kerana teroka tanah luas sekangkang kera.... ada orang politik dan peguam pejuang hak asasi manusia ambik kisah. Peneroka haram hutan simpan berpuluh ribu hektar luasnya utk tanam musang king, tidak di dakwa... ada depa kesah.
KESIMPULAN nya.... diam2 rancang dan laksana rancangan tuan ikut kemampuan dan keyakinan sendiri. Tuan dan saya kena BERDIKARI. Cuma jgn jd mcm depa... diam2 dpt tanah, diam2 dpt lesen, diam2 kaya-raya. Setitik pun tiada dlm hati nak tolong veteran lain yg pemalu, yang serba kurang. Saranan saya, jom la kita tolong veteran lain dan jgn kata depa malas atau penyegan.
Dan apabila tuan jadi veteran yg berjaya, baru la depa akan iktiraf tuan!
Tuan2 sekelian, tiada orang yg akan iktiraf individu yang hidupnya susah. Tak kira veteran atau awam. Itulah yg sebenarnya. Mau di tolong? Sampai bila depa nak tolong kita atau nak tolong orang susah. Persepsi mereka... orang yg susah ni pemalas.
PERSIAPAN BERSARA! Nak siap apa kalau tuan tidak tahu nak buat apa bila bersara nanti. Kalau dah tahu nak buat apa, di mana, berapa modal, apa kemahiran yang perlu, pengetahuan yang diperlukan..... mcm2 lagi.... baru lah tuan boleh buat persiapan.
Mau jd apa? Mcm2 kita boleh jd. Permulaannya, ringankan tulang, ringankan lidah, ubah sikap; dan cari kawan yg rajin berusaha untuk dpt singgit dua. Singgit dua ja... bukannya nak kaya raya. kwn yg rajin ni, mcm2 dia buat. Paling tidak pun dia tanah ubi kayu kat tanah kosong. 1 kg ubi kayu baru 4.50 kalau jual. Daun kunyit, bunga kantan, lengkuas, serai, semua boleh duit. Dpt la singgit dua. Bila dah rajin, tiba2 terfikir jom kita jual satey. Atau jom kita jual burger. Ada sorang anggota polis dekat rumah saya, pendapatan dia 20 ribu hinggit tiap bulan hasil jual burger. Betul ker ni. Dia ada 15 stall burger bang! Makin byk tuan teroka, semakin dekat tuan dgn apa kerja yg akan beri pendapatan sampingan yg lumayan. Nah! inilah dia persiapan persaraan yang paling mantap.
nak buat apa? pertama sekali hampir setiap individu ada keistimewaan sendiri. Gunting rambut. Buat lemang. Suka ternak ayam. Amat berminat nak bela kelulut. Pandai baiki motosikal. Mee rebus. dll. Kalau waktu ini ada rasa malas, setidaknya, masa cuti tahun, pergilah kursus untuk kembangkan kepakaran ternakan ayam. Sama ada kursus betul, atau kerja sambil belajar. Jika rajin sikit... bulan puasa nanti pasang khemah bakar lemang!
di mana? maksud nya lepas bersara nanti! saya gebang dulu yer. kalau nak niaga atau ternak ayam perlu ada tapak. tapak ni ada byk di kg. pekan kecik mcm kamunting tu pun dah susah nak cari tapak, kecuali rajin meneroka. Jadi? ini kesilapan besar byk askar. sebuk nak beli rumah teres baru atau terpakai. senang bha tu! betul senang, tapi perasan tak tuan telah tanggung kos buat jln raya, padang mainan, landskap, dan mcm2 lagi. itu sbb rumah teres mahal.
kalau beli tanah di kg? kalau lembik tengkok sikit, ia sangatlah murah. tuan2 mesti tidak tahu kita boleh ambik pinjaman perumahan kerajaan, 'beli tanah tapak rumah'. kalau beli tanah kebun? pun boleh sbb dlm undang2 kita di benar buat rumah di tanah kebun. betul ke? laaa itu lah cara saya beli tanah awal2 lagi masa sedang kerja, dan buat rumah 3 tahun sebelum bersara. aaah? kenapa mcm tu? sbb kita dlm askar tidak tahu bila kita akan kena posting. Apa saya buat; 3 tahun sebelum bersara, anak isteri saya sudah saya park di kg tersusun.
kemahiran pengetahuan dan pengalaman? ini tajuk pelik sikit. kita ada kemahiran pengetahuan dan pengalaman, TETAPI semua sudah karat. ada 2 pilihan, mahu bagi tajam balik atau cari benda baru.
Bangla masuk Msia, 3 tahun dah pandai ckp Melayu berbanding bangsa lain yg sudah 45 tahun menetap di sini. Dah boleh meniaga berbanding Melayu yg telah hidup di Malaya semenjak beranak.
Nak buat apa kalau hutang keliling pinggang, hari minggu nak pergi memancing, nak mkn di kedai, dan duit dlm bank ada 100 rgt, dan badan boyot mcm guni beras. Sebelum fikir apa aktiviti yang tuan nak buat, berhenti lah buang duit sana sini, beli moto besar, beli jersi bola, kasut adidas, pakaian berjenama, beli iphone, beli rumah besar, kereta mahal....
Hanya mereka yg stabil dlm kewangan yg boleh fikiran tenang bila dpt 10 ke 15 hinggit hasil perniagaan. Yg hutang keliling pinggang akan fikir sebaliknya. mana cukup bohh! Yg stabil, jika dpt 15 hinggit, akan merancang, mcm mana nak tambah pendapatan dia.
...kat bawah ni adalah cerita asal utk bacaan tuan
CITA-CITA TINGGI atau TIADA CITA-CITA. Paling tidak pun tiru orang. Ini lah kesilapan besar veteran tentera. Nak minta kerja... segan. Maruah terjejas. Nak berniaga tak pandai. Nak berkebun, nak ternak ayam, kambing....tiada tanah. Nak buat homestay... tiada rumah ke dua. Nak bawak GRAB.... tak ada kereta yang sesuai.
Ada sorang kenalan saya, bekas MT Sjn, buka kedai gunting di Taman Perpaduan, Tambun, Ipoh. Sentiasa ceria. Duit tak putus. Susah sangat ke nak buka kedai gunting? Ambil cuti 2 minggu, pergi belajar gunting rambut. Lepas tu gunting lah rambut dalam kem. Susah? Yaaa.... itu untuk peringkat prebet ja bang!
Sorang lagi... berhenti Kpl, sekarang kaya raya mengusaha kedai hawa dingin di Parit Buntar... ada 3 orang pekerja. Sorang lagi ternak ikan air tawar di lombong, di Kampar.
Semua pun tak cita tinggi, tak ada sijil. Semuanya bekas Askar Melayu yang tiada sijil teknikal.
Saya lihat di pekan Tg Rambutan ada lah veteran yang jual barang terpakai dan ada yang jual anak2 pokok. Alhamdulillah, mereka juga berusaha untuk cari makan.
MAHU KERJA DENGAN ORANG? Tguk la rezeki masing-masing. Saya tiada komen. Tapi bg diri saya sendiri, susah nak sesuaikan diri dgn sykt yang tak ikut SOP. Kawan buat salah, dadah, pil kuda, MC palsu, absent, bateri kereta hilang... semua tak di ambil tindakan. Yang kita ni, datang awal, balik lambat. Kerja siap. Tapi bos tguk kita mcm tak nampk ja....
Jika tuan masih berkhidmat dan mahu persaraan yang terhormat, bebas hutang dan bermaruah - tuan patut baca sampai habis.
Pada tahun 2023, presiden PVATM telah berkata 90% veteran tentera hidup di bawah garis kemiskinan. Sedihnya kadar kemiskinan negara Malaysia hanya 5 ke 6 %. Apa dh jd dgn veteran tentera? Pada tahun 2023, 40% lepasan PERHEBAT tidak ada pekerjaan.
Gaji tentera agak besar, dan elaun lumayan, TETAPI di mana sudahnya selepas bersara. Jika 5,000 anggota bersara dari ATM pada setiap tahun, 4,500 veteran orang akan kompom papa kedana! Persoalannya bagaimana 500 orang terus hidup selesa?
Jika kita beli rumah berharga 100 ribu, kasarnya kita perlu bayar 1,000 setiap bulan. Harga rumah hari ini, tidak kurang dari 200 ribu ringgit. Oleh itu bila Tuan bersara, gaji 8 ribu akan tinggal 4 ribu, kemudian tolak lagi hutang rumah, kereta dan lain-lain.... berapa sen yang tinggal dalam bank Tuan.
Dari gambaran kasar ini, Tuan sudah boleh agak, persiapan bersara bukan benda main-main. kakitangan kerajaan kerja selama 40 tahun atau bersara pada umur 60 tahun. Masuk umur 45 ke atas, kebanyakan mereka sudah stabil.
Tapi Tuan yang bersara antara umur 39 hingga 45 tahun terpaksa memulakan kehidupan baru. Mahu berniaga... 3 atau 6 bulan... bungkoih. Mahu cari kerja untuk menampung kekurangan? Kena berpisah dari keluarga dan tugas di bandar besar, manakala Tuan nak menetap di Lipis, di Macang, Jengka. Meniaga susah, nak kerja pun susah. Last last jd guard di sekolah menengah dekat rumah. Itu pun kalau ada kekosongan.
maksud PERSIAPAN PERSARAAN. maksudnya atau tujuannya, bila sampai tarikhnya, kita sudah bersedia untuk melangkah ke alam persaraan. BERSEDIA dlm berbagai hal!
Sebelum itu…. Apa kelebihan bekas anggota tentera? Tuan selalu kerja dengan tersusun. Cekap merancang dari mula hingga akhir. Maksudnya hingga semua peralatan di pastikan cukup, bersih dan di simpan dalam setor dengan rapi sebelum tugas Tuan dianggap selesai. Semasa saya kerja dengan awam, swasta atau kjaan, selepas sesuatu majlis, tiada siapa yang kisah dengan hal ehwal logistik, kebersihan dan keselamatan. Lantak komer lerr. Mahu tambah lagi... lejer inventori entah ke mana, dalam lejer kerusi ada 500 buah, bila di kira secara fizikal cuma ada 75 buah kerusi. Bila di tanya mana pergi kerusi-kerusi ni? oooo dah rosak.. dah buruk... kami beli baru Tuan! Lepas di teliti memang mereka tidak pernah buat pelupusan aset!
Banyak lagi kelebihan Tuan2 ni, nanti kemudian baru boleh cerita.
Keburukan dan kelemahan bekas tentera ada juga, bukan takdak. Jika berpangkat sikit... Kerja nya semua serah kat orang bawah. Itu perkara biasa yg saya jumpa. Ada yang cakap, pencen pun 4 angka... buat apa nak susah2 kerja lagi. Tunggu lah bila anak atau isteri kau sakit, anak nak masuk universiti, anak nak motosikal, kereta rosak. Masa itu baru tahu 4 angka tu cukup atau tidak.
Bang! Kenuri kawen hari ini, 15 ribu tu kira sikit tau!
Itu baru persiapan minda, iaitu bab kesedaran.
Dulu-dulu askar selalu kata, sijil besar poncho, tapi satu pun tak guna bila nak cari kerja. Sekarang ni pulak.... ada DKM (diploma kemahiran Malaysia) pun tak guna jugak.
KESIMPULAN nya... askar ni dari dlm servis hingga pencen asyik enjoy. Soalan saya.... bagaimana 10% lagi tu boleh berjaya? Depa buat apa la ni?
tekan tulisan ini unutk CERITA SETERUS nya