Friday, August 16, 2024

DLKM

 Dalam LPKT untuk level DLKM, ada satu bab iaitu KAJIAN LITERATUR. Maka ingin lah saya kongsi ilmu untuk buat Kajian Literatur ini. 

Oleh kerana ini ialah 'laporan'..(LPKT), maka Kajian Literatur ini nampak mcm drama sikit. Maknanya dalam laporan itu, kita perlu bentangkan kajian-kajian yang kita telah buat dalam melaksanakan projek kita itu.

'Kajian' Literatur 'cartoon'; bermaksud, calun cari difinasi segala macam terminologi yang ada dalam bidang dia, dan kemudian dia terangkan satu-persatu. Jelasnya 'cut and paste' lah. Cartoon nya lah.... kita kan nak buat 'kajian'. Kajian Literatur. Maka sepatutnya kita lihat apa yang orang lain telah buat, dan kemudian kita lihat apa yang bagus atau sesuai untuk kita adaptasi, dan sebaliknya. Ini lah maksud kajian. Kita kaji apa yang orang dah buat.

Katalah kita buat bidang sekuriti, kita dapati orang sekarang meronda mengguna bot dan dron. Persoalannya, ia sesuai ke utk kita adaptasi atau guna pakai. Tentu lah tidak (atas berbagai sebab). Tetapi apa yang kita telah pelajari di sini? Kita telah belajar bahawa menggunakan teknologi itu lebih baik atau lebih berkesan.

Sila klik sini untuk kasi pening sikit  maksud terprinci KAJIAN LITERATUR

MAAF saya mahu fokus kpd bidang SEKURITI. Tapi mana2 bidang pun boleh merujuk di sini, sebab saya nak kongsi teknik nya saja.

Sebelum itu, dalam bab KL ni (kajian literatur) penulis perlu kaji teori atau model atau kajian terdahulu. Nak kaji artikel pun boleh jugak. Maksud kaji tu ialah baca dan faham apa yang orang buat. 

Apa yg kita nak kaji? Pertama apakah cara atau teknik yang mereka guna untuk pertingkat keselamatan 'taman perumahan' atau gudang peluru atau apa saja. Teori apa yg mereka adaptasi. Kita kena kaji atau teliti paling minima 3 kajian atau teori atau artikel.

Dari kajian ini kita dapat idea bagaimana kita nak buat projek kita pulak. Dan dalam kajian ini mungkin kita akan perasan, ada aspek atau perkara yg mereka tertinggal. Atau mereka hanya kaji aspek logistik sahaja. 

Bagaimana kita nak buat projek kita? ini di sebut konsep kajian atau konsep projek. Apa yang kajian lepas tertinggal atau ada kelemahannya; ini kita sebut 'knowledge gap'.

Sebagai cth: 


APA TUJUAN kita buat KL (kajian literatur)? Tujuannya supaya kita dapat bangunkan konsep spt di atas. Konsep tu apa pulak? Konsep tu mcm kita nak buat kenduri, ada beberapa aspek yang penting bagi kita yang kita nak beri fokus.

Dlm konsep di atas, iaitu utk tingkatkan keselamatan gudang peluru; perkara yg penting kpd calun ini ialah, buat kajian keselamatan gudang peluru (inggerisnya security analysis atau security assessment), kemudian aspek kekuatan staf keselamatan, dan akhir sekali aspek alat dan teknologi.

Mcm mana konsep begini timbul? Timbul selepas calun baca beberapa kajian, artikel atau laporan.

Cth knowledge gap. Semua artikel yang di kaji telah fokus satau atau dua aspek secara berasingan, manakala kajian ini mengkaji beberapa aspek secara menyuluruh. Kedua, kajian yang lepas mengggunakan kaedah kuantitatif dengan soal selidik terhadap Pengawal Keselamatan manakala kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan akan mendapatkan pengalaman, pengetahuan dan cadangan dari semua peringkat staf keselamatan dan pelanggan.

Maaf ya, bila menulis tentang KL ini, akan menimbulkan sedikit kekelabuan di kalangan bakal calun DLKM. Al-maklum ini adalah bende baru bagi kita. Dan... jika terus mahu sediakan LPKT tahap sabun cap buruh, saya tiada kuasa untuk menghalang PPL untuk bagi tuan 'terampil'.

AKHIR SEKALI... pandai-pandailah guna ChatGPT untuk menyediakan KL yang mantap. Cumanya, ini juga perlukan pengetahuan teknikal yang betul kerana PakChat hanya patuh apa yg tuan suruh.  

antara rujukan bacaan

DeAngelis, K. J., Brent, B. O., & Ianni, D. (2011). The hidden cost of school security. Journal of Education Finance, 312-337.

 Ariffin, N. M., Abdul, F. A. M. A. F., Subramaniam, M. V., & Anthoysamy, L. (2024, March). SECURITY PERSONNEL MEASURES BY THE ROYAL MALAYSIA POLICE. In Security Innovation Conference (pp. 57-59).


BERSAMBUNG...