Thursday, August 1, 2024

AM 1

 RPEL?

Satu program pintas anjuran kjaan untuk dapat Diploma. Dah dapat diploma tidak berani mohon kerja sebab tak yakin. Sebab apa? Sebab maleh nak cari ilmu. 

Beginilah... ilmu dan pengalaman tidak sama ilmu di universiti atau pusat pengajian tinggi. Kalau ikut pengalaman... mengapa buat begini? Hang ikut jer lah! Itulah jawapannya. Kalau keluaran universiti.. jawabnya.. kalau tidak ikut begini, nanti anggota bawah tidak hormat kita. Memanglah ada banyak cara untuk selesaikan masalah ini, tapi kalau kita berbilang kaum dan agama.. inilah cara terbaik. Kalau anggota semua dah terlatih, lain caranya.

BERNIAGA

Bukan semua orang boleh berniaga. (termasuk diri saya). Tapi semua orang boleh cuba dan tguk OK ke tak. Sebab dunia perniagaan ini luas sangat. Jadi peraih (orang tengah), lain cara dia menipu. Buat air lain pulak cara dia menipu. Jadi cara menipu semua berbeza... buat rumah, jual ayam, buka restoran, catering, panjat kelapa, potong rumput... penuh dgn penipuan. Al maklum, kita sekarang di era fitnah. Tanda kiamat sudah dekat.

Anda mahu berniaga? Saya doa semoga anda faham maksud amal ma'ruf nahi mungkar. Dan semoga anda tergolong dalam kumpulan mugharabbin (dekat dgn Allah).

BERNIAGA adalah bersaing dgn diri sendiri. mahu selekeh mahu kemas, mahu busuk, mahu murah, mahu senyum dgn pelanggan, mahu cepat, mahu lembab, mahu lambat, mahu awal, mahu cuai, mahu mantap, mahu murah, mahu mahal... semua atas diri sendiri. Tidak perlu ayat gantung di dinding, kenduri, doa selamat, santau kawan... TAK PERLU. 

PAK CHAT (ChatGPT). Bagus sangat untuk tanya. Selamat pagi pak chat, saya mahu tanya, apakah perkara yg saya perlu pertimbang untuk melaksanakan kursus untuk pengawal keselamatan? nanti pak chat akan jawab. Lepas pakchat bagi jawapan, ucap terima kasih pak chat. Soalan seterusnya. Sila sediakan modul atau silibus untuk kursus selama 3 hari untuk pengawal keselamatan yang langsung tiada asas. mereka akan bertugas untuk kawal sebuah universiti. mereka berumur antara 25 hingga 30 tahun. Jumlah semua ada 20 orang termasuk 5 orang wanita. saya perlu fokus kepada keselamatan kampus dan semua yang berkaitan dengan nya.

SISWA TERBAIK

Baik dgn pustakwan, selalu tanya selalu minta tolong selalu hulur ole ole. Banyak ilmu boleh dapat di sini yang akan bantu anda dlm proses pembelajaran. 2. Bantu kawan yang nampak lembab dan bermasalah. 3. Bagi salam kpd semua, dari buruh sampai ke Prof. Jangan asyik tanya hal akademik, tanya juga hal peribadi. "best ke jadi prof ni Prof'? "Tak letih ke jadi cleaner dgn peel pelajar di sini kak"? "Ini kak saya ada kuih dan nasi lemak untuk kakak dan kawan2 kakak".

Siswa terbaik sekali sekali volunteer untuk kerja tambahan...

Siswa Smart. Tidak terlibat dgn tunjuk perasaan sana sini. Anda sebenarnya di peralatan oleh parti politik murahan. Depa akan huloq sagu hati dan belanja untuk buat poster ... siap sewa satu rumah utk kumpulan anda. Ramai sudah yg kecundang, dan ada yg akhirnya hegeh-hegeh cari kerja dgn pejabat kerajaan. Anda kena faham, semua staf di universiti hanya mahu cari makan.... kenapa nak kacau mereka. Matlamat anda mahu lulus. Itu saja.

Siswa smart join PALAPES. Elaun se lori you. Susah ker? Wey.. dah ramai orang lepas. Pasal anda pulak bermasalah. PALAPES adalah pluang utk masuk askar.  Lohhh situ pulak saya ni....  

Kenapa sini cerita pasal hal2 lain di awal cerita? Sebab siswa mantap bukan tahu pasal wayang cerita apa saja.... dia patut tahu isu isu lain juga. Mcm bab berniaga.... kalau anda kursus Diploma Perniagaan atau selanjutnya hingga buat Master... anda ingat pensyarah nak ajar ke tentang pesaingan sebenar. Anda akan di ajarkan tentang cara nak mengelak penipuan. TIDAK ADA. Anda akan di ajar dy/dx marketing mix, business strategy, mcm2 lagi. Tahukah anda tentang cukai dlm bisnes, tentang audit akaun anda, daftar syarikat dan cara nak elak cukai, penipuan dlm audit dll.