Wednesday, April 17, 2024

TAJUK LPKT SEKURITI

TOLONG BACA SLO SLO & CUBA FAHAM

hasrat saya bagi panduan ini sebab mahu bantu elak calon buat tajuk dan isi yg tersasar, serta tak kaitan dgn CU. Contoh; sebut ja CCTV calon letak bawah CU CMS. Letak ja kunci pergi kpd CU 01 Tahap 2... kunci setor, kunci rumah atau kunci kereta. yg ini mmg langsung tiada kaitan..

kita betulkan sikit... cctv yg ramai maksudkan telah jatuh kpd security operation resource  planning, iaitu peralatan untuk kawalan keselamatan. TAPI, kalau memberi tugas kpd control room atau bilik kawalan untuk kawal setiap cctv dan bertindak semasa kejadian.... itu barulah CMS, iaitu C06.

bila sebut pasal kunci, pada tahap 2, ia itu 'premise access control' kita perlu fokus kpd kawalan kunci di Balai Pengawal. Jika kita cerita pasal kunci rumah yang di kawal oleh pejabat perumahan, maka ia tiada kaitan dgn security.


kita lihat dulu CU yg berkaitan

1. C01 Security Operation Resource Planning. dlm isu ini kita patut cerita sumber-sumber operasi keselamatan. Biasa nya aspek logistik (alat & kenderaan) dan kekuatan pengawal utk mengawal sesuatu lokasi. Tapi boleh jugak nak cerita keselamatan masjid, balai pengawal, gudang peluru, taman perumahan, pejabat dan kilang. Dan dalam ceritaan ini wajib masukkan juga unsur logistik dan tenaga manusia.

apa yg biasa calon cerita di sini ialah bab operasi keselamatan....ini amat OK, tetapi kena ganding dgn peralatan utk operasi keselamatan ini termasuk keperluan tenaga manusia, jika mahu sentuh tentang latihan yg perlu di buat (cadangan tuan), maka sudah terganding dgn CU 08. Ini sangat lah bagus!

apa operasi keselamatan yg kita boleh cerita? jika di balai pengawal... kita ada fungsi utama.. kawalan kunci, kawalan keluar masuk individu dan kenderaan, kebersihan balai pengawal, pemeriksaan individu dan lori keluar masuk.... pengeluaran pas keselamatan, dan mcm2 lagi

2. C08 Staff Management. ini isu latihan/kursus, kebajikan dan disiplin. masalahnya, pengawal kurang cekap, kurang mahir dan sikap kurang baik.... Maka selepas di buat kajian, di dapati mereka ini perlu di latih semula. baik lah... kemudian baik kita terangkan atau bincang di Bab 3 dan Bab 4; latih semula apa? Latih semula hal khidmat pelanggan. Nampak tak? Kita sudah gandingkan dgn C07. Sebab dlm LPKT ini, harus ada dua atau tiga CU yg di gandingkan.

utk tahu lebih lanjut tentang apa yg kita boleh tulis, lihat dalam NOSS. yg tahu ajar yg kurang tahu. 

3. C04 Pentadbiran senjata api dan peluru. CU ini fokus kpd SOP senjata dan peluru, dan spesifikasi setor senjata. Saya bagi satu senario lain dari yg lain... semasa latihan menembak anggota tertukar senjata (ini contoh saja), kemudian selepas di buat kajian, di perkenal prosedur (SOP) simpanan senjata sementara di kawasan latihan. Maka masalah ini telah di selesaikan dan jadi amalan pasukan. Maka kita perkenal cara ambil senjata, guna, dan serah senjata. SEBAB dalam C04 ini, ada sebut pasai SOP senjata.

4. C05 CVIT. Ini isu mengiring duit, barang bernilai dan boleh juga mahu masuk pengiring VVIP.

5. C06 CMS. Ini isu kawalan berpusat.

6. C03 Security Coordination. 

7. C07 Customer Service. 

Perenggan 1 sampai 4 yg paling byk kita alami. Mudah nak fikir apa nak tulis. setiap isu mesti ada masalah, dan tuan puan sudah boleh fikir apa cadangan penyelesaian.

Ini ialah tips/panduan untuk mula cari tajuk. dari perenggan 1 hingga 7 di atas, apakah cadangan tuan2 dalam sesuatu isu? say abg cth;

bab training. kita hadir berbagai kursus atau latihan. tetapi (masalah nya), sikap dan kemahiran anggota tetap sama, atau spt tiada perubahan. cth; kejadian kemalangan di kalangan pemandu pasukan semakin tinggi. sila selesaikan. atau , di sebalik anggota buat rondaan keselamatan setiap malam, kejadian pecah pagar (ceroboh) tetap juga berlaku.

PENTING: Sila rujuk dgn pakar2 industri lain untuk elak kekeliruan

Selamat Berjaya 

bersambung 

KESILAPAN BIASA YG CALON SELALU BUAT

1. TIRU LPKT ORANG

ampun ya... sekali tguk dah tahu itu LPKT orang terdahulu. kalau tiru format orang pun TAK BOLEH sebab byk format yg ada tu...., jln cerita dia mmg tak logik. 

ciri-ciri LPKT dolu-dolu tu kan....intro lain, masalah lain, objektif lain, penemuan lain, dan cadangan pun lain jugak.


2. SENDIRI TAK FAHAM APA YG DIA BUAT


3. PENULISAN / CERITA YG TAK LOGIK (tak boleh terima akal). masalah; pasukan tidak ada bas. cadangan; pasukan perlu beli sebuah bas. tak cukup orang. cadangan; tambah orang. SAMI VELLU kata... ini sume orang gila punya kerja.

kata lah kita ada satu cadangan; anggota yag bertugas di gudang peluru perlu di beri latihan semula supaya mereka lebih cekap.

dari sini, masalah yg kita boleh fikir ada banyak. cuai, sikap negatif, selekeh, perluru latihan dan peluru operasi bercampur aduk. bin kad tidak kemaskini.... inilah masalh sebenar dan yg sepatutnya.

jgn lah tulis anggota kurang latihan; cadangan; anggota perlu di latih semula.

4. WARNA WARNI mcm TADIKA

bila LPKT warna warni (carta dan rajah), maka kena lah print warna, DAN slide pun kena warna jugak. SAHABAT sekelian, tak perlu lah nak warna warni sangat. sikit-sikit sudah lah. SLIDE tuan2 baik buat hitam putih, sebab ia perlu di hantar kpd PPL (Penilai) utk di hantar ke JPK. Semua dlm pdf.file

5. tak mahu nak faham keperluan JPK