Sunday, June 8, 2025

LPKT cara buat

Bukan momok bukan iklan. Kalau tuan di ajar buat LPKT guna AI, dgn izin Allah SWT, mungkin satu hari ja dah boleh siap. Tapi kalau untuk DLKM, mungkin lebih. MASALAHnya apabila kita buat LPKT guna AI, ia mesti  secara terbimbing (guided approach). Sbb tak semua orang tau guna AI dgn cara yg tepat, atau ia akan bawa kita ke laut. Jika silap tanya, atau pertanyaan / permintaan tidak tepat, AI akan kompius.

Ada byk AI percuma atau berbayar di pasaran yang kita boleh guna. Bagaimanapun, saya ingin kongsi beberapa perkara utama apabila sediakan LPKT khusus utk DKM.

ehhh kat blog lain pun saya dah cerita bende yg sama. Ya betul, tapi di sini, saya mau kaitkan dgn AI.

Ada 4 bab, dan setiap bab mesti berhubung kait. Jika saya jd PPL, kaitan antara setiap bab adalah perkara utama yg saya lihat. PENYATAAN MASALAH, iaitu apa saja masalah yg tuan perkenalkan, ada di sentuh juga di Bab 3 dan di Bab 4. 

Cth; di penyataan masalah...pengawal sedia ada di dapati biadab, tidak cekap bertugas, dan tiada komitmen dengan kerja. Di Bab 3, iaitu analisa dan penemuan; mendapati punca segala masalah di kalangan pengawal ialah kerana penyeliaan yang tidak ada hala tuju, tidak tegas, dan pengawal tidak diberi latihan. Di Bab 4, kita cadangkan, Pengurus, Pegawai dan Penyelia Keselamatan wajib hadir kursus tadbir-urus yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan.

Nampak tak kaitan antara semua bab berkenaan. Jika LPKT tuan tidak memenuhi keperluan di atas, mungkin besar LPKT ini akan gagal. Mudah ja utk PPL komen, masalah yang dinyatakan, telah tidak di selesaikan atau tidak di atasi. Sila rujuk panduan pemarkahan atau panduan menulis LPKT oleh JPK.

itu adalah komen biasa bagi PPL yg berpengalaman dan berpengetahuan.

PANDUAN UTAMA buat LPKT. cari sendiri atau tnya dengan pembimbing, apa yang mereka nilai LPKT saya ni. kalau jawapan dia aaa. aaaa.  aaaaa. Baik rujuk dgn borang penilaian. Saya nak bagi tahu, kalau format kita salah, silap2 terus gagal. Kedua; markah paling byk ialah di Bab 1. Bab 2 hnya nak nilai Gantt Chart dan proses kajian. yg lain cari lah sendiri

dah tahu apa yg depa nilai, baru lah tahu apa yg kita nak fokus. kita ni asyik asyik buat pie-chart. kemudian nak buat soal-selidik. 

TIPS guna AI. PERTAMA. guna ayat ini.."tajuk LPKT saya ialah xxxx, dan dalam Bab 4 saya ingin cadangan perkara-perkara berikut.xxxxx. Berasaskan tajuk dan cadangan saya, sila tulis PERNYATAAN MASALAH, dan tulis beberapa masalah yang timbul sehingga cadangan ini boleh timbul"

Sudah ramai ahli akademik menyokong penggunaan AI sebab AI ni ialah alat.  amaran... jika tidak pandai guna, tuan tidak akan dapat jawapan yg kita perlukan. ia akan meraban raban.

biasanya... jika tidak guna AI, begini.... saya pernah baca satu LPKT, cadangan dia...'pasang grill pada pintu utama Pejabat Panglima'. Saya tanya dia, mengapa? Dia jwb sebab tiada grill!!! NAH ITU LAH SEBABNYA kita mau guna AI. Utk elak rasa bodo sombong. Mengapa kamu nak kawen? Sbb nak main. Mengapa nak beli kereta? Sbb nak guna untuk balik kg masa raya. Kg hang mana? Aloq Setaq. Hang tugas di mana? Di Kuching!

Kalau kita tanya AI sbb apa perlu pasang grill. Dia akan jawab [1] beberapa kejadian pecah pejabat telah berlaku di tempat lain [2] bahan pintu ini kurang berkualiti dan mudah untuk di ceroboh atau paksa masuk [3] sebab keliling kawasan ini kurang selamat... 

Mudahnya jawapan yg AI beri, mengapa kita tidak terfikir begitu? Sbb masa tu kita gelabah. Ikut suka jwb jer.... DAN itu lah sbb kita nak buat LPKT guna AI. Bukan nak meniru, tetapi untuk bantuan fikir secara logik. Lagi satu... kita belum pernah buat satu laporan dlm bentuk satu kajian, dan iai pulak dlm format sebuah tesis.

OK saya stop di sini dulu yer.

Tapi jika mau info selanjutnya atau sesiapa yang mahu saya ajar guna AI utk siapkan LPKT, sila hubungi saya. 019 275 0075

klik kat tulisan biru ni: cara mudah tulis LPKT