Hakikatnya Amerika dan Israel akhirnya kalah juga dengan Iran. Bukti - pendekatan perang hari ini terlalu menyeluruh; meliputi darat laut udara, dan teknologi canggih tapi murah. Kaum Houthi dan Yemen pula sedia untuk sama-sama angkat senjata walaupun berselipar dan berkain pelikat.
Di awal waktu - musuh yang berada dalam negara wajib dihapuskan. Mula nya ramai perisik MOSSAD di tangkap dan dihapuskan. Tup-tup Rakyat Thailand dan India sama-sama berperang bersama IDF membunuh wanita dan kana-kanak di Gaza. Baru semua sedar ada sokongan dua negara jiran kita ini ke atas "genocidal state". Perisikan kita juga mungkin sudah kenal perisik dari luar negara dan rakyat tempatan yang aktif di negara kita.
Apapun yang sedang berlaku di sana dan di nusantara, pastinya ATM dan PDRM sedang sentiasa monitor dan ambil pengajaran.
Persoalannya, pekerja sementara atau berpenggal di putra jaya nun faham ke tentang kedaulatan dan keselamatan negara, serta ancaman luar dan dalam. Mereka faham ka bahawa Dasar Perpaduan Negara jika tidak terkawal akan sebabkan keselamatan dalam negara akan jadi huru hara. Kartel yang tidak di hapuskan juga merupakan ancaman antara yang paling besar, seangkatan dengan pengkhianat negara yang masih bebas selepas mencuri berbilion Ringgit.
Selain dari tidak peduli dgn keselamatan negara dan keupayaan pasukan keselamatan, sudah sampai masa juga untuk semua anggota ATM diajar melakukan ibadah di mesjid dengan cara yang betul, memahami semua yang di baca, boleh mengaji Quran, hafal ayat-ayat lazim, dan KAGAT menumpu sepenuhnya tugas ini dan bukannya tiba-tiba menjadi jututerbang, yg bertentangan dengan niat mereka menyertai ATM - iaitu untuk membantu kuatkan aqidah dan teguhkan iman anggota ATM.
Kerana persediaan perang bukan bergantung kpd badan yg sado spt askar US, tetapi mereka yang teguh imannya seperti Ansarullah.