Sunday, May 24, 2026

Persiapan Bersara - JANGAN TUNGGU 5 TAHUN SEBELUM BERSARA


Jangan Tunggu Dekat Nak Pencen Baru Kelam-Kabut Cari Kerja

Ramai anggota tentera mula berfikir tentang masa depan hanya beberapa bulan sebelum tarikh persaraan.

Hakikatnya... Pada masa itu, semuanya sudah agak terlambat. Dan yg sebenarnya, pada tahun 1955 seorang pengkaji bernama Kelly sudah menulis bahawa persiapan bersara bermula apa kita terima gaji pertama. 

Begitu juga di kalangan kita... orang Jawa di Johor Perak Pahang atau di mana saja sentiasa berusaha menambah pendapatan melalui usaha, ilmu dan pengalaman.

Orang awam biasanya bersara sekitar umur 60 tahun. Mereka sudah lama membina kerjaya, mengumpul simpanan dan mempunyai rangkaian kenalan. Tetapi bagi anggota tentera, terutama anggota lain-lain pangkat, ramai menamatkan perkhidmatan ketika berusia antara 39 hingga 45 tahun.

Umur masih muda - Tenaga masih kuat - Anak-anak masih bersekolah - Pinjaman rumah dan kenderaan mungkin belum selesai. Tetapi kerjaya dalam tentera sudah berakhir.

Di sinilah bermulanya satu kehidupan baharu.

Malangnya, kehidupan baharu itu bukan semudah yang disangka. Ramai yang mendapati sukar memperoleh pekerjaan yang sesuai. Ada yang terpaksa menerima gaji jauh lebih rendah. Ada yang bekerja mengikut syif walaupun sebelum ini memimpin anggota. Ada pula yang kecewa kerana pengalaman puluhan tahun dalam tentera tidak begitu dihargai oleh majikan swasta.

Sebab itu saya selalu berpesan...

Jangan tunggu pencen baru hendak membina masa depan.

Langkah Pertama: Ubah Sikap

Ramai orang menyangka kejayaan bergantung pada sijil atau pengalaman. Saya tidak setuju sepenuhnya. Perkara pertama yang perlu diubah ialah sikapKurangkan rasa ego. Kurangkan sikap "aku dah tahu." Kurangkan rasa malu untuk belajar daripada orang yang lebih muda.

Sebaliknya...

Jadilah orang yang mudah didekati - Rajin bertanya - Suka membantu - Sentiasa ingin belajar perkara baharu.

Saya pernah bertemu ramai orang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi, tetapi hidup mereka berjaya kerana mereka sentiasa belajar. Sebaliknya, saya juga pernah melihat orang yang mempunyai jawatan besar, tetapi gagal menyesuaikan diri selepas bersara kerana merasakan pengalaman mereka sahaja sudah mencukupi.

Dalam dunia sebenar, ilmu sentiasa berubah - Kalau kita berhenti belajar, kita sebenarnya sedang ketinggalan.

Jangan Malu Bermula Dari Bawah

Ramai bekas tentera sebenarnya mempunyai disiplin, kepimpinan dan daya tahan yang tinggi. Tetapi ada satu perkara yang kadang-kadang menghalang kita.

Ego.

Ada yang merasakan dirinya pernah menjadi pegawai atau ketua. Lalu sukar menerima hakikat bahawa di tempat baharu dia perlu belajar semula. Percayalah... Tiada siapa menjadi usahawan berjaya hanya kerana pangkat yang pernah dipakai. Semua orang bermula sebagai pelajar.

Ilmu Ada Di Mana-Mana

Hari ini peluang belajar jauh lebih mudah berbanding dahulu. Kerajaan menyediakan pelbagai latihan yang kebanyakannya percuma atau dengan bayaran yang sangat rendah.

Antaranya ialah:

  • TVET Malaysia
  • GIATMARA
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  • e-LATiH HRD Corp
  • Rakyat Digital
  • Upskill Malaysia
  • MOOCs Malaysia
  • Program pembangunan usahawan
  • Latihan pertanian, penternakan dan industri makanan
  • Kursus teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI)

Ramai tidak tahu peluang ini wujud. Ada yang tahu, tetapi berkata, "Nantilah..."

Ada pula yang malu kerana perlu belajar bersama peserta yang jauh lebih muda. Sebenarnya, tidak ada istilah terlambat untuk belajar. Yang terlambat ialah apabila kita sedar pentingnya ilmu selepas peluang itu berlalu.

Diploma Yang Ramai Tidak Tahu

Ramai menyangka diploma hanya boleh diperoleh melalui universiti. Sebenarnya tidak. Ramai juga tidak mengetahui tentang Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)DKM ialah diploma kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Apa yang menarik, pembelajarannya lebih menumpukan kepada latihan praktikal berbanding teori. Bagi anggota tentera yang lebih gemar bekerja menggunakan kemahiran sebenar, laluan ini sangat sesuai. Lebih penting lagi, DKM juga boleh menjadi jambatan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Cuma nasihat saya - teliti dulu lihat yuran untuk sertai DKM di PERHEBAT, dan yg paling penting... adakah tuan punya nilai-nilai seorang pemimpin yang berilmu sebenarnya, yang yakin diri boleh, boleh buat kertas kerja ..... (tahu guna komputer). 

Saya nasihat begini sebab pernah bertanya kpd seorang veteran yang ada DKM, "Hang tak mau mohon jawatan kosong ni ka?" dia jawab jujur ikhlas, "Saya pun tak konfiden la sahabat".

Belajar Bukan Semestinya Dalam Bilik Kuliah

Ilmu tidak hanya ada di universiti.

Ilmu juga ada di ladang. Di bengkel. Di tapak projek. Di pasar malam. Di ekspo pertanian. Di pameran keusahawanan.

Kalau ada peluang menghadiri kursus penternakan ayam, kelulut, tanaman fertigasi atau pemprosesan makanan, pergilah.

Walaupun kita tidak bercadang menjadi penternak, sekurang-kurangnya kita memahami bagaimana orang lain menjana pendapatan. Kadang-kadang satu kursus sehari mampu membuka peluang yang tidak pernah kita bayangkan.

Hari ini saya ternak lebih kurang 50 ekor ayam kg + ayam hutan. Sepasang ayam hutan di pasaran berharga 100 ke 200 ringgit. Mulanya saya beli telur ayam hutan dari seorang kenalan - kemudian tumpang ayam kg yg sedang mengeram. Pertama kali saya dapat 13 ekor anak ayam hutan. Di situ lah saya mula 'bermain' dgn ayam hutan. 

Kepada Anggota Yang Masih Berkhidmat

Inilah pesanan saya. Gunakan cuti tahunan dengan bijak. Sesekali, gantikan percutian dengan menghadiri kursus. Belajar satu kemahiran baharu. Kenal orang baharu. Bina rangkaian. Percayalah... Ilmu yang kita cari hari ini mungkin menjadi sumber rezeki lima tahun lagi.

Cari "Skuad" Yang Sama Impian

Satu perkara yang saya belajar sepanjang berkhidmat ialah... Kita jarang berjaya seorang diri. Kalau ada tiga atau empat orang yang mempunyai impian yang sama, berkawanlah. Pergi kursus bersama. Melawat ekspo bersama. Bincang idea bersama. Mungkin seorang pandai berniaga. Seorang lagi mahir menggunakan komputer. Seorang lagi pandai berkomunikasi.

Apabila digabungkan, kekuatan itu menjadi jauh lebih besar.

Akhir Sekali...

Apa yang saya kongsikan di sini hanyalah sebahagian kecil daripada peluang yang ada. Masih banyak lagi yang boleh diterokai. Tetapi semuanya bermula dengan satu langkah.Rajin bertanya...walaupun pd seorang orang asli yg jual petai dan durian. 

Rajin membaca. Rajin mencari pengalaman. Dan apabila pergi ke pasar malam, jangan sekadar membeli. Perhatikan bagaimana mereka berniaga. Bagaimana mereka melayan pelanggan. Bagaimana mereka menyusun barang. Bagaimana mereka menarik perhatian orang. Siapa tahu...

Suatu hari nanti gerai yang dikunjungi orang itu mungkin milik kita pula. Kerana rezeki bukan datang kepada orang yang menunggu. Rezeki lebih sering datang kepada orang yang berusaha mencarinya.

Jangan Lupa IKMa – Tempat Belajar Berniaga Dengan Kos Yang Sangat Rendah

Ada satu lagi institusi yang saya rasa ramai anggota tentera tidak pernah dengar, apatah lagi memanfaatkannya. Namanya Institut Koperasi Malaysia (IKMa).Bila sebut koperasi, ramai terus terbayang kedai Koperasi Tentera. Sebenarnya dunia koperasi jauh lebih besar daripada itu.

Hari ini, banyak koperasi di Malaysia menguruskan perniagaan bernilai jutaan ringgit dalam bidang peruncitan, pembinaan, pelancongan, pertanian, hartanah, kewangan, logistik dan pelbagai lagi.

Kalau kita bercadang untuk berniaga selepas bersara, memahami bagaimana koperasi diuruskan adalah satu kelebihan yang sangat besar.

Di IKMa, peserta boleh mengikuti pelbagai kursus berkaitan:

  • Cara menubuhkan dan mengurus koperasi.
  • Tadbir urus Ahli Lembaga Koperasi (ALK).
  • Pengurusan kewangan koperasi.
  • Keusahawanan dan pembangunan perniagaan.
  • Pemasaran dan strategi perniagaan.
  • Kepimpinan organisasi.
  • Pengurusan projek.
  • Kursus secara bersemuka dan juga dalam talian.

Apa yang paling menarik ialah yuran kursusnya.

Bagi ahli koperasi, banyak kursus asas hanya sekitar RM50, kursus dalam talian ada yang bermula sekitar RM20, malah dari semasa ke semasa terdapat juga program dan seminar yang ditawarkan secara percuma atau pada kadar yang sangat rendah.

Kalau dibandingkan dengan kursus swasta yang mengenakan bayaran ratusan atau ribuan ringgit, saya selalu kata...

"Yuran IKMa ini hampir tidak masuk akal murahnya." Persoalannya bukan ada atau tiada peluang. Persoalannya...

Adakah kita benar-benar mahu belajar?

Saya juga ingin memberi satu cadangan kepada anggota yang masih berkhidmat. Kalau koperasi kem atau koperasi pasukan anda mencari Ahli Lembaga Koperasi yang baharu, jangan cepat menolak. Tawarkan diri.

Belajar bagaimana mesyuarat dijalankan. Belajar membaca penyata kewangan. Belajar membuat keputusan pelaburan. Belajar mengurus aset dan ahli.

Semua pengalaman ini mungkin tidak digunakan ketika masih memakai uniform. Tetapi selepas bersara nanti, pengalaman inilah yang boleh membuka pintu menjadi pengurus koperasi, perunding, usahawan atau Ahli Lembaga Koperasi di tempat lain.

Percayalah... Ilmu koperasi bukan hanya untuk orang koperasi. Ia adalah ilmu mengurus organisasi, manusia dan wang.

Dan ilmu seperti ini sangat berguna sepanjang hayat. 

Cara mohon kursus di IKMa? Lihat dalam internet. Bukan sini saja - hampir semua kursus yang badan kerajaan sediakan, kita perlu mohon secara on line.

Berikut adalah senarai platform dan jabatan kerajaan utama yang menawarkan latihan percuma:

  • Pendidikan & Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
    • TVET Madani: Hab sehenti pusat latihan TVET seluruh negara di mana anda boleh memohon pelbagai kursus kemahiran percuma dan bersijil.
    • GIATMARA: Menawarkan kursus jangka pendek dan pensijilan kemahiran secara percuma (termasuk elaun pelatih terpilih di pusat-pusat seluruh negara seperti di Perak) di bawah kluster seperti kulinari, automotif, IT dan hospitaliti.
  • Pembelajaran Kemahiran Digital & Global
    • Rakyat Digital: Inisiatif di bawah MyDIGITAL Corporation yang menawarkan kursus latihan dan kemahiran digital percuma kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kekal berdaya saing.
    • e-LATiH: Hab pembelajaran perdana HRD Corp yang menawarkan ribuan kursus percuma merentasi pelbagai sektor untuk pelbagai peringkat kemahiran.
    • Upskill Malaysia: Platform sehenti yang menyenaraikan program peningkatan kemahiran yang dibiayai oleh pelbagai agensi kerajaan.
    • MOOCs Malaysia: Kursus dalam talian terbuka secara percuma yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Golongan Khusus & Pencari Kerja
    • Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK): Di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), menyediakan bantuan dan latihan percuma untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi meningkatkan taraf hidup.
    • Program Kebajikan: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menawarkan bantuan latihan vokasional percuma dan penempatan bengkel kemahiran untuk golongan sasar (termasuk OKU, ibu tunggal, dan keluarga berpendapatan rendah). [1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9]

Nota: Jika anda berada di sekitar Ipoh, anda boleh terus merujuk cawangan agensi berhampiran seperti GIATMARA Ipoh atau Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) berhampiran Chemor untuk mengikuti kursus dan latihan kemahiran secara fizikal.
Di atas tu hanya satu contoh. Tuan boleh dpt Diploma dengan mudah cepat dan amat murah iaitu DKM. 
Ada lagi...
Kursus ternakan lebah (terutamanya lebah kelulut) di Pontian, Johor, sering dianjurkan secara percuma atau bersubsidi oleh agensi kerajaan seperti Pejabat Pertanian Daerah Pontian. Kursus ini merangkumi pemilihan koloni, teknik pemindahan sarang, dan pengurusan perosak. [1]
Agensi Utama & Tempat Latihan
  • Pejabat Pertanian Daerah Pontian / Negeri Johor: Kerap menganjurkan "Kursus Penternakan Lebah Kelulut Kualitas Tinggi". Penyertaan adalah percuma tetapi sangat terhad, dan pemohon perlu mendaftar awal melalui pautan khas Jabatan Pertanian Negeri Johor.
  • MARDI: Turut menawarkan latihan pemindahan teknologi dan keusahawanan penternakan lebah MARDI.
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS): Menguruskan kursus berkaitan penternakan orang awam menerusi portal DTIMS INTAN.
Cara Permohonan
  1. Semak takwim latihan semasa dan ikuti pengumuman terkini di laman sosial rasmi Pejabat Pertanian Daerah Pontian.
  2. Hubungi terus pejabat pertanian daerah berhampiran untuk mendapatkan maklumat slot kosong atau tarikh-tarikh kursus baharu yang akan dibuka di sekitar Pontian.
TERNAK AYAM.... 
Pusat latihan utama yang menawarkan kursus ternakan ayam dan unggas berdekatan Alor Gajah adalah Institut Teknologi Unggas (ITU) yang terletak di Masjid Tanah, Melaka (hanya kira-kira 15-20 minit pemanduan). [1, 2]
Berikut adalah butiran kursus dan cara pendaftaran:
Institut Teknologi Unggas (ITU) Masjid Tanah
Institut di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ini aktif mengadakan kursus pengurusan penternakan unggas, termasuk ayam pedaging dan ayam penelur. [1]
  • Lokasi: KM. 34, Jalan Ramuan China Besar, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
  • Kelebihan: Kebanyakan kursus jangka pendek yang dianjurkan adalah PERCUMA dan dibuka kepada orang awam, penternak, serta bakal penternak.
  • Cara Daftar: Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui portal DTIMS INTAN atau dengan menyemak jadual kursus terkini di Facebook Institut Teknologi Unggas.
  • Hubungi: +60 6-384 1321. [1, 2, 3, 4, 5]
KEPADA YG MASIH BERKHIDMAT, sila hadhir kursus-kursus di atas [mana-mana pun boleh] dgn ambil cuti tahun atau cuti sambung perkhidmatan. JANGAN buang masa makan angin.
KEDUA. cari kawan atau skuad dalam satu pasukan, kawan yang ada minat yg sama. minat berniaga, minat nak cari ilmu dan pengalaman.... pakat dgn dia, dan terus buat apa yang di sukai dan sesuai dgn jiwa, rancang hadhir kursus dan rancang bagaimana mahu cari mkn..
KETIGA. apa yg saya sudah kongsi di atas hanya sedikit. Rajin-rajin lah usaha sendiri (tanya dan tanya). Jika ada pameran atau ekspo, ambil peluang, ambil cuti, pergi tenguk pameran atau ekspo. Dan jgn lupa.... bila pergi pasar malam.... lihat sendiri bagaimana orang berniaga. Jika di fikir... ehh ini mcm... aku pun mampu buat.