Saturday, May 2, 2026

Isu SCOPUS

SCOPUS mungkin salah satu anak-anak kecil kegilaan RANKING juga. Saya menulis dari kacamata orang biasa. Pernah seorang VC berkongsi pandangan bahawa kriteria ranking ni sentiasa berubah. Sebab apa? Sebab tidak mahu universiti dari negara tertentu menjuarai. Apabila nampak kita mula melonjak, depa ubah kriteria. Salah satunya ialah perlu ada pelajar dari berbagai negara. Maka berebutlah universiti di Malaysia buka pintu untuk mereka. Kemudian kita berebut pula wajib ada ramai pensyarah punya PhD. Kishore Mahbubani pernah berkata CEO World Bank dan IMF mesti dari Amerika atau Eropah. Tapi depa berjuang dasar meritokrasi.

Yang herannya, mengapa kita pun terikut dgn telunjuk mereka. Di kalangan ASEAN carilah universiti terbaik menggunakan kriteria kita sendiri. Atau di kalangan South South. Kenapa perlu ikut Barat. Jika masih terikut - maka adalah SCOPUS di universiti tertentu. Bermegahlah individu tertentu! 

Kawan saya pulak lagi jauh pandangan / pemerhatian dia - yang menulis para graduan - tapi wajib pula tulis nama pensyarah. Ini sudah macam scammer katanya. Macam SCOPUS juga. Kita tulis dan bila nak cetak, kita pulak yang kena bayar. Ribu riban pula tu yg perlu kita bayar. Kalau guna organisasi cap ayam - bayar murah sikit. Dan... cengkadak juga depa ini; kena bayar lebih sikit dari yang dijanjikan - tiba-tiba dan diterbitkan.

Sudah sampai masa setiap universiti buat penerbitan sendiri. Tiada ikatan