Saturday, March 19, 2022

RPEL AMALI BIDANG SEKURITI

SOALAN PENGETAHUAN AM

ini ialah soalan2 cepumas kpd yg mahu membaca. kalau baca 'toyol' sahaja, ini bukan soalan cepumas. Sila 'baca' apa yg saya tulis, dan cuba faham. Baca berulang kali.

[1] Berapa orang yg di perlukan untuk kawal sebuah pasaraya? Saya bagi jawapan lawak ... 2 orang!!

Ini bukan lawak bang, sebuah sekolah menengah, waktu malam atau siang, 2 orang jer pun. kalau bg kat askar mesti nak 1 seksyen (10 orang). itu pun sikit.

Jadi kalau utk sebuah pasaraya, Tuan jwb,  10 atau 15 orang... OK la tu.

Nanti seterusnya, kamu nak tugaskan di lokasi mana?

Kawasan parkir. Pintu utama. Tugas ronda. Kawasan depan pejabat. Bilik Kawalan.... kalau satu lokasi 2 orang, sudah ada 10 orang. Tambah la 2 orang berehat... sebab rehat bergilir-gilir kan. Ketua dan Penolong ketua. Jumlah sudah 14 orang. Rizab sorang.... haaa rizab apa pulak ni? Cuti la bang.... ada cuti tahun, sakit dan rehat!

[2] Apakah prosedur roll call? baris, check kekuatan, check kesihatan, check pakaian, bagi tempat bertugas, dan taklimat.... nah itu lah jawapannya! 

[3] Apakah prosedur taklimat? tugas, peranan dan tanggungjawab; pengawal keselamatan.

sebenarnya tidak ada satu prosedur roll call atau prosedur taklimat  yg tepat di mana2. Semua bergantung kpd keadaan dan tujuan. ROLL CALL itu berbaris untuk kepastian bilangan yang hadir. itu saja. periksa pakaian, kesihatan dll tu semua 'nasi tambah' saja. maksud roll call pun ...the process of calling out a list of names to establish who is present.

begitu juga dgn prosedur taklimat.... semua ikut tujuan. tujuan agih tugas, tujuan hadapi kecemasan, hadapi kedatangan Panglima. cuma dlm keadaan ini kita andaikan taklimat sebelum bertugas lah!

bagi saya prosedur taklimat ialah:

  • pastikan semua anggota cukup
  • info keadaan hari ini, atau keadaan yg kita akan hadapi semasa bertugas nanti
  • info tugas setiap orang atau tugas di setiap lokasi
  • info rancangan kecemasan
  • pastikan semua faham
  • soal balas jika ada

cara rekod kehadiran pengawal. tulis tangan. baris dan check kehadiran, cara eletronik samada ada guna kad, no pin atau jari. DAN guna walkie talkie. 

prosedur tindak atas salah laku atau domestic inquiry

  • mula2 bagi amaran lisan dan rekod dalam buku
  • jika buat lagi, bagi amaran bertulis
  • selepas 3 kali, buat laporan kpd bos utk tindakan seterusnya

jenis n fungsi indeks kepuasan pelanggan

pelanggan rasa puas hati atau tidak kerana

  • kualiti perkhidmatan
  • kualiti barang
  • harga perkhidmatan/barang

3 prosedur lapor tugas

maksud Tugas Rondaan

penilaian ancaman fizikal, yg dipertimbang

bentuk laporan cctv

jenis2 rondaan mantau premis

syarat2 jadi pengiring

bentuk ancaman dlm situasi safety and health

TULIS DAN BUAT PERSEMBAHAN

[1] buat silibus/modul latihan

[2] jenis2 kebajikan untuk pengawal supaya depa semangat (motivasi) sikit..

kebajikan ni ada beberapa jenis; yg pertama jenis tertulis dalam undang2 dan yg tidak tertulis. kedua, kebajikan bentuk duit dan bukan duit. ketiga, kebajikan bermatlamat (bersebab)

yg termaktub dlm undang2; gaji minima, cuti tahun, cuti rehat, over time, kursus wajib. tertulis dalam PIKM, pakaian seragam dan latihan

yg tidak tertulis; van hantar dan ambik ke tempat bertugas, asrama, peralatan bertugas, kadang2 ada yg hantar makanan, bayar advance, gaji dua kali sebulan

kebajikan bermatlamat: upah/ganjaran jika tak pernah cuti sakit, tak pernah datang lambat, bonus, kenderaan untuk bertugas, telefon bimbit

dari tiga jenis tu, kita boleh agak dah...apa dia.

SEDIAKAN JADUAL TUGAS

jika anda di minta sediakan jadual tugas untuk selama seminggu atau 7 hari; saya ada beberapa jawapan kepada soalan biasa.

1. Berapa orang satu syif. Tguk lah apa yang di arah atau di minta oleh pelanggan.

2. Kalau satu hari DUA SYIF, bermakna satu syif 12 jam. Kalau TIGA SYIF, 8 jam. 

3. Kenapa orang yang sama tugas syif satu, dan yang sama juga dalam syif dua. SEBAB, selepas seminggu, baru pengawal tukar jadual tugas.

4. Kalau pelanggan mahu 3 orang satu syif, bagaimana pula pengawal yang OFF. Kita atur pengawal OFF pada hari Jumaat malam atau Sabtu Ahad (siang dan malam). Pada waktu ini, iaitu semasa ada Pengawal yg akan OFF, akan ada pengganti dari tempat lain. Selesai lah masalah perlu ada 3 orang sebilang masa. Kenapa pilih OFF Sabtu dan Ahad? Sebab itu hari cuti dan amat kurang pergerakan keluar masuk. 

Cara buat jadual.

Tulis Isnin hingga Ahad. Kemudian buat column Syif A 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Kolumn kedua Syif B, 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Kemudian tulis nama pengawal.. 

FORMAT SOALAN

soalan 1. utk Tahap 2 atau SKM 2. Tugas anda sediakan format buku atau borang masuk keluar pelawat. Soalan suruh REKOD BUTIRAN... nama, no KP, no pas.... ikut ja apa yg dia suruh.

Dia sebut juga isi butiran 5 orang pelawat. Ini bermakna, reka 5 nama kat situ.

soalan 2. utk Tahap 2 atau SKM 3 atau utk Penyelia Keselamatan. Yg ini anda kena buat jadual tugas. tu... kat atas, perenggan pertama dlm blog ini. 

soalan 3. uk Tahap 4 atau SKM 4. kat bawah ni...

CADANGAN SEDIAKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN...

INGAT ni... kalau dia dah bagi nama syarikat utk kita cadangKan perkhidmatan ini... guna nama itu... jgn ubah kepada khidmat keselamatan utk tempat lain...

biasanya bila saya buat cadangan mcm ni, saya bagi profail syarikat saya kerja. Dulu saya keje dgn mahmud security... ada lah idea sikit.

mula2 nama syarikat, alamat penuh, latar belakang...

carta organisasi sykt wajib ada... bahagian HQ ada jabatan apa, dan kemudian bahagian operasi... ada CIT lah, bodyguard, dan kawalan statik kita ada tak cawangan atau pejabat di suluruh negara

dalam hal pengawal keselamatan... kita ada berapa ramai, apa kepakaran depa, dan berapa orang nepal dan rakyat tempatan. TAPI, oleh kerana ini adalah cadangan, maka kita kena tulis... tugas di pintu utama berapa orang, dan tugas ronda berapa orang..

peralatan. sykt saya sediakan apa. jika pelanggan nak lebih dari itu, sila maklum...cth: sykt kami akan sediakan walkie talkie, buku-buku laporan dan buku log, lampu suloh, wacthman clock, dan basikal (untuk ronda kawasan). Sykt boleh kemukan peralatan lain jika di perlukan.

SOP. ini keperluan dan solana cepumas... SOP ni ada dua bahagian. Bahagian Am dan Bahagian Khas.

Bahagian Am biasanya tertulis, disiplin, pakaian, siasah diri, larangan merokok, baca surat khabar semasa bertugas dll. Bahagian Am ini terpakai di semua SOP Khas. Contoh. Bertugas di Pintu Utama... tak payah lagi nak sebut semua yg ada di Bahagian Am. Begitu juga semasa meronda, semasa bertugas di Gate Belakang dll.

Contoh: Anggota di kehendaki berpakaian lengkap semasa bertugas. Pakaian ini hendak lah, bersih dan kemas. Anggota tidak dibenarkan simpan janggut.

Bahagian Khas. Yg ini anda kena tulis... apa yg anda ingat. Tugas semasa masuk keluar pelawat, masuk keluar kenderaan, kebersihan pos, serah-menyerah pos, dll

Susah mau faham? whatsapp saya