Saturday, August 13, 2022

LPKT PENGURUSAN OPERASI SEKURITI

Sahabat-sahabat kerap tanya saya pasal tajuk. Tajuk apa nak buat? Pertama kita lihat dulu apa CU (competency unit) untuk SKM 4 ini.



Panduan Mencari Tajuk

Tajuk di ambil atau berasaskan kotak-kotak kuning di atas (di sebut CU atau competency unit).

SECURITY OPERATION RESOURCES PLANNING
Ini berkenaan operasi keselamatan secara keseluruhan. Ia tentang merancang keselamatan sesuatu kawasan atau bangunan. Tajuk sesuai:
  • Keselamatan Kem Sengro Circle.
  • Keselamatan Aturcara Latihan Menembak Pasukan
  • Keselamatan Masjid Taman Perumahan ABC
  • Keselamatan Kg Tersusun Tasek

   
BUSINESS DEVELOPMENT PLANNING
Ini berkenaan perancangan perniagaan atau bagi DS 010 4 2013 ini, ialah untuk memajukan proposal kontrak khidmat keselamatan kpd pelanggan tertentu.

SECURITY SERVICES OPERATION STD COORDINATION
nnti saya buat yer...

FIREARMS & AMMO SECURITY COORDINATION
Di dalam NOSS berkenaan, ia banyak fokus kepada perlesenan senjata dan stor senjata. Tajuk yang sesuai:
  • Pentadbiran Senjata dan Peluru Semasa Latihan Menembak Pasukan
  • Keselamatan Stor Senjata Pasukan - cerita tentang spesifikasi bangunan stor, keperluan CCTV, penggera, anggota bertugas 24 jam, pagar yg kukuh, pencahayaan, serta kawalan keluar masuk senjata.
  • Keselamatan Stor Peluru Pasukan - lebih kurang sama dengan stor senjata.

CASH VALUABLES IN TRANSIT
Bagi sykt keselamatan, mereka ada khidmat bawa duit dan barang berharga/bernilai. Kpd tentera, tambahan kepada itu, membawa senjata, peluru dan peralatan khas (sulit). Pernah ada seorang calun menulis tentang membawa radar dari Pelabuhan Kelang ke Lahad Datu. Selain itu, se angkatan dgn nya ialah mengiring VIP dlm sesuatu tugasan. Ada seorang calun menulis tentang mengiring Menteri Pertahanan di Langkawi. Cth tajuk:
  • Keselamatan Kenamaan di Langkawi.
  • Keselamatan Peluru Kenderaan Perisai Dari Kem Mentakab ke Lapangsasar Asahan
  • Keselamatan Peluru Tugas Operasi Dari Taiping ke Gubir

CMS
Ini ialah Central Monitoring System. Byk pihak swasta mempunyai satu Bilek Kawalan yang mempunyai CCTV, penggera kecemasan, penggera pencerobohan dan penggera kebakaran (termasuk penal api). Tajuk yang sesuai ialah: Pemasangan Sistem Penggera Pasukan.

CUSTOMER SERVICES
Untuk tentera, pelanggan ialah pihak atasan yg perlu di beri khidmat serta info yang mereka perlukan. Segala komplen mesti di ambil tindakan; dengan beri maklumbalas dan dengan ambil tindakan pembaikan atas apa yg di komplen. Cth; anggota tugas sementara di pasukan kita, kemudian berlaku kerosakan atau kehilangan peralatan mereka. Ini cth sahaja.

SECURITY STAFF MANAGEMENT
Ini bab yang menarik, ia meliputi kursus/latihan, kebajikan, dan rancangan pembangunan atau kerjaya. Cth tajuk:
  • Pelaksanaan Kursus Kadar di Pasukan.
  • Kursus Masak/Memandu/Kepimpinan dll
  • Kebajikan Anggota dan Keluarga Mereka.
  • BAKAT
  • Kemudahan Perubatan.

Semua cth tajuk di atas adalah panduan asas untuk Tuan Tuan memilih tajuk yg sesuai dgn diri sendiri. bagaimanapun, lebih baik Tuan Tuan berbincang dgn Pembimbing masing-masing.

Selamat Berjaya

Klik link ini  untuk info seterusnya.  Tips penting menulis LPKT