Wednesday, March 29, 2023

SKM : PERTANYAAN BIASA

Berikut ialah pertanyaan yang biasa di terima.... TAPI ini khusus untuk BAKAL CALON YG ADA PENGALAMAN KERJA...


PPT tu apa?

PPT tu Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu. Inggeris nya RPEL. PPT ialah kaedah persijilan hingga peringkat Diploma. Senang ckp ialah... mensijilkan atau mendiplomakan tuan punya pengalaman kerja, TETAPI tertakluk kepada proses dan syarat2 tertentu. Ini ialah skim Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia.


Sijil dan Diploma ni di iktiraf ker?

Yer!! Kjaan sekarang tengah kempen TVET. Bende yg sama lah tu. Nak bagi tahu, majikan hari ini utamakan bakal pekerja yang ada SKM, iaitu orang yang ada kemahiran dan pengalaman kerja.

SKM  ini diiktiraf juga oleh negara2 lain. Rakyat Msia ramai dah dapat kerja guna sijil ini di Spore. Sijil SKM ini dalam bahasa Melayu... kita boleh mohon sijil bahasa inggeris dgn bayaran sebanyak 20 ringgit.

Dengan sijil atau Diploma ini, tuan2 boleh lanjut pelajaran di universiti. Atau adalah peluang untuk naik gaji atau pangkat. Cuma rezeki itu 'sudah tertulis', kami cuba bagi tahu sahaja.

Buat dulu baru tahu. 


Sijil2 yang kami dapat semasa kursus di syarikat atau polis atau tentera dulu tak laku?

Sijil2 dulu2 semua akan di iktiraf selepas tuan ada SKM. Pasal apa pulak mcm ni? Sebab SKM ada sukatan pelajaran atau silibus yang di iktiraf antarabangsa. Tapi kadang2, atau selalunya, tuan lebih hebat dari silibus mereka. Bayangkan anggota tentera laut yang pernah belayar seluruh dunia... nak kerja kat kapal saudagar di Msia, kena pergi kursus lagi! Apa nak buat, itu polisi kjaan.. SKM ini adalah 'tiket' jer. Ia satu proses mensijilkan segala pengalaman dan kursus2 terdahulu.

Lagi satu, macam pengalaman buat keris atau sampan kayu.... mana ada sijil! Ini pun boleh di sijilkan jugak.


SKM ni apa pulak? Singkatan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Sijil ini dikeluarkan selepas tuan lulus proses pengesahan, yg menunjukkan tuan2 betul2 mahir.


Kena masuk kelas ke?

TIDAK. Cara kami... bimbingan cara maya atau bersemuka. Sebab mahu cerita serba serbi yang tuan patut tahu. Sejam dua jer. Dan... bakal calon, manalah tahu mende SKM ni. Suruh pulak sediakan PORTFOLIO! Binatang apa pulak ni? Baca NOSS! Pulak.... apa ni? Kalau kami tak bimbing mana lah tuan tahu... takut tarik diri sebelum bermula.

Kelas ini bertujuan supaya tuan2 lulus peperiksaan (verifikasi). Dengar ada ujian ja.. terus lutut jadi lembik. Ujian dia bentuk sembang2 ja..

Jumpa di mana? Kami datang jumpa tuan di tempat dan tarikh yg sesuai. 


Berapa lama proses untuk dapat sijil yer? Ikut suka hati tuan. 3 bulan hingga setahun. Biasanya paling lama 6 bulan saja. Kalau rajin... 3 bulan dah selesai.


Apa syarat dia? Pengalaman kerja lebih 3 tahun dan umur lebih 18 tahun. Kedua, dan paling penting ialah beri komitmen.


Saya minat fasal mengurut.... ada ker? Macam2 ada. Naik kuda ada, main golf pun ada. Mahu tahu lanjut, sila klik sini.. bidang yang di tawarkan


Proses dia macam mana?  Seperti rajah di bawah...

Selepas nama Tuan di daftar sebagai pengguna, pileh bidang yang sesuai, diikuti dengan Penilaian Kendiri. Apabila LULUS, baru boleh daftar. Sebaik sahaja daftar, kena sediakan PORTFOLIO dan LPKT dalam tempoh yang ditetapkan oleh JPK. Semua ni akan di bimbing dgn rapi. SATU LAGI.... cara kedua... sudah siap semuanya, baru kita daftar sebagai calun...sebab takut bila dah daftar sebagai calun, tiba-tiba naik naik pergi tugas di Gaza...

Macam mana nak sertai? Klik pada tulisan biru ini: BORANG DAFTAR NAMA Lepas tu kami hubungi Tuan. Dari situ kami akan bagi senarai perkara2 yang kami perlu dari Tuan Puan.


Ada ujian Amali tak? Tiada...kita buat potfolio sahaja. Kalau nak buat amali, remeh sikit. Tapi kalau bab memasak, spa, pendawaian.... wajib lah ada amali.



Ujian nanti di mana? Berapa kali setahun? Tuan2 buat keputusan nak buat ujian di mana. Di rumah, bilik mesyuarat masjid, pejabat, perpustakaan, dewan komuniti... Penilai yang di lantik oleh JPK akan datang. Berapa kali setahun? Tiada had... bila2 pun boleh. Ada sorang askar tu minta ujian di buat di Semporna Sabah semasa dia tugas sementara di sana. Ok jer.

 

Portfolio tu apa yer? Bukti pengalaman dan kemahiran dalam bentuk dokumen. Cth; kamu pernah kerja tukang masak? Yer, ini surat lantikan saya kerja tukang masak di Hotel Mahligai Sakti. Bukan ini saja... banyak lagi dokumen yang diperlukan termasuk sijil dll. Ini contoh PORTFOLIO

Saya dah ada SKM2 baiki kereta. Saya nak sambung buat SKM3 urut (SPA) boleh tak? TAK BOLEH! SKM2 ke SKM3 mesti dlm bidang yang sama. Kalau nak buat bidang lain... kena mula dari paling rendah.

INFO TERKINI. kini ada kawan-kawan yang buat kelas, khusus ngajar buat PORTFOLIO dan LPKT. Saya sarankan, ini cara terbaik untuk jimat-cermat. 

Jika Tuan Puan ada pertanyaan lain, sila hubungi  saya; 019 275 0075 atau emel noormohamad0075@gmail.com


Terima Kasih