Klik RUJUK FOTO untuk baca article pemimpin berkualiti.
Kuasa dan Pengaruh Orang Muda
Alhamdulillah, semakin ramai yang terpelajar, celik maklumat dan matang berfikir. Tahu bezakan antara yang benar dan yang batil, antara yang membina negara dan yang merosakkannya. Faham bahawa sebuah negara yang baik bukan sekadar kaya di atas kertas, tetapi adil, berakhlak dan berperikemanusiaan. Kestabilan sebenar lahir daripada suasana harmoni antara kaum dan agama, bukan daripada politik kebencian dan perpecahan.
Sedar bahawa ekonomi sihat bukan ekonomi yg dimonopoli oleh segelintir pihak, dan bukan ekonomi yang dimanipulasi bekalan dan harga demi keuntungan sempit. Sebaliknya, mereka mahukan peluang yang adil untuk semua — dalam perniagaan, pekerjaan, gaji dan kenaikan pangkat — kerana ketidakadilan ini masih ketara dalam sebahagian organisasi korporat.
Masa depan negara ini bukan lagi di tangan mereka yang hidup dengan nostalgia lama, tetapi di tangan anak-anak muda yang punya ilmu, maruah dan visi. Dengan generasi inilah, negara ini masih punya harapan yang besar.
Hari ini kita juga boleh lihat satu fenomena menarik: masjid dan surau semakin dipenuhi orang muda. Ini tanda generasi ini bukan sahaja celik akal, tetapi juga sedang mencari makna dan nilai dalam hidup mereka. Prof DiRaja Ungku Aziz pernah mengilhamkan bahawa terperlajar bukan bermakna terdidik. Tapi hari ini - kita ada orang muda yg terpelajar dan terdidik.
Namun, saya amat berharap orang muda hari ini membuat keputusan yang tepat, kerana pilihan raya umum akan datang adalah turning point untuk negara yang kita cintai. Kembali pulih, atau terus merosot.
Kuasa Orang Muda Dalam Pilihan Raya
Mengikut pengalaman dan penilaian ramai pihak, orang muda hari ini sebenarnya lebih matang dalam politik berbanding generasi lama. Mereka lebih berfikir, lebih sedar dan lebih kritikal. Hakikatnya, merekalah king-maker dalam keputusan pilihan raya.
Mereka tidak lagi terpengaruh dengan emosi, wajah popular atau slogan kosong. Mereka sudah lama sedar negara ini sedang digadai oleh pemimpin yang tidak boleh dipercayai. Mereka melihat sendiri bagaimana janji manifesto boleh dimungkiri selepas menang, sedangkan manifesto itu sendiri tidak terikat dengan undang-undang.
Mereka tahu hutang negara membengkak, rasuah semakin berani, kronisme dan nepotisme masih berleluasa, dan janji pilihan raya sering hilang begitu sahaja selepas menang. Yang lebih penting — mereka berani bersuara dan berani menghukum melalui undi.
Berbeza dengan sebahagian generasi lama yang masih terperangkap dalam politik sentimental: “Ini parti yang membela kita dulu.” “Ini pemimpin yang pernah bantu kampung kita.” Taksub dan setia walaupun realiti hidup rakyat tidak banyak berubah.
Ramai pula di kampung dan pendalaman yang tidak benar-benar sedar apa yang berlaku di peringkat nasional. Mereka puas hati dengan apa yang ada, tidak menilai dasar ekonomi dan tidak mengikuti isu rasuah. Bukan salah mereka sepenuhnya — maklumat tidak sampai, tidak difahami, atau dianggap sekadar “politik orang atas”.
Sedangkan hakikatnya, apa yang berlaku hari ini akan menghentam hidup anak-cucu mereka esok.
Di Sinilah Peranan Orang Muda
Orang muda hari ini ada akses maklumat. Berupaya bandingkan data, persoalkan polisi dan tidak mudah percaya propaganda. Mereka mungkin belum berkuasa, tetapi mereka sudah ada kesedaran. Dan kesedaran itulah benih kepada perubahan.
Satu Peringatan Ikhlas
Sebab itu, yang kita perlukan bukan sekadar orang muda, tetapi orang muda yang berprinsip, berintegriti dan benar-benar ikhlas memikul amanah.
MAKLUMAT
Semasa berkempen mereka merujuk kepada manifesto yg terdapat sekadar janji, dan tidak terikat undang-undang. Klik SINI untuk bacaan lanjut.
INFO AM. Kebenaran Menipu! Semasa berkempen ahli politik kerap kepada manifesto. Cuma nya, Manifesto hanya sekadar janji, dan tidak terikat dengan undang-undang. Sukar untuk kita dakwa di mahkamah. Klik SINI untuk bacaan lanjut.
Matriks Perbandingan Struktur Umur Penduduk Malaysia
(2025 vs 2030)
| Kumpulan Umur | 2025 (Anggaran DOSM) | 2030 (Unjuran) | Trend | Implikasi |
|---|---|---|---|---|
| Orang Muda (0–14 tahun) | ~21.6% | ~19–20% | Menurun | Kadar kelahiran rendah → generasi muda mengecil → tekanan jangka panjang kepada tenaga kerja |
| Orang Bekerja (15–64 tahun) | ~70.4% | ~68–71% | Hampir stabil (mula susut) | Masih kumpulan terbesar → penentu ekonomi & keputusan pilihan raya |
| Orang Tua (65+ tahun) | ~8.0% | ~12–15% | Meningkat ketara | Malaysia menuju masyarakat menua → kos kesihatan & pencen meningkat |
| Umur Median | ~31.3 tahun | ~34–36 tahun | Meningkat | Penduduk semakin tua → nisbah tanggungan meningkat |
| Jumlah Penduduk | ~34.3 juta | ~36.5 juta | Meningkat perlahan | Pertumbuhan penduduk perlahan → kesan kepada produktiviti jangka panjang |