Thursday, September 22, 2022

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

Kolam Dua [K2] team yg pantaskan perolehan SKM melalui PPT.

Kami bantu sesiapa saja yang mahu bangunkan diri dengan cepat, dan mudah. Ini adalah tiket untuk naik pangkat atau sambung belajar di universiti. Boleh layari dalam google, menggunakan kata kunci myspike, SKM, atau Pengkirafan Pencapaian Terdahulu - PPT. Kalau tuan terus baca artikel ini, ada link yang tuan boleh klik terus ke situ. 

K2 tiada kaitan dengan aktiviti politik rekaan politikus Malaysia. Ia kolam memudahkan untuk simpan air atau budak2 mandi. Tak la... sebenarnya nama ini unik serta kelakar; jadi saya pilih sebagai satu kumpulan berudu untuk bantu MENDIPLOMAKAN semua orang yang BERPENGALAMAN, ada KEMAHIRAN, dan memenuhi semua syarat JPK tetapi tiada peluang @ rezeki menjejak kaki di institusi pendidikan yang menawarkan kursus DIPLOMA. Syarat... mesti memenuhi semua keperluan yg tertera di MySPIKE.

PPT tu apa? Pengiktirafan Pencapaian  Terdahulu, satu skim Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Jadi? Kita yg tiada sijil akademik, susah nak cari kerja yang ngam dari segi gaji. Pengalaman ada.. tapi bakal majikan akan cakap... betul ker? Awak boleh buat kerje ker? Nahh, ada sijil baru orang boleh percaya.

Cth. Bagaimana pak cik yang pakar buat keris mahu ada sijil, walhal dia memang pakar. Atau tukang buat bot nelayan di kawasan2 kg. Jadi... kjaan perkenal skim PPT ini... Apa yang perlu ada ialah bukti-bukti seseorang itu memang seorang pakar. Pembuktian itu dgn cara amali atau portfolio. Kalau portfolio, kena ada dokumen, foto, sijil, surat testimoni dll. 

Untuk dapatkan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia, asasnya tuan kena buat 2 perkara; portfolio dan kertas kerja ala-ala tesis gitu. Di sebut LPKT.

Tuan tentu tiada ilmu dan pengetahuan dan kemahiran untuk buat/sediakan portfolio dan LPKT. Kami akan bimbing dari mula hingga akhir. Mcm mana boleh jadi begini? Sebab pihak atasan faham, sebagai pekerja biasa, jarang sangatlah kita buat 2 benda tu. Portfolio? Ini pun kali pertama tuan dengar!!

Cara kami bantu lain sikit. Berminat? Hubungi kami. Kami akan buat class untuk ajar. Udah dekat siap, baru kita daftar dalam MySpike. Pengalaman kami pahit.... calon daftar awal... pastu tarik diri. Habis tenaga kami dok ngajar.. masa & tenaga... lepas tu kecewa.

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) tu apa? Sila klik SKM untuk info lanjut. Saya ringkaskan kat sini... ini contoh ya. Kalau dalam bidang sekuriti... SKM 2 sesuai untuk jadi Pengawal Keselamatan. SKM 3 untuk Penyelia Keselamatan. SKM 4... kita sebut juga DKM. DKM itu Diploma Kemahiran Malaysia. Ini sesuai untuk Pegawai Keselamatan ke atas. Mau lanjut lagi boleh buat Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

Jika sudah ada Diploma, kita boleh lanjut pelajaran di Universiti sebab sijil ini di iktiraf. SKM juga di iktiraf oleh semua organisasi kerajaan, dan gaji dia juga berbeza sikit.

Matlamat kami utk bantu Tuan [tuan/puan]  peroleh DIPLOMA dengan sistematik dan cepat. Tidak remeh. Sebab... kalau kita buat sendirian, jadi rumit, kemudian... malas nak teruskan. Mengikut seorang pegawai JPK, kadar gagal teruskan progrem ini hingga lulus sangat tinggi. Jadi kita kena cari guru. K2 berperanan sebagai guru sedia mengajar. Bukan bimbing lagi dah. Kami akan ajar.

K2 kerja berkumpulan dan kami lebih suka jika mereka yang nak peroleh diploma pun dalam satu kumpulan jugak. Bila ramai, kerja jadi cepat. Sama2 susah dan sama2 senang. Nak buat sorang-sorang pun ok jer.

Pasai apa K2 kerja berkumpulan. Pasai itu lah kerja cepat. K2 tak mau jd mcm pengurusan dan pentadbiran cap ayam. Calon dan Pembimbing; dua-dua akan kecewa. Kecewa sebab prosesnya amat lama, duit habis kena pergi KL, masa dan letih minda. Dan sebab2 lain..



Kjaan Msia sangat baik sebab wujudkan skim PPT - pengiktirafan pencapaian terdahulu. K2 guna skim ini di bawah JPK - jabatan pembangunan kemahiran, bawah kementerian sumber manusia. Kalau nak tguk website spesifik klik myspike.my  

K2 hanya guna platfom sedia ada sebagai pemudah-cara untuk membantu individu atau kumpulan memperoleh DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA - DKM.

Seperti mana DIPLOMA yg di perolehi dari institusi pengajian tinggi, mau cari kerja kena usaha sendiri spt graduan lain. Cumanya, skim PPT ini ada baik atau unik nya sendiri sebab ia sasarkan individu yg sudah ada pengalaman kerja.

SPESEL nya tawaran kumpulan K2 ini ialah, ia cepat, dan mudah.

Ini saja info awal ingin saya sampaikan. Keterangan lanjut, sila hubungi kami:



PROSES  hingga penilaian (verifikasi)


Semua proses di atas di bimbing sepenuhnya. sebelum verifikasi kita akan buat kaunseling. Jika lihat rajah di atas, verifikasi hanya sekali. Ini jika tuan ambil bidang BINA INSAN. Tapi lebih baik lah buat bidang yang tuan minat.

Bina Insan ni, kalau dalam inggeris Human Development. Maknanya, bidang ini menjurus rapat kepada Pengurusan Sumber Manusia khususnya kejurulatihan. Ikut pengalaman kami, bina insan atau kod 0842 ini paling ringkas paling mudah paling praktikal. Kami banyak sarankan bakal calon buat 0842.

Tapi itu bukan bidang saya. Ya betul, ini sesuai utk mereka yang tidak terjerumus dlm bidang teknikal, tetapi perlukan DIPLOMA. Tuan2 tau tak. Ada graduan lepasan ijazah perubatan tidak jadi doktor, begitu juga undang-undang, jurutera sivil, komputer, perniagaan dan mcm2 lagi. Lagi satu, ramai yg tak dapat kerja.

Tuan2 yg sedang bekerja, baik ada DIPLOMA untuk pembangunan kerjaya; maksud saya naik gred atau pangkat. Mohon ke Kementerian lain pun boleh, sambil menunggu, Tuan terus bekerja. Kalau ada rezeki, alhamdulillah.



SETERUSNYA

proses...

Tuan boleh call muajam atau nor mohd dlm flyer kat bawah  tu.. depa akan terangkan dgn terperinci. Yg itu saya tak boleh nak tulis, nanti jd panjang-lebar. Tiada rahsia apa2 pun cuma setiap orang ada isu sendiri. Jadi kita bincang sorang-sorang utk atasi masalah tuan sorang.

KEBAIKAN...PPT
Tuan tak perlu ambil cuti untuk dapat SKM. Tuan cuma rancang tarikh dan tempat untuk Pembimbing dan Penilai dtg jumpa Tuan. Saya bukan temberang tipu manifesto... tapi itulah caranya.

Tempuh masa? Terpulang kpd individu. 6 bulan 12 bulan atau 18 bulan. TETAPI, sebaik saja nama Tuan di daftar dalam myspike, Tuan kena setel dlm masa 6 bulan, semesti dengan bantuan kami, sebab kami pun kena jaga imej juga. Inilah mengapa K2 timbul..

BEZA BESAR KAMI DENGAN ORANG LAIN
  • kami datang jumpa Tuan, ajar dan bimbing Tuan
  • Pembimbing dan Penilai yang di lantik oleh JPK akan datang jumpa Tuan. Tuan tak perlu pergi KL atau Ipoh. Kalau Tuan nak di Bilek Mesyuarat Masjid, Perpustakaan atau Pejabat... mereka datang
  • Kita tiada AMALI sebab pengalaman kami, ramai calon akan gelabah puyuh. 
  • Kita buat PORTFOLIO.... pada hari verifikasi... nahh ini portfolio saya... itu saja Penilai nak tenguk


KHAS UNTUK ASKAR DAN VETEREN ATM - nasihat sikit

Kita bersara sekitar 41 atau 42 tahun. Terpaksa la berusaha utk cari pendapatan tambahan. Jika duit sudah terlalu byk pun, takkan kita nak dok ngadap TV hari2. Ding dong ding dong, veteran perlu ada DIPLOMA utk dapat kerja yang gajinya berbaloi.

DIPLOMA penting sebab dgn ini gaji tuan akan beza selepas di masuk dlm PERBAH II. Dalam setahun setengah gitu, pelaboran tuan sudah pulang modal. Seterusnya tuan makan untung sampai bersara. Ini untuk yg sedang berkhidmat.

Bagi Veteren, tuan boleh pilih kerja. Nasihat saya, kerja dgn kerajaan atau badan berkanun (tabung hj, telekom, tenaga, pelabuhan, lapangan terbang, universiti). Gred gaji Diploma lebih tinggi.  

PERTANYAAN

Bidang apa yang ada? Sila klik kat sini...Senarai NOSS

Syarat2 nak join buat SKM? Sila klik SYARAT2


Sila emel atau whatsapp saya untuk penerangan lanjut.


Jika tuan rasa nak join buat SKM atau nak tanya-tanya jer.... boleh klik kat sini: 

 


BERMINAT untuk info lanjut? sila skan QR Code ini. Kami akan hubungi Tuan..





atau  hubungi saya 019 275 0075

di sediakan oleh NOOR MOHAMAD