Thursday, January 1, 2026

RPEL PERHEBAT

السلام عليكم ور حمة الله 

Penulisan ini khas untuk ATM sahaja. Jika awam boleh saja baca untuk pengetahuan.

Saya mewakili SKM Bidang Sekuriti, namun tiada masalah untuk ngajar Bidang Pentadbiran atau Logistik. Semua nya sama saja dari segi prosedur dan format. Ringkasnya:

Saya wakil SKM bidang Sekuriti... maknanya, boleh jer untuk fokus bidang ini dgn mendalam untuk bantu Tuan [saya maksudkan untuk Puan juga di sini].

Di zaman ini DIPLOMA [sijil akademik] sangatlah penting. Bagi seorang tentera, tanggapan kebanyakan orang... tentera mmg hebat dlm bab sekuriti. Dan ini juga merupakan syarat untuk mengambil SKM Sekuriti. Begitu juga Pentadbiran dan Logistik.

Kita terus masuk ke kotak 'BUAT' di atas tu.  Siapa saja yg Tuan mahu jadi Pembimbing Tuan sudah ada NOSS yang berkaitan. Saya sendiri; ada NOSS Sekuriti dan Pentadbiran. Dapat NOSS ini, terus saja baca. Mahu baca apa? Tanya PPg masing-masing.

CATATAN: 1. Pembimbing di tulis PPg. 2. NOSS adalah silibus yg disediakan oleh JPK. 3. JPK ialah Jab Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. 4. SKM - Sijil Kemahiran Msia.

Proses Pelaksanaan. Pendekatan saya... belajar dulu (di ajar oleh PPg) hingga faham dan di ikuti dgn penyedian Kertas Kerja. Kertas Kerja ini disebut LPKC [Laporan Pengalaman Ketrampilan Calun]. Formatnya sebiji mcm tesis tapi bukan tesis. Sila baca hal-hal LPKT dlm blog saya ini. LPKT ni nama dulu.

Perangkap Kpd PPg [kpd saya la]. Habis ngajar dan bila semua dah beres, baru kita daftar. Dlm pendaftaran itu, kita book terus tarikh penilaian. Kenan habis bayar 1650 Rgt utk daftar dan plan tarikh penilaian. Perangkap pada saya sebagai cikgu; dah ramai yg telah di ajar, kemudian, diam-diam tarik diri. Kurang rasa jika di ajar melalui Google Meet; tp kalau 2 ke 3 jam sekali ajar, kemudian dah ajar 3 - 4 kali... pedih jugak hati ini di tipu oleh sahabat yg mulai ni. Ada tu saya travel pergi jumpa bakal calun. Maka mulai Januari 2026, saya perlu deposit 250 Rgt sebagai yuran komitmen. 

Tapi sebelum siapkan LPKC bagi Tahap 4 atau Diploma ni, calun wajib lulus Tahap 2 dan 3 terlebih dulu. Hok ini, perlu belajar dan faham NOSS betul-betul. Kalau buat di PERHEBAT, Tuan akan buat Tahap 2 dan 3 sekali gus. Wajib lulus dua-dua sekali. PPg akan ajar mana yg patut. Tapi.... kalau buat SKM ini terus dgn JPK, tiada sudah PPg. Semua kena belajar sendiri. Pada hari penilaian, PPL akan jumpa Tuan.

DKM ni ada dua cabang; [1] buat melalui PERHEBAT, atau [2] terus dgn JPK. Ada lah beza sikit-sikit.  

Sekian saja penerangan ringkas saya.