CITA-CITA TINGGI ATAU TIADA CITA-CITA?
Ramai veteran tentera kecundang selepas bersara bukan kerana mereka malas — tetapi kerana mereka tiada cita-cita. Hidupnya seharian hanya ikut arahan. Tapi pandai pulak nak kahwin cepat.
Lebih malang, ada yang sebenarnya tiada hala tuju. Nak minta kerja, segan. Nak berniaga, tak pandai. Nak berkebun, tiada tanah. Nak ternak ayam, kambing, atau buat homestay, tiada tapak. Nak bawa Grab, kereta pun tak sesuai. Akhirnya, masa berlalu tanpa hala. Pernah saya naik sebuah Grab di Ipoh, pemandunya seorang anggota Polis yang masih berkhidmat, yang bertugas di Taiping. Katanya, di Taiping susah nak dapat pelanggan. Fikir2 kan lah.
BELAJAR la dgn memerhati!
Ukur Baju Di Badan Sendiri: Menilai kemampuan dan keadaan diri sendiri sebelum membuat keputusan atau bertindak.
Maksud mudah (bahasa biasa). Berbelanja melebihi kemampuan. Mengejar sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan diri. Meniru orang lain tanpa mengambil kira realiti sendiri. Ringkasnya: buat ikut kemampuan, bukan ikut nafsu atau orang lain.
Maksud mendalam (falsafah hidup): Kesedaran diri (self-awareness), Kawalan diri, Tanggungjawab terhadap pilihan hidup, Penerimaan terhadap realiti tanpa putus asa.
Orang yang “ukur baju di badan sendiri”: Tidak malu bermula kecil, tidak tertekan dgn status dan tidak terperangkap dgn perbandingan sosial.
1. Contoh Veteran yang Bangkit
2. Bekerja dengan Orang? Ikut Rezeki Masing-Masing
3. Realiti Kehidupan Veteran
Kalau masih berkhidmat sekarang dan mahu persaraan yang bermaruah, bebas hutang dan tenang — fahamilah hakikat ini.
Jika 5,000 anggota bersara setiap tahun, 4,500 daripadanya akan berdepan kesempitan hidup. Hanya 500 orang sahaja yang terus hidup selesa. Persoalannya — apa yang membezakan mereka?
4. Realiti Ekonomi dan Tekanan Hidup
Bagi kakitangan awam lain, mereka bekerja hingga umur 60 tahun — tempoh panjang untuk kukuhkan kewangan. Tapi anggota tentera bersara muda, umur 39–45 tahun — ketika kos tanggungan keluarga masih tinggi. Lepas bersara, mahu berniaga tiga bulan dah tutup, peluang pekerjaan yg banyak ada di bandar besar... mahu kerja jauh dari keluarga. Akhirnya ramai yang kembali jadi pengawal keselamatan sekolah — itu pun kalau ada kekosongan.
5. Persiapan Persaraan: Bukan Slogan Kosong
6. Kelebihan Anggota Tentera
Jangan lupa — bekas anggota ATM ada kelebihan yang orang awam tak ada:
- Terlatih bekerja dengan sistematik,
- Cekap merancang dari awal hingga akhir,
- Teliti terhadap peralatan, logistik dan kebersihan,
- Berdisiplin dan tahu tanggungjawab.
- Kemas dan tahu pakai baju yang sesuai untuk setiap majlis.
Saya pernah bekerja dengan sektor awam dan swasta — beza ketara! Bila majlis selesai, tiada siapa peduli hal logistik. Lejer hilang, aset tak dikira, pelupusan tak dibuat. Tapi askar, kalau barang tak cukup, tak bersih, tak masuk setor — belum selesai tugasnya.
Inilah nilai emas yang boleh dibawa ke mana-mana.
7. Kelemahan yang Perlu Dibaiki
Ingatlah, kenduri kahwin sekarang pun RM15,000 dah dikira kecil.
8. Sijil Tak Menjamin, Tapi Usaha Menentukan
9. Kesimpulan
Kejayaan selepas bersara tidak datang daripada nasib, tetapi daripada kesedaran dan tindakan. Ramai yang tewas bukan kerana tiada peluang, tetapi kerana terlalu lama menunggu. Veteran harus mula sekarang — asah kemahiran, kukuhkan kewangan, dan bina rangkaian rakan seperjuangan. Tiada istilah terlalu lambat, kerana semangat askar tidak pernah padam walau tanpa uniform. Teruslah melangkah dengan keyakinan dan maruah, kerana dunia luar masih perlukan disiplin dan ketabahan kita.
Ketepikan atau abaikan persepsi atau fikiran orang awam terhadap veteran ATM, yang penting kita berdikari. Kelulusan akademik atau jumlah duit di bank, atau kereta besar serta rumah besar, bukan ukuran. Di kg tempat saya tinggal ada dekat 5 buah rumah besar di tinggal kosong sebab tuan punya rumah sudah meninggal dunia. Di sana lah kita akan kekal. Dunia ini seperti jalan raya sahaja dari masa di lahirkan hingga ke mati.
BERSEDIA & BERWIBAWA, BERJAYA & BERDIKARI
PERINGATAN
Masa depan tuan (bila bersara nanti) bergantung atas diri tuan sendiri. CUMA nya jangan riak atau sombong takut tuan akan terjerumus dalam kumpulan istidraj. Kejayaan atau kegagalan usaha2 kita adalah hak Allah. Mohon jangan bangga diri jika berjaya atau salahkan orang jika gagal. Walaupun banyak agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu rakyat yang memerlukan, mereka juga ada kelemahan - keputusan di buat oleh Putrajaya. Gunakan segala kemudahan yang ada sebaik mungkin. Berusahalah dengan kawan yg ada minat yang sama bersama-sama. Jangan berusaha sendirian. Kerana bila dgn kawan, kita lebih yakin diri.
tekan tulisan ini untuk mengetahui di mana kita boleh cari kemahiran