SOLAT YANG BETUL YANG DAPAT MARKAH TINGGI
Saya bukan ostad tapi saya tahu sikit-sikit. Kata Rasulullah, kongsi ilmu yg bermanfaat, ingatkan atau nasihat 'walau sedikit' atau 'walaupun dgn satu ayat'.... ntah mana satu. Tapi yg saya ingat, kita kena kongsi ilmu. DAN jika saya silap, atau salah, mohon kongsi dengan saya dgn merujuk pd sumber yg betul.
SOLAT... ia bukan benda main-main. Ibarat mahu jumpa Sultan yg kita amat sanjung. Tentunya kita teruja, kita buat persiapan, hingga ada yang sanggup beli baju dan kasut baru. Gunting rambut bagai.... Ini pulak kita nak bertemu Allah. Kita datang Istana awal. Betul2 awal punya.
Tapi bila mahu bertemu Allah, apa persiapan kita? Gitu-gitu jer kan. Salah? Saya rasa saya betul!
SOLAT tu sesi berkomunikasi dengan Allah. Mahu sembang, dan setidaknya mahu minta tolong. Bila kita jumpa bos lama... kita tanya atau sapa apa khabar? En nampak sehat sekarang? Wah... kereta pun cantik!
SOLAT atau sesi bertemu Allah? Kita mula dgn memuji iaitu Allahuakbar! Sekejap lepas itu kita baca Al Fatehah. Dalam Fatehah ada elemen memuji, berikrar dan memohon. Puji ( اَلْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعالَمِينَ ) [ segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam], ikrar (pada mu kami sembah dan pada mu kami minta pertolongan). Memohon (tunjukkanlah kami jln yg lurus)... ada banyak lagi info dari Surah Al Fatehah saja!
SOLAT... kita tahu kita wajib solat. Kita yg dtg ke masjid. Kita mahu bertemu Allah. Baru mula nak bersembang dgn Allah, baru mula dgn takbir.... pemikiran kita sudah melayang! Mcm biadab pulak saya ni.... bila mula nak bersembang saya dok fikir perkara lain. Ironi nya saya pergi mesjid nak berteu Allah. Tapi bila dah bertemu - saya buat hal pulak.
SOLAT itu meliputi perbuatan atau pergerakan badan yg betul, dgn lisan dan dgn jiwa (mungkin roh). Apa cerita jika nak bersembang dgn Allah, tapi hati dan roh meraban merata. Kita tahu Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Maka pastinya Allah tahu luar dan dalam diri kita. Tak payah lah nak beralasan.
Berusahalah supaya solat kita itu dihargai atau disanjung, dan beroleh markah yg tinggi. Mahu tahu markah solat tuan selepas setiap kali selesai solat berjemaah? Mudah. Tanya lah diri sendiri... dari 10.... berapa markah solat aku berhak dapat?
Kriteria markah: Bergerak dari rumah/tempat kerja dan sampai sebelum masuk waktu. Berpakaian yg sesuai. Telah berwudhu. Masuk masjd, solat sunat masuk msjd di saf depan. Lepas azan, solat sunat........
Cuba selidik rahsia roko', faham erti dan makdud bacaannya... sama juga dgn setiap pergerakan lain dlm solat.
bersambung.....