Wednesday, December 6, 2017

Diploma Keselamatan PERHEBAT dan Kementerian Sumber Manusia


Assalam Tuan Puan

Pada awal 2017, PERHEBAT dan Kementerian Sumber Manusia telah tandatangan MOU di mana veteren berpencen dan tidak berpencen serta anggota yg masih berkhidmat yg sudah dekat pencen diberi Penilaian Khas atas Pengalaman Terdahulu - yg lulus di beri DKM [Diploma Kerajaan Malaysia]. [MACAM TU LAH LEBIH KURANGNYA DLM BAHASA KASAR SAYA]






Berita Berkaitan    Berita Berkaitan - Utusan Malaysia


Klik: CARA BUAT PAPER RPEL


Prosesnya begini

1.  hadir kursus bimbingan

2.  sediakan portfolio, laporan projek & baca nota [diberi masa 3 ke 4 minggu sebelum hadir hari penilaian/interview]. TERKINI (2019), tidak perlu buat portfolio SEBAB setiap peserta akan diuji secara amali. Dulu semuanya cara interview dan peserta hanya jwb soalan.

3.  hadir sessi penilaian amali dan temuduga termasuk buat  persembah laporan projek , siap dengan slides power point]

Itu saja!

Semua itu percuma.

Tapi tidak lah se mudah itu. Saya dan pembimbing lain perlu bimbing Tuan Tuan hingga hari penilaian. Semua komunikasi kita di rekod dalam Google Classroom. Kita tidak mahu nanti jika gagal ada calon yang kata beliau tidak dibimbing. Dalam google classroom semua nota telah disediakan. Semua panduan telah disediakan. Ruang untuk Tuan Tuan hantar deraf Laporan Projek pun ada juga.


Bagaimana mahu daftar? 

Tuan akan diberi borang dan paling utama borang aku janji. Berjanji akan buat sampai habis. Jika tidak kena bayar balik segala kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh PERHEBAT.

Di mana nak dapat borang2 itu. Selepas tuan hubungi saya dan kemudian bagi emel, saya akan 'jemput' tuan masuk 'google classroom'. Dalam classroom ini ada semua maklumat dan panduan.

Bagaimana mahu join classroom ini? sign in ke classroom di classroom.google.com  pada Home page klik +, kemudian dalam kotak tu masukkan ltc5ti dan klik JOIN

atau....


Kursus di Mana? Penilaian di Mana? 

Di PERHEBAT, Markas Formasi, pasukan, atau di mana-mana yang diluluskan oleh PERHEBAT kecuali di kedai mamak dan sewaktu dengannya. TETAPI, daftar dulu atau bagi nama dulu, PERHEBAT akan keluarkan surat atau kawat ke pasukan atau emel/telefon kepada veteren.

Selepas atau sebelum daftar?

Call saya NOOR MOHAMAD 019 275 0075 atau emel noormohamad0075@gmail.com

Sebab apa? Sebab saya sedang kumpulkan peserta dan tenaga pengajar untuk belajar dan mengajar di mana. Waktu ini ada yg terpaksa datang jauh ke PERHEBAT hingga dari Sabah dan Sarawak pun ada.

Paling minima mesti ada 25 orang supaya pergerakan kami berbaloi.

APA APA PUN... hubungi saya untuk pertanyaan. Jangan terus buat andaian.

Hanya mereka yang telah siapkan kertas kerja, lengkapkan borang di atas, DAN lampirkan salinan KP, serta surat pengesahan majikan akan didaftar seterusnya. Saya sebagai pembimbing akan teliti setiap borang sebelum dimajukan kepada PERHEBAT. 

KENAPA KENA BUAT PAPER DULU? Sebab pembimbing ramai yg sudah kena kencing. hari last peserta bgtau tak dapat datang sebab paper belum siap. MASAK KAMI!. Penilai datang dari merata tempat, PERHEBAT sudah buat persiapan.... calun ABSENT.


Soalan Tambahan. Mengapa Tuan Tuan tidak tahu program ini? 

Saya sendiri  pun dapat info melalui wassap dan lepas tu terus hubungi PERHEBAT. Tanya sedikit kemudian terus hadir taklimat. Selepas taklimat baru hadir kursus bimbingan selama 1 hari. Semua ini pada September 2017.

Cuma ringkasnya atau pandangan saya sendiri - ramai orang fikir ini tidak penting.

Tuan Tuan, semua anggota tentera termasuk pegawai ada lah orang yang berpengalaman dan ada kemahiran. Masalahnya, bila bersara dan hendak minta kerja, sijil kita tidak laku. Walhal umur baru 45 tahun dan kita perlu menyara anak isteri. Nah inilah peluang yang diberi oleh PERHEBAT.

Malangnya info ini tidak tersebar luas.

Apa itu RPEL?

Cari sendiri dalam google.

Dalam program ini kita di uji Tahap 2 dan 3 secara lisan. Itu sebab saya akan kongsi nota yg perlu dibaca. Masalahnya, saya fokus dalam bab sekuriti [keselamatan] sahaja. Saya ada nota untuk itu sahaja.

Selepas lulus Tahap 2 dan 3, ahli penal suruh kita bentangkan Laporan Projek yang kita telah sediakan. Kalau lulus, dapatlah Diploma Kemahiran Malaysia.

Kalau itu pun susah sangat, saya minta ampun awal-awal. Tuan tidak akan ke mana. Namun rezeki semua sudah di tetapkan oleh Allah swt, dan saya doakan selamat berjaya.


Selain dari bidang sekuriti. ada bidang apa lagi?

Jika Tuan Tuan berminat bidang lain, saya akan majukan nama Tuan ke PERHEBAT untuk mereka salurkan kepada Pembimbing berkenaan. Sila baca senarai bidang NOSS.


PERINGATAN

Semua ini PERCUMA. Hanya perlu sediakan kertas kerja, fail sijil-sijil kursus...itu saja!


PANDUAN AM MENGHADAPI PROSES SKM 4
 [baca setiap baris dalam nota ini. jangan skip]

PENGENALAN
Ini adalah skim kerajaan menganugerah sijil yang bertaraf diploma berdasarkan pengalaman dan kemahiran terdahulu.
Pada amnya kita dianggap mahir pada peringkat 2 dan 3, tetapi akan diuji secara lisan, betulkah kita mahir [itu sebab kena baca nota yang akan diberikan]. Tahap 2 dan 3? Akan diterangkan nanti.
Selepas itu akan diuji Tahap 4 dengan cara buat laporan projek dan buat persembahan [presentation] depan penal.

PROSEDUR DAN PROSES
SYARAT
·       Terbuka kepada veteran dan mereka yang akan bersara dalam masa 5 ke 3 tahun.
·       Pendapatan bulanan di bawah 4000 rgt. Bagi yang belum bersara, andaian dibuat, bila pencen nanti pencennya kurang dari 4000 rgt.
·       Umur kurang dari 55 tahun. [pada hari ujian]
·       Bidang yang boleh diambil:
o   Apa saja yang ditawar oleh JPK Kementerian Sumber Manusia
o   Bidang di mana tuan ada pengalaman kerja tidak kurang 7 ke 10 tahun
o   Bidang keselamatan boleh diambil oleh individu dari mana-mana kor/rejimen
·       Terkini, atas permintaan, pegawai-pegawai tertentu juga dibenarkan dan atas sebab-sebab tertentu, namun syarat-syarat asas, masih dipatuhi.

DOKUMEN
Selain borang yang perlu di isi DAN DI COP PASUKAN atau MAJIKAN atau JHEV, tuan2 kena sediakan juga
·       Salinan BAT C10 atau KP:    3 salinan [sila palang dan tulis dalam palang PERHEBAT]
·       Surat Pengesahan Majikan:  2 salinan
·      Bagi yang telah bersara, salinan fotostat BAT 92, muka depan yang ada foto dan muka belakang yang ada tandatangan
Semua dokumen [borang, surat majikan dan salinan fotostat] MESTI dimajukan kpd pembimbing untuk di daftar dengan rasminya sebagai peserta.
PROSEDUR
1.     Hadir Kursus Bimbingan [wajib]
a.     Akan didedahkan semua perkara [prosedur, proses, panduan am].
b.     Diberi pelbagai borang untuk daftar dan lain-lain.
c.     Tandatangan kehadiran sebagai bukti telah hadir temuduga.
d.   Akan masukan nama dalam grup wasap untuk bimbingan maya selepas kursus & maklumat terkini

Kenapa wajib? Sebab ini proses pertama di mana peserta diterangkan keseluruhan prosedur. Sudah ada peserta semasa interview, bilang tidak dibimbing! Sedihnya perhebat dan peg pembimbing bila dpt info ini.

2.     Sediakan Laporan Projek

3.     Baca semua CO dan COCU di Tahap 2, 3 dan 4.

4.     Counseling [bimbingan] maya. Akan dibuat satu wasap gp di mana semua peserta akan jadi ahli. Ahli kena maklum admin jika ada orang yang tidak masuk wasap gp. Semua kemuskilan, pertanyaan dan info akan dikongsi. Paling penting tarikh dan masa interview. Selain itu, peserta kena buat framework atau deraf ringkas dan di emel kepada pembimbing untuk pembetulan sebelum ia dikira final.

5.     Hadir Temuduga
a.     Semasa temuduga, tuan akan ditanya kemahiran di Tahap 2 dan 3. Tenguk nasib...ada juga soalan2 dari Tahap 4. PENTING. Ada benda kita tiada pengalaman....tapi penal mengharap kita sudah baca nota kita.
b.     Tuan perlu buat persembahan [presentation] atas Laporan Projek Kemahiran Terdahulu [LPKT] guna power points. [bawa thumb drive]
c.     Jika gagal [kemungkinan] diberi peluang buat semula esok harinya.
d.     Jika lulus, kertas kerja akan ditandatangan dan tuan akan ‘bind’ ikut peraturan yang ditetapkan

Terkini! Kertas kerja OK, tapi bila bab interview ada yang kantoi [gagal]. Tuan tuan kena baca semua nota dan faham. Orang tua mcm kita tidak perlu ingat, tapi kena lebih faham. Contoh bab ronda; kita hanya perlu ingat sebelum, semasa dan selepas. Isinya? Pandai2 lah.

ISU BUAT LAPORAN [kertas kerja]

6.     Buat laporan tidak susah tapi kena usaha. Fikirkan kawan-kawan kita di KL [PTT Kanan] tidak ada yang gagal. Jika kurang, diberi peluang buat semula esoknya.
a.     Cuma 15 ke 20 muka surat. Isinya betul-betul 5 muka surat sahaja. Itu pengalaman saya, bukan temberang.
b.     Paling banyak yang dibenar ialah 30 muka surat.

7.     Apa nak lapor?
Saya cuma boleh cerita bab Keselamatan sebab itu tumpuan saya.
a.     Bab Operasi Keselamatan
b.     Bab Buat SOP
c.     Bab Senjata Api
d.     Bab Latihan
e.     Bab Pengurusan Anggota
f.       Bab Tugas Mengiring VIP

8.     Kandungan setiap bab tu bagaimana? Akan diceritakan dalam kelas


PORTFOLIO

Setiap calon WAJIB sediakan satu portfolio. Portfolio ni ialah resume dan cv tentang diri kita.


Selamat Berjaya!


Disediakan oleh
Noor Mohamad [019 275 0075]


-->
P/S. Nota ini masih sedang di bina dan dikemaskini setiap hari!