Monday, January 22, 2018

MAS atau AIR ASIA

Sekarang ni, bila saya perlukan penerbangan, pilihan utama saya adalah MAS.

Mengapa MAS?

Stafnya keseluruhannya sopan [tak nampak sombong lansung], kemudahannya terbaik, tiada kos tersembunyi, pramugari dan pramugara nya comel, kacak, dan jelas keikhlasannya. Senyum mereka bukan jenis buat2. Kapalterbang bersih, dan banyak kapal terbang ada movie. 

Staf MAS pelbagai kaum. Makanannya sedap. Berat beg yg dibenar 30 kg. ....keseluruhannya LEBIH MURAH dari Air Asia

Saya instal app MAS dalam telefon bimbit.  Mcm2 ada. Boleh check in, dia bagi peringatan, boleh buat mcm2.

Harga tiket MAS. Lebih murah kalau kita tempah awal. Oleh kerana saya terbang sebab cari rezeki, tak boleh lah saya tempah tiket 6 bulan atau 10 bulan sebelumnya. 

Bila saya ngajar Pengawal Keselamatan, selalu saya cakap kita kena jadi mcm pramugari. Kamu lihat pramugari, bukan saja cantik, kemas, dan wangi. TETAPI semasa kecemasan, pelbagai bentuk kecemasan....mereka tahu apa hendak buat.

Pengawal Keselamatan boleh kah buat macam tu?

Cuma ada penumpang yang dok depan selalu kaut habis surat khabar, dua tiga jenis setiap orang, sampai penumpang lain tipis sekali nak baca surat khabar... rasanya baik juga penumpang paling depan masuk ke dalam pesawat last sekali. 

Atau MAS ubah dari FIFO kpd LIFO.