Assalamualaikum
Saya nak share cara buat LPKT, iaitu cara buat kertas kerja Level 4. Tak kiralah apa saja bidang yang tuan sedang atau nak buat.
Saya nak share cara buat LPKT, iaitu cara buat kertas kerja Level 4. Tak kiralah apa saja bidang yang tuan sedang atau nak buat.
Mola-mola, sediakan carta CU (competency unit depan mata). Sambil baca nota saya ni, sambil-sambil tenguk CU. Ni saya bagi contoh kat bawah ni.
Ini CU untuk LOGISTIC. Ada 7 CU kat sini. Pengurusan Perhubungan Pelanggan Logistik, Pengurusan Sumber Logistik, Pengurusan Edaran Cargo dan lain-lain.
Pilih lah CU mana yang tuan ada pengalaman, dan kemudian nak tulis. INGATAN! Pilih yang tuan betul-betul ada pengalaman dan pengetahuan. DAN, pengetahuan itu mesti berasaskan juga kepada NOSS logistik ini. Bukan logistik TESCO ada econsave. Mereka suruh guna NOSS, kita guna NOSS.
NOSS ini di sediakan oleh pakar logistik negara.
OK sekarang sudah buat keputusan nak buat salah satu CU di atas.
Ini tips cara buat LPKT yang logik, ringkas dan tepat. Kenapa? Sebab bukan semua orang ada pengalaman dan pengetahuan nak sediakan kertas kerja menggunakan NOSS, dan kaedah kertas kerja yang ala-ala akademik. Slo-slo faham. Kurang faham kalau, bincang dgn kawan.
LPKT utk level 4 ni ada 4 Bab.
MAAF ya... isi kandungan kat atas tu dah berubah, BAB 1 : pengenalan, latar belakang, pernyataan masalah, objektif, skop kajian, dan kepentingan kajian. BAB 2 saya masih mencari yang lebih tepat, sebab dalam borang pemarkahan, markah hanya di beri kepada proses kajian dan gantt chart. Cumanya, apa kandungan proses kajian, yg saya perlu selidek, supaya ia memenuhi maksud proses ni. BAB 3 pun dah lain. BAB 4 markah hanya pada perbincangan dan cadangan.
إن شاء الله nanti saya akan kemaskini kandungan sebenar LPKT ini. Hari ini 11 Ogos 2023.
Tugas Kedua. Kita terus buat Cadangan di Bab 4. Bagaimana kalau kita belum buat kertas kerja, kita nak buat cadangan? Tidak pelik sebab ini kan LPKT. Ia ada alah satu laporan yang mesti ditulis dalam bentuk kertas kerja.
Senaraikan apa saja cadangan tuan. Perlu ingat, ia mesti logik dan tuan pernah buat, atau ada pengalaman atau ada pengetahuan. Contoh: Dalam sesuatu projek, tuan hanya bertanggungjawab untuk atur semula semua rak dalam stor alat tulis. Mana mungkin tuan buat semua kerja, sebab masa tu, tuan hanya macai saja. Bagaimanapun, dlm sesi perbincanga kat bilik mesyuarat, tuan dapat sedikit pengetahuan bagaimana si polan itu merancang, apa masalah yg di hadapi dan bagaimana selepas perbincangan, kita dapat mengatasi masalah tersebut.
Senaraikan 3 atau 4 cadangan sahaja.
Tugas Ketiga. Kita balik ke Bab 1, iaitu bahagian Latar Belakang Masalah. Tadi kita sudah buat cadangan kan. Kalau kita telah cadangkan sesuatu, tentulah ia berasaskan sesuatu masalah, betul tak? Contoh; tuan telah cadangkan SOP perlu di kemaskini. Ini bermakna, di dalam bahagian 'latar belakang masalah', tuan kena tulis anggota stor tidak tentu arah sebab arahan yang di terima sentiasa bertukar-tukar.
MINTA BANTUAN..
sekali tuan klik kat iklan sebelah ni, saya dapat 1 sen
Tugas Empat. Dari situ tuan kena ingat balik, cadangan tuan, kemaskini SOP, masalahnya di Bab 1, arahan berubah-ubah. DAN sekarang di Bab 3, bahagian penilaian atau penemuan, tuan tulis, 'arahan berubah-ubah kerana SOP tidak kemaskini'.
Sekarang saya ingin tunjukan hubungkait antara semua cerita di atas:
INGAT balik. kita mula dgn Bab 4, kemudian dari situ kita buat Bab 1 dan last sekali buat Bab 3. Kalau orang tanya, kenapa buat mcm tu, jwb kat dia, aku buat laporan, aku bukan buat kertas kerja.
Kita rehat sat, tingal sat hal kertas kerja ni. Sekarang kita masuk hal LPKT ni kualitatif atau kuantitatif. Majoriti ckp kat saya 'cikgu' dia suruh buat kuantitatif. Semua orang buat mcm tu, dia kata! Cara kualitatif tak boleh!! Ada satu hamba Allah, dah siap LPKT terpaksa di ubah balik jadi kuantitatif.
Mula-mula kita kena faham dulu apa dia benda ni. Saya cerita dulu benda asas kat sini. Paling asas! Jika betul lah kita nak buat LPKT berasaskan pengalaman terdahulu, jwb dgn ikhlas, pernah kah di pasukan atau unit kita, kita buat soal selidik dalam hal-hal begini. Contoh; nak baiki pengurusan dan pentadbiran stor alat tulis, stor pakaian, stor barang terkawal, stor senjata dan stor peluru. Atau nak buat latihan menembak, atau belayar dari Lumut ke Sandakan, atau terbang dari Subang ke Tawau. Tidak kan.... habis tu bagaimana?
Jawapannya, kita buat meeting. Kita rujuk balik kepada Perintah Majlis, perintah-perintah sedia ada, polisi, peraturan, SOP, minit mesyuarat, kita tanya orang lama bagaimana prosedurnya, kita tanya unit atau pasukan berdekatan, atau kapal berdekatan dan lain-lain. Nah! Itulah dia kualitatif!
Yang kedua, apa maksud kuantitatif? Kajian yang perlu kenalpasti independent dan dependent variable dependent, melihat hubungkait varriable-variable tersebut yg mana satu yang lebih kuat. Contoh; kita nak tahu apakah yg di katakan seorang wanita itu cantik? Ada banyak variable, ilmu, cantik, tinggi, slim, pandai, mesra, rajin solat, pandai masak dll. Dari sini baru boleh buat soal selidik. Baru boleh tahu, apa pendapat orang tentang makna cantik kepada mereka.
Saya ada soalan logik di sini. KD Duyung Biru akan belayar dari Lumut ke Sandakan. Berapa hari kita perlu berlabuh di Sandakan?
Soalan kedua. Laluan mana yang kita patut guna?
Soalan ketiga. Pelabuhan mana kita patut singgah?
Kemudian kamu tanya. Jantina. Lelaki. Perempuan. Apa kaitan pengurusan stor alat tulis dengan jantina? Kenapa dan mengapa kamu nak tanya soalan itu?
Saya rehat dulu di sini, cerita kat bawah ni cerita lama... boleh lah kalau nak baca-baca.
-----------------------------------
Ramai veteren dan bakal veteren inginkan sebuah diploma untuk mudah cari kerja. Saya kata 'mudah' bukan makna ada diploma akan tentukan tuan akan dapat kerja. Itu sudah kuasa Allah, bukan kuasa kita.
Apa kena mengena Diploma Keselamatan dengan kerja itu dan ini? ini soalan biasa! Nak habaq mai; dalam dunia ni, ada Doktor jadi pensyarah, ada jurutera jadi kontraktor dan ada artis buka kedai makan. ada jurutera jadi naib canselor, ada akauntan jadi bos telekom. ada mangkok hayon jadi pemimpin politik dan menteri.
ringkasnya, ada diploma mudah dapat kerja! bila sudah kerja nanti, bos akan lihat, si polan ni hebat bab logistik rupanya. maka jadi lah kamu RQ atau QM di mana mana organisasi yg kamu kerja. itu lah cerita nya.
bab buat RPEL ini bermula dengan membaca dan kemudian atau masuk taklimat dulu.
masuk je bilek taklimat sudah rasa...betul ke ni? senang sangat nak dpt diploma! tp bila ckp ja pasal buat kertas kerja, diam-diam kawan keluar baris!
isu nya... bukan senang nk dpt diploma percuma. kena usaha sikit. usaha buat sesuatu yg kita tidak pernah buat; iaitu buat kertas kerja. jgn risau sbb ramai sudah yg lulus.
mahu senang? swastakan saja. salah ke? JPK benarkan sbb mereka tahu, orang mcm kita hnya tahu buat kerja, tetapi bab buat kertas kerja ni... minta maaf la.
isu nya... bukan senang nk dpt diploma percuma. kena usaha sikit. usaha buat sesuatu yg kita tidak pernah buat; iaitu buat kertas kerja. jgn risau sbb ramai sudah yg lulus.
mahu senang? swastakan saja. salah ke? JPK benarkan sbb mereka tahu, orang mcm kita hnya tahu buat kerja, tetapi bab buat kertas kerja ni... minta maaf la.
Saya mahu betulkan ayat di atas. BUKAN NAK BUAT DIPLOMA. Tetapi hendak 'mendiplomakan' pengalaman dan kemahiran kita yg terdahulu.
Dolu dolu, askar kata pengalaman dan pengalaman kita tidak di iktiraf oleh awam. mereka tak dapat nak iktiraf sebab kita tidak ada diploma. sekarang bila nak bagi diploma, banyak pula songe kita. ia mcm Nabi Musa dengan umat dia, orang yahudi. banyak songe. tanya macam2. buat tidak jugak. sebab apa? sebab rasa diri tu lebih bijak, lebih pandai, lebih.... macam macam.
tanyalah kpd veteran yg telah berjaya. mereka akan kata, veteran ni memang byk songe. veteran yg kata. bukan saya kata.
BAGAIMANA NAK MULA?
Tajuk paper. Mula mula sekali, nak tulis apa? Tajuk apa? ...saya nak cerita bab SEKURITI jer, sbb itu bidang saya..
BAGAIMANA NAK MULA?
Tajuk paper. Mula mula sekali, nak tulis apa? Tajuk apa? ...saya nak cerita bab SEKURITI jer, sbb itu bidang saya..
Ada beberapa bidang biasa yg mudah sikit, yg boleh di ambil dari 8 CU (competency unit) di bawah
Bab CU ni....penilai suka tanya....jgn gagap yer! orang tua jgn baca... tapi faham. tak faham jgn buat2 confident. kantoi nanti!
C01.Operasi keselamatan [contoh-contoh tajuk kecil]
- kawalan keselamatan
- kawalan keselamatan kompleks/bangunan
- kawalan keselamatan masjid
- kawalan keselamatan majlis maulidul rasul
- kawalan keselamatan kawasan perumahan
- kawalan keselamatan kem
- mengiring VIP
- kawalan keselamatan balai pengawal
C04.Stor senjata
- rekabentuk rak senjata
- pembinaan stor senjata
C08.Pengurusan sumber manusia
- pelaksanaan kursus kadar/ pemandu/ soldadu muda
- latihan kecemasan
- kebajikan anggota bujang di kem mahkota
- pengambilan pengawal keselamatan
C05.Pengangkutan [CVIT]
- menguruskan pergerakan kereta kebal dari kem A ke Kem Asahan
- penghantaran alat komunikasi ke Lahad Datu
- menguruskan pergerakan bahan letupan dari...ke....
C07.Khidmat Pelanggan
- Laporan Projek Pengurusan Barang Hilang dan Jumpa
- Laporan Projek Penyedian Indeks Kepuasan Pelanggan
TAJUK KERTAS KERJA (baca perenggan yg berwarna ni sampai faham)
"LAPORAN PROJEK....." pada peringkat DKM 4, kita hanya melaporkan apa projek yg kita pernah lakukan. Ada orang silap, pergi tulis "kajian projek..." Kajian ni untuk Diploma Lanjutan, ia itu level 5. nanti kasi lulus DKM 4 baru buat DLKM 5.
Apa tujuan laporan itu? Tujuan utama kita ialah hendak lapor projek yg berjaya yg pernah kita lakukan semasa berkhidmat atau masa kerja selepas bersara.
Contoh: Laporan Projek Meningkatkan Kawalan Keselamatan Bangunan DBKL.
Kita kena ceritakan apakah masalah [pernyataan masalah] keselamatan bangunan DBKL ini. Masalah parkir tidak terkawal, pelawat memasuki kawasan larangan, pelawat sesat, kehilangan motorsikal, kehilangan harta persendirian dalam pejabat [handphone, duit dll]...
Kemudian, bila kita diberi tangungjawab rancang operasi keselamatan....segala kejadian jenayah kecil itu telah berkurangan.
NAH! sekarang kita kena tulis cerita di atas dalam bentuk dan format yang di terima.
Nak menulis kertas kerja bertaraf Diploma; kita kena ikut peraturan penulisan akademik atau peraturan yg telah di tetapkan oleh JPK.
PANDUAN AM. jangan tiru bulat-bulat paper orang. Sekali pembimbing atau penilai baca, mereka sudah tahu itu ciplak. Bab 1 dan 2 belum siap, Bab 3 dah nak complete. yg jelas dan paling ketara, setiap ayat dan penggal sama saja. paper ciplak terlalu byk kelemahan jika kita tidak berhati2.
Perihal Buat Kaji Selidek melalui soal selidik [questionaire] Kita semua tahu dalam tentera, dlm 20 tahun berkhidmat adalah sekali dpt soal selidik dari markas formasi. tapi rata2, kertas kerja calon RPEL yg saya terima, semuanya buat soal selidik. Ini mmg tidak logik. Adakah hal hal pergerakan bawa meriam dari kem A ke kem B nak buat soal selidik dulu. bawak jer meriam tu mengikut cara yg terbaik. kalau dulu malam, sekarang siang. kalau dulu tarik, sekarang isi dalam trak [ini contoh....mmg tak logik]. kalau dulu guna jalan lama, sekarang guna lebuh raya.
Susah saya nak terima akal jika mahu pertingkat cara meronda pun nak buat soal selidik!
sebenarnya, bermesyuarat, berbincang, tinjau, kajian literatur, pemerhatian... semuanya boleh di guna pakai. kita boleh utarakan brainstorm, pest analysis, swot analysis, fish bone analysis dan macam macam lagi.
kajian literatur di sini bermaksud mengkaji fail, dokumen, SOP, arahan markas formasi, buku, majalah, artikel dll termasuk wikipedia, google dll.
ada satu keadaan nak simpan senjata cara terbaik yg kawan kita buat ialah buat rak 2 tingkat. aduss.... yg saya ingat, pada tahun 70an, rak 2 tkt sudah pun kita gunakan. itu pun nak buat soal selidik bagai. jgn la buat mcm ni... sedih kami pembimbing..meleleh air mata.
BAB 1
Dalam perenggan pengenalan, jgn merewang-rewang pi cerita benda yg tiada kaitan dgn isu atau projek kita. Kalau nk cerita pasal pasukan atau sykt yg kita kerja, agak-agak lah. Letihnya....bila pembimbing tegur...terus merajuk.
kalau batalion infantri; ceritalah apa peranan dan tanggungjawab dia. kalau bangunan DBKL, ceritalah apa ada di bangunan itu, dan mengapa orang awam selalu datang ke situ, dan jabatan mana.
Menulis Bab 1, 1 jam sudah boleh siap kecuali kita nak tampal carta organisasi, foto dll
BAB 2
2.1 Rekabentuk - Sila Klik
2.2 Persampelan
2.3 Proses metodologi dan kaedah
2.4 Teknik analisa
2.5 Gantt chart
semua di atas amat baik kalau kita boleh tunjuk flow chart. Melayunya carta aliran, kecuali 2.4;
perenggan 2.4 kena tunjuk sama ada SWOT analysis, PEST analysis, fishbone technique dll. hal gantt chart- merangkumi dari terima arahan [orders] dari bos hingga kpd last day persiapan untuk mula projek.
gantt chart selalu orang kelabu / confuse. yg terbaru ada pulak variasi, rancangan dan sebenar.... Apa maksudnya? maksudnya kita rancang sesuatu aktiviti boleh selesai dlm 2 minggu tapi terlajak jadi 3 minggu sbb cuaca, sbb tggu kelulusan dll
flow chart, pie chart, peta, dan rajah amat penting dlm paper tuan ini. tapi jgn berat sebelah. ada kawan letak 2 bar chart di setiap muka dlm Bab 3. Tak ada maknanya kalau carta organisasi tak ada, rajah kasar kem tak ada, rajah bangunan tak ada, dan flow chart pelaksanaan projek pun tak ada.
pembaca perlu tenguk itu semua untuk faham paper tuan..
gantt chart kena logik. kena simple. jgn terlalu simple hingga saya sendiri pernah komen...kalau mcm ni baik tak payah buat gantt chart.
jgn main tampal dan asal ada jer..
MUDAHKAN KERJA
selepas pembimbing tegur, buat pembetulan...terus guna fail yg beliau send. ada tu, saya dah betulkan, dah modify....dia bg balik hok lama. sakitnya hati sebab dah byk masa saya terbuang
Kelemahan Paling Besar
cara penulisan dan silap ejaan. SILA rujuk kepada surat khabar, majalah, rencana dll. [maaf sbb ini hnya blog tdk rasmi, saya tdk akur kpd cara penulisan akademik dan rasmi] Tuan2 punya paper akan masuk library JPK dan jd bahan rujukan sampai bila2.
BAB 3
Bab ini mula membuktikan hasil projek tuan.
(i)
Penilaian;
(ii)
Hasil Analisis;
(iii)
Kajian Perbandingan / pertimbangan atau ulasan.
(iv) Penemuan
Bawah tajuk penilaian, jgn lupa hal hal teori, dan cabutan dari SOP, polisi, prosedur dll. itu lah yg disebut kajian literatur.
Contoh: cerita meronda. mengikut encik google ..... matlamat meronda ialah.... Ini sama spt dlm SOP pasukan di mana matlamat meronda ialah....
Bawah tajuk hasil analisis, tuan-tuan tulis lah dgn ringkas apa hasil meeting/tinjauan/survey dll. elak dari rewang2 dgn hasrat utk tebalkan laporan.
kajian perbandingan: ....ceritakan kebaikan/kekuatan dan kelemahan dulu [sebelum kita buat projek] dan selepas projek..
kemudian buat lah perbandingan tentang kesesuaian, kewajaran dll. kadang2 ia melibatkan keperluan logistik yag bertambah atau berkurang, tenaga kerja,masa dll
jika di lihat... kita ada sebut PERMASALAHAN di Bab 1, maka cerita masalah itu dibuktikan di sini. Kita bukan main2 ckp ada masalah, tapi sebenarnya tak ada masalah pun. ia itu hal kelemahan sedia yg kita hendak atasi.
last sekali penemuan: lihat contoh..
di dapati, kerjasama boleh diperolehi dgn baik sekiranya berlaku adil dan tiada double standard.
polisi yg ada terus tetap dan tidak berubah-ubah...
pelanggan [pihak sekolah] puas hati dgn se orang pengawal manakala dari aspek kawalan keselamatan; ini tdk logik
pelanggan anggap CCTV sudah cukup untuk capai keselamatan
RUJUKAN
semua paper mesti ada rujukan. pertama, bagaimana mahu tulis rujukan? masuk dlm google dan type 'bagaimana mahu tulis rujukan'.
mana huruf besar, mana koma, mana tulisan senget, tahun, mana depan dan mana belakang.
ada yg tulis rujukan dia 'SOP Pasukan'... bagi lah maklumat yg lengkap. pasukan mana satu, tarikh keluarannya, dll
jika tiada rujukan, ia ibarat tulis cerpen....hantam saja...
INGATAN! isi kandungan paper kita atau skop perbincangan kita mesti berasaskan NOSS bagi setiap CU yg kita pileh. Contoh: dalam CU 1 iaitu pengurusan operasi sekuriti; dia ada bab
- penilaian kawasan operasi,
- penilaian keselamatan,
- peralatan yg di perlukan,
- kekuatan utk tugas sekuriti dan
- bajet.
Bab kepuasan pelanggan. Ada orang dapatkan kepuasan pelanggan awam. Ini kurang tepat sbb apabila kita buat kawalan di sekolah atau di kilang, siapa pelanggan kita? Tentulah pihak pengurusan sekolah dan pengurusan kilang. Jika kita nak ambil hati pelanggan di Balai Pengawal... pelanggan kita ialah bos kita iaitu Pemerintah atau Komandan kita. Dia akan beri arahan dan nyatakan keperluan melalui Ejutan atau RSM atau pegawai-pegawai lain.
Jika kita ambil hati pelanggan luar seperti pelawat kem... masak lah kita nanti kena skrew dgn Komandan.
ASSOCIATION (APA)
KALAU TUAN CERDIK, cetak (print) tulisan di atas ini, dan jadikan rujukan semasa buat kertas kerja. Buat satu-satu, jgn lompat sana sini. Rasanya saya dah terangkan dgn amat jelas. Wassap/emel utk pertanyaan. noormohamad0075@gmail.com atau 019 275 0075. Kalau rasa nk muntah, cari lah orang yg boleh tulis untuk tuan.