seperti depa kata, susah nak masuk neraka sebab kena belanja duit, korbankan masa dan tenaga. nak bazir duit negara pun mcm tu jugak.
beberapa hari lagi akan ada HARI PENGGUNA kat KL. sebenarnya setiap hari pun hari pengguna; HARI pengguna kena kencing. dikencing oleh semua pihak yg kuat kencing. peniaga seronok kencing pengguna sbb dpt 'sokongan' depa. sokongan selamba badak. tadi di radio 24 dia kata ada 21 ribu laporan dari pengguna tahun ni. so what? buat apa laporan kalau kamu tak atasi masalah. tol naik, harga minyak naik, harga rumah naik....pergilah atasi masalah ini. ini lah kes membuat untung berlipat ganda namanya. semua sykt konsesi lebuh raya dikawal oleh gomen dan ditubuhkan oleh gomen. jadinya pihak berkuasa ni pegi lah ambik tindakan terhadap gomen ni. atau gomen yg peka sendiri mau fikir la!
minyak tanah [minyak api / kerosene] ditampal label turpentine dan dijual dgn harga 4.50 sebotol kecil. nak kena lapor ke? tak caya pergilah kat semua kedai barang keras [hardware]. letihlah nak lapor dgn cara rasmi tiap kali. mcm satu organisasi tu selalu cakap..."kami tidak boleh ambil apa-apa tindakan kerana kami tidak terima apa-apa laporan". he he he.
modal buat boxer hanya 1.50 jual 12.00 hingga 25.00. lepas ni aku pakai napkin yg diperbuat dari kain pelikat terpakai lah nampaknya! macam seluar afdlin shauki tu.

buat hari pengguna, paling banyak pun akan membelanjakan 5 ribu ringgit jer pun. BETUL KE? betul.....TAK PERCAYA pergi tanya mereka yg bersusah payah merancang atau tanya mereka yg meluluskannya.
sewa basement dataran merdeka, buat banner, mesyuarat, makan malam, makan tengahari, buat t shirt, buat baju korporat, banner, buku cenderamata, sewa hotel, panggil artis, panggil menteri & vip dan bayar OT orang dbkl. mungkin jimat kos sebab beberapa 'ekor lembu' dipaksa-rela sponsor.
itu belum ambil kira masa untuk merancang, meninjau, mesyuarat dan menggunakan berbagai agensi dgn 'percuma'. Percuma? percuma apanya wei! OT staf sapa bayar, kereta guna air sg gombak ke? staf makan rumput ke? duit sapa? duit negara! duit ni dtg dari mana? sumbangan rakyat dan hasil negara kan.

ringkasnya; hari itu, hari ini, majlis itu, majlis ini.....semuanya LANGKAH PEMBAZIRAN yg sudah lama diamalkan oleh depa tu dan depa ni. semua depa pun sama ja.
penyokong depa tu dan depa ni mmg sokong pembaziran.
YANG SAYA PALING HAIRAN ialah, semua majlis tu dihadiri oleh muslimin dan muslimat [majoriti]. dan vip [kaki kipas] yg sama. masa bila depa dok buat keja kat opis? asyik hadir majlis ja! sebenarnya vip ini semuanya dah meluat dgn majlis-majlis rasmi ini. tapi adalah jugak yg ambil peluang mengipas dan mengular..[lesen besar tu]
minggu lepas buat citrawarna 2015 di dataran merdeka. mcm tu jugaklah. potong jari kita semua kalau 10% pengunjung yg datang tu yg bukan muslimin dan muslimat. 0.001% pun tak sampai kan. ini semua untuk muslimin dan muslimat jer.
dah kalau pemimpin Islam sendiri yg nak melekakan muslimin dan muslimat, lebih baik dihapuskan terus kerja yg tidak berfaedah dan membazir ini.
buat je acara budaya percuma di area KLCC pada waktu malam. dah tentu pelancung dan pelbagai kaum ada kat situ. 2 kali sebulan. suruh lembu buat pentas tetap. gabung semua kaum atau asing2kan. tak perlu perasmian, tak perlu ucapan perasmian yg mcm separuh nyawa tu.
cara pembaziran kedua ialah dgn menubuhkan itu dan ini. kita akan menubuhkan.....! mereka akan memastikan......HABUK PUN TARAK! betul tak? coba lihat organisasi yg berkuasa di jalan raya....ada berapa banyak agensi? agensi ni dok bergaduh satu sama lain, kuasa yg bertindan, akhirnya sorang pun tak kisah. cuba tenguk isu tanah runtuh, isu pendatang asing, dan isu pencerobohan di tanah tinggi, isu yahudi, isu tanah rizab melayu, isu balak, isu gaji minima, isu amah indonesia, isu halal haram, tak termasuk lagi kertas tisu yg sekali lap melekat - lekat kat mulut. contoh terbaik ialah INDUSTRI BOLASEPAK NEGARA, ntah sapa yg berkuasa, siapa yg merancang, yg mentadbir, yg mengurus....semuanya tak betul. kalau betul sudah tentu kita terus maju sebab dulu kita lebih kuat dari KOREA!
by the way...what happen to watch towers along plus hi-way. bukankah ini arahan bapak-bapak yg ada kuasa tempuh hari?
by the way...what happen to watch towers along plus hi-way. bukankah ini arahan bapak-bapak yg ada kuasa tempuh hari?
agenda tersembunyi. itulah punca segala masalah kita hari ini. tidak amanah pun satu hal jugak. ia sebenarnya timbul selepas ada agenda tersembunyi. paling utama ialah depa semua tak takut Allah. period.
akhir sekali semua dok cerita pasal PM kita. cuba tenguk jabatan dan kementerian, maktab kita, bank kita, dan universiti kita. semua pun sama kan! mungkin lebih teruk lagi dari isu 1mdb.
amalan 'majlis perasmian', soft launch, hard launch sudah jadi budaya yg amat tebal dlm negara yg 'kaya' ini. kalau tak buat, tak boleh. tanya tok pengulu, cikgu besar, ketua cawangan, ketua bahagian dan termasuk juga mat kipidap dan imam masjid.
jom bazir duit. pembaziran tu amalan rakyat Malaysia khususnya muslimin dan muslimat. syetan pun heran dan takjub....orang Melayu lebih hebat dari depa. he he he.
marilah kita semua berusaha dan berdoa kelaku pembaziran dan aktiviti serta projek yg tidak berfaedah dikikis di kalangan pemimpin2 kita khususnya yg berugama Islam dan yg mengamalkan ajaran Al Quran.
Kita juga berdoa agar khatib utarakan contoh2 ini dgn terbuka, tak perlulah nak berlapik lapik lagi dah. amin.
kita terikut2 zikir selepas solat yg diamalkan oleh nenek moyang kita. jom tguk sunnah Rasul dlm bab ini. slow2 kita ubah & cara Rasul, sebab kita sayang dia. Lepas itu buat kajian sendiri berasaskan hadith2 yg soheh.
http://togetherlearning.blogspot.my/2015/07/zikir-rasulullah-selepas-solat.html