Thursday, September 3, 2015

Sayang Ibu

Saya pernah hadir satu majlis kiaimulail yg panjang. 10 malam hingga subuh. tapi ada break la! Ustaz ni nak ajar supaya sayang Allah, tapi dia 'bawa' kami melalui 'sayang ibu'.

Bagi saya ia amat memberi kesan, sebab bapa saya telah tiada pada masa itu.

Beliau mulakan dengan ...Ya Allah kesihanilah ayah ku yg keseorangan di dalam kubur Ya Allah. Panas Ya Allah.....Gelap Ya Allah.....Ayah ku tidak sihat Ya Allah....Ayah ku tidak dapat lagi untuk menyembah mu Ya Allah. Aku tidak sempat membantu ayah ku semasa hidup Ya Allah. Ampunkan lah aku Ya Allah. Ampunkah lah ayah ku ya Allah.

BUNYINYA tidak logik kan [bukan semua].....tapi hebat kan!

Apa itu sayang? Apabila saya sayang seseorang saya cuba buat segalanya yg mampu untuk ambil hatinya [jika belum kawin], saya jaga dia, saya belai dia, bagi makan, beli rumah, kereta [sudah kawin]. Adakah sayang itu cakap saja? Tidak kan? Ia dicerminkan melalui perbuatan yg disukai dan pada masa yang sama tidak menyakitkan hati.

Yang ini berat sikit. Ada muslihah nya sikit.

Sayang Allah. Sayang ini susah sikit sebab kita tidak nampak Allah. Termasuklah segala bukti yg ada di dunia ini [ dlm quran jelas...bagi bukti pun 'dia' tidak akan 'nampak']. Bagaimana kita hendak serapkan nilai sayang kpd Allah kpd anak murid kita. Sebab apa yg mereka lihat sekelilingnya amat bertentangan! Rokok bahaya....tapi ramai yg merokok. Tutup aurat....95% artis tidak tutup aurat dan diagungkan. Bunuh dosa besar. Mencuri dosa. Tipu pun dosa. Tapi apa yg mereka lihat di rumah, di kejiranan, di surau. Sebab di surau pun bilal, tok imam dan kariahnya merokok! 

1. kita guna ibu kita. sapa sayang ibu? sebab apa kita sayang ibu? bila besar nanti siapa nak tolong ibu? nak bagi duit tak kepada ibu? mengapa? bagi duit saja cukup tak untuk balas jasa ibu? mengapa? bila kita sudah besar, ibu akan tua, betul tak? dan macam-macam lagi

2. besar nanti nak jadi apa? mengapa? [ini unsur tidak langsung suruh rajin belajar..] kalau kamu kerja 'kuli' tentu gaji kamu kecil. kalau gaji kecil boleh tak kamu tolong ibu kamu?

3. kalau kamu tidak kaya, bagaimana kamu hendak bagi duit kepada ibu. jawapan yg baik. kalau saya susah pun saya tetap jaga ibu. ibu saya tidak kaya pun boleh jaga saya. [Rasul kata orang miskin pun boleh sedeqah. bagaimana? dgn berzikir]

4. oleh itu, kita kena dengar nasihat ibu. sayang ibu dengan dengar nasihat. apa nasihat ibu. pergi mandi. dah buat kerja rumah tak...kata ibu. belajar rajin2, kata ibu. 

5. agenda UTAMA saya. sebenarnya saya mahu orang Islam kerja kuat, dan walaupun kita susah dan tidak kaya....kita tetap bersyukur mcm ibu kita.

saya yakin guru2 dan ibu bapa boleh buat bermacam cara yg secara tidak langsungnya penerima [murid dan anak] akan rajin, tidak merokok, tidak merempit dll kerana sayang kpd ibu bapa, abang adek, kakak. secara tidak langsung akan taat kpd Allah.

ini contoh ringkas yg saya boleh fikirkan. Kita lihat kpd sayang Allah pulak.

dlm al Quran kita disuruh jadi adil, penyayang, kasih dll. Jika dilihat dgn nama-nama Allah, ada sedikit persamaan. Kesimpulannya ringkas. saya suka bersih dan kemas, partner saya pun sama. dia bangun awal, saya bangun lewat. dia akan bebel sampai saya sama dgn dia. begitulah dgn segala sifat lain. mahu disamakan. bila semua sudah hampir sama....maka bukti sayang itu wujud. Maka jika ikut semua yg Allah suruh, maka disitulah buktinya kita sayang Allah. Sayang Rasul pun mcm itu jugak.
artikel ini saya tulis khas untuk sahabat saya Abu Samah, seorang guru sekolah rendah. Rajin dan peramah. Awalnya nak jadi polis...tup tup jadi cikgu. Satu profesyen yg amat menguntungkan. Lebih hebat dari setengah ahli politik yg dok menipu rakyat dgn gula2nya. Guru semua tidak ada agenda untuk meraih sokongan. Mereka cari makan. Tetapi mereka mendidik. Mereka bukan sekadar mengajar.

Sayang Allah. click sini
http://togetherlearning.blogspot.my/2015/05/rahsia-kekuatan-diri.html