Sunday, January 27, 2013

PRU 13

aku dah celaru dengan kempen agresif pelbagai pihak sekarang ini. aku tenguk dua dua pun sama dok pakai baju baru setiap kali naik ke pentas. yg dok pakai baju buruk hanya Tuan Guru Nik Aziz.

aku tak pandang ringan benda ni, sebab pembaziran yang ditunjukkan oleh kedua dua pemimpin macam sama jer, cuma kumpulan A lebih mewah berbanding kumpulan B.

itu belum kira T shirt hijau, kuning, merah, topi, baju korporat, back drop, kain rentang, bendera, jamuan makan dan macam macam lagi.

kot mana pun, aku tetap dengan dunia aku mencari sesuap nasi setiap hari dan melunaskan hutang di mana boleh. sampai masa aku pangkah mana yang patut ikut kehendak ugama aku.

aku doakan Islam terus maju kerana 5 tahun pertama ini mungkin hanya sandiwara mereka sahaja. tunggu bila depa dapat Putra Jaya nanti!