Friday, January 25, 2013

Usahawan Berjaya

orang kita macam aku jugak semuanya nak berjaya. aku nak berniaga satu hari nanti. nak jadi peniaga yang berjaya. usahawan yg berjaya.

masa aku kecik kecik dulu , masa kat Taiping, aku pernah tanya orang tua berbangsa Cina; berniaga ni untung ker sebab aku tenguk kedai runcut dia macam tak ada pelanggan.

hari ini aku baru tahu.....berniaga ni amat mudah. duit masuk amat mudah. tak percaya pergi makan kat warung. kopi o tak pekat tapi manis giler. mee hoon goreng berminyak, telor dadar berminyak, sayur tak berapa masak dan nampak dah kuning, timun dipotong cincai. semua nih pelayan letak atas meja suruh kita makan! mudahnya depa berniaga.

warung yang kotor giler tu tak payah la nak cakap!

itu sebab bagi orang yang tak mahu kita berniaga akan cakap

susah bang.....DBKL selalu kacau
harga barang mahal bang....susah nak jual
tak boleh rehat bang.....
ekonomi tak elok bang
tak untung bang

dan macam macam lagi.

kita pulak dok tenguk kedai yang banyak tutup. kita pun fikir macam tu. beniaga ni susah.

halo kawan.....tenguklah mana ada pasar malam yang tak ada orang! kalau masa raya, cuba tenguk sendiri, merata rata orang membeli, orang berniaga!

syor saya.....pergilah berniaga. gomen kata pertanian tu perniagaan. jaga anak orang pun berniaga wey.