Monday, January 28, 2013

Kursus Pra Pesaraan 2013

Saya dah lama buat buku untuk bakal pesara, dah siap tahun 2009 lagi. Tapi tak tahu bagaimana nak memasarkannya. Pada masa yang sama, saya dah guna beberapa peluang semasa memberi ceramah topik keselamatan, langsung terus beri beberapa panduan persiapan bersara.

Jadi, kalau ada sesiapa ingin saya bagi ceramah persiapan bersara, saya sedia datang. Upah saya ikut keadaan tetapi insyaAllah lebih rendah dari orang lain.

Bolehlah hubungi saya noormohamad0075@gmail.com atau noor3175@yahoo.com atau SMS 019 275 0075. Kalau luar dari KL, saya mohon juga penginapan [jika ada].

Tentang buku di atas, saya merancang untuk jual dengan harga yang amat berpatutan. Tebalnya 70 muka surat sahaja. Pendekatan saya tentang persiapan bersara ini berbeza sikit dari cara orang lain, kerana saya sendiri adalah pesara. Saya akan cerita dan kongsi semua pengalaman sebagai pesara. 

Sedikit tip di sini; persiapan bersara adalah untuk setiap pekerja, termasuk yang baru mula bekerja. Ia bukan khas untuk mereka yang akan bersara 5 tahun lagi. Bagi yang akan bersara 5 tahun lagi, masih ada peluang untuk membuat persiapan yang rapi. Masih sempat lagi, sebab ada orang berjaya dalam perniagaan dalam masa 2 tahun. Jadi tiada masalah untuk kita buat persiapan dalam masa 5 tahun. Cuma.....lagi lama lagi bagus!