Saturday, January 24, 2026

ILMU DARI MMR

ADAKAH MALAYSIA BENAR-BENAR MENGAMALKAN KONSEP 

PENGASINGAN KUASA DALAM SISTEM PENTADBIRAN NEGARANYA?


Oleh: Mej Hj Mior Rosli TUDM (B) - DPA, LLB, LLM, MSc (HRD)

Assalamualaikum semua para veteran dan sahabat-sahabat ku sekelian 🙏🏽✌️

Ramai Veteran ATM bertanya dengan saya mengenai kedudukan tuntutan penyelarasan pencen dan backdated bagi veteran yang bersara sebelum 1 Jan 2013. Jawapan saya tetap sama iaitu kita telah berjaya dan menang. Saya tuntut apa yang Kerajaan gagal laksanakan dalam perjanjian yang termaktub di dalam undang-undang. "The Government had breached their contract with the poor soldiers who had served the country" Bila saya menulis ramai yang tidak minat membaca. Ramai yang suka ikut grup-grup yang yang mencuri maklumat.

Tak apa. Hari ini saya ingin membuka minda para veteran yang masih tidur tentang kenapa kita tidak boleh menang walaupun kita betul. Saya tidak pandai menulis pendek-pendek kerana saya perlu letakkan dalil yang sahih. Saya nak tulis tentang "Kuasa", "Pengasingan Kuasa" dan "Penyalahanguna Kuasa" secara ringkas yang boleh. Selebihnya saya akan terangkan secara berdepan dalam ucapan.

Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia, mengaku yang negara ini mengamalkan satu sistem Pengasingan Kuasa di bawah konsep Raja Berperlembagaan, di mana pada dasarnya semua cabang-cabang kerajaan dan pentadbirannya beroperasi secara berasingan dan saling menyemak antara satu sama lain untuk kestabilan pentadbiran. Inilah yang kita dengar dalam kata-kata ucapan pemimpin-pemimpin parti politik yang memerintah Negara ini dari Perdana Menteri Pertama hinggalah ke Perdana Menteri KeSepuluh Negara ini.

Sebelum Merdeka, Negara ini telah di jajah oleh Inggeris, Belanda dan Portugis. Sebelum Portugis serang Melaka pada tahun 1511 Tanah Melayu ini diperintah oleh Raja-Raja Melayu dan di pengaruhi oleh perbagai budaya dan pengaruh. Oleh kerana itu Malaysia mempunyai sejarah yang menguruskan satu sistem pentadbiran agak Unik. Kita  mempunyai Kerajaan Pusat, Negeri-negeri Wilayah Persekutuan, Kerajaan Negeri Melayu Beraja di bawah Sultan-Sultan dan Raja yang Berdaulat, Kerajaan Tak berRaja di bawah Gabenor. Tiap-tiap Negeri mempunyai kerajaan dan undang-undang nya sendiri.

Apa yang menarik perhatian kita sekarang adalah kenapa sikap, budaya, pemikiran dan pentadbiran kita tidak mengikut undang-undang yang telah tersedia ada di negara ini.

Kita juga dapati ramai pentadbir negara mentadbir suka ikut undang-undang sendiri dari undang-undang bertulis. Ini satu lagi masalah besar di Negara ini.

Topik ini agak panjang untuk saya bahaskan tetapi saya cuba menerangkan secara ringkas apakah maksud sistem itu supaya rakyat tidak mudah tertipu oleh pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya menjelang pilihanraya.

Sistem negara yang benar-benar mengamalkan pengasingan kuasa ialah sistem Demokrasi atau pun sistem Demokrasi Berparlimen.

 Negara-Negara yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa ialah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen (contoh: UK) dan Sistem Presiden/Sanate (contoh: Amerika Syarikat).

Tetapi di UK atau di AS, mereka mengamalkan dual Party System. Tidak seperti di Malaysia di mana parti politik yang bertanding tidak terhad dan ini membuat rakyat berpecah belah dalam banyak puak dan kumpulan.

Sistem Pengasingan Kuasa ini membahagikan kuasa pemerintahan kepada TIGA cabang utama iaitu:

i. Perundangan (Legislatif),

ii. Pentadbiran (Eksekutif),dan

iii. Kehakiman (Judisiari). 


Tujuan Pengasingan kuasa-kuasa ini adalah untuk:

(a). Mengelakkan pemusatan kuasa oleh satu parti,

(b).  Memastikan semak dan seimbang supaya tidak berlaku sebarang kejadian jenayah seperti salah guna kuasa, korupsi, dan lain-lain, serta

(c). Melindungi hak rakyat menurut undang-undang yang diamalkan.

BADAN LEGISLATIF adalah badan yang membuat Undang-Undang. Undang-undang Bertulis biasa nya di buat di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi undang-undang Negeri (oleh  ADUN dan Raja bagi Negeri Berkenaan). Bagi Pusat undang-undang di buat di Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh Wakil Rakyat, Senator dan YDPA) bagi Kerajaan Persekutuan. Walaubagaimanapun, sistem "Demokrasi" di Malaysia hanya setakat Wakil Rakyat saja. Perlantikan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Senator, rakyat tidak ada kuasa untuk melantik. Terdapat juga Menteri dan Senator (para Legislatif) di lantik menjadi ahli Eksklusif. Ini bererti orang yang buat undang-undang juga mempunyai kuasa mentadbirkan undang-undang itu. Jadi konsep pengasingan kuasa tidak terpakai disini. Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa kuasa eksekutif hendaklah terletak hak pada YDPA tetapi Perlembagaan Persekutuan juga dalam keadaan tertentu boleh juga bagi fungsi eksklusif itu pada orang lain.

BADAN EKSEKUTIF pula adalah pentadbir-pentadbir Negara yang mentadbirkan Undang-undang yang di buat itu dan semua pentadbir ini di gelar sebagai Perkhidmatan Awam dibawah  Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan. Dimana ATM bertanggongjawab terus kepada YDPA (Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan dan Perkara-Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan).Walaubagaimanapun, pentadbir-pentadbir awam ini bertanggungjawab kepada Menteri melalui KSU masing-masing dan kepada KSN. Jadi para Eksekutif boleh di cucuk hidung oleh pihak Legislatif. Dan juga sebaliknya.

BADAN JUDISIARI(Kehakiman) adalah satu daripada tiga cabang utama dalam sistem pengasingan kuasa, yang dianggotai oleh hakim dan majistret. Ia berfungsi untuk mentafsir undang-undang, menegakkan keadilan, serta menyemak tindakan badan eksekutif dan perundangan, menjadikannya komponen kritikal dalam sistem "semak dan seimbang" (check and balance) untuk mengelakkan berlakunya kezaliman. 

 Ia berfungsi mentafsir undang-undang, menegakkan keadilan, serta menyemak tindakan badan eksekutif dan perundangan, menjadikannya komponen. 

Peranan dan Ciri Utama Badan Kehakiman

untuk mentafsir dan melaksanakan undang-undang, serta mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah

Badan Kehakiman juga mempunyai kuasa Penyemakan untuk menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan dan tindakan yang diambil oleh badan pelaksana (eksekutif).

Badan Kehakiman bebas daripada campur tangan pihak eksekutif atau perundangan dalam membuat keputusan, yang termaktub di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Di Malaysia, ianya terdiri daripada mahkamah atasan (Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi) dan mahkamah bawahan (Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret). Secara dasarnya, Badan Kehakiman di Malaysia dijamin bebas daripada campur tangan kerajaan melalui prinsip pengasingan kuasa dan Perlembagaan Persekutuan, membolehkan hakim membuat keputusan tanpa tekanan luar. Walaupun kerajaan menegaskan tidak campur tangan, terdapat tuntutan dan pandangan berbeza daripada pihak tertentu yang menekankan perlunya mempertahankan kebebasan tersebut.  Para Hakim dilindungi daripada tekanan luar, di mana pelantikan dan keselamatan jawatan mereka terjamin, serta tidak boleh diberhentikan sesuka hati. Sistem demokrasi Malaysia mengasingkan kuasa antara Eksekutif, Legislatif, dan Kehakiman untuk mengelakkan salah guna kuasa politik. Kadang-kadang kita perlu ramai orang seperti Che'gu Bard.

Ramai di antara kita lupa bahawa YDPA mempunyai kuasa "Budicara" di mana pihak Legislatif cuba cairkan di Perkara 40(1) & 40(1A). Banyak kuasa YDPA telah di cuba di cairkan oleh Badan Legislatif dan Eksklusif oleh kerajaan-kerajaan terdahulu.

YDPA masih ada kuasa budi bicara diatas banyak perkara. Antara nya:

(a). Melantik Seorang Perdana Menteri (Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. Adakah kuasa melantik juga kuasa memecat? Kalau Tuanku mempunyai kuasa untuk menerima nasihat, jika Tuanku tak berkenan dengan nasihat itu tukang bagi nasihat kenalah bagi nasihat hingga Tuanku berkenan. Lihat Perkara 40 (2) Perlembagaan Persekutuan.

(b). Kuasa budi bicara YDPA masih wujud seperti yang disebut dibawah Perkara 40 (3)(a).

(c). Jika YDPA berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku YDPA boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dalam satu perisytiharan menurut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Ini bererti Tuanku selaku Pemerintah Tertinggi ATM boleh kerahkan ATM untuk ambil alih pemerintahan Negara.

Banyak lagi kuasa YDPA yang saya rasa kerajaan dahulu cuba cairkan tapi tak mampu dan kerajaan sekarang cuba untuk lakukan untuk lemah kan orang Melayu dan juga Agama Islam yang juga kuasa tertingginya terletak di bawah YDPA.

Kita tidak mahu berlaku seperti yang berlaku di Indonesia.  Setelah proklamasi kemerdekaan Indonesia, kekuasaan politik Sultan dan Raja-raja (monarki tradisional) kehilangan kekuasaan pemerintahan administratif, tapi hanya banyak diakui sebagai pemimpin adat, budaya, dan pemangku takhta keraton, dengan beberapa wilayah (seperti Yogyakarta) dengan memiliki status khusus sahaja. Ramai Rakyat sudah mulai berubah pandangan mereka kepada Kuasa yang sah dari sudut undang-undang yang masih ada lagi didalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya cadangkan, untuk selamatkan Malaysia, kita harus kawal Jumlah parti politik diNegara ini. 

Ini pun dah panjang tulisan saya. Saya harap saya mampu memperjuangkan nasib veteran yang tak berpencen untuk mendapatkan pencen yang sah sehingga akhir hayat.


Wassalam 

Drp. MMR 

1hb Feb 2026

Assalamualaikum. Saudara Veterans ku.

Saya Mej Mior Rosli TUDM (Bersara) @ MMR. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Veteran ATM yang telah menyokong saya dan tim saya dalam perjuangan menuntut hak pencen kita yang kerajaan gagal tunaikan. Saya tetap berpegang teguh dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi KL. Ya, dari sudut undang-undang kita menang.

Semasa DSAI jadi pembangkang di PD NS dan di Tambun Perak saya telah membantu DSAI untuk menang dalam PRU kerana dia berjanji dengan saya untuk membantu semua Veteran terutama untuk membayar penyelarasan pencen termasuk backdated. Kita menang di Mahkamah Tinggi. YAA Puan Hakim telah mengatakan ahli-ahli MAT tidor! Saya juga telah membuat buktikan bahawa dalam bab pencen (dan beberapa bab lain), anggota-anggota ATM tidak tidak terikat dengan Akta Pencen 1980. ATM mempunyai Undang-undangnya tersendiri untuk mentadbir ATM, mengendalikan tatatertib dan menjalankan operasinya. ATM tidak terikat dengan Undang-undang Perkhidmatan Awam walaupun anggota tentera terikat juga dengan undang-undang jenayah awam. Kerajaan Madani yang memerintah sekarang telah menipu Veteran dan ATM!

Yang lebih mengecewakan kami apabila pemimpin-pemimpin ATM mencuri duit Berbilliun-Billiun Ringgit dari projek-projek Kementerian Pertahanan tanpa rasa bersalah dan malu! Duit yang mereka curi lebih dari cukup untuk membayar penyelarasan pencen termasuk backdated untuk semua pegawai dan anggota yang telah berkorban mengadai nyawa untuk merdekakan Negara ini dan menjadi kan Tanah Melayu kepada Malaya dan kemudian menjadi Malaysia. Tanpa kami, orang-orang politik yang menerajui kerajaan sekarang tidak akan wujud. Perompak & penyamun termasuk isteri-isteri kedua, ketiga mereka didalam ATM yang tertuduh di mahkamah sekarang sungguh memalukan kami veteran. Mereka yang tertuduh itu merupakan anak didik kami. Kami yang melatih mereka. Tapi kerana kesombongan, ketamakan dan keriakan mereka, Allah tidak pernah lupa. Ini baru balasan di dunia belum di hadapan Mungkar dan Nangkir lagi. Belum di padang Mahsyar lagi. Belum dihadapan Allah SWT lagi. 

[ ] Saya banyak mendiamkan diri kerana saya kecewa kita mudah di pecah belahkan oleh orang politik dan orang yang ada kepentingan peribadi dan ketamakan harta yang haram. Saya dari dulu rela melepaskan jawatan memimpin PSPRM dari melihat veteran berpuak-puak dan berpecah belah! Tetapi ramai veteran diakar umbu masih mahu saya memimpin.

Saya tidak ada niat untuk melawan Kerajaan tapi untuk menasihat dan membetulkan sesiapa yang duduk di atas jika mereka salah dari sudut undang-undang termasuk menasihati Duli2 Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu. Kami tetap taat setia kepada Raja-Raja Melayu dan masih mahu mengekalkan "kedaulatan" dan "kuasa budicara Tuanku". Kami hamba patek kalian tidak mahu nasib Duli2 Tuanku jadi seperti nasib Raja2 dan Sultan2 di Indonesia!

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit secara ringkas tentang pandangan Mahkamah Persekutuan di India tentang Sistem dan Prinsip Satu Pangkat Satu Pencen yang dilakukan di India supaya lebih ramai Veteran kita memahaminya.

Saya harap setiap Veteran simpan tulisan saya ini dan viralkan kepada seberapa ramai rakan-rakan supaya mereka juga simpan tulisan permulaan saya ini. Bila ramai dah baca, baru boleh kita bangkit sekali lagi untuk membetulkan keadaan yang tidak betul. Orang Politik jangan ingat kita tidak mampu untuk menjatuhkan kredibiliti dan kuasa yang mereka ada sekarang! 

Jika Angkatan Tentera India dan Veteran Tentera India boleh lakukan nya kenapa kita tak boleh?

Syarat pertama yang saya minta adalah kita mesti bersatu. Tidak kisah siapa yang nak memimpin. Pemimpin-pemimpin yang kita perlu adalah yang berilmu, berani, sihat dan mempunyai hati yang ikhlas 🙏dan takut dengan balasan Allah SWT. Kita tidak mahu mereka yang CARMA (Cari Makan), yang sifat ALOK (Eksyen Lebih Otak Kurang) dan yang duduk di atas tahta seperti Kura-Kura di atas tiang tinggi. Bacalah perlahan-lahan apa yang saya tulis tentang OROP di bawah. Jangan tak baca. Jika Anda tidak baca, anda adalah sememangnya tergulung diantara ALOK CARMA yang terdekat!


LATARBELAKANG MENGENAI SKIM SATU PANGKAT SATU PENCEN [One Rank One Pension (OROP)] DI DALAM ANGKATAN TENTERA INDIA

1. Apakah maksud "One Rank One Pension (OROP)"?

"One Rank One Pension (OROP)" adalah satu prinsip yang menentukan: 

Pencen bagi mereka yang bersara dari Angkatan Tentera yang menyandang pangkat yang sama dengan jangkamasa perkhidmatan yang sama, tidak kira bila bila atau tarikh mereka bersara, di beri penyelarasan pencen yang "periodic" secara otomatik setiap kali mereka yang masih di dalam perkhidmatan naik gaji.

Dalam ayat yang mudah, seorang anggota tentera yang bersara hari ini harus terima pencen yang sama dengan anggota tentera yang bersara dengan jangkamasa perkhidmatan sama.


2.⁠ ⁠Latarbelakang Sejarah - "SYSTEM PRA-1973"

Sebelum 1973, Angkatan Tentera India mengikuti satu sistem pencen berdasarkan kepada pangkat yang di sandang semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera:

Pencen dikaitkan kepada pangkat dan tahun perkhidmatan, bukan di bayar mengikut pusingan komisyen. 

Anggota Tentera yang bersara dengan pangkat yang sama akan menerima pencen yang sama, tidak kira bila tarikh mereka bersara.

Dengan cara ini menentukan OROP menjadi  berkesan dalam amalan, walaupun ianya bukan nama yang rasmi. 

Sistem ini mengakui:

# Umur Persaraan Awal(35–54 tahun untuk kebanyakan anggota Tentera LLP dan Pegawai ).

# Keadaan Perkhidmatan Angkatan Tentera yang Berisiko Tinggi High-risk.

# Peluang Pekerjaan yang Terhad selepas Bersara.


3.⁠ ⁠Detik Pusingan 1973 – Komisyen Gaji Pusat yang Ketiga [Third Central Pay Commission (3rd CPC)]

# "The Third Central Pay Commission (1973)" telah membuat satu anjakan yang besar:

§ Pencen Tentera dikaitkan kepada Gaji Angkatan Tentera terakhir yang Veteran itu terima semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera.

§ Semakan Pencen terikat kepada untuk membayar apa-apa perubahan komisyen Pencen di masa akan datang, bukan secara otomatik disamakan.

Ini mengwujutkan perbezaan pencen diantara:

🕊️ Pesara Sebelum.

🎯 Pesara yang akan datang yang akan menyandang pangkat yang sama dan jangka masa perkhidmatan yang sama lama.


🤔 KESANNYA:

i. Satu jurang perbezaan pencen yang besar dan ketara akan wujud dalam sistem.

ii. Veteran yang bersara lebih awal akan mula menerima pencen yang tersangat rendah dari mereka yang pencen kemudian.

iii. Ini merosakkan prinsip kesamarataan dan moral.

iv. Keputusan yang tidak betul seperti ini telah membuat akar umbi yang terlibat dalam pergerakan kes OROP tersebut.


 4.⁠ ⁠Ketidaksamaan yang semakin meningkat dan berlaku pergolakan veteran di India (1980an – 2000an). Dari tahun-tahun1980an keatas, jurang perbezaan menjadi sangat ketara secara mendadak:

i. Setiap kali berlakunya semakan gaji, ianya menjarakkan jurang pencen veteran.

ii. Beberapa anomali wujud menyebabkan yang junior akan mendapat pencen yang lebih tinggi daripada senior.

iii. Di sebabkan oleh isu ini beberapa Organisasi Veteran Digerakkan di India seperti berikut:-

# Indian Ex-Servicemen Movement (IESM)

# All India Ex-Servicemen Welfare Associa0tion (AIESWA)

iv. Pelbagai badan rejimen dan organisasi veteran yang ditubuhkan telah bertindak balas di India. Organisasi ini telah: 

a. Memecah belahkan Parliamen dan penyokong parti politik yang memerintah.

b. Menghantar memorandum kepada Kerajaan India.

c. Veteran menyaman Kerajaan India di mahkamah.

d. Melakukan protest di seluruh negara dan melakukan mogok lapar di India. 

e. OROP menjadi tuntutan pusat dari persatuan veteran di India. 


5.⁠ ⁠Dengan sokongan parlimen dan politik (2000–2013). OROP perlahan-lahan mencapai sokongan parti pembangkang di India:

a. Tertubuhnya Jawatankuasa Tetap Parlimen di India(Select Committee).

b. Pelaksanaan OROP yang disyorkan berulang kali di India, dengan memetik:

i. Kewajipan moral atas jasa-jasa anggota tentera di India.

ii. Mereka (parti politik) memerlukan Angkatan Tentera dan Veteran untuk operasi di India.

iii. Ianya satu Kebajikan untuk veteran Angkatan Tentera India.

iv. Ia perlu di lakukan untuk Motivasi pengambilan masuk ke dalam Angkatan Tentera India.

v. India terpaksa tukar Kerajaan dengan parti UPA (2004–2014) dan Parti tersebut terpaksa:

# Menerima OROP pada dasarnya.

# Penambahbaikan pencen separa diberikan.

# OROP penuh tidak dilaksanakan kerana kebimbangan fiskal.

6.⁠ ⁠Didalam Mahkamah Persekutuan India Supreme Court satu  penghakiman yang telah menjadi rujukan Landmark Judgement telah dibuat: Kes itu adalah:

D.S. Nakara vs. Union of India (1983)

→ dimana mahkamah telah menyatakan bahawa Pencen adalah hak yang diiktiraf oleh perlembagaan dan gaji tertangguh yang diperolehi, bukan ganjaran atau amal yang diberikan oleh majikan. Ia merupakan hak milik yang diperolehi melalui perkhidmatan yang panjang, berterusan dan setia, bertujuan untuk menyediakan keselamatan kewangan dan maruah semasa persaraan. Mahkamah telah menegaskan bahawa pencen adalah bayaran yang tidak boleh dirunding untuk perkhidmatan yang telah diberikan pada masa lalu. 

🤲 Wujudnya Tribunal Angkatan Tentera Bersama di India [Multiple Armed Forces Tribunal (AFT)] dan  Mahkamah Tinggi di India mengekalkan: → Bersetuju dengan skim "Pencen yang sama untuk pangkat dan perkhidmatan yang sama"(OROP). Walau bagaimanapun, OROP penuh !3memerlukan keputusan eksekutif, bukan  mandat kehakiman semata-mata.

7.⁠ ⁠Pada tahun 2014–2015: Berlakunya Komitmen Politik dan kelulusan terakhir.

Semasa Pilihanraya Umum 2014 di India, OROP menjadi salah satu isu politik yang🎯 terbesar di India. Parti BJP telah membuat komitmen melalui Manifestonya: Berjanji untuk melaksanakan sepenuhnya skim OROP.

Perlaksanaan Janji:

Dalam bulan September 2015, Kerajaan India dengan rasminya melaksanakan OROP berkuatkuasa mulai 1hb Julai 2014.

Rupa Bentuk Skima yang di luluskan adalah:

a. Pencen Anggota Tentera yang sama pangkat dan sama jangka masa berkhidmat.

b. Pencen disemak berdasarkan purata pencen minimum dan maksimum pesara semasa.

c. Kerajaan India setuju mengkaji pencen Tentera setiap 5 tahun dengan anggaran belanjawan:

→.₹8,000–10,000 crore setahun.

→Lebih dari 25 juta veterans and janda/duda mendapat untung.


8.⁠ ⁠Kesedaran ini membuat veteran berterusan membuat tuntutan  – 

Perbahasan mengenai "OROP telah dicairkan" Veteran berpendapat bahawa OROP sebenar telah dicairkan, disebabkan oleh: kitaran semakan 5 tahun dan bukannya penyamaan masa nyata Automatik penggunaan formula purata pencen Pengecualian pesara pra-matang dan beberapa kategori. Ini mengakibatkan bantahan berterusan (terutamanya di Jantar Mantar, Delhi). 

Dalam Pengecualian pesara pra-matang dan beberapa kategoriIni mengakibatkan protes berterusan (terutamanya di Jantar Mantar, Delhi)


9.⁠ ⁠Wujudnya Rasional Strategik & Institusi untuk OROP: Di luar kebajikan, OROP adalah penting untuk:

a) Moral Kententeraan - Memastikan maruah dan menghormati khidmat jangkamasa panjang.

b) Mengalakkan Pengrekrutan & mampu mengekalkan orang muda yang berbakat tinggi untuk menyertai Angkatan Tentera India.

c) Keseimbangan Ekuiti Awam–Tentera. Mengimbangi keburukan persaraan awal berbanding kerjaya awam.

d) Keselamatan Nasional.

Akan meyakinkan untuk menaikkan moral anggota yang tinggi merujuk secara langsung kepada operasi.


10.⁠ ⁠Kesimpulan

OROP bukanlah konsesi, tetapi pemulihan prinsip pencen tentera asal yang dibongkar pada tahun 1973. 

Ia mewakili: 

→Keadilan sosial 

→Kesaksamaan institusi 

→Tanggungjawab moral negara terhadap Anggota Tenteranya 

→Walaupun pelaksanaan masih tidak sempurna, OROP berdiri sebagai salah satu pembaharuan kebajikan veteran India yang paling penting.


Berbalik ke negara kita Malaysia, kalau tanya pada saya samaada kita masih ada harapan.... Jawapan saya, Ya! Kita masih ada. Kalau Mahkamah Persekutuan buat keputusan yang salah, mesti ada satu badan yang boleh betulkan mahkamah! Walaupun Mahkamah Persekutuan!


Wassalam,

Yang Ikhlas,

Mej Hj Mior Rosli TUDM (Bersara) Dip Pub Adm.,LL.b, LL.m, MScHRD



KORUPSI DI MALAYSIA 

Dalam tempoh 5 tahun, 2,527 orang perkhidmatan awam di tangkap atas kesalahan korupsi mencuri RM 15.88 billiun.

Itu hanya yang dapat ditangkap Yang lebih mengejutkan?  Malaysia hilang RM120 billiun setiap tahun kepada para korupsi, salah tadbir, dan pembaziran dalam perkhidmatan awam sahaja! *Setiap Tahun!

Cuba buat kira-kira mudah:

•⁠  ⁠5 tahun = RM600 billiun hilang 

•⁠  ⁠10 tahun = RM1.2 trillion lesap!


RM120 billiun itu adalah adalah lebih dari keseluruhan belanjawan kita untuk Pendidikan (RM 66.2 B), Kesihatan (RM46.5B), and Pertahanan (RM21.7B) di campurkan semua [=RM 134.4].


Ini adalah masa depan anak-anak anda. Belanjawan kesihatan ibubapa anda. This is your children's future. Jalanraya dan Sekolah anda di curi.

Semasa pegawai-pegawai kerajaan diam-diam mencuri berbilliun-billiun, apa yang  sebenarnya yang kita dok melawan selama ini? Bangsa... Agama... Siapakah rakyat Malaysia yang tulin yang sebenar??

Orang Politik yang pegang jawatan kerajaan akan menunding jari kepada peniaga Professionals bukan-Bumiputera sebagai rakyat and jerit terhadap mereka dengan mengatakan "Mereka lah yang mencuri dari Anda!"

Salah! 

Pencuri yang sebenarnya adalah  mereka yang memakai pakaian Seragam Kerajaan. Mereka masuk kerja jam 9 pagi, susun kertas, and kebas duit anda sementara Anda bertungkus lumus berkerja mencari pendapatan melawan kenaikan harga barang keperluan untuk hidup menanggung keluarga.

Para korupsi ini pandang kecil terhadap setiap skandal politik di campurkan, walaupun ianya menjadi kes lebih besar  dari semua kes yang terkenal di satu kan!

Jenayah yang paling tepat adalah:

Mencuri billiun. Kemudian bila rakyat jadi marah kerana jadi miskin, pemimpin dan pegawai tinggi, menunding jari kepada kumpulan lain dan jerit " mereka lah punca masaalah!"

Mari lah kita fikirkan tentang ini... 

Bila kali terakhir anda lihat satu himpunan besar-besaran menuntut akauntabiliti bagi RM120 billiun itu?

Tak pernah.

Kita mempunyai masaalah korupsi tetapi kita lebih sibuk dengan masaalah lain.

Kita hilang RM120 billiun setiap tahun. Setiap Tahun. Kita bergaduh dan bertengkar atas semua isu kecuali tentang isu pencuri yang sebenar.

Tanya pada diri anda sendiri... Siapa yang menang jika kita berpecah? Siapa yang untung bila kita terlalu sibuk bergaduh sesama sendiri?

Jawapan nya pasti nya adalah Anda.

Ini kerana semasa kita sibuk bergaduh sesama sendiri, mereka ketawa  pergi ke bank. 

Dengan duit kita!

Terima Kasih Che'gu Bard kerana telah berani melaporkan tentang korupsi dalam KEMENTAH tempoh hari. Saya harap semua bukti-bukti yang Che'gu tayangkan dulu adalah Prima Facie.


Terima Kasih 

Drp

MMR